mengabang oh mengabang

~ jangan buat perkara mengabang lah ain
aku : mengabang oh mengabang
~ hai...dia boleh ajuk pulak kita cakap
aku : hikhikhik...mengabang?

pernah dgr apa itu mengabang? mari kita belajar sedikit fakta mengenainya

1. mengabang merujuk dialek terengganu bermaksud mengarut, kalau dalam dialek kelantan disebut 'mengabe'...bukan meng+abe, me+nga+be...

2. meng+abe membawa maksud menjadikan abang, abang apa? abang angkat, abang kandung, abang ehem2...tidak pula ada maksud khusus, setakat abang sahaja

3. mengabang juga disebut ngabang dalam dialek terengganu manakala ngabe dalam dialek kelantan, pembuangan bunyi me di hadapan tidak langsung menjejaskan maksud perkataan mengabang itu dan pembuangan me di hadapan perkataan itu juga tidak langsung menambah kemengabangan seseorang itu

4. ngabe hendaklah disebut dengan lengkap dan bukan dengan cara ngan+abe kerana membawa maksud lain pula di mana ngan+abe membawa maksud dengan abang dalam dialek kelantan

5. mengabang telipot adalah nama satu kampung di daerah batu rakit, terengganu, kepadatan penduduk yang tidak terlalu padat, rata-rata penduduk kampung yang terlibat secara aktif dalam industri pembuatan keropok ikan dan pertanian

6. walaupun tinggal di kawasan mengabang, namun penduduk di kawasan tersebut tidak pernah sekali mungkin berkali-kali membuat perkara-perkara yang boleh dilabel sebagai aktiviti mengabang sahaja

ilmu anda bertambah sedikit hari ini? bagus2...ini yang kita mahu, sentiasa dalam keadaan mengejar kegiatan keilmuan...sekian dahulu dari saya...

akhir kata, jangang duk mengabang gak, wak keje tuh biar betul2, ngabang jer...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing