Posts

Showing posts with the label preggy

pengalaman bersalinkan alia - part 4 (last part)

Image
baca part 1 , part 2 dan part 3 sambil2 borak ngan mak aku mengenai jumlah baby yang lahir pagi nya tuh, tgk jam...dah kul 8 pagi...satgi, kul 8.30, turn aku plak...sekalik...kul 8.15, prof nik sekali lagi masuk, dan katanya ready2 nak bawak aku masuk labor room dah...mak aih...cepatnya...sambil2 dia siapkan borang, mak aku tanya la bape lama amek masa untuk siap proses bersalin...katanya, 40-45 minit...maksudnya, sambil2 kau ngah layan citer hindustan 3 jam tuh, dia dah siap operate dan sambut 3 baby dah... oleh sebab badan aku nih lemah spesel case sket, aku terpaksa guna ubat bius yang mahal sket, jarang digunakan di hospital, dan perlu extra charges la...okay sajalah kan, angguk2 aje lah...siap pakai menatang apa tah yang tutup2 rambut tuh, pastu bukak sume baju, pakai baju dia je...nurse tu pun datangla tolak aku, maka, mula lah saat untuk aku menggigil bagai, dahla sejuk...campur ngan cuak lagi tu...tapi sempat lagi tengok kiri kanan, keadaan sekeliling, ye lah...amek kesem...

pengalaman bersalinkan alia - part 3

baca part 1 dan part 2 masuk bilik menunggu, aku dipasangkan alat untuk dengar degupan jantung baby...betul2 depan aku, dia gantung jam dinding, masa tu kontraksi 15minit sekali...aku dapat rasa macam sume urat2 ditarik dan disimpulkan, aku hanya mampu berselawat dan usap2 perut... sambil nurse keluar masuk, aku sorang2 je dalam bilik tu, nurse tu tanya, nak tak dia panggilkan mak aku suh duk sini? aku ingatkan pelawat tak leh masuk, hehehe...dah dia dah tanya macam tu, aku pun angguk je lah, boleh jugak nurse kalau boleh, pastu senyum lebar2...hahaha... masuklah mak aku, teman duk sebelah...borak2 kejap, tanya mak aku, bawak tak botol air aku tadi, sebab aku dah rasa dahaga tahap gaban nih , mak aku dengan selamba cakap tak bawak...owh....tidak...dahla pastu aku kena puasa dah, esok pagi, aku akan di operate  sebab katanya, kalau tengokkan gaya aku, tak beranak lagi malam ni... daripada 15minit sekali kontraksi, jadik 10minit sekali kontraksi, sampaila 5minit sekali ...pe...

pengalaman bersalinkan alia - part 2

baca part 1 di sini sudah jadi kebiasaan dah untuk kau tidur lewat malam sebab mengait, nak siapkan order kawan2 setakat yang termampu, bila dah makin dekat dengan due nih, kurang dah sket aku mengait, cuma malam2, amek masa sket nak terlelap kan...tu yang amek keputusan untuk mengait walaupun sekejap...siap mengait, dekat2 kul 12 gitu, baru aku tidur... sekali terjaga kul 1.00 am, sebab rasa cam terkencing...tgk jam...aih...baru sejam tidur, dah terjaga untuk ke tandas. sempat lagi capai enset, balas msg...siap tunai hajat, nak ler sambung tidur kan, ngah nak selesakan badan, biasala, perempuan mengandung susah nak bergerak, cuba bayangkan penguin nak bergerak macam mana, ditambah2 plak dengan aku ada masalah sakit tulang belakang nih, lagilah... .tetibe je aku rasa macam period...aih...buntang mata aku time tuh, sebab dah lama tak rasa period kan, tetibe je rasa malam tu...pastu sekali lagi rasa macam period...korang paham kan bila aku cakap rasa macam period? yang tak paham ...

pengalaman bersalinkan alia - part 1

kena buat episod by episod sebab takut korang pitam baca, panjang sangat... bermula dengan penetapan tarikh, 31-01-2013 ...meanings...30hb tu dah kena admit ward, untuk get ready the process...but then...di sini detik bermula... alkisah, ahad tu, yakni 27hb1, aku dah mula ada tanda2 macam keluar air ketuban, tapi aku buat donno je, kata nak bersalin 31hb kan, so...abaikan je lah...malamnya tuh, lagi sekali rasa basah2 air ketuban, cuma tak banyak...sket je...gitau sama mak aku, borak2 ngan kakak ipar aku bagai...bergelak ketawa lagi...sume orang aku tengok cam cuak semacam je, aku pun heran...sebab aku langsung tak tunjuk perasaan cuak... hampeh tak aku nih... dalam ati mula rasa cam, adakah masanya sudah tiba? sebab tu ke doktor nak operate 27hb, tp aku yang refused? borak2 ngan mak aku lagi mak : ai...bila la lagi nak pegi makan ikan siakap kat restoran nih, kalau boleh, sebelum mak buyong nih meletup aku : hah...alang2 nak gi makan ikan siakap, boleh makan tomyam...nyum3 m...

perkembangan bayi dalam kandungan 38 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 38 Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. dipetik dari  sini ** wah...dah masuk minggu ke 38 dah pregnant ini...meanings...9bulan 2 minggu sudah...sehingga ke hari ini, aku agak kerap merasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, espeseli bila mana baby mengeras...cuak seyh...mak aku cakap sume tanda2 awal tu aku dah capai, tinggal tanda2 akhir je lately nih... bertahan jugaklah semoga baby keluar on time ngan tarikh yang telah dipersetujui bersama ngan doktor baru2 nih...mengikut perancangan kita sebagai manusia gitulah...tapi taktaulah nak cakap macam mana, kot tetibe je...

aku, doktor dan tarikh keramat itu

tajuk entry memang takleh blah, nak jugak ala2 suspen mak kiah... okay, isnin lepas, 21hb januari, seperti yang telah dijanjikan, aku ada appointment dengan doktor pakar OnG, perjumpaan kali nih memang sangat mendebarkan...sebab...akan menentukan satu lagi bab baru dalam hidup aku... pagi2 lagi aku takleh tido, bukan sebab cuak nak jumpa doktor, tp sebab sakit perut dan tak selesa belakang...macam2 gaya tido yang sesuai dengan aku dah aku try, tp tak bape nak menjadi...pagi tu jugak, janji...mak aku yang akan hantar aku pegi hospital, tp, alih2...kul 9 lebih tuh, ayah aku plak tepon cakap nak pegi jugak...suh tunggu dia...maka, pergilah kami 3 beranak setengah baby pun termasuk kira sekali hokey  ke hospital...tp yang jumpa doktornya hanya aku ngan mak aku je..ayah aku hilang...hehehe... seperti biasa, dan prosedur yang sama...check air kencing bagai, timbang berat...hmmm...air kencing, positif la plak, meanings...ada gula...ke sebab sebelum tu aku dah bantai nasi sepinggan, ...

perkembangan bayi dalam kandungan 37 minggu

Image
Perkembangan Bayi Minggu 37 Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. dipetik dari  sini ** aku banyak tanya bab2 bersalin cezer nih ngan akak aku sebab ari tu, masa bersalin anak kedua, dia cezer...dan aku ada pengalaman ngeri je bila mana tengok kakak sendiri mengalami proses itu, dan aku plak pasni...phewww.... minggu ni aku dah masuk 37 minggu lebih dah, dah nak masuk 38 weeks dah pun... actually, last monday, aku ada jumpa doktor dah pun, dan...dah dapat tarikh untuk operate nya...yang tu nantilah aku cite eh.. tetibe lapar, ekekeke...nak pi makan... notakaki...

perkembangan bayi dalam kandungan 36 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 36 Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. dipetik dari  sini *** aku dah tak bape nak boleh bergerak aktif sangat, cepat bebenor semput dan mengah...even, gerak2 pusing2 atas katil pun aku dah mengah bagai...apada...macam mana la buat kerja rumah lagi kan...tapi aku tetapkan la gagahkan diri setakat yang termampu untuk uruskan diri pape yang patut, taknak bergantung sangat pada family... minggu ni aku tak appointment pape...minggu depan baru ada, jumpa doktor lagi, dan pasti akan ada upacara skodeng baby...setakat ni, doktor tak bera...

cendawan? not for me please...

Image
sejak mengandung nih, aku ada satu benda yang dulunya aku suka sangat makan, tapi tidak lagi sekarang...bukan sebab demanding or what, i just feel like...i don't like that mushroom anymore... credit to here for this picture straw mushroom ni aku hanya makan bila order noodle in tom yum soup tak lain tak bukan dari secreto recipeto la... credit to here for this picture teringat kat satu entry lama2 dolu, betapa sukenya aku makan mushroom nih...sekarang ni, hanya tinggal sejarah sajalah... tengok mushroom pun dah tak bape nak selera...kalau makan jugak, kompem pastu muntah... notakaki : hope lepas bersalin, everything goes back to my normal life...

kakiku yang makin mengembang

Image
petang semalam, sambil manja2 lepak2 ngan mak aku atas tangga umah, sambil ngadap pokok bunga yang takde bunga, ada daun je...heran aku, nape tak dipanggil pokok daun je...terpandangla sama kedua belah kaki aku yang comel tulus mulus tuh...*muntah ijau mak : eh eh...dah kembang dah kakinya aku : mana2? sambil telek kaki aku cuba la untuk angkat sket kaki kasik nampak clear keseluruhan kakinya...dan dan kau nyah...sentap mak nengoknya... aku : uwaaa...kaki dah gemok...macam kaki gajah dah.. mak : hahaha nah, hamek kau kaki gajah psss...gambar tu aku cilok dari sini notakaki : mak mertua aku cakap, orang mengandung...pakai apa pun tak lawa dah...hukhukhuk *tengah bersedih di atas kekembangan kaki yang meruntun kalbu

tarikhnya masih samar

alhamdulillah, semalam...selamat berjumpa dengan doktor pakar sakit puan OnG dan selamat jugak melayang duitnya  untuk berbincang dengan keputusan tentang kaedah bersalin nanti...dah sedia maklum yang aku bakal melalui proses melahirkan anak secara pembedahan, cuma tak tau lagi bila dan doktor mana yang akan bertanggungjawab atas keseluruhan prosesnya itu.... sebelum tuh, bincang2 dengan my mother, tentang kat mana nak lahirkan baby nanti...dah decide dah nak beranak kat husm, cuma boleh pilih...nak under husm terus atau ada satu lagi pilihan, bawah husm jugak, cuma yang ini fully swasta punya...meanings...$$$$$ la sket... bincang punya bincang...okay...decided...nak beranak kat unisains , bawah husm....kalau ikutkan aku, memang takkan pilih unisains la, tp sebab fikir, kalau beranak kat situ, keselesaan pada orang yang nak menunggu sepanjang aku dalam wad yakni mak aku sendiri, sebab dapat bilik sendiri, ada bilik air sendiri, tak payah share2...keselesaan dari segi rawata, do...

perkembangan bayi dalam kandungan 32 - 35 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 32 Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. *** takleh blah ah dengan ayat nota hamil kat atas nih, mulakan cuti sekarang? huh...kalau kerja gomen, nak apply cuti hape la gamaknya kan...mana boleh...aku nih, spesel case... aku dah mula terasa betapa aktifnya baby nih, kadang2 aku rasa malam2 dia tak tido ke hape, gerak sana, gerak sini...paling suke tengok reaksi dia kalau aku geletek2 perot aku kiri kanan, nanti dia akan bagi gerakan kat tempat yang aku sentuh tuh...kelakar lah baby nih... aku dah mula sambung check up di HUSM, kubang kerian...dan decide untuk beranak di hospital ini, sebab aku perlukan kedua2 doktor pakar u...

perkembangan bayi dalam kandungan 28 - 31 minggu

adeh...camne aku bleh termiss hupdate perihal baby week by week nih...sume ni gara2 terputus internet masa balik semenanjung cuti sekolah akhir tahun lepas nih...takpelah...kira halal lah sume...kita start counting balik, lets the rhythm begins... Perkembangan Bayi Minggu 28 Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Nota hamil : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. *** time ni, aku dah ada kat semenanjung...cuti sekolah...dan, aku juga dah mula usha nak beli pam, kuikuikui...seperti biasa, nak beli terus, takut awal sangat, tapi dalam pale otak dah aim dah nak beli brand apa, cuma taktau jenis yang manual ka, letrik ka, camna ka...mula savings u...

tengok nasi pun dah tak ada selera

Image
2,3 ari nih, aku perasan sesuatu tentang diri aku... 1. semakin kurang berselera untuk makan, dah tak galak macam selalu 2. mudah penat, cepat letih credit to google for the picture 3. tak boleh nak berdiri lebih daripada 10 minit, apa tah lagi kalau jalan banyak, mudahnya semput 4. kejap2 kaki kanan plak yang rasa kebas2 alam, biasa kaki kiri yang punya masalah gitu 5. sangat cepat dahaga 6. susah nak tido memalam, sebab tak mengantuk punya pasal 7. panas, panas, dan panas...bape kali dah kena sound ngan mak aku sebab hujan2 cenggini, orang sume sejuk, tapi aku? boleh bantai kipas sampai no 5, siap pasang aircond lagik 8. sangat-sangat tak bape nak makan nasik...even ada lauk peberet aku pun, aku buat muka donno gitu je...apakah... 9. kerap rasa lenguh2 dan sakit2 pada belakang dan tulang punggung 10. sangat suka minum susu... apakah tanda2 nih nak bagitau aku bahawasanya aku nih dah tak lama lagi dah nak bersalin? bila aku cakap ngan mak aku, gabra teru...

kata putus

semalam ada cite yang aku akan pi jumpa doktor pakar ortho untuk bincang lebih lanjut akan keadaan aku, dan dah janji jugak kan nak share apa perbincangan antara aku dengan doktor tuh... pepagi lagi dah terpacak kat depan kaunter, pendek kata, kaunter tak bukak pun lagi, aku dah ready dah kat luar th...kaunter buka kul 8.10am...amek no, 3003 nombornya...no 3, ingatkan cepatla siap, sebab dapat nombor antara yang terawal la jugak kan...sekalik, hamek kau...kul 9 lebih camtu baru no mula dipanggil... aku tunggu je lah... * * *   tunggu lagi * * * dan lagi * * * kul 11.30am macam tu baru nombor aku dipanggil...time tuh, dah semua jenis kebas, semut2 kaki pinggang sume dah rasa dah...punya lah azab... masuk, jumpa doktor perempuan, muda lagi...cerita masalah aku, dan dia pun trace rekod aku macam mana, check keadaan terkini aku...pastu aku tanya soklan yang memang tahap soklan PHD punya la... adakah saya boleh melahirkan anak secara normal atau perlu...

30hb12 - resepsi apek penjaga gol

adeh...ari ni dah masuk 30hb12 dah upenya...tengah ready2 nak siap pi hospital pagi nanti, baru aku teringat...acanne nak pi pusing2 kaybee camni, ari nih ada resepsi perkahwinan apek si penjaga gol harimau malaya tuh kat hotel renaissance  acanne tah nak eja nama hotel tuh, tak reti la plak aku nih...  aku baru je plan nak ajak driver aku tak lain tak bukan mr papa ku  pergi jenjalan habiskan duit kat kedai benang kat bandar...wakakaka...nampak gayanya macam tak bape nak jadik je ginik... ye lah...kalau dah bother apek kita nih buat majlis kat hotel tuh, dah sah2 jalan kat situ jem bagai nak rak...tak sanggup aku nak meredah kesesakan lalu lintas semata2 nak jenjalan kat bandar...aih...cobaan sungguh ginik... ari nih, aku ada appointment dengan doktor pakar ortho husm, kubang kerian...kandungan aku alhamdulillah dah cecah 35minggu kalau tak silap kiraan aku, dan sepatutnya kalau aku masih di sabah sekarang nih, doktor aku kat sana, yakni doktor ram nak kandungan...

persediaan fizikal

makin hari, makin banyak hari yang berlalu...sedar tak sedar, minggu depan gaji masuk dah masuk pertengahan bulan disember dah, lagi bape ari lagi dah habis cuti sekolah, dan...ooh...tak sanggup nak sambung ayat itu... taknak sekolah boleh tak? huh  letak tepi urusan kerja... semalam, aku ada appointment dengan doktor gigi...nak baiki tampalan gigi geraham aku yang satu nih...genap setahun gigi tuh sakit, dan genap setahun jugaklah gigi itu berlobang besar setelah dikorek dengan jayanya oleh sorang doktor gigi masa aku kat johor...aku pun heran ngan doktor tuh, suke hati dia jer pi korek gigi aku sebsar2 alam gitu... alkisah, aku punya tampalan tercabut, dan masa makan tuh, makanan masuk la dalam lobang yang ade, lalu menimbulkan kesakitan yang teramat2la ngilu, bila jumpa doktor, dia ingatkan aku ada masalah saraf pada gusi tu...lalu dia bagi cadangan kat aku suh buat rawatan akar, tapi disebabkan aku dah nak balik sarawak, maka dia hanya sempat buat rawatan akar bah...

L.E.G.A. = a big relief

Image
baru pas balik buat check up kat hospital, minggu ni dah masuk 32 weeks dah, overall check up, alhamdulillah, tak ada apa2 yang boleh membuatkan hidup terasa sentap... paling best, masa buat urine test, resultnya adalah N.E.G.A.T.I.P. hohohoho...eden tersangatlah suke, punyala cuak dan risau memikirkan akan membuat urine test ari ni, takut sangat kalau resultnya menguciwakan diri sendiri... dan ternyata, penat lelah aku menjaga makan minum selama lebih kurang 4 hari nih membuahkan hasil...syukur alhamdulillah... gambar amek kat sini dia punya excited tuh takleh nak gambar macam mana, seronok sangat seiyh...pas habis sesi jumpa doktor bagai, scan bagai, terus berkejaran itik mencarik cafe untuk meneruskan sesi melantak plak...nyum3...kenyang...okay, dah boleh balik umah...hahaha notakaki : pasni berdebar nak jumpa doktor pakar ortho plak

mengumpul dan merobekkan poket

sejak kembali ke bumi semenanjung nih, dah banyak kali dah poket ku ini rabak dirobek kegiatan soping2 sedunia...adeh... soping barang baby hokey barang mama baby tak ketinggalan jugak  bermula dari baju untuk newborn sehinggalah ke kelengkapan menyusu...errr...baru je beli pump semalam, hahaha setakat nih, rasa2nya macam 70-80% dan beli barang baby, tinggal a few things lagi yang tak tahu mana nak pilih dan memerlukan pandangan kedua dari mereka2 yang berpengalaman... actually, aku nih dah tak mampu dah nak berjalan lebih dari 30 minit, jadik, sangatlah slow progression aku dalam membeli kelengkapan untuk baby, bila tak beli kang, rasa macam bersalah plak kat baby, mcm tak excited je kan nak sambut dia...hahaha...jadik, alang2 beli barang baby, mama TER beli barang untuk dia sekali...errr...opsss... notakaki ; poket dah rabak, tunggu gaji bulan ni masuk plak baru pergi memancing lagi...

terawang-awangan

alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke 31 baby mama ni membesar dalam perot mamanya yang makin hari makin comel boolat nih...dah nak masuk 8 bulan kan...dan dah nak masuk tempoh berjaga2 sebab anything can happen dah pasni...actually, dari minggu ke 28 lagi kena berjaga2... masuk minggu ke 28, aku dah mula mengira bape kali baby kick, untuk rekod semasa...bila mengira tempoh dan saat2 mendatang nih, teringat aku pada perbincangan aku dan doktor before nih... doktor ram kita akan bincang keadaan awak ni dengan doktor pakar dari bahagian OnG untuk capai kata sepakat tentang kandungan awak... 1. mungkin awak akan dimasukkan ke dalam wad bila mana kandungan cecah 28 minggu untuk pemantauan bersama sehinggalah awak capai tarikh sebenar untuk bersalin 2. mungkin kandungan awak ini akan diteruskan sehingga cecah 28-30 minggu, then kita akan proceed dengan operation, biar baby membesar di dalam inkubator 3. yang pasti, rasanya awak tidak akan dibenarkan melahirkan baby secara normal...