Posts

Showing posts with the label sinis

oh lelaki

Image
dapat picture ni dari fb kawan...                                                            notakaki : =)

sebuah hakikat

Image
sebelum mata ni terpejam lena diulit mimpi, sempat lagi hupdate sekeping entry... selalu sangat dah jadik kat aku ginik...hahaha notakaki : selamat malam semua...aku...maafkan kamu...tak perlu lagi kita bertemu...

entry untuk cik anonymous sekalian

Image
actually, aku nak kongsikan dengan korang sume satu cite panas antara blogger berdaftar dengan cik anonymous yang tak berdaftar ...dan cite nih sebenarnya bukan cite aku, tapi one of blogger yang aku rasa masyuk je ngan dia...kenal dia pun secara terkebetulan semata2, pastu plak, tetibe je rasa cam kamceng tepuk tampar bahu bagai....rasa je lah kamceng, tapi tak tahu pun hati budi macam mana...dah nama pun dunia blogger, kau hanya baca apa yang ditulis sahaja, dan jangan harap apa yang kita baca tuh dah cukup untuk menggambar keperibadian seseorang itu...eh eh...aku bukan nak cerita pasal aku kat sini, tapi nak copy cerita dia tepek kat sini... entry ni jugak aku tuju kepada cik anony yang pernah, sedang dan bakal mengganggu ketenteraman dunia maya aku ini cerita dia, aku copy sepenuhnya, dan tepek sini pun sepenuhnya, no edit2... bila pertama kali aku bercakap pasal anak secara open. aku cukup  kagum  dengan  kuasa blog.  dari blog orang boleh mengenali si...

lembu pun tahu beratur

Image
lembu beratur ke pusat pemerahan susu lembu pernah tak korang alami situasi di mana orang berebut nak beli or nak naik sesuatu, ataupun nak amek makanan ke hape ke...adoiyainya pun...seriously, aku paling tak suke bila rebut-rebut nih...aku rela undur diri... punyalah tak suka berebut punya pasal kan, aku teringat masa aku kecik2 dulu...tak silap aku, masa tu umur aku 5 tahun... pergi hari keluarga anjuran tempat kerja ayah aku, biasa la kan, mesti ada aktiviti untuk kanak2, upacara yang tak lain tak bukan, upacara berebut gula-gula , punyala beriya ayah aku suh aku masuk, beratur bagai nih...tapi masa tengah rebut2 gula2 tuh, aku dengan selambanya larik duk tepi, tengok je dak2 lain berebut...dalam hati sempat lagi, gula2 pun nak berebut gitu, lantak koranglah, aku taknak terlibat... terlopong mulut ayah aku tengok aku berdiri kat tepi, dia siap tanya lagi aku nape tak join kan, aku dengan selamba lagi sekali cakap aku tak nak... sebenarnya, bukan aku tak makan pun gula2 ...

kepada siapa yang tidak pernah ke sabah

entry ni sengaja nak cerita tentang sabah dari persepsi aku yang berasal dari semenanjung, tetapi bekerja di sabah... sebelum tu, nak le mention awal2 kat sini yang aku belum habis lagi pusing sabah, dan baru je bape bulan duk sabah, jadik, kalau maklumat yang aku nyatakan kat sini tak bape nak betul, tolong maafkan aku dan perbetulkanlah aku dengan cara yang berhemah ye aku biasa terlibat dengan situasi yang macam ni situasi dia : kerja kat mana sekarang? aku : kat lahad datu, sabah dia : kenapa tak dapatkan treatment kat sana je? aku : kat mana? dia : lahad datu lah aku : kekurangan facilities, apa2 hal kena rujuk ke kk, kota kinabalu dia : habis, tu...kenapa tak pegi je kota kinabalu tu? aku : jauh kot dia : jauh sangat ke? (dengan nada sinis) aku : hampir2 600km...macam kelantan pergi johor, patah balik gi kl dia : ooo...jauhnya... aku : dia punya jauh tu, sama macam saya terbang balik semenanjung dan dapatkan treatment di sini dia : (diam, tak terkata apa2) ok...

sama tapi tak serupa

Image
gambar ni copy dari fb kawan setuju dengan kenyataan di atas sebenarnya...itulah, selalu sangat tertipu terutama sekali time soping2...jadik, jalan selamat.... tak payah soping  beli barang yang perlu sahaja...yang tak bape nak perlu, tunggu orang belanja...ecewah... masalahnya, ada ke orang nak belanja...huuuuuu.. notakaki : best soping dengan geng2 yang sama tahap nenongnya dengan kita, hehehe

guna bila mahu sahaja

situasi 1 mamat : mak...saya nak kahwin dengan janda hujung kampung tu mak : janda hujung kampung? kau dah hilang akal ke mamat? mamat : kenapa plak ni mak? apa maksud mak? mak : mak bukan nak halang kau nak kahwin, tapi kau dah fikir betul2 ke, dia tu janda, kau tu bujang mamat : itu saya tahu, yang penting dia dah tak terikat dengan sesiapa dah kan? mak : memang la dia bebas, tak terikat dengan sesiapa, maksud mak, umur, dia tu baya mak dah mamat oi mamat : mak...umur bukanlah segalanya, nabi masa kahwin dengan siti khadijah pun, bape beza umur mereka mak : ....... situasi 2 isteri : sampai hati abang buat saya macam ni, abang tipu saya hidup-hidup suami : bila masa pulak abang tipu awak? isteri : abang kahwin lagi satu di belakang saya suami : itu bukan tipu, cuma abang tak bagitahu je isteri : sampai ati abang buat saya macam ni, abang duakan saya suami : abang tak maksud nak tipu awak, tapi ini kan sunnah nabi, nabi pun berpoligami , silap hari bulan, awak boleh d...

email yang tidak bermakna

aku ada hantar banyak email namun sekali sahaja dibalas pendek sahaja aku hantar lagi kali ini bukan sahaja tidak berbalas malah tidak dibaca mana pergi janji mana pergi semangat seperti yang dinyatakan kau dusta bersama sejuta cerita di mata ini jelas terbukti kau sudah lama berubah bukan hari ini malah sudah lama sejak dari awal ceritamu sudah beralih namun kepadaku masih jua kau lafazkan akulah watak cerita itu dusta lagi dusta seribu makna mengapa susah menyatakan kebenaran dari berselindung di sebalik kata cinta ini bukan cinta tetapi kebodohan yang kau beri kepada aku agar aku percaya kau milik aku aku sedar kau sudah pergi kepada dia yang lebih membahagiakan bukan aku email itu tinggal sekadar email sudah tidak bermakna lagi biarlah aku membisu

orang itu

ada orang itu dia sudah lupa dan dia sengaja melupakannya hal hati kerana dia dengan hati yang baru hati lama dibuang sahaja tanpa khabar berita ada orang ini saban saat dia menunggu akan hal hatinya di manakah mengapakah namun tiada jawapan cuba untuk menghubungi namun tidak berjawab kosong ada orang itu kalau dengan rakan sekalipun pasti tidak sebegini inilah lumrah kalau sudah berjanji apa sahaja boleh diukir jika ditanya pasti menafi bukan orang ini tidak tahu kebenaran ia sudah terhampar depan mata apa yang dibuat oleh orang itu dengan buah hatinya orang ini ditinggalkan kerana alasannya orang ini yang tinggalkan orang itu orang itu perlu hidup teruskan hidup orang ini akur kerana dia bukan siapa-siapa orang ini berlalu dengan sejuta kesedihan biarlah duka ini dikongsi sendiri tidak perlu sesiapa derita ini hanya untuk orang ini

packing packing

bangun2 je pagi nih, aku mcm dgr satu arahan suh aku kuat dan uruskan diri, tp bila aku nak bangun, tetibe je aku perasan, mana kaki aku?? aku nmpak dorang, tp tak blh nak gerak...am i paralyzed? stupid!! jgn fikir bkn2 blh tak..rupa2nya, aku tak rasa dua2 kaki aku sbb dorg masih tido...terus aku 'kejutkan' slow2...sakit? biarlah aku org je yg tahu... ari ni aku nak packing2...aku nak kemas semuanya... kenangan2 yang ada, aku susun2, masukkan dalam kotak ikut kategori, pastu tutup kotak dan tape....tadaaaa.... sekarang aku ada banyak masa untuk menyendiri, nak tgk2 kalau ada kenangan yang tertinggal, aku nak pastikan semua tu selamat dan terjaga, kat kotak tu besau2 dah aku tulis INI HAK AIN, JANGAN USIK, AMARAN KERAS!!! pasni kalau ada orang usik jugak, mmg aku hantar santau...tetttt...terpengaruh ngan cite 'santau merasuk' tv3... errr...mana kau nak letak kotak2 besar gedabak nih? mmmm...tgh berfikir sama ada utk bawa dia bersama aku atau tinggal je dalam sto...

wordless wednesday #8 - hearts no lie

Image
notakaki : berapa ramai yang telah ditipu di sebalik sebuah senyuman....?

kawan

aku ada macam2 jenis kawan bulat bujur empat segi segi tiga sumenya macam2 ragam....dan aku senang berkawan dengan mereka...tp dalam ramai2 kawan aku, aku suka berkawan dengan bulat , sebab  dia tak pernah buat aku terluka, sakit, dan terpinggir...layanannya kepada aku sama sahaja, takde kurang, malahan bertambah .... aku tak suka berkawan dengan yang segi tiga, empat segi , sebab dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menyakiti aku dengan bucu2nya yang tajam...kalau aku sakit, aku pendamkan sahaja ... bujur ? aku sendiri tidak pasti....bergantung pada mood dia, kalau dia rasa dia perlukan aku, maka berbaik2lah kami, tapi kalau tidak...tidak perlu kau cari... notakaki : aku masih menunggu kawan aku yang bulat itu, sebab aku sangat2 perlukannya sekarang ini

selamat hari raya

errr...apakah ini? puasa belum lagi, dah wish selamat ari raya? hmmm... renung2kan... sama ada raya aku terawal sebulan   atau  ini ucapan raya yang dolu2 tu? * * * * * * * * * * * * * * * aku baru habis puasa ganti semalam, jadi, ari ni aku beraya selamat hari raya notakaki : don't say even a word kat aku, hahahahaha alkisah, aku terlewat ganti puasa, postponed punya postponed, smpaila satu tahap dah dekat2 camni baru nak gabra tahap gaban...huh...aku first time pose masa awal2 aku posting, ari sekolah, penat dia tuhan yang tahu....sangat tak larat, terus aku jadik fobia nak puasa kat sini, espeseli ari sekolah, pastu bila cuti sekolah, balik umah, tak tahan godaan, makanan best2, mana larat nak puasa beb...tu yang tertangguh sampaila dah last minute mcm ni, overall...nasib baik sempat habiskan sume...alhamdulillah

biarkan mereka

tadi terserempak ngan a, lama gila tak jumpa...terus tanya khabar pasal a, and tak lupa, pasal b jgk...kita story satu2 hokey... kau pe cite skrg ni a? mcm ni je, mcm kau, penuh kebohsanan dalam idup aku...aku diam je skrg, mls nak campur urusan org lain, sbb aku rasa sangat tak best... kenapa ni, apa maksud kau? yelah, dorg sume sibuk ngan urusan dorg, aku tak salahkan dorg, tp aku terasa lah jugak...nak je aku cakap ngan dorg, cukup2lah tu tunjukkan kegembiraan kalian semua, sbb kalian kena ingat, golongan yang tak bape nak gembira, kalian jangan ingat hidup ni kalian yang punya, sesekali, ingatlah mereka yang tak bernasib baik sebab bila aku buka page ni, page tu, tak hbs2 nak cerita perihal diri masing2 yang penuh ngan kegembiraan, pastu ketidakpuasan hati masing2...yelah, aku tau mereka gembira, cuma aku harap mereka bersyukurlah sedikit dgn kelebihan yang mereka dapat...org lain yang tak dapat mcm mana? apa kisah mereka? dorg tak pernah ke terlintas walau sesaat...tak hbs2 ngan k...

diamnya matahari

matahariku matahariku matahariku tidak lagi mendengar suara tangisan itu tinggallah dia keseorangan tanpa matahari walau berjuta warna pelangi walau berjuta cahaya suci tiada yang mendengar hanya ada sebuah diam sepi dan puisi tentang hidupnya yang tidak mampu menakluk hati akalnya

antara dua

mana satu pilihan anda? kawan atau sahabat?

tetamu

pernah mengunjungi rumah rakan taulan atau saudara mara? pastinya pernah bukan...kita rakyat malaysia penuh harmoni dan muhibah, saling mengunjungi sudah menjadi amalan turun temurun tak kira bangsa atau darjat... tapi... anda tetamu yang mcm mana? a. tetamu diundang? atau b. tetamu TAK diundang? bagaimana anda dilayan dan bagaimana pula anda melayan ?

pemandu oh pemandu

cite ni sekadar luahan semata-mata serta untuk diri sendiri, kiranya kesedaran bersama jika kita di tempat pemandu, dan kita memandu ( semestinya mmg mcm tu lah zahiriahnya kan ), akan ada 2 situasi y berlaku, iaitu a) mangsa b) pemangsa soroti kisah mangsa dahulu kita akan merasakan pemandu2 lain memandu dengan tidak berhemah langsung, menyelit sana sini, potong barisan, memandu di lorong kecemasan, lagi2? apa lagi common kesalahan y selalu kita tengok ? banyak, nak ckp kat sini pun tak guna gak kot, better anda sendiri y senaraikan, lagi bagus sbb berdasarkan pengalaman, kesannya lagi ketara... apa y anda katakan bila tengok ada pemandu y memandu dengan kurang hemahnya? 1. teruknya dia nih, tak tgk kiri kanan pun nak potong 2. magkuk ayun tollah!! 3. hish...dasar pemandu pompuan, bengap tol bawak kete 4. monyet! 5. bawak kete mcm siput pun ada ati nak duk line kanan * * soroti kisah pemangsa pulak hmmm...tak sempat nak fikir pape pun, tau pandu jer... apa y anda katakan bila anda y...

siapa lawan siapa kawan?

pandang kanan, nampak sorg teman, pandang kiri, nampak sorang lagi teman, selalu nmpak dorang ni, aku ngan dorang pun selalu je borak, banyak benda y aku cerita kat dorang, dorang cerita kat aku, kiranya, we share a lots....serasi sgt rasanya kami ni, ada chemistry y kuat, sume org cakap mcm tu bila tgk aku dan dorang...bangga jap aku... aku ngan dorang berkawan bertahun2...tak pernah gaduh besar, merajuk sket2 tu ade lah tapi tak pernah simpan dalam ati, paling lama gaduh pun takdelah sampai tak tegur 1 ari, aku takleh idup kalu takde dorang, dorang pun sama, raa sunyi je kalu tak borak ngan dorang, kalu dorang takde depan mata, takpelah lagi, kalu gedebek ada depan mata, mana boleh tak tegur... dorang kawan aku la , bangga aku ngaku dorang kawan aku... satu ari aku ada masaah, aku cakap kat dorang, sebab dorang kan kawan aku, sorang cakap mcm ni, "buat tak tau je lah ain, nnti setel lah tu masalah kau, bukannya kau tak biasa kena mcm ni, selalu je, org lain pun ada je y kena mcm...

do you agree with me?

ada seorang lelaki, menghampiri seorang gadis yang keseorangan lelaki : hai, seorang ke? ~ dah nampak tapi saje gatal mulut nak tanya orang ke berdua ke hape ke gadis : ha'a, sorang je lelaki : boleh saya teman? ~ cantik bahasa, instead of using ayat boleh saya duk sebelah, padahal mmg hajat hati nak duk sebelah gadis : eh, duduklah kalau muat ~ dalam hati sebenarnya nak cakap TAK BOLEH tapi saje cover ayu sopan lelaki: dah kul bape skrg ek? ~ kalau takde jam sekali pun, sume org ada henset, takkan takleh tgk jam kat henset kot gadis : kul 3 dah lelaki : dah lama tunggu kat sini? ~ tau je dah lama sebab dr awal gadis smapi tempat tu dia duk perati gadis : takdelah lama sangat, bolehla lelaki : tunggu sape? ~ bussybody betullah gadis : tunggu ayah sepatutnya dah sampa ni, tak sampai2 lagi lelaki : apa? ayah? ooo ~ kecut perut la tu, baru sebut nama ayah, bukan jumpa ayah pun gadis : ha'a, ayah lelaki : saya dah janji ngan kawan ni, saya pegi dulu cik adik ye ~ tetibe je ckp jan...