kesunyian

sendiri lagi
meniti liku-liku sepi
yang tidak berpenghujung
saban hari
mencari punca
untukku berpegang
dan berpaut
aku mahu bangkit
tapi sering kali tersungkur
menyembah bumi
hanya ilahi yang satu
tempat ku bermohon
mengharapkan kebahagiaan
dalam hidupku
diberkati dan diredhai
dek kerana terlalu sepi
aku mati rasa
membiarkan sahaja apa yang berlaku
tanpa aku ambil tahu
jauh sekali untukku peduli
biarlah apa nak jadi 
aku tetap di sini
menunggu dan menunggu
mengharapkan keajaiban berlaku
sesungguhnya
sunyi itu indah
sepi itu bahagia


notakaki : penat jadi cikgu nih, kadang fed up jugak aku kalau kerja tak reti2 nak susut, asyik menimbun2 aje

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing