sejarah therosputih

dah nama penganggur, tatau nak buat keje apa y boleh menghilangkan kebuhsanan diri...alang2 duk belek blog empunya badan, tergerak ati la plak nak singkap sejarah lama...sejarah blog therosputih....

kenapa therosputih? hehehe...panjang kisah dia..alkisahnya...aku sangat suke bunga ros putih, suci je rasanya...aku start berchat kat **** since aku form 2 lagi, and since that la aku guna rosputih sampai ari ni, and sampai ari ni jugaklah aku masih lagi suke berchat...cuma mungkin dah tak seaktif dulu...mase nak buat blog ni, aku nak la kekalkan nama rosputih tu, tp taknak la direct sgt, aku tmbahla the kat depan, maka, jadiklah therosputih...nostalgia gile namanya...

aku start create blog ni pada 10 januari 2009, dah lbh setahun dia beroperasi kan, aku sayang blog ni, kalau diikutkan pengalaman berblog, sbnrnya aku dah start berblog since 2005 lagi, tp sume akaun blog aku tu aku dah mansuhkan, ntahla...

mase therosputih start beroperasi, aku dlm keadaan sangat tdk stabil, putus chenta beb...hahaha...ni lah perasaan putus chenta y sgt teruk y aku pernah alami dan aku tidak hingin sama sekali utk merasai perasaan putus chenta itu...cukuplah itu y terakhir...dgn keadaan y sgt tdk stabil tu, aku amek keputusanla nak mulakan hidup baru, azam baru, semangat baru, jadik, aku salurkan ketidakstabilan aku itu melalui penulisan...sbb tulah tema therosputih adalah reality + fantasy = writings...dan yang paling penting, aku suke menulis, dan aku rasa sangat stabil jika dapat menulis...

pada masa aku bersama therosputih, aku juga telah menemui cinta baru...mode : bling2 rumantika please sumenya aku catatkan dalam therosputih, tp harus juga diingatkan, setiap kata2 y aku tulis bukanlah menggambarkan diri aku 100% sebab aku masih menjaga ke'privacy'an y aku ada, terpaksa la aku cover2 sket...ada y betul, dan ada y fantasy...

hari ini, aku bangga dgn therosputih, walau tak segelemer blog2 mereka y famos itu, tak pelah, janji aku puas ati ngan diri sendiri...aku menulis kerana aku mmg mahu menulis, dan aku bukanlah mahu dikenali kerana penulisan ini...

terima kasih pada mereka y selalu menyokong therosputih...tiada kata mampu terucap...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing