kau luka aku pun luka sama

semalam, ngah aku dalam keadaan kemamaian tahap cipan, aku dikejutkan ngan sms kawansampaimati aku, tak lain tak bukan si enhear, thanks beb sebab still share everything ngan aku walaupun jarak kita beribu batu...

cite luka2 ni bukan luka enhear nih, tapi luka sorang lagi kawansampaimati aku sekarang ni ada kat somewhere in kuching, sama posting ngan aku itu ari...sedih beb...aku dapat tau pakwe dia mintak clash semalam...adeh...

tatau nak cakap mcm mana, tapi serius aku agak terkejut...baru duk jauh 3 bulan, dah jadik mcm ni....bukan aku nak salahkan sesape, tapi rasa mcm...kenapa sume ni berlaku? aih...tapi tu lah, kita hanya memerhati, kita tatau dorang yang menanggung mcm mana...aku cuma mampu berdoa...

aku doakan kau beb, aku tau kau kuat...tak perlu kau tangisi benda mcm ni berhari2, tapi kalu itu bisa buat kau tenang, kau rasa much better, menangislah...ingat...menangis bukan tanda kita mengalah...kita berundur selangkah kerana kita mahu mendapatkan momentum yang sesuai untuk kita...

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, mungkin sekarang apa yang kau rasa hanyalah kekecewaan, kesedihan, kepedihan, kesengsaraan, dan apa juga perasaan yang kau hadapi, kau kena ingat...kau taktau apa akan jadi pada masa hadapan...ada sinar kebahagiaan yang lebih manis...mana kau tahu...ingat...tuhan itu satu...dia je tempat kita semua mengadu...

kalu kau rasa kau lemah, nak jatuh, ingat...aku ada...aku boleh tolong pegang tangan kau sebab aku akan sentiasa ada di sisi kau utk bantu kau di saat kau memerlukan aku...even kau taknak aku pun aku tak kisah, sebab memang aku ada utk kau...u can count on me...

notakaki : i wish that i could be there for you

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing