Posts

Showing posts from February, 2014

kalau dah kreatif

Image
aku dapat gambar ni hasil perkongsian email, dan tertarik nak share picture nih.. cantik sangat sampai tak sanggup nak makan,tak sampai hati nak rosakkan keunikan dan kekreatifannya...untuk tatapan mata aje lah.. notakaki : hupdate blog sampai main2 ngan alia

terlalu rindu

usianya menginjak dua tahun maka sudah dua tahun jugalah kita tidak bersua muka sayang masihkah kau ingat padaku berkira-kira sendiri di dalam hati kecilku sayang tahukah olehmu aku terlalu rindu pada suaramu pada pandanganmu dan pada sentuhanmu terlalu rindu saban malam aku bermimpikan kamu aku memelukmu dengan erat sambil ku dengar degupan jantungmu aku bahagia begitu sengaja aku merendahkan kedudukan agar dapat meletakkan kepalaku di dadamu dan merasai kehangatanmu seakan tidak mahu berhenti biarlah mimpi ini berpanjangan tidak mahu aku menyaksikan realitinya kerana aku mahu bersamamu sepanjang hayatku sayang aku masih cinta padamu masih sayang padamu namun tidakkan sesekali  aku menjadi mangsa bicara manismu benarlah lidah itu tidak bertulang biarlah aku membawa cinta ini bersamaku walau ke mana kaki ini mengembara di bumi yang fana hanya bertemankan mimpi indah kita berdua notakaki : kesian sama erra fazira dan emran

mengalah jua

Image
dah cuba bertahan untuk tidak mengambilnya lagi, tapi...tewas jua... nah...tepek senget2 sket kasik teleng kepala korang...kikikiki notakaki : doakan kesihatan aku anak beranak

kurang cargas

semalam sebelum tidur, dah terasa perit2 tekak, sambil dalam hati 'janganla demam esoknya, janganla' tapi...ternyata allah lebih mengetahui... sabar dan tabah kan aje lah hatinya...sakit itu kan penghapus dosa...layankan aje lah...alia sendiri pun, dah bape lama selesem je..kelmarin pun, demam...tak tidur aku satu malam sebab alia merengek tak boleh tidur...aku check suhu dia setiap jam...ya allah, tuhan je tahu apa yang tengah bermain dalam hati aku nih...dahla jauh dengan keluarga kan...sume nak kena tanggung sendiri... sambil aku update blog nih, aku tengah khusyuk layab radio era, nak2 semalam anugerah meletop era kan...hahaha...aku tak trngok pun, tapi terkekek2 gelak bila bukak fb, sume yang nonton anugerah meletop tu tak puas ati ngan neelopa...kihkihkih...aku dah lama dah boikot penampilan dia...doa aku, semoga pasni neelopa berubah...lagi manis, lagi cantik kalau bertudung berpakaian litup... notakaki : bila tekak sakit, nak bercakap pun malas