Tuesday, February 28, 2012

kesihatan aku

Views
ramai kawan2 duk tanya status kesihatan aku, dan tak sempat2 lagi aku nak cite dgn details..

isnin, 20hb2
balik keje, sebatang jari kaki aku, aku mengalami kebas2 tak rasa langsung jari tuh, aku bolh jalan dgn baik lagi, aku ingat tak teruk, so aku abaikan je lah, dengan harapan esok dah okay

selasa, 21hb2
aku mc, sebab allergic, gatal2 kat lengan, sangat teruk, jari kaki yang kebas masih tak rasa lagi, masih kebas

rabu, 22hb2
pegi keje mcm biasa, tp dah mula rasa lain, jari kaki yang kebas tu, membuatkan aku hampir2 tak rasa semua kaki kiri aku, nak hentak kaki pun ragu2 sebab aku konfius, dah hentak kaki ke belum aku nih, allergic tuh masih menghantui, aku pegi keje, lepas hbs je kelas, terus je aku mintak balik awal, aku tak tahan, badan rasa sgt lemah dan panas

malamnya, aku tak dapat rasa 3 batang jari kaki, dan tapak kaki pun rasa semacam je, terus pegi emergency, tp tak dapat apa2

khamis, 23hb2
aku dah tak boleh nak drive sendiri, tapak kaki sangat tajam, 3 jari kaki masih kebas dan tak rasa pape, pegi klinik untuk mintak surat dari doktor, tp dilayan mcm pengemis, dia suh amek darah, test for buah pinggang

balik klinik, rehat, sakit pada kaki dah rasa sampai ke lutut, sakit, tajam, mencucuk...

jumaat, 24hb2
pagi ada temujanji fisio, ahli fisio tu syak tulang belakang aku menekan saraf kaki, bila dia tekan kawasan tempat sakit tulang belakang tu, aku rasa mcm ada satu sakit memancar direct dari pinggang hingga ke hujung kaki, serta merta lutut sakit dan kebas pada seluruh kaki kiri, hampir menitis air mata tahan sakit, semua ini ujian allah untuk aku

jumpa doktor pakar, disarankan untuk menjalani mri, aku bakal pulang ke semenanjung mendapatkan rawatan di samping keluarga, tapi masih belum tahu lagi bila

sakit pada kaki masih teruk, pegi keje dengan housemate hantar, langkah makin perlahan, dan tak oleh nak berdiri lama, sakit itu mencucuk dan menyengat, masuk kelas tak dapat nak mengajar dengan baik, maaf anak murid ku sekalian, cikgu minta maaf tidak mengajar hari ni

mlm, terasa sangat sakit, 3 jari kaki masih kebas dan tidak terasa pape

sabtu, 25hb2
kena bangun pagi, ada aktiviti kat sekolah, bila bangun pagi, kaki kiri aku sangat lemah, lutut hingga ke kaki sangat sakit, dan seluruh tapak kaki sangat tajam dan sakit, jari kaki seakan ditarik dan tegang, sakit, tuhan je yang tahu, langkah makin perlahan, nak berjalan jadi sangat susah utk aku sebab kena tarik kaki kiri, tapak kaki rasa ditarik masuk ke dalam, langkah sedikit herot

ahad, 26hb2
bangun pagi, kedua2 belah kaki aku kebas dan tak rasa pape, bila aku buat exerise sedikit, kaki kanan dah mula okay, tp kaki kiri, masih teruk, sangat teruk

malam, aku pengsan, tak sedar, aku collapsed, menyebabkan badan sakit2 dan terasa sesuatu di bahagian belakang aku, rasa keras dan sakit, langkah sangat tidak berdaya, badan start dari pinggang hingga ke kaki, sangat lemah dan berat, badan rasa seram sejuk

isnin, 27hb2
langkah lemah, namun masih kuat utk teruskan aktiviti, pagi, keadaan masih kuat, namun tiba2 badan menggigil dan terasa satu perasaan lenguh yang sangat dasat, kawasan pinggang hingga ke kaki terasa sesuatu yang susah nak gambarkan, masih berdaya untuk ke sekolah, sebab sakit itu berkurangan

setibanya di sekolah, tiba2 sakit itu mencengkam lagi, badan menggigil lagi sekali dan rasa nak collapsed lagi sekali, pengetua saran balik berehat dan diberi cuti, dan diminta kemukakan surat pelepasan kerja dari hospital, terus dibawa balik ke rumah dan berehat

petang, pegi hospital tapi tak dapat jumpa doktor sebab bukan hari treatment tulang, terima kasih kawan sekerja aku sbb sanggup hantar aku balik rumah dan hantar aku pegi hospital

malam, kawan sekerja merangkap kawan aku, datang jenguk, badan aku masih lemah, tapi tangan masih seperti biasa, bebas buat kerja lain, syukur alhamdulillah, masih boleh uruskan diri sendiri

sakit belakang terutama di kawasan pinggang masih terasa, cuma tidak sentiasa sakit, sakit itu datang sekejap2, bila sakit menyerang, air mata aku tumpah, tahan sakit

selasa, 28hb2
bangun pagi, rasa sihat banyak compared dgn semalam, rasa bertenaga, tp tak boleh bediri lama, nnti jari kaki rasa mcm ditarik, keadaan jari kaki yang 3 beradik tu tak banyak berkurang, masih sakit dan tak rasa pape

hari ni pun aku dah tak pegi sekolah

petang, kawasan pinggang ke kaki sangat lemah dan keras, terasa sangat berat untuk berjalan, langkah berat sangat


itu je yang dapat aku kongsikan di sini, pada kawan2 yang bertanya khabar aku, terima kasih daun keladi aku ucapkan, terima kasih atas sokongan yang diberi, walaupun tidak mengurangkan sakit yang ada, namun ia mampu melegakan aku untuk seketika, terima kasih

notakaki : kekuatan aku semakin hari semakin luntur kerana keadaan sekeliling, mujur hati masih kuat berpegang pada janji, yakinlah ku ada

aku perlu kuat supaya mereka di sekeliling kuat

selamat menjadi ayah buat mawi

Views
awat semangat sangat kau nih cik jah oit?? kau kenal ke mawi tu? mmmm...kenal nama dia je, M.A.W.I. habis tu, ada mawi kenal kau? mmmm...dia tak kenal pun aku, kalau dia kenal pun, dia kenal nama ain je, sbb ain tu kembar ngan bini dia, kan kan kan...

takdaklah...aku nak wish setinggi tahniah pada mawi ngan ekin, sbb dengar kabar, dah selamat melahirkan baby girl pagi td, aku baca, dirg cakap kul 4pg tadi...tahniah2...

alang2 dah nak wish tahniah, aku wish teruslah untuk sorang kawan kat sekolah aku, merangkap ketua panitia aku, yang juga selamat melahirkan baby girl hari ini, ulalala...meriah tol sekolah aku tahun nih, kutip hasil namanya...hehehe...kau ingat lembaga hasil je yang kutip? huh...opssss

tak ketinggalan jugaklah, nak le jugak wish tahniah pada kawan baik aku yang sorang nih, yang bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi, serius aku sedih beb kau nak kawin, tp takkan aku nak sedih kot? kan? takpelah...selamat pengantin baru in advance yer...nak wish tahniah terus boleh?? tahun depan, tahniah jugak, bakal menimang cahaya mata kan kan kan...? dil mera dil...tahniah...aku wish kau bahagia...tuhan akan jaga kau utk aku kan?

mmmm...sebok je aku nih mengwish orang sana sini, aku?? tahniah takdak ke untuk aku....mmmm....ada ada ada...tahniah jugak untuk diri sendiri sebab sehingga kini, aku masih berpegang kuat kepada cinta hatiku, masih utuh, takde tanda2 nak roboh, sebab semakin hari aku semakin sayang kamu, semakin hari aku semakin cinta kamu, pujaan hatiku...

hidup kalau tak bahagia, tapi hati punya kekuatan terhadap sesuatu, kau akan kuat menempuhnya, aku masih menunggu akan tibanya saat itu, jika tidak tertulis semua itu, ku tunggu mu di atas sana...lagu alyah beb...


notakaki : psss...aku dah hebahkan kat satu dunia tentang cinta kita, biar mereka tahu apa hati ini...sayang...

Monday, February 27, 2012

setelah ku katakan janji padamu

Views
jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu,
janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja,
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

begitulah juga,
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
setelah dia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja,
kerana dia akan TERLUKANoleh kenangan bersamamu,
mungkin dia TIDAK DAPAT MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...

dia hatiku

Views
aku tidak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
dan sebelum aku mati
tidak putus doaku kepada ilahi
satukan kami di syurga

tuhan
jagalah dia untukku

tuhan
aku sayang dia

packing packing

Views
bangun2 je pagi nih, aku mcm dgr satu arahan suh aku kuat dan uruskan diri, tp bila aku nak bangun, tetibe je aku perasan, mana kaki aku?? aku nmpak dorang, tp tak blh nak gerak...am i paralyzed? stupid!! jgn fikir bkn2 blh tak..rupa2nya, aku tak rasa dua2 kaki aku sbb dorg masih tido...terus aku 'kejutkan' slow2...sakit? biarlah aku org je yg tahu...

ari ni aku nak packing2...aku nak kemas semuanya...

kenangan2 yang ada, aku susun2, masukkan dalam kotak ikut kategori, pastu tutup kotak dan tape....tadaaaa....

sekarang aku ada banyak masa untuk menyendiri, nak tgk2 kalau ada kenangan yang tertinggal, aku nak pastikan semua tu selamat dan terjaga, kat kotak tu besau2 dah aku tulis INI HAK AIN, JANGAN USIK, AMARAN KERAS!!! pasni kalau ada orang usik jugak, mmg aku hantar santau...tetttt...terpengaruh ngan cite 'santau merasuk' tv3...

errr...mana kau nak letak kotak2 besar gedabak nih? mmmm...tgh berfikir sama ada utk bawa dia bersama aku atau tinggal je dalam stor, sbb semua yg dalam kotak tu, dah nama pun kenangan kan? kalau aku bwk blk bersama aku, dah sah2 aku akan bukak dan belek balik, itu tak boleh derrr...aku tak sanggup...hmmm...ini yang aku tgh fikir nih...

**bek je lah balik, itu je HAK yang aku ada kan?

perjalanan masih jauh tapi masa sudah singkat, tidak sanggup rasanya utk menyerah diri ini pada binatang, tetapi siapa yang dapat selamatkan aku kalau hero sudah ada heroinnya....ini bukan cerita kaho naa pyar hai...aku dengan ini menyerah diri kepadanya...selamat tinggal...

Sunday, February 26, 2012

selepas hampir 48 jam

Views
masa berlalu, namun aku tak dapat nak lelapkan mata ini, sakit itu mencengkam, lebih menyakitkan tiada sesiapa utk berkongsi kesakitan, pujuk hati yang kosong, namun seakan tiada apa

selepas hampir 48 jam berlalu, aku masih belum mampu melelapkan mata, badan semakin panas, mata semakin bengkak, dan badan semakin kering...sakit sakit dan sakit

aku perlu kuat, tp utk siapa? utk diri sendiri? seakan tiada guna lagi...

result from blood test

Views

klik untuk tumbesaran yang jaya

kalau tanya aku, serius aku tatau beb, surat tuh cinonet je, tgk yang aku highlight besau2 tuh...kot2 le ada yang paham...

doktor cakap aku ada blood allergic, err...abes tuh, nak kena tukar darah ke hape?? ekeke...aku pun tatau beb, yang aku tau, takdelah sampai kena tukar darah, tp kena TERsangat2 la menjaga makan...doktor bagi list yang aku berkemungkinan allergic, tp tu pun dia just sebut je, takde pun tulis hitam putih
1. seafood
2. telur
3. ikan bilis
4. ikan? mmm...bergantung pada keadaan, try dulu makan, but then kalau ada rasa gatal2, tak payah makan
5. ayam? pun sama ngan kes ikan, kalau rasa gatal, then stop makan

sbb tu ari tu ada org nak bg aku sate ayam, tp refused nak makan, bukan sebab menyombong, bukan sebab merajuk, tp sebab dia tatau pape gi dah pasal hidup aku, kenapa dia tatau? sebab dia taknak tahu...

notakaki : hidup sendiri nih mengajar kita untuk menyepi, jadik kera sumbing kot aku pasni

sangat pagi

Views
aku tidak mampu untuk membuka mata, sakit ini terlalu mencengkam, tidak tahu pada siapa untuk mengadu, hanya berteman paparan blog, di sini aku kuat, dan di sini aku lemah, semuanya ku coret, untuk tatapan diri sendiri, bukan untuk bermegah, bukan untuk meraih simpati, aku tak perlukan semua itu untuk hidup, aku hanya perlu kekuatan dari ilahi

dulu, aku terasa kuat kerana ada sesuatu, yang menghalang jiwa ini lemah, namun hari ini, kosong, tiada lagi, ia bukan kepunyaanku, maka ku relakan ia pergi, mengejar pelangi indah, mana bisa aku menahannya lagi, lagipun, segalanya sudah tertulis, aku bukan untukmu, dan dirimu bukan untukku

katanya lagi, aku sudah ada pelangi, dan untuk apa lagi aku mengejar, biarkan dia mengejar pelangi, aku tersenap, kerna tidak perlu diingatkan lagi kepadaku, cukup, aku sudah lama mengerti, sampai bila kita begini, harus akan ada persimpangan, titik akhir untuk mengejar pelangi sendiri, ya, betul...aku mengerti dengan indah, lalu aku tersenyum, meskipun sukar diukir

ini ujian allah, tatkala aku tersungkur, kau timpakan lagi aku ujian, maha besar maha kuasa ya allah ya tuhanku, begitu perit air mata ini, ujian ini, mengajar ku erti kekuatan, mana dia kekuatanku, yang pernah menemaniku suatu masa dulu, tidak perlu lagi aku menangisi, hidup ini cukup indah untuk dirai

Saturday, February 25, 2012

sesuatu

Views
*mungkin aku perlu private kan blog nih...aku ingin lari dari seseorang yang punya banyak kekuatan dalam diri ini...

sakit

Views
serius aku tengah menahan kesakitan yang teramat sangat

melewati hari-hari sendiri, aduh...sangat sakit...

tak tertahan...

nak mengadu pade siapa? aku dah tak punya siapa2





*sangat sakit

Thursday, February 23, 2012

depression

Views
ada org tanya aku, kenapa aku lama tak hupdae

jawapan aku senang je, aku tengah sakit sekarang

bila badan sakit, jiwa sakit, dan segalanya sakit, kita akan otomatik akan jadik TERRRRRsangat sensitif dan tak boleh nak berfikir dgn waras

notakaki : i am sooooo depressed now

pakcik oh pakcik

Views
sedang aku menunggu giliran di klinik kerajaan, ada 2 orang pakcik nih berborak...tekaan aku, kawan lama yang memang dah lama tak jumpa...

pakcik A datang dgn isteri, dan seorang anak dara, pakcik B datang dengan isteri je...tibe2,

pakcik B : berapa ekor anak kitak?
pakcik A : kamik 4 ekor jak

aku kat belakang : (dasatnya dorang nih, tak main ah orang, main ekor2 teross)


notakaki : nak tergelak tapi tak jadik...mungkin budaya dia mcm tu...who knows...


sapelah aku utk judge people kan???

Friday, February 17, 2012

jiwa kacau

Views
pandang kiri pandang kanan, semua tertulis KEBENCIAN, ya, aku benci insan itu, insan yang bergelar AKU

Tuesday, February 14, 2012

dari kekasih untuk kekasih

Views
terus terang aku cakap, aku tak sambut hari kekasih, jauh sama sekali valentine's day

hari ini hari penting dalam hidup aku, mengubah keseluruhan jalan cerita hidup aku, sebab itu semalam secara tak sengaja, aku terbeli bunga ni...

tengok betul2 warnanya
dan itu bukan kesan refleksi warna latar 
jauh sama sekali kesan kamera

ya, warna dia pink, bukan ros putih

aku tujukan bunga ni pada kekasih hatiku, dialah pujaan hatiku...
aku amat menyayangi dirimu sayang

notakaki : inginku sampaikannya terus kepadamu tetapi kamu tidak muncul...=(

Monday, February 13, 2012

dugaan lagi

Views
salam monday2 blues kalian

adeh...lama giler aku tak hupdate, satu sebab membizikan diri secara paksarela dengan kegiatan sukan2 sekolah, ajk buku program je kot...ahaks...aah..memang buku program je, dia punya sebok kalah orang lain sbb awal2 lagik dia dah sebok, tp part yang paling indah best lagi penuh romantik adalah bila mana orang sebok time sukan, akulah manusia lagi insan yang tersangatlah tatau nak buat apa...habis2, menyebok kat depan kaunter mc, kaunter keputusan rasmi, pastu menghabiskan duit depan kaunter jual beli makanan...hadeh...

ops2...aku bukan nak cite pasal ari sukan...entry ari sukan, nantilah kalau aku teringat nak hupdate, aku hupdate...

aku nak stowi2 pasal cerita aku semalam...aku buat blood test for any allergic...owh...sampai sekarang sakit lagi kat tempat dia amek darah...i can see clearly betapa besaqnya lubang jarum yang dia guna...huh...

2,3 ari nih aku tak leh tido malam, sebab tak tahan menanggung kegatalan pada beberapa tempat kulit aku, bila siangnya bolehla tgk kesan aku menggaru secara tanpa sedar...tak tahan woo...siang bolehla aku tahan, berkat iman senipis kulit bawang nih...tp bila malam, aku surrender, angkat tangan...

disebabkan ketidaktahan yang melampau, aku pun dengan berat hati pergila ke klinik, memandangkan ari ahad, mana ada klinik bukak melainkan klinik swasta, maka, ber'swasta'lah aku kat dalam tuh...

nasib baiklah aku first yang mendaftar, cepatla kerja2 aku siap...actually, dah dua kali dah aku ke klinik tu atas masalah yang sama, iaitu kegatalan yang melampau bukan sbb aku menggatal okay!! , so, doktor tu bila baca rekod kesihatan aku, terus dia belek2 tangan aku, pastu aku plak, tanpa dia tanya terus je gitau, err...doktor, saya rasa bukan sebab allergic makanan, saya tak makan seafood, telur, mahupun ikan bilis, jadi mcm ni secara tiba2 je dan dia pun mula ah naik heran...dia suspek aku ada ekzema...adeh...

dia nasihatkan aku buat blood test...aku pun dengan cepat merelakannya sbb aku perasan, aku nih banyak sangat pantang, makan tu je mula ah gatal sini, makan ni je mula ah gatal situ...apa kesss...so, dipendekkan cerita, result dari blood test ni hanya akan diketahui slps 5 ari, menurut doktor tu lagi, the test will be done in australia, not in malaysia....oooo...sebab tu kot gigil2 tangan aku nak membayar bilnya...adeh...

kalau test tu negative, means that aku ada alahan pada surroundings, senang cite ekzema, tp kalau positive, aku berkemungkinan ada blood allergic...errr...aku pun tatau jugak pe ke jenis penyakitnya tuh...tunggu dan lihat je lah...

notakaki : masih lagi merasai kegatalannya

Tuesday, February 7, 2012

hero zaman kanak-kanak

Views

awai2 lagi dah taruk gambar faizal hussein, dah sah2 lah minat sama dia tuh...hihi...dia nih, her peberet aku dari zaman kecik sampaila ke la nih, sangat menggilainya...hoho...ni bini dia bace nih mau menangis2 nih, ada org minat sama ngan laki dia...

 teringat zaman kecik2 dulu, berangan ler jadik pelakon, pastu berlakon sesama ngan faizal...adeh...angan2 ku memang tak bleh, dan ternyata, anngan2 ku musnah belaka lah...

notakaki : mode berangan tak habes2 lagi

Monday, February 6, 2012

phewww...

Views
berkat kesabaran berjaya jugak memindahkan diri...hahaha

notakaki : pindah dari rumah puaka yang cam siyoooot jer