Posts

Showing posts with the label monolog

separuh jiwaku pergi

Image
dah lama tak nyanyi lagu anang nih, separuh jiwaku pergi...last sekali nyanyi masa tahun 2010...tengok tu cik kiah, tau aje bila last nyanyi lagu ni kan...tak boleh blah langsung...serius beb... ari ni, bermula satu lagi episod baru dalam hidup aku...episod yang sentiasa bertambah2 dan taktau bila penghujungnya...pendek kata, bila mata terpejam...barulah berhenti episodnya... alia merengek2 aje tadi sebelum tidur...mungkin dia paham apa yang terjadi sekeliling dia, cuma mungkin dia hanya tahu merengek sahaja sebagai reaksi dia...sabarlah anak... next week dah naik sekolah...tapi aku...sekali lagi sambung cuti sehingga ke tarikh yang aku sendiri pun tak pasti lagi macam mana...doakan aku sihat2 dan kuat semangat... errr...apa yang aku merepek nih...mana cite pasal anang, separuh jiwaku pergi nih?? kompeeyus aku dengan diri sendiri...errr...sambung nyanyi lagu aje lah...senang cite... notakaki : alfatihah buat arwah sudin...                   ...

masih adakah lagi

Image
ngah jenjalan kat mudah.my, aku terpandang pada sesuatu... ia nya adalah necklace terus aku terdiam...masih adakah lagi aku di hatinya? masih adakah lagi dirinya untukku? aku sangat sedih...keseorangan begini, membuatkanku menjadi sangat rapuh, cukup rapuh sehingga aku tidak mampu melihat dunia luar... syukur alhamdulillah, aku ada sesuatu miliknya yang menemani ku...kehadirannya memang ku nanti, kerana ini lambang aku dan dia...semoga dia cepat membesar... notakaki : paham? tak paham? aku rindu sama hatiku...itu je den nak bgtau...

jiwa kacau

pandang kiri pandang kanan, semua tertulis KEBENCIAN, ya, aku benci insan itu, insan yang bergelar AKU

all in my own

- biasanya bangun pagi ada orang kat sebelah, at least wish of good morning - ada masalah boleh buat gaya muncung-muncung dengan harapan ada orang hulur bahu, leh sandha2 kan fasha kan...opssss - text and calling would be the best thing that my phone could be, but now...just for alarm and checking pukul berapa datuk harimau - no more have you take your breakfast, lunch, or dinner or maybe where are u, or perhaps, what are you right now i would like to run away from my phone so that no one could locate me i am fully regret with my life...how should my life like this? notakaki : aku dah jadi pekak

wordless wednesday #5 - are you a good pretender?

Image
entry asal aku cilok kat blog ika notakaki : sesekali aku sendiri tertanyta2, smpai bila...

02-09-11

02-09-11 banyak benda penting berlaku dalam hidup aku aku dapat seorang suami dan aku hilang seorang kekasih notakaki : mood sewel di pagi2 buta

monolog

orang takkan faham apa yang kita nak selagi kita tak cakap kita nak apa jangan harap orang nak faham kita kalau kita sendiri susah nak kongsi ngan orang pe yang kita rasa hidup tak selalunya indah, kadang2 ada masa kita depressed that hard, tapi nothing could be changed, we have only 'to face it' choice kalau rasa nak hidup tanpa masalah, jangan fikir pape pasal masalah tu kalau rasa hidup soosah mati pon soosah, take a deep break, go for what you want, and then, turn back bercakap tentang sesuatu sangat mudah, tapi nak buat, nak amal? subhanallah...kenapa payah sangat? bila masa terasa sangat penat, sangat tak larat, dan rasa nak menangis...menangislah...

hidup berteman si air mata

tengah2 tido, tiba2 terjaga...OMG...kenapa kenapa kenapa...kenapa aku rasa mcm ni... terus menangis semahu2nya... kenapa ini yang berlaku dalam hidupku kenapa aku yang terlibat dalam perkara ini kenapa mesti aku yang terseksa kenapa kenapa kenapa salahkah aku punya perasaan sebegini salahkah aku jika mahu begitu salahkah aku.... air mata ini menemaniku seadanya

hati berkata

jika senyumanku bisa menggembirakanmu  maka aku rela melupakan segala derita yang bakal ku tempuhi,  akan ku telan segalanya,  akan ku relakan segalanya,  kerana dirimu adalah segalanya bagi diriku

erti kesuntukan masa

hari ni aku belajar tentang ketidaksempatan ruang yang ada atau senang nak sebut, masa dah nak habis... bila dah nak sampai di penghujung, mcm2 kita nak buat, smpaikan kita penat, lelah mcm baru pas lari 100meter...pecut je kejenya...ati pun dah tak tenteram.... alah....moral of the story yang aku nak smpaikan kat sini...owh...baru kau tau masa itu emas.... notakaki : menghitung masa yang ada

1 muharam 1432h

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tiba masanya tahun pula berganti...kali ini, 1 muharam 1432h...biasalah, sudah menjadi adat, asal tahun baru, mcm2 azam dipasang...mcm2 harapan digantung... oleh itu, sebagai mengikut adat, aku jugak nak pasang, nak gantung, nak tampal, sume nye lah nak buat, aku nak ada azam baru gak... sempena tahun baru ini, aku nak mulakan hidup sebagai seorang yang sentiasa baru dalam segala aspek kehidupan ku setakat mana yang aku mampu dan terdaya utk melakukannya pada setiap hari...aminnnn.... notakaki : impian itu, biarlah menjadi sumpah dalam hati ini...

apa beza

kalau aku tulis mcm ni ayat pertama memang aku ada 24 jam sehari, tapi tak semua masa yang aku ada tu utk kau mesti korang akan fikir asal sombong sangat aku ni, kalau taknak layan org lain sekalipun, tak perlulah kot cakap mcm tu, mcm kurang hajar je tapi kalau aku tulis mcm ni ayat kedua memang dia ada 24 jam sehari, tapi tak semua masa yang dia ada tu utk aku apa korang fikir agaknya? kalau aku, aku mesti fikir yelah...itu masa dia, suka ati dia lah nak buat apa, aku bukan ada hak utk arah dia pape kalau tulis ayat pertama, mcm kasar je kan, tp kalau tulis ayat no dua, mcm pasrah dalam paksa je...jadi mcm mana nak tulis? notakaki : bawak diri ah

harga sebuah kata-kata

pepatah lama ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya tak pun kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa memang indah susunan kata lama ni, sejak dari zaman pak kaduk lagi kita dah dibiasakan diri ngan pepatah mcm ni, tp selalunya pandai sebut je, tak pernah nak ambil iktibar dari maksud tersiratnya... betul kata tun mahathir dulu, melayu mudah lupa, manusia mudah lupa apabila sudah terlanjur kata-kata, apa lagi yang kita perlu lakukan selain mengharap kemaafan dari pihak terbabit...tp, pernahkah anda mendengar cerita ini? paku kalau diketuk ke dinding, boleh dicabut, tapi apa yang tinggal? parut yang hodoh jadi, andai kata kemaafan telah diberikan, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa... belajarlah dari pengalaman... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna notakaki : teringat iklan "i killed my brother..."

malam itu hitam

malam ini, ada bunyik2 krong2 katak jantan...ngan bunyik2 cengkerik...kat luar hujan renyai2, sebab petang tadi hujan lebat selebat umat...bumi malam ini basah...esok pokok2 pasti segar sesegar udara pagi... dan tidak lupa...malam ini masih gelap...tiada cahaya elektrik, hanya lilin menerangi...bila lilin mati, malam akan tetap gelap...gelap itu pula hitam...tak nampak apa-apa...kebencian mula menular...bermula kisah di malam hari... notakaki : malam yang kelam untuk mereka yang malang

diamnya matahari

matahariku matahariku matahariku tidak lagi mendengar suara tangisan itu tinggallah dia keseorangan tanpa matahari walau berjuta warna pelangi walau berjuta cahaya suci tiada yang mendengar hanya ada sebuah diam sepi dan puisi tentang hidupnya yang tidak mampu menakluk hati akalnya

surat tanpa alamat

biarpun tanpa nama, biarpun tanpa suara, ia tetap membawa satu mesej 1. keinginan dan kemahuan bukanlah perkara yang sama, jangan pandang remeh, sesekali, perhalusi jaringan penglihatan anda, kerana selepas itu, barulah anda akan tahu apa yang membezakan mereka 2. menangisi dan menangis tidak pernah walau seinci menyatakan kenapa dan mengapa air mata itu mengalir 3. sakit itu memang menyakitkan tetapi perit itu lebih memeritkan 4. tawa itu boleh dibuat-buat namun riang ? siapa tahu... 5. memahami bukanlah mengerti notakaki : hidup ini bukan senang

jika itu takdirnya

kau dan aku terpisah kerana takdir dulu ku rasakan kau milik aku kini aku sangsi dengan perasaan ini adakah ini yang aku rasa atau aku yang mencipta rasa ini semuanya berbaur membuatku sesak sendiri kau dan aku tidak semudah dulu semuanya sukar dan perit perubahan dan perubahan membuatku semakin sakit andai kau bukan milikku permudahkanlah hubungan ini andai kau milikku permudahkanlah hubungan ini kerana aku semakin terseksa

aku semut merah

mula entry ngan aku orang kecil engkau orang besar engkau ibarat gajah aku hanya semut merah okeh...berenti nyanyik please.... amek mood...(tarik nafas) apabila memasuki alam pekerjaan , diharap janganla anda terlalu tekun bekerja, ini adalah kajian berdasarkan pemerhatian aku... terlalu tekun bekerja , anda akan dilabel gila kerja atau nama itali nya, workaholico tak perlu google carik maksud saintifiknye okeh lagi satu, bila anda terlalu tekun bekerja, maknanya anda meletakkan kesemua aspek diri anda ke arah itu, maka anda secara dengan sengaja telah melupakan aspek2 yang lain seperti kesihatan diri, persekitaran dan sebagainya selaras dengan kehilangan pengawalan sepenuhnya terhadap diri sendiri, maka anda secara automatik telah melupakan sejarah asal usul diri dan hal sebegini pasti akan membuatkan anda dlm bahasa itali L.O.S.T.O. bila jadik mcm ni, anda akan L.U.P.A.D.I.R.I. lantas anda lebih terdedah dgn virus dlm bahasa itali lagi sekali tenseno bila dah mcm ni, susah dah or...

satu perasaan

sudah lama aku tak mengalami masalah kejiwangan di blog...opss...aku ada membuat satu paradoks ke? wakakaka...sebenarnya, masalah kejiwangan tu dah mmg sebati dah ngan diri ni, since aku tau maksud jiwang tu lagi...so, tipulah ayat pertama di atas itu tadi...( ain...tak baik tipu2, dosa, nnti dosa banyak, leh masuk neraka tau...takut neraka, takut dosa, takut tipu...-- nasihat yang wajar anda contohi ) okeh...kembali kepada menu utama... tiap2 ari dilanda kejiwangan...cuma takkan tiap2 ari ada entry berbaur kejiwangan lak kan...bosan la plak....tp mlm ni, aku tak kira aku tak kira...aku nak gak cakap kat sini bahawanya aku ada perasaan...wakakaka... da lama dah tau kau ada perasaan ain ... cuma mlm ni dia lain sket ah...aku rasa perasaan tu dah upgrade level secara automatik ah...aku tertekan suis apa ek...matilah aku kali ni, kalau perasaan tu duk tiktok tiktok upgrade, smpai satu tahap, mesti habis bateri kan? susahla mcm ni...

i'm sick

entah virus mana datang menyerang ni membuatkan aku sakit beberapa hari ni dan bila aku jadi mcm ni aku taknak diganggu