Monday, December 31, 2012

kata putus

Views
semalam ada cite yang aku akan pi jumpa doktor pakar ortho untuk bincang lebih lanjut akan keadaan aku, dan dah janji jugak kan nak share apa perbincangan antara aku dengan doktor tuh...

pepagi lagi dah terpacak kat depan kaunter, pendek kata, kaunter tak bukak pun lagi, aku dah ready dah kat luar th...kaunter buka kul 8.10am...amek no, 3003 nombornya...no 3, ingatkan cepatla siap, sebab dapat nombor antara yang terawal la jugak kan...sekalik, hamek kau...kul 9 lebih camtu baru no mula dipanggil...

aku tunggu je lah...
*
*
* 
tunggu lagi
*
*
*
dan lagi
*
*
*
kul 11.30am macam tu baru nombor aku dipanggil...time tuh, dah semua jenis kebas, semut2 kaki pinggang sume dah rasa dah...punya lah azab...

masuk, jumpa doktor perempuan, muda lagi...cerita masalah aku, dan dia pun trace rekod aku macam mana, check keadaan terkini aku...pastu aku tanya soklan yang memang tahap soklan PHD punya la...

adakah saya boleh melahirkan anak secara normal atau perlu melalui proses pembedahan?

terked doktor tuh ngan soklan aku...kan aku dah cakap, soklan memang tahap PHD punya, ntah2 pemegang PHD sendiri pun garuk pale 3,4 kali, pun belum tentu dapat jawab soklan aku dengan baik lagi...hahaha...

doktor tu cakap, nanti dia bincang dengan ketua dia...bincang punya bincang, dia panggil aku masuk dan kami pun berbincang lagi sekali dengan dia...

memetik kata2 doktor pakar yang aku lupa plak nama dia apa, actually ak konpeeyus antara namanya halim atau imran
aku sebenarnya berpeluang untuk melahirkan anak secara normal sebab kedudukan baby semua berada dalam keadaan baik, dan baby pun setakat ni alhamdulillah, perkembangan yang positif...cuma, jika aku dibenarkan untuk melahirkan baby secara normal, aku meletakkan saraf tunjang aku berada dalam keadaan berisiko tinggi (high risk) di mana aku boleh lumpuh semasa sedang meneran dan ini akan membahayakan aku sendiri dan baby yang masih dalam kandungan atau lumpuh selepas melahirkan baby, yang ini, kiranya baby dah selamat keluar, tapi aku plak yang bermasalah selepas itu...dia sendiri pun tak menolak bahawa mungkin tidak akan berlaku apa2 ketika proses meneran itu nanti...so, semuanya 50-50 jugak...

aku paham la tuh, sebab kita semua ni kan mahkluk ciptaan allah yang hanya boleh merancang dan menyediakan pelbagai kemungkinan yang berlaku, jadi, untuk mengelak daripada semua itu, aku dinasihatkan untuk melahirkan baby secara pembedahan sahaja untuk meminimumkan apa jua kemungkinan yang tidak diingini berlaku di bilik bersalin...

****

speechless kejap aku masa tu, tapi berjaya juga habiskan sepinggan nasi berlauk ikan, sama teh ais...siap ada extra kuih akok, karipap lagik...



tahun baru, prestasi makin menurun

Views
alang2 esok dah nak masuk ari baru, bulan baru, tahun baru...ramai dah pasang azam baru kan...tadi sambil2 terjah blog sendiri, terperasan sesuatu kat sidebar blog nih...

sehingga tengah ari (12.12pm) 311212

angka yang dalam kurungan tu menggambarkan jumlah entry yang dihupload bagi 4 tahun blog ini beroperasi...perasan sesuatu tak?

angka itu makin berkurangan, baru mula rasa hampeh kat diri sendiri...apakessss nih...

447 --> 429 --> 355 --> 206

pasni, taktaulah bape plak angka dia, tu tempoh berblogging selama tanpa ada anak lagi tuh, ada orang cakap, bila dah ada anak2 ni, tempoh dan masa untuk online sedikit terganggu, apatah lagi nak ngadap laptop lelama, nak hupdate blog bagai lagi...adeh...lemah semangat aku nih...

tahun pertama therosputih - 2009
masa tu tengah belajar lagi, jadik, banyak masa nak hupdate blog, asal online je hupdate, asal online je, hupdate...masa tu plak, ada banyak kecelaruan identiti...hakhakhak

tahun kedua therosputih - 2010
awal tahun sebok dengan praktikal, pas habis belajar, tak buat apa2, so, duk umah je lah...selalu ngadap laptop je, sambil ngait pun, ngadap laptop...

tahun ketiga therosputih - 2011
awal tahun, dah mula start keje...dah mula sebok dan penat dengan kerja, jadik, masa untuk online itu adalah sangat terhad...tambah2 internetnya slow je manjang, nak online pun hilang, bila dapat online, time tu la hupdate nya...

tahun keempat therosputih - 2012
tahun keempat, yakni tahun ni lah kan, aku banyak cuti sakit, macam2 jenis sakit, sakit tu, sakit ni, broadband pun, kadang slow, kadang takleh connect langsung...masalah sungguh...awal2 tahun, memang aku ngaku jarang dapat hupdate...bila dah pindah ke sabah, pakai streamyx yang heaven itu...hihihi...ditambah2 plak aku duk umah je kan, sejak cuti sakit tu, lagi lah...layan blog je...tp bila cuti sekolah hujung tahunnya nih, dah mula kureng sebab susah nak dapat tenet...turun naik turun naik aktif blog tahun ni...

bakal menginjak tahun kelima therosputih - 2013, aku taktau nak ramal apa pencapaian therosputih pasni...aku doakan yang terbaik2 dan sentiasa bertuah hendaknya...hahaha...supaya bila join contest ka, ga ka, luckdraw ka, nama therosputih nih naik sokmo...hah...tu dia...

notakaki : selamat tinggal tahun 2012 yang penuh dengan suka duka, memulakan tahun 2013 dengan perasaan baru setelah ditinggalkan

di sebalik seorang lelaki

Views
entry asal di sini

depan TV channel AXN umah mak mentua

didi : dah buang pampers anak ker?

dadu : ..........

didi : dan buang pampers anak ker?

dadu : ...........

didi : dan buang pampers anak ker?

dadu : ...........

didi : dah buang pampers anak ker? sambil cuit ngan kaki sebab mak mentua ada sama kena control volume ...

dadu : dah...

sapa tak geram..kalau cakap awal2 kan senang..nak tunggu jawapan punya susah..mata dok kena gam depan tv.....

tadi sambil2 bace entry kawan2 blogger, terjah sana, terjah sini, internet pun, nak kata okay tak okay sangat la, tp bolehla terjah blog kengkawan kan...dapat la aku menjana pengetahuan sekejap...hehehe...okeh...aku tertarik sangat nak share pasal isu berkaitan lelaki nih...

pasal konsentrasi atau senang cakap kemampuan seorang lelaki

ari tu, aku ada dgr rancangan bual bicara fadilah kamsah dari radio, pasal apa tah, dah lupa, tapi yang aku takleh lupa adalah ayat dia yang ini

lelaki hanya boleh buat satu kerja pada sesuatu masa, tak macam orang perempuan yang boleh buat macam2 jenis kerja pada sesuatu masa

habis tu, adakah lelaki akan terlepas dari terkena sebarang tindakan kalau dia tidak melaksanakan kerja yang telah diarahkan berdasarkan pernyataan di atas?

notakaki : selalu sentap hati ulam jantung dengan kes2 konsentrasi lelaki nih

b (lelaki) : awak duduk sini, biar saya ambilkan payung, hujan ni
a (perempuan) : mmmm...tak payah payung, dekat je ni dengan kereta, lagipun tak berbaloi nak berpayung...awak bawakkan je barang ni masuk kete...okay, 1...2...3... pergi masuk kete cepat...

b berlari ke kereta sambil bawak barang, diikuti a berlari2 anak masuk kete...nampak b masukkan barang dalam kete, dan keluarkan payung nak pegi ambik a...bila nampak a dah ada dalam kete,

b : hishh...orang nak ambikkan payung untuk dia (dengan nada marah)
a : aik...bukan tadi dah cakap ke tak payah ambikkan payung?
b : tak de pun
a : ??????

Sunday, December 30, 2012

30hb12 - resepsi apek penjaga gol

Views
adeh...ari ni dah masuk 30hb12 dah upenya...tengah ready2 nak siap pi hospital pagi nanti, baru aku teringat...acanne nak pi pusing2 kaybee camni, ari nih ada resepsi perkahwinan apek si penjaga gol harimau malaya tuh kat hotel renaissance acanne tah nak eja nama hotel tuh, tak reti la plak aku nih... aku baru je plan nak ajak driver aku tak lain tak bukan mr papa ku pergi jenjalan habiskan duit kat kedai benang kat bandar...wakakaka...nampak gayanya macam tak bape nak jadik je ginik...

ye lah...kalau dah bother apek kita nih buat majlis kat hotel tuh, dah sah2 jalan kat situ jem bagai nak rak...tak sanggup aku nak meredah kesesakan lalu lintas semata2 nak jenjalan kat bandar...aih...cobaan sungguh ginik...

ari nih, aku ada appointment dengan doktor pakar ortho husm, kubang kerian...kandungan aku alhamdulillah dah cecah 35minggu kalau tak silap kiraan aku, dan sepatutnya kalau aku masih di sabah sekarang nih, doktor aku kat sana, yakni doktor ram nak kandungan aku bila cecah aje 28-30 minggu, dia nak operate keluarkan baby...tapi dah balik semenanjung, cuti sekolah lah katakan, lambat sketlah nak reappointment kan balik, so, terbabas la sampai ke minggu 35...

alkisah, secara kasarnya, aku akan bincang dengan doktor ortho tentang apa pilihan yang aku ada, sama ada bersalin secara normal atau bersalin secara caesar bergantung kepada keadaan tulang belakang dan saraf aku...aku nih, kalau ikutkan ati, dah malas dah nak fikirkan tentang diri sendiri, tapi bila ingat2 balik, istighfar banyak2, baru aku rasa macam ada kekuatan untuk tempuh sume ni balik...selalu aku cakap dekat diri sendiri, aku kena kuat demi baby nih...

aku kena kuat demi baby ini, dan aku nak baby pun sama2 kuat untuk tempuh sume ni sama2...aku dah takde sape dah nak sokong aku dalam sume nih, jadik...dirik sendirik kena kuat...

apa kata doktor hasil perbincangan aku nanti, akan aku story2kan kat sini untuk perkongsian bersama...aku sebenarnya masih tertunggu2 mereka yang senasib dengan aku untuk sama2 berkongsi pengalaman macam ni...aku selalu cakap, aku bukan nak meraih simpati, jauh sama sekali nak orang kesian dekat aku, aku cuma mahu mencari secebis kekuatan untuk aku lalui hari2 yang mendatang...

notakaki : selamat pengantin baru buat apek dan pasangan

Saturday, December 29, 2012

MY BIRTHDAY GIVEAWAY

Views

jemput join giveaway ini
klik banner untuk join

selamat ulang tahun kelahiran

addicted to apple brand

Views
an apple a day keeps the doctor away

saje highlight besau2 phrase di atas dengan harapan dapat membuka mata diri sendiri supaya menjaga kesihatan...

entry aku ari nih, bukan nak bercakap pasal buah epal, jauh sama sekali nak menjual epal...aku nak bercerita tentang fantasi aku jer...

alangkah bestnya kalau aku ada baaaanyak duit, bulih beli barangan apple dengan sekali klik je, tak klik pun, petik jari jer...owh...indahnya dunia...

kenapa mesti apple brand? hurmmm...entahlah...maybe sebab aku pernah pakai ipad before nih, rasa sangat best dan selesa...sejak dari ari tu lah aku cakap dengan diri aku, pasni kalau nak pakai apa2 gadget, aku pasti akan pilih apple brand...

ecewah...canggih ah fantasi aku...kalau takdak riban2, toksah cakap banyak la bab2 nak memiliki gadget nih, aish...kan best kalau duit tuh boleh ternak macam ternak lemak kat badan je...syiok gile babeng ah gitu...

baru2 nih, hati aku terpaut gile pada iphone 5 dengan ipad mini...owh...indahnya rase kalau masuk contest pastu menang hadiah2 benda alah gini...takyah susah payah simpan duit beli sendiri kan...owh...syioknya kalau duk berangan gini, pastu dapat...owh...owh...owh...

angan-angan mat jenin, sampai ke tahun depan pun tak habis

notakaki : kalau simpan seringgit sehari, kena tunggu 5,6 tahun jugakla baru merasa beli barangan apple...time tuh, sebok nak beli barangan anak nak masuk sekolah dah plak...adeh...tak merasa la jawabnya tuh...

*sambung berangan je lah senang, free of charge

Friday, December 28, 2012

hidup tanpa benda alah bernama telefon tangan

Views
actually aku konpeeyus nih, nak panggil telefon tangan ke telefon bimbit? kalau omputehnya, handset, maka jika dimelayukan, kompemla jadik telefon tangan kan? arghhh...lupakan kekonpeeyusan yang ada itu...terus masuk isi...

perasan tak perasan, hidup kita hari ini sangat bergantung harap pada benda alah bernama telefon tangan nih, kalau dulu, enset hamek kau, senang sket nak sebut, hehehe hanya digunakan untuk tepon2, pastu msg2 je...la nih, hamek kau...sebut je amende yang tak leh dibuat dengan enset...macam2 jenis rupa, bentuk, saiz, dan jenama...

bila kita dah terlalu bergantung dengan enset untuk proses yang dipanggil perhubungan, cuba bayangkan kalau tetibe enset nih takde...apa akan jadik?

sangatlah sadis pengakhirannya...hurmmm...

notakaki : bestnya kalau dapat memiliki iphone 5...wakakaka

bosan giler hidup aku ari nih dan ari2 yang akan mendatang nih, sobsobsobsob

Wednesday, December 26, 2012

tanda2 cuti sekolah dah nak habis

Views
1. jalan jem, pasaraya padat dengan manusia, parking kereta sume penuh - sume sebok nak beli kelengkapan sekolah anak2

2. pelajar 3,4 kali gi kedai buku cari buku rujukan baru tapi sedih sebab tak sampai lagi bukunya, yang ada pun terbitan tahun semasa sahaja

3. si anak yang bakal masuk darjah 1 tahun depan ni tido malam2 pakai kasut sekolah yang dibeli, lengkap dengan stoking, tak leh blah, beg, baju sekolah sume dah ready tepi katil - tak sabar nak gi sekolah lah katakan

4. mak apak yang bekerja dah plan dah nak amek cuti bape ari sorang, jadual giliran untuk hantar dan tunggu anak masuk sekolah

5. pakcik dan makcik driver bas sekolah dah mula tolak customer, dah terlebih penumpang dah katanya

6. rumah2 atok nenek di kampung dah mula lengang, cucu2nya dah mula balik ke rumah mak ayah masing-masing - ternakan di rumah atok nenek urut dada tanda lega, habis sudah tempoh berkurung mereka

7. cikgu-cikgu yang bercuti sepanjang cuti sekolah dah mula mengatur langkah kembali ke tempat kerja masing-masing

8. cikgu-cikgu mula hupdate status fb, twitter perihal betapa banyaknya meeting sekolah yang perlu dihadiri dalam tempoh terdekat ini, bersusun berderet sume...perghhh...

9. cikgu spesis yang macam aku, dah mula hitung bape ari lagi nak cuti sekolah lagi - next cuti adalah raya cina nanti, hihihi

10. atur balik jadual seharian - bangun pepagi, mandi pepagi owhh...tidak...sejuknya air dan setting minda untuk bekerja dengan jayanya, get off from holiday mode

notakaki : masih lagi tidak bekerja, get ready untuk cuti bersalin

kenangan

Views
setelah sekian lama aku tak online, ari ni teronline, terkebetulan internet walaupun cipoot2 alang, tapi bolehla setakat nak hupdate satu entry...

apa lagi...satu blog yang memang aku jarang miss untuk terjah...dan...terpandangla satu entry yang ditujukan khas untuk aku...auw...

blog yang aku maksudkan, tak lain tak bukan blog ini

dia ada update satu gambar lama yang memang menggamit kenangan zaman belajar dulu la...hihihi...malu pun ada, segan pun ada...tapi nak jugak letak gambar ni sebab nak share one of my sweet memory...


aku cilok gambar ni dar blog kawan aku, ekekeke

gambar aku dengan sorang kawan, satu kolej, lebih kurang satu kos je lah, bezanya cuma dia amek pure math, dan aku pendidikan...

lepas telek2 gambar ni kan, aku sendiri sebenarnya lupa sape yang tutup2 muka kat belakang tuh, serius...tak ingat dah sape...

notakaki : actually, sweet memory yang aku maksudkan kat sini adalah upacara bergambar+makan2 selepas gambar ini diambil....owh...indah2...hahaha

Saturday, December 15, 2012

budu + durian + durian = heaven

Views
jaga2 ye bila mana mak buyong ni bercerita tentang makanan...hahahaha

kegilaan aku terhadap makanan memang tidak dapat dibendung lagi sejak dua tiga menjak nih...macamla sebelum ni pun dapat dibendung kan...ahaks...

semalam, tengah hari, pas solat jumaat, ada gathering dan makan2 dekat umah nenek belah ayah aku, actually kena pakat2la masak, tapi mak aku cakap tak payah, biar dia je yang pergi...hehehe...okay, aku pergi makan je lah nanti...

sampai je umah sana, dah ready dah, perot memang kaw2 punya kosong punyalah...tengok menu...perghhhh...peberet seyh....

sotong goreng
gulai daging dengan mumbang (menu ni ada kat kelantan je kot)
siakap masam manis
ayam goreng
budu + durian
ulam

punyala meriah, tapi aku nampak budu ngan ulam je...peberet tuh...

mula2 amek nasik sket je, bajet malu2 ah nak makan kan, pastu plak makan bersila, adeh...acanne mak buyong kau nih nak stabilkan diri makan sambil duduk gitu...tapi buat2 stabil je lah...nak makan punya pasal...

amek ayam goreng, ulam, budu, santap time...ssshhhhh....diam2...

lagi tingal sesuap dua nak habis sepinggan, order nasik tambah...ecewah...episod makan pun bermula2...kali nih, dia punya tambah, lagi banyak dari nasik masa amek awal2 tadi...kahkahkah...hamek kau...

tambah lagik...hah...hamek kau...2 kali tambah...tambah kali nih, lebih sket dari nasik amek awal2 tadi...so...cer kira bape pinggan aku makan? dah tu...diam2 je lah...tak payah cakap kuat2 bape pinggan total sume...ngeh3

notakaki : balik umah, lagi 2 inci nak tido, berat bebenor mata nih...kenyang punya pasal...wah...heaven sungguh makan tengah hari begitu...budu oh budu...

Friday, December 14, 2012

persediaan fizikal

Views
makin hari, makin banyak hari yang berlalu...sedar tak sedar, minggu depan gaji masuk dah masuk pertengahan bulan disember dah, lagi bape ari lagi dah habis cuti sekolah, dan...ooh...tak sanggup nak sambung ayat itu...taknak sekolah boleh tak? huh

 letak tepi urusan kerja...

semalam, aku ada appointment dengan doktor gigi...nak baiki tampalan gigi geraham aku yang satu nih...genap setahun gigi tuh sakit, dan genap setahun jugaklah gigi itu berlobang besar setelah dikorek dengan jayanya oleh sorang doktor gigi masa aku kat johor...aku pun heran ngan doktor tuh, suke hati dia jer pi korek gigi aku sebsar2 alam gitu...

alkisah, aku punya tampalan tercabut, dan masa makan tuh, makanan masuk la dalam lobang yang ade, lalu menimbulkan kesakitan yang teramat2la ngilu, bila jumpa doktor, dia ingatkan aku ada masalah saraf pada gusi tu...lalu dia bagi cadangan kat aku suh buat rawatan akar, tapi disebabkan aku dah nak balik sarawak, maka dia hanya sempat buat rawatan akar bahagian 1, dan aku kena sambung bahagian 2 dan seterusnya nanti aku dah balik sarawak...

nak menambahkan lagi kesadisan pada cerita aku nih

kat sarawak, klinik yang aku pergi tu tak boleh buat rawatan akar sebab tak ada xray, maka, terpaksa tampal kekal saje pada gigi aku, lagipun aku tak rasa sakit apa2 pada gigi tu...

sebenarnya, aku tak ada masalah saraf kat gusi tempat gigi lubang tu pun, rasa sakit yang aku alami tu sebab masuk makanan tu je, tapi...doktor kat johor tu dah pi korek 70% gigi aku dah, apa yang tinggal? terpaksa la aku pi tampal penuh sumenya tuh...sangatlah sedih bila tengok gigi yang tak bape nak rupa cam gigi dah...

CABUT? huh...selagi boleh selamatkan gigi tuh, aku nak jugak selamatkan, taknak cabut...taknak...

 so, semalam...aku pi baiki tampalan yang ada, dan doktor tu cakap, pasni kemungkinan besar gigi aku tu dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah, terpaksa la dicabut...owh tidak...

 gigi dah sihat balik dah...pasni, bolehla berpantang dengan jayanya dah, hahaha...

notakaki : tak sempat nak tengok bola malaysia lawan thailand semalam, apa2pun, tahniah jugak kepada skuad malaysia kerana terus2an berjuang... 


Thursday, December 13, 2012

L.E.G.A. = a big relief

Views
baru pas balik buat check up kat hospital, minggu ni dah masuk 32 weeks dah, overall check up, alhamdulillah, tak ada apa2 yang boleh membuatkan hidup terasa sentap...

paling best, masa buat urine test, resultnya adalah N.E.G.A.T.I.P. hohohoho...eden tersangatlah suke, punyala cuak dan risau memikirkan akan membuat urine test ari ni, takut sangat kalau resultnya menguciwakan diri sendiri...

dan ternyata, penat lelah aku menjaga makan minum selama lebih kurang 4 hari nih membuahkan hasil...syukur alhamdulillah...

gambar amek kat sini

dia punya excited tuh takleh nak gambar macam mana, seronok sangat seiyh...pas habis sesi jumpa doktor bagai, scan bagai, terus berkejaran itik mencarik cafe untuk meneruskan sesi melantak plak...nyum3...kenyang...okay, dah boleh balik umah...hahaha

notakaki : pasni berdebar nak jumpa doktor pakar ortho plak

Wednesday, December 12, 2012

tarikh cantik

Views
gambar amek dari encek google
tarikh cantik, harus hupdate blog walaupun terpekasa beribu kali refresh the same page for almost 2hours already semata2 nak dapatkan tarikh yang cun gini...sekali seumur hidup kot..kalau panjang umur, baru dapat rasa lagi, itupun kalau masih sedor diri ni sape...

its the date 121212, 12.12pm...punyala masa awal tahun ari tu, tunggu punya tunggu date macam gini...kalau ikutkan perancangan bongok aku ngan abang aku, ari ni mesti tarikh kawin aku kan...hakhakhak...punyala plan nak buat majlis serentak ngan abang aku, last2...ntah ke mana sume tuh...takpelah, abaikan, letak tepi...perkara dah lepas...cewah

oh yer...memandangkan tarikh ari ni yang cun, mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan ari ni kan, so, edisi jimatkan suasana, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan hari ini, semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya...dan paling penting, shoot by shoot sampailah naik lenguh photographer masing2...

di kesempatan ni jugak, aku nak wish selamat ulang tahun kelahiran kepada sorang kawan aku masa kat u dulu, yakni fareed...baru teringat nak publish gambar pertama aku amek ngan dia, tapi baru teringat...cd gambar aku yang tu rosak...habis sume kenangan2 muda mudi dulu hancus...

notakaki : esok jumpa doktor pakar sakit puan, walaweih...

Tuesday, December 11, 2012

mengumpul dan merobekkan poket

Views
sejak kembali ke bumi semenanjung nih, dah banyak kali dah poket ku ini rabak dirobek kegiatan soping2 sedunia...adeh...

soping barang baby hokey barang mama baby tak ketinggalan jugak bermula dari baju untuk newborn sehinggalah ke kelengkapan menyusu...errr...baru je beli pump semalam, hahaha

setakat nih, rasa2nya macam 70-80% dan beli barang baby, tinggal a few things lagi yang tak tahu mana nak pilih dan memerlukan pandangan kedua dari mereka2 yang berpengalaman...

actually, aku nih dah tak mampu dah nak berjalan lebih dari 30 minit, jadik, sangatlah slow progression aku dalam membeli kelengkapan untuk baby, bila tak beli kang, rasa macam bersalah plak kat baby, mcm tak excited je kan nak sambut dia...hahaha...jadik, alang2 beli barang baby, mama TERbeli barang untuk dia sekali...errr...opsss...

notakaki ; poket dah rabak, tunggu gaji bulan ni masuk plak baru pergi memancing lagi...

Monday, December 10, 2012

selamat ulang tahun sahabat

Views
entry ini khas ditujukan kepada one of kawansampaimati aku, yakni enhear kerana ari ni adalah ari jadi beliau, ngeeee

seperti biasa, aku cilok gambar dari fb, pastu edit sket

dengan ini, aku nak nyanyikan lagu selamat ni untuk dia

allah selamatkan kamu
allah selamatkan kamu
allah selamatkan midah
allah selamatkan kamu

ucapan aku pendek dan padat je, semoga dipermudahkan segalanya

seingat2 aku, aku tak pernah sambut birthday dia sebab dia lahir bulan 12, di mana dulu, bulan 12 adalah bulan cuti sem, maka, kompem2la dah balik kampung kan time tu...kawan2 aku yang lain, sorang tu awal tahun, time tu dah bukak sem dah...so, bolehla sambut...yang sorang lagi, bulan 10, tengah2 sem...syiok jugak sambut...bila tang birthday aku, ceh...taki best, sebab bulan 4, time tu ngah pulun study untuk final exam...

aku sebenarnya taktau nak tulis apa sempena birthday dia nih sebab nanti kang, kalau aku tulis pape, dia mesti gelakkan tulisan aku...sebab pompuan nih banyak sengal dia dari aku...dan orang selalu cakap dia susah nak ada perasaan...tapi bagi aku, kalau dia susah nak ada perasaan, kompem2 la dia bukan manusia plak kan...so, sebenarnya dia penuh perasaan, tapi dia taktau atau tak perasan macam mana dia nak tunjukkan perasaan dia tuh...errr...paham tak apa aku nak cakap nih sebenarnya...hahahaha

sebenarnya kan, antara aku dan kawan aku yang sorang nih, kitorang punya eye contact sangatlah link, dan selalu saje saling memahami di antara satu sama lain, dengan hanya melalui pandangan mata, tu belum masuk pandangan hati plak kan...hakhakhak...

paling aku takkan lupa sampai bila2 aku harap adalah, dia selalu typing error kalau bab taip msg, tapi aku sentiasa paham apa yang dia nak sampaikan tuh...10 kali dia taip salah, 9 kali aku akan paham, dan mungkin sekali dua je aku tak paham...tak lupa, kawan aku nih, dia selalu sangat cakap belit2...tapi bukan belit2 penipu tuh, cuma penyusunan kata dia amatlah teruk...hahahaha...aku tengah kutuk kau nih, dapat? hehehehe...

kesemua yang aku sebut tentang kawan aku nih, sebenarnya menceriakan hidup aku...*sobsobsob

serius aku dah mula rindu nak lepak sesama lagi...

notakaki : sayang rindu dendam sama kamu semua

terawang-awangan

Views
alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke 31 baby mama ni membesar dalam perot mamanya yang makin hari makin comel boolat nih...dah nak masuk 8 bulan kan...dan dah nak masuk tempoh berjaga2 sebab anything can happen dah pasni...actually, dari minggu ke 28 lagi kena berjaga2...

masuk minggu ke 28, aku dah mula mengira bape kali baby kick, untuk rekod semasa...bila mengira tempoh dan saat2 mendatang nih, teringat aku pada perbincangan aku dan doktor before nih...

doktor ram
kita akan bincang keadaan awak ni dengan doktor pakar dari bahagian OnG untuk capai kata sepakat tentang kandungan awak...
1. mungkin awak akan dimasukkan ke dalam wad bila mana kandungan cecah 28 minggu untuk pemantauan bersama sehinggalah awak capai tarikh sebenar untuk bersalin
2. mungkin kandungan awak ini akan diteruskan sehingga cecah 28-30 minggu, then kita akan proceed dengan operation, biar baby membesar di dalam inkubator
3. yang pasti, rasanya awak tidak akan dibenarkan melahirkan baby secara normal, semuanya akan diuruskan oleh pihak OnG selepas awak berbincangan dengan mereka

hmmmm....macam2 bermain dalam kepala ni sebenarnya...takut, tak sabar, gembira, cuak, dan macam2 lagi sebab dalam kes aku nih, everything needs to be considered...

yang terbaiknya, aku tak pergi jumpa mana2 doktor lagi nih, baik doktor ortho mahupun OnG sebab aku bosan, dan taknak kecamukkan lagi pelbagai possibilities yang akan dorang bagi kat aku...hahahaha....takdelah, itu statement tak sayang diri namanya tu...

actually, ari tu dah consult untuk dapatkan tarikh temujanji, aku perlukan tarikh dalam masa yang terdekat, tapi hampeh...sume jabatan bussy dan taknak terima pesakit macam aku buat masa terdekat nih...apakesss...padat sangatkah jadualnya? aish....

makin lama disimpan makinla kelam kabut dibuatnya nanti bila dah sampai masanya nanti...

kawan2 sekalian, doakan aku selamat dan baby pun selamat hendaknya...dipermudahkan segalanya...insyaallah...

notakaki : sendirian mengharungi cubaan dan dugaan, tabahkan hati, gagahkan kaki

Sunday, December 9, 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

Views

sila klik pada banner untuk join ye

notakaki : first time join contest yang involving top referral nih

bayar hutang

Views

okeh...alega sesangat rasa sebab dah berjaya menjenguk blog kawan2 lain yang dah lama aku tak jenguk...taktau kenapa tenet tengah ari ni sedikit baik moodnya...tapi takpelah...terima kasih berukbeng...

tapi aku hanya sempat jenguk entry2 yang baru dihupdate dalam tempoh 48 jam ni je, yang lebih daripada tempoh tu, susah plak aku nak trace...maka, tak tersmpai la kunjungan aku...

notakaki : terima kasih pada mereka yang sudi singgah sini dan komen entry2 di sini

Eca Year End Giveaway #4

Views

 Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh


aku nak tag


SIMPLE GIVEAWAY - PINK ORANGE SHOPPE

Views

nak join boleh klik banner

3 blogger yang aku nak tag adalah

notakaki : oppsss...terjoin giveaway lagi...


1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Views

nak join klik banner ye

notakaki : cuba nasib di tengah hari, semoga ada rezeki mama baby

tak makan durian dah

Views
ari ni, pepagi lagi sebelum misi aku membantai nasi bungkus pagi, amek mak aku punya tester untuk check kandungan gula dalam darah...

setelah hampir seminggu aku tak makan durian, curik2 makan sesuap, paling busuk pun letak doyan dalam budu...cecah sama ulam timun...wah...heaven...

punyalah beriya aku pantangkan diri dari menjamah durian, tapi...sedih beb...

bacaan gula dalam darah masih tinggi...acanne nih...

notakaki : nak makan pun sentap mak buyong gini



apabila K.A.M.I. bergabung

Views

setelah sekian lama gambar ini diperam, baru ari ni dapat hupdate...alkisah, 25hb november yang lepas, one of kawansampaimati aku ni selamat mengadakan majlis resepsi belah keluarga perempuan...yang belah keluarga lelaki, maafla, tak dapat nak join...

dah lama tak kumpul gini, ari tu masa dia kawin, aku tak dapat nak turun sama, yang lain2 tu suma dapat...sebab masa tu aku ada appointment...hukhukhuk...so, memang dah pasang niat awal2 lagi, majlis dia ni aku nak turun, dalam hati, doa bebanyak agar diberikan kesihatan yang baik...alhamdulillah, selamat sudah semuanya...

kepada kawan2sampaimati aku, ni pesanan untuk kalian...
jaga hubungan persahabatan kita bebaik, ada apa2 masalah, boleh kongsi, jangan segan silu...aku sayang korang sesangat...dan akhir sekali, aku mohon maaf andai aku ada terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan kita...

notakaki : best sangat dapat kumpul macam ni, pasni bila la lagi gamaknya kan dapat kumpul gini...

Saturday, December 8, 2012

KAWAII GIVEAWAY

Views

nak join boleh klik pada banner di atas

ari tu, cik penganjur kita ni dah anjurkan giveaway dan syukur alhamdulillah, aku adalah pemenangnya...hadiah yang aku dapat, see...therosputih dah berwajah baru, terima kasih pada cik penganjur kita nih...aku berpuas hati...

KAWAII GIVEAWAY berlangsung insyaallah sehingga pertengahan bulan januari, moh kita pakat2 join...

notakaki : tetibe internet cam okay je malam ni, sempat lagi join giveaway, hehehehe

berwajah baru

Views
uikss...jangan terkejut...sebab aku sendiri pun terkejut jugak tadi


therosputih sudah bertukar header le nampaknya...wakaka...takdak lagi dah warna hijau hitam, kali ni biru hitam plak...saje, tukar angin...errr...takdak kaitan dengan politik hokeh...

actually, aku nak kaler pink hitam, tapi bila fikir dua tiga kali, terlalu gurlish la plak kan, so, tukar amek peberet kaler yang lain...yes, BIRU

ini bukan aku yang edit, tapi hadiah dari kemenangan giveaway yang aku join baru2 ni, aku syak tak siap sepenuhnya lagi nih proses editing nya, so, tak berani lagi nak sentuh pape, takut mengganggu...kita tunggu dan lihat hasil sepenuhnya pasni macam mana...

overall, i like the header, simple...tapi, kan best kalau ada bunga ros putih tu kan...hikhikhikhik...*gedixs

notakaki : therosputih dalam proses baikpulih daaa

serik dikecewakan

Views
aku terlalu menyayangi dirimu
sehinggakan aku tidak mampu
untuk menerima pembohongan
aku menjadi rapuh
dan sangat sakit

biarlah aku berdiam sahaja
ditemani sepi
dan kenangan itu

aku serik
aku kecewa

notakaki : sesekali bermain dengan kata-kata

Friday, December 7, 2012

durian dan seorang mak buyong

Views
alhamdulillah, dah hampir seminggu dah balik kampung sendiri...dan merasa masakan ibu...owh...indahnya dunia...

cuti sekolah, dah nak masuk sebulan dah, meanings...dah hampir sebulan jugakla aku payah bebenor nak jumpa internet, kalau jumpa pun sekejap2 je, tak menyempat nak hupdate, nak terjah blog kengkawan yang lain...hajat hati nak terjah mudah dan cepat bebenor terbantut dek ekoran asik loading je memanjang...page nya tak kuar2 pun, kalau kuar pun, separuh je boleh view, yang lain error...adoiyainyapun...

ari ni, sempat hupdate, dah lama tak cite pasal diri yang semakin lebar baik dari depan sisi mahupn belakang comel nih...

nak cerita pasal last week, pegi check baby dan mamanya...alkisah...3 ari sebelum tu, memang ari aku bantai durian sedunia...memang bukan setakat makan yang biasa2 nih, tapi memang aku melantak punya la...dah lama tak hadap durian kampung sedap...sedap sangat makan, sampai tak hengat dunia...akibatnya...dari paras gula yang normal, naik mencanak...

test ari tu, hamek kau...11.4 hokey..perghhh....nurse2 kat situ dah start dah, aku tau dorang nak bebel, tapi sebab memandangkan ayah aku keje kat situ, so, dorang cover2 la sket nak bebel tu jadik sindiran2 manja je...hahaha...okay, aku tahu, tu memang salah aku...

pas mengalami trauma gula dalam darah naik, doktor sket lagi nak declared aku sebagai penghidap kencing manis, balik je klinik tu, terus aku slow dah....makan durian pun, itu ari sekali je, itupun selepas aku mengalami mimpi dan mengigau makan durian 3 kali berturut2...

notakaki : tengah mendietkan diri dan menjaga paras gula agar berada di paras yang selamat

episod antara seorang pelajar dan seorang guru

Views
KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

sumber asal dari sini

notakaki : nak jadi guru adalah mudah, tetapi menjadi seorang guru, sangat payah tetapi tak mustahil

mari kita martabatkan profession sebagai seorang guru dan pendidik nusa bangsa

Monday, December 3, 2012

pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

Views
setelah mengalami kelewatan dari tarikh yang sepatutnya aku umumkan pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih, alhamdulillah...hari ni, berkesempatan untuk hupdate...

terima kasih kepada semua yang sudi join ga anjuran aku kali ni, dan ini adalah masa yang ditunggu2 oleh peserta kalian...kompem korang dah skip ayat atas ni kan, terus tengok pada result kat bawah ni, kan kan kan

1. Pengomen Terbanyak jatuh kepada tak lain tak bukan Cik_Azlyzah

2. Entry Paling Kreatip jatuh kepada ayut

Cik_Azlyzah berjaya memenangi crocheted elmo yang kaler merah tu manakala ayut berjaya memenangi crocheted cookie monster yang kaler biru tu

dan 3 lagi pemenang Cabutan Bertuah yang bakal menerima crocheted phone casing telah dipilih menggunakan random.org adalah mereka yang bernombor seperti di bawah, boleh rujuk nombor masing-masing kat sini

no 27

no 25

no 10

perhatian manja
semoga pemenang-pemenang di atas dapat menghantar email butiran lanjut seperti nama, alamat, no phone, dan 2warna yang anda pilih untuk pemenang phone casing kepada nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dengan menulis pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih di ruangan subject...dan jangan lupa tulis nama id blogger anda, senang untuk aku trace rekod anda menang apa...

aku tunggu email dari pemenang...

dari aku selaku penganjur
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway anjuran aku, dan berbanyak-banyak maaf sebab lambat hupdate pemenang bagi giveaway kali ini...kepada yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang tidak menang, boleh cuba di lain giveaway...sebab aku sangat suka anjur giveaway nih, nantikan next giveaway dari therosputih...adiossss

notakaki : mak buyong nih terlebih makan durian kampung sampaikan gula dalam darah naik mencanak-canak

Sunday, December 2, 2012

duga kesabaran

Views
pergh...mintak maaf sesangat sebab tak dapat nak hupdate pasal pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih tu sebab masalah internet yang sangat slow sampaikan nak tulis new entry macam ni pun kena tunggu berjam2...

notakaki : nak hupdate pun tak lepas apatah lagi nak terjah umah kawan2 yang lain

aku rindu nak bertenet dengan jayanya...sobsobsob

Wednesday, November 21, 2012

SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

Views

dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, aku dengan ini merasmikan satu lagi giveaway anjuran tak lain tak bukan, aku lah selaku tuan tanah kedaun sebab aku je empunya tunggal blog nih, apa kesss sungguh lah...

GIVEAWAY ini terbuka kepada semua blogger (beralamat di malaysia) asalkan mematuhi beberapa kriteria seperti yang berikut

1. WAJIB follow blog therosputih dan penaja hadiah, jualbelicrocheted
2. buat entry dengan tajuk SPECIAL GIVEAWAY by therosputih
3. jangan lupa letak banner SPECIAL GIVEAWAY yang kat atas dalam entry anda dan link kan ke entry ini
4. promote kepada kawan2 blogger yang lain suh singgah sini dan join SPECIAL GIVEAWAY ini dengan cara yang paling kreatip pernah anda fikirkan
5. akhir sekali, komen di entry ini id follower anda, dan link entry anda itu

join giveaway, mestila ada hadiah sket2 kan...oleh sebab dah nama pun SPECIAL GIVEAWAY, maka, giveaway kali ni sangat2lah special, sebab ada beberapa hadiah yang ditawarkan mengikut kategori tertentu

meh, kita tgk dulu kategori yang dimaksudkan itu apa dia

1. Pengomen Terbanyak (1 hadiah)--> yang ini aku akan pilih sendiri berdasarkan jumlah komen terkumpul bermula 12.00am (21.10.12) sehinggalah 11.59pm (21.11.12) sahaja, komen2 yang sebelum atau selepas maklumat yang dinyatakan ni tak dikira...aku akan catat setiap satu komen yang anda buat di blog therosputih atau jualbelicrocheted tak kisahla entry yang dari zaman pak kaduk sekalipun...setiap salinan komen yang anda submit akan masuk kat email aku, so, aku akan trace dan record satu persatu...

2. Entry Paling Kreatip (1 hadiah) --> yang ini ada aku mention kat kriteria penyertaan (no 4 tu ha) di mana anda kena buat entry dalam bentuk yang paling kreatip yang anda mampu, asalkan mampu menarik minat minat juri yang buat masa ini masih belum ditentukan lagi siapa jurinya, tapi jangan risau...kita akan adilinya dengan bijaksana...

3. Cabutan Bertuah (3 hadiah)--> dah nama pun cabut-cabutan, maka, yang ini sama ada aku akan buat cabutan secara manual atau pakai komputer, tengok kepada penyertaan dulu seramai mana

ketiga-tiga kategori ini terbuka kepada semua follower aku dan mesti hantar link entry sebagai tanda penyertaan anda, takde link penyertaan tak dikira tau, penyertaan hanya dikira selepas link dihantar sahaja

buat masa sekarang ni, 5 hadiah diperuntukkan untuk SPECIAL GIVEAWAY ini
*mungkin akan ditambah lagi bergantung kepada kemeriahan penyertaan

antara hadiah yang ditawarkan adalah

crocheted elmo untuk Pengomen Terbanyak
crocheted cookie monster untuk Entry Paling Kreatip

atau
atau
crocheted phone casing untuk 3 Pemenang Cabutan Bertuah
*boleh request warna, corak dan saiz (bergantung kepada saiz telefon)

hadiah adalah handmade by jualbelicrocheted

peringatan manja : hadiah mungkin akan berubah, bergantung kepada keadaan dan penyertaan

SPECIAL GIVEAWAY bemula sekarang sehingga 11.59pm 21.11.12

*sebarang perubahan atau maklumat tambahan berkaitan giveaway akan diwar2kan di blog ini sahaja dan jika anda tidak alert, saya mintak maaf awal2...

semak senarai penyertaan di sini

notakaki : semoga mendapat sambutan

senarai peserta SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

Views
bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dan kekeliruan, maka, di sini aku listkan penyertaan dari kalian semua, bagi memastikan link yang anda hantar diterima dan diproses...ececece...macam nak apply kerja je...sila lah check ye...kalau tak ada, sila maklumkan kepada aku dengan komen di entry ini, tindakan susulan akan terus diambil...

ohh ya...lagi satu...andai kata ada di antara kriteria yang anda tidak patuhi, aku akan tulis siap2 kat bawah ni dengan warna merah supaya korang dapat ambil tindakan bagi mengelakkan penyertaan anda ditolak, jadi...sila la semak...

senarai peserta SPECIAL GIVEAWAY by therosputih
last hupdate : 21.12.12 (5.30pm)

tik tok tik tok SPECIAL GIVEAWAY

Views
 
  
woahaa...sempat jap nih nak hupdate pasal SPECIAL GIVEAWAY yang tengah berlangsung sekarang dan bakal tamat tepat jam 11.59pm malam ni...seram sejuk seram sejuk je rasa sebab tak sabar nak cabut undi...hahaha...

sebelum giveaway ni tamat, dan sebelum secara rasminya aku mencabut undi bagi 3 hadiah phone casing tuh, bolehla seru2 jampi2 apa2 yang patut nombor bertuah masing2...hehehe...boleh check di sini...

oh ya...insyaallah...andai kata kesihatan mengizinkan dan tak de apa2 masalah, senarai nama pemenang SPECIAL GIVEAWAY ni akan aku hupdate pada 28hb ini...bagi aku masa lebih kurang seminggu untuk menyelesaikan segala apa2 yang patut...

dengan kekurangan kemudahan internet yang ada, agak susah sket untuk aku sentiasa online...huh...so, mintak ampun mintak maaf awal2 andai ada kekurangan dari pihak aku selaku penganjur GA kali ini...

notakaki : awatla cc ni takde aircond, panas mak buyong nih nak menghupdate dengan selesa, hahaha

Sunday, November 18, 2012

mode balik kampung

Views
balik kampung memang best, tapi dia akan jadik sangat tidak best bila mana tak dapat nak online...aaaargghhhhhh....sangat tensen...*ibu mengandung tak bagus tensen2

notakaki : tak dapat nak online lelama, singgah cc kejap je ni, entry pun taip ala kadar je, janji hado

kepada kak adyna, kak jassnani, dan cik azlyzah yang bertanyakan khabar diri ini, hehehe...daku bertambah sihat dan lebar dan maju ke depan

tak sabar nak hupdate pasal perkembangan terbaru diri ini dan baby, wakakaka...tunggu eh tunggu...

notakaki : rindu nak baca perkembangan terbaru blogger2 sekalian...

Saturday, November 10, 2012

sayang ini untuk dia

Views
Ketiduran di dalam sepi,
Seraut wajah beribu erti,
tak daya diriku menanti,
menjemput dikau kembali...

Lena sayang dikau beradu..
Diiringi doa dan restu,
hari esok kian kelabu,
menjemput dirimu...

Kenangan melalaikan diri,
Bagai bermimpi...
Menantikan dikau pergi,
pemergian abadi...

Oh sayang dikau tetap di hati,
Biarpun tiada di sisi,
Semusim cinta bersama,
Ku iringi doa..

Tiada tangis tiada asmara,
Hanya kenangan menggoda,
Pengubat hati luka,
Penawar sengsara...

notakaki : terima kasih sayang...

Friday, November 9, 2012

resepi kuih lapis mudah

Views
aku rasa sangatlah bermurah hati untuk kongsi apa yang aku makan dan dengan harapan kalian pun terbuka pintu hati untuk cuba menu nih...jangan risau, aku nih tak bape pandai sangat masak, jadik, aku hanya akan try menu2 yang simple2 jer, sebab apa...kebarangkalian untuk menu itu menjadi dengan jayanya adalah sangat tinggi....tak gitu...wakaka...

la ni, aku nak share resepi kuih lapis yang aku dapat dari sini berkat carian encek google, time kasih kak untuk resepi yang mudah dan melazatkan ini...

resepi kuih lapis

bahan2nya
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan santan pekat
esen vanila
garam secukup rasa
pewarna

cara buat
1. kuih ni jenis yang dikukus, jadi elok lah kita panaskan pengukus kita awal
2. bancuh semua adunan kat atas kecuali garam dan pewarna, aku bantai blend je, tak larat nak bancuh2 nih
3. asingkan adunan kepada 2 bahagian dengan nisbah 3:4, bahagian yang 3 masukkan garam sket, manakala bahagian yang 4 tu masukkan pewarna
4. mula letak lapisan berwarna, pastu kukus lebih kurang 5,6 minit atau bergantung kepada tahap ketebalan lapisan, dah agak2 masak lapisan tu, letak lapisan kedua, dan seterusnya sampaila habis, lapisan last dah sah2 lapisan yang berwarna tu
5. bila dah masak, sejukkan, potong, dan sedia untuk diterkam

ni kuih lapis versi aku

warna HIJAU okay...hahaha...biasa kuih lapis warna pink, ala...nak buat macam mana...kat dapur tu ada pewarna hijau je, bantai je lah labu...mms gambar kuih lapis kat mak, dia bantai gelak...hmmm...layankan je lah...hijau pun hijaulah...nnti kita beli pewarna lain plak pasni..wakakaka...

this is my first time ever buat kuih lapis, alkisah...nak dapatkan kuih lapis kat area sini sangatlah semput, maka...alternatifnya, buat sendiri la...

notakaki : dah selamat bagi2 kat jiran belakang umah yakni kawan tempat kerja...menu petang...nyum3

Giveaway Handmade Bag ct N honey

Views

nak join boleh klik pada banner di atas

jika ditakdirkan aku menang giveaway ni
aku nak pilih beg ni


love the stripes

notakaki : tengah cari mood nak kemas rumah...aaaahhhhh...malasnya lah hai...

perkembangan bayi dalam kandungan 26, 27 minggu

Views
alamak...termiss hupdate pasal baby untuk minggu lepas yakni minggu 26 punya...aiyyyokk...sori ye baby...mama kau nih, asik ke laut je mood nya...

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.

** elakkan memakai pakaian ketat...hmmmm...memang taklah, satu sebab bukan saje tak muat dah, malahan sangatlah tidak selesa, nak pakai sume baju yang besar2 sume..apa lagi, say bye2 to sume tshirt2 aku...nasibla aku dah prepare awal2 beli baju dan seluar/skirt yang memang khas untuk preggy time...selesa yang amat...wakakaka...

minggu lepas, aku ada pegi jumpa doktor untuk amek surat pengesahan bape minggu mengandung, sebab takut sangkut nak naik flight, walaupun sebenarnmya tak perlu pun, tapi ada cikgu2 kat sekolah ni suh buat, maka...aku yang naif ni naif kerr patuh la pada nasihat kakak2 senior...

tak sabar nak balik semenanjung, sebab nak beli barangan baby....satu hape pun tak prepare lagi, apa la kan...hmmm...sorry sangat baby sebab macam tak excited nak sambut dia, nnti kita balik semenanjung, kita soping puas2...kalau mama larat...wakakaka


Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa


Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

** semalam, dapat rasa baby sedu lagi...kesian baby, dalam minggu ni, dapat rasa 2,3 kali kot dia sedu...

sekarang ni, kulit perut dah mula rasa gatal2 dan ketidakselesaan, kadang2 cuak jugak...rasa nak je menggaru, tapi takut ada stretch mark yang dasar, maka, menggarula kat tempat lain....hahaha...

notakaki : sedangkan menyiapkan fulus yang cukup untuk serbu kedai barangan baby nanti

1ST GIVEAWAY BY : ANIS NAJIHA HANNANI

Views

bangun pagi klik sana klik sini

tau-tau

i join

hahahaha

Thursday, November 8, 2012

Topup FREE by Apih

Views

saya merupakan pengguna setia maxis

aku nak sangat topup free walau dia hanya rm5 sebab tak payah usaha gigih tulang empat kerat untuk dapat duit rm5 buat beli topup, bukan senang nak dapat duit even rm1 tapi bab nak belanja rm100, tak terasa pun mengalirnya duit itu

notakaki : money comes like constipation, money goes like diarrhea

keledek rebus lagi

Views
ari nih memang entry aku pasal makanan je kan...apala nak jadik...keje nak menternak badan je...

ahhh...pedulikkan seketika....time aku tengah masyuk bab makanan ni la kita kena raikan, sebab nnti datang time takdak selera nak makan, tengok ayam percik pun buat muka donno je...errr...ayam percik...dah lama tak makan ayam percik...*alamak


keledek rebus yang memang lah superb best...ari tu, ada story2 pasal keledek rebus, dan dan2 la time tu ada 2 insan hebat nih dengan secara tak sengajanya mengajar aku makan keledek rebus cara baru...

cik azlyzah : keledek rebus + keropok ikan masin krakk krakk
L@L@milie : keledek rebus + sambal ikan bilis

tak lama pastu, yakni baru2 ni la, sanggup aku redah orang ramai tu semata2 nak beli keledek yang warna oren nih, sebab kat pasar area rumah aku ni jual keledek yang isinya warna putih je, bolehla...tapi tetap takleh lawan keledek isi oren nih...sampai basah ketiak aku carik keledek nih...

masa nak rebus tu, dah ingat dah pesan dorang tu, ingat nak try...sekalik bila dah masak...keropok ikan masin tah ke mana, sambal ikan bilis tah ke mana...makan keledek rebus tu gitu jer...ahaks...no komen okeh...

notakaki : kalau dah suka, memang takleh nak cakap pape

dalam ati, masih pasang niat lagi tu nak try kekdah baru makan keledek rebus, cuma taktau bila plak boleh dapat keledek macam ni lagi

cubaan kali kedua kuih bakar

Views
menggunakan resepi yang sama aku kongsikan dengan rakan2 sekalian, cuma kali ni, berbeza tang niat masa nak buat tu je...kalau cubaan kali yang pertama tu, lebih kepada nak puaskan nafsu mengidam aku, kali ni, niat lebih suci murni tulus ikhlas lagi...

niat buat kuih bakar : nak bagi dekat jiran sebelah rumah

see...betapa suci murni tulus ikhlas tak niat aku tu...bukan fikir nak masuk dalam mulut sendiri, tapi dalam mulut orang lain, jadik...jatuh hukum WAJIB la buat sedap2 supaya tak segan silu nak bagi kat orang kan...actually, itu ari makcik sebelah umah aku ni ada bagi bubur kacang hijau, jadik...nak menghantar bekasnya tu, takkan la nak hantar bekas kosong plak kan, orang berbudi kita berjasa, orang memberi kita merasa la...dah nama pun adat hidup berjiran kan...

*jangan sampai aku bukak tazkirah hidup berjiran plak eh

kali ni, aku buat lebih sket, guna resepi yang sama tu je, cuma pakai cawan yang besau sket...ekekeke...sambil bancuh, sambil doa supaya jadik dengan jayanya sebab nak bg kat orang punya pasal...

selepas seketika, ni adalah hasilnya...



mmmmmm...memang aku sanggup angkat bakul sendiri la kali ni, memang sedap...resepi yang aku bagi tu, dah memang tiptop...mudah dan senang...pakai blender je...hasilnya, memang tak merugikan...

punyala tunggu petang, ngam2 time minum petang tu, pi hantar kat umah makcik, terkebetulan plak, time tu dia tengah minum air kopi dengan anak2 dia...hah...memang baguslah...bolehla makcik tu minum kopi sambil makan kuih bakar hasil air tangan aku nih...alhamdulillah...

notakaki : lega dapat hantar bekas tu kembali dengan berisi, ingat nak letak keropok keping import dari kelate tu je, hehehe...dasar PEM*L*S je aku nih...aish.....

ubah jadual

Views
sesi persekolahan tahun ni dah nak berpenghujung dah...meanings, dah nak hujung tahun, dah nak cuti sekolah, yeaaaaa....dan dah nak balik semenanjung...ulalala...tak sabarnya nak makanmakan dan makan....errr....tak sabar nak jumpa mak ayah jugak...ekekeke...

ari ni khamis...dan ari ni jugak spm paper mathematics...owh...kenangan itu...jangan diceritakan lagi, nak tahu, sila baca sendiri kat sini....ngeri2...

pagi2 biasa pas check email, dan blogwalking blog kengkawan yang lain, aku akan baring2 manja dan mula mengait...tapi pagi ni, rasa nak kemas2 memory card camera la, banyak sangat gambar yang tak terusik, dan hasil2 kait yang tak dipublish...nak kata bizi, ntah apa yang dibizikan pun aku idok le tahu nya kiah oi...nak kata bizi dengan anak, anak pun masih dalam perot lagi...haish...sila rajin2kan diri anda wahai ain...


tadi dah publish kat blog jualbeli, tapi kali ni, nak publish jugakla kat sini...biarlah gambar yang sama sekali pun kan, ahaks...itu adalah bookmark pattern terbaru yang aku cuba, orang lain dah lama dah cuba, aku baru merangkak2 sipoot nak cuba...alhamdulillah, nasibla menjadi...

dah pun selamat pos dan sampai ke tangan tuan punya order, yang jugak kawansampaimati aku, enhear...time kasih kawan sudi tempah dari aku...

korang kalau nak tempah jugak, roger2la aku, kompem  aku bagi harga spesel punya sempena cuti sekolah akhir tahun nih, tapi kena beli dalam kuantiti borongla, barula boleh bagi harga diskaun...

notakaki : breakfast dengan ratah milo, aummm...dengan milo anda jadik sihat dan kuat...

Wednesday, November 7, 2012

oh my lunch

Views
copy tajuk dari latest entry cik farah kita, ekekeke...

baru pagi tadi bersungut nak makan nasik kerabu 
*sambil membayangkan nasiknya yang berwarna biru, ada telur masin, ada ulam2

tup2 tadi tengah hari...owh my lunch sungguhlah gini gak...terkebetulan semata2...memang tak cakap ngan sesape pun nak makan nasik kerabu, sebab hajat hati memang nak tunggu balik kelate dulu, dan redah nasik kerabu jual kat pasar malam area rumah aku...memang superb la nasik kerabu akak tuh...


hihi...kantoi tak masak ini ari kan...tapau sajerk...

tapi kan, kelakar la tengok nasi kerabu nih, sebab...cer tengok cara dia serve sambal tumis dia...aku dah siap buat anak panah lagi tuh...

bungkus macam aiskrim tu kan, hihihi

alhamdulillah...licin...kenyang tengah ari nih...

notakaki : pencuci mulut aiskrim, ngadap la kau satu bekas tuh...