Friday, September 28, 2012

bila saraf mula merosot - episod 2

Views
bila saraf mula merosot - episod 1 

setibanya aku di hospital besar besar lah sangat kan, seoalah2 ketibaan aku tak disambut, takde attendance datang jemput....hakhakhak....sape nak jemput ko tu cik ain oit...ngeeee....takdelah aku mengharapkan ada karpet merah dengan kelopak bunga ditabur2 bagai...at least, adalah attendance yang bertugas tu kan...owh lupa nak mention...aku terus ke unit kecemasan...

picture credit to google

dah kedatangan tak bersambut, terpaksalah encek leo pi amek sendiri wheel chair, dan keluarkan aku dari kete dan letak atas wheel chair...nasib tak sempat nak tolak masuk daftar nama kat kaunter je...sebab...adala sorang attendance ni datang dan tolak aku masuk...encek leo plak, pi parking kete...

attendance tu tanya aku sakit untuk proses pendaftaran, aku pun taktau nak cakap sakit apa sebab dia tengok pelik je atas bawah atas bawah....bila dia tgk kad ibu dan anak, dan2 je dia buat assumption aku keguguran dan terus melangkah ke kaunter pendaftaran...nak tergelak pun ada...cepat2 aku panggil dia dan cakap aku kebas dari pinggang ke kaki....susah woo nak explain tentang keadaan aku sebab yang sakitnya adalah bahagian pinggang ke kaki, mulut nih, memang kalau dgr aku cakap dan gelak...takkan tahu punyalah aku tengah menanggung kesakitan...

tak lama menunggu di suatu sudut, doktor ram masuk...pada sape yang tak tahu, doktor ram ni adalah doktor yang rawat aku di jabatan orthopedic, aku ni special case bagi dia, dia la yang cakap...hihihi...blushing...cepat2 dia suh aku baring kat satu katil kosong nih, nak check condition...dan2 time tu ramai plak attendance, nurse dan ntah apa tah lagi pangkat dorang kerumun aku...terasa macam apa je...

picture credit to google

doktor ram tu pun buat kaedah yang sama dengan doktor esah, dan keadaan aku much better sket compared ngan masa mula2 kena tadi...dari langsung tak leh angkat kaki kanan, dah boleh gerak2 dah hujung jari kaki...tapi kaki kiri masih degil...huh...kaki aku terasa sangat2 lah berat untuk diangkat dan bila dah berat, mestila aku akan rasa sakit pinggang kalau nak angkatnya sendiri...

doktor ram kata aku akan ditahan wad, okay....malam ni, tido wad...

paling sadis masa tengah menungguh untuk dimasukkan ke wad itu adalah, aku nak terkucir sesangat....bila gitau doktor nak ke tandas, dia tak kasik aku bangun dan dia nak aku dipakaikan dengan alat kencing tuh...hah...hamek kau...aku banyak kali dengar orang cakap yang nak pakaikan benda alah tuh sedikit menyakitkan dan aku pastinya tak selesa nanti...dalam cuak tak nak dipakaikan benda alah tuh, sekalik nurse plak datang siap sedia dengan alat dia...perghhh...bertambah2 lah cuak...1cm lagi kot air mata aku nak keluar...rasa macam nak lari je...

encek leo request taknak aku dipakaikan benda alah tuh, dan nurse tu pun teragak2 la jugak nak handle mcm mana kan, dia suh pi jumpa doktor ram tu sendiri...after a few minutes, aku berjaya tarik nafas lega sebab doktor ram tu mengalah jugak, aku tak jadi dipakaikan dengan alasan aku nak solat susah nanti, hehehe....terima kasih islam...

perghhh....penat jugak mengimbas kembali apa yang terjadi sambil menaip nih....leh tak nak sambung story dalam episod 3, aku janji....ni episod last punya...

bersambung...

notakaki : bila aku cite kat mak aku detik2 bergaduh dengan doktor sebab nak kena pakaikan benda alah kencing tuh, mak aku suh aku cakap kat doktor, "doktor...saya rela kencing atas tilam ni doktor" hahahahaha

Thursday, September 27, 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Views

setakat ni, follower therosputih adalah sejumlah 199 orang....terima kasih pada sudi menjadi follower dan menyokong therosputih...


cik misya : kenapa aku nak tambah follower lagi? 

sebab utama aku adalah untuk memeriahkan lagi dunia maya therosputih...maksud aku, dari segi jumlah komen pada setiap entry...kadang2 bosan jugak hupdate entry tapi takdak orang komen...sadis kan....sobsobsob...

kadang2, kalau jumlah follower banyak, tapi tak aktif pun tak best jugak...sunyi je kan...tapi tak nafi la, silent reader ni ramai, dorang lebih suka low profile, bukan kecoh macam aku...ahaks...aku nih, mana2 blog yang aku follow, mesti blogger dia akan perasan...almost setiap entry yang aku baca akan aku tinggalkan jejak sebagai tanda sokongan aku pada mereka untuk menulis dan menulis lagi...

aku suka bace entry dari blogger yang kreatif...pastu berangan...bila lah aku nak jadik kreatif mcm blogger tu...selain dari berangan, aku jugak suka baca entry2 dari blogger yang pelbagai ni sebab tertarik dengan hasil penulisan dorang, pastu bolehla ubah cara penulisan diri sendiri...takdakla menulis untuk syok sendiri dan kebudak-budakan sangat kan...at least, adalah point tu walaupun cipooot...

oppsss...terpanjang berjela plak menulis...agagaga...

well...sape yang nak ikut jejak aku dan join sekmen cik misya nih, bolehla klik di sini eh...

di sini jugak aku wish terima kasih berbanyak2 pada kawan2 blogger khususnya follower therosputih yang sudi singgah blog, baca dan tinggalkan komen anda di mana-mana entry dalam blog ni, terima kasih tak terhingga...love you all...

notakaki : baca dan meninggalkan komen dah macam satu kewajipan, hehehe

wordless wednesday : rindu seorang perempuan

Views

bila saraf mula merosot - episod 1

Views
ari khamis minggu lepas, ada aku story2 pasal kisah tragis aku di mana hajat hati nak meneruskan pengajaran sampai waktu balik sekolah tapi tak mampu...betul2 kita hanya mampu merancang, tapi allah sajalah yang menentukannya...nak tahu lebih lanjut, jangan malu2 klik link kat atas tu eh...

kali ni, aku nak share pasal sakit aku, especially apa yang aku rasa exactly masa ari khamis tu...

picture credit to google

bermula dengan suatu perasaan yang tidak selesa di hujung jari, naik ke tapak kaki, then ke betis dan hinggalah ke kawasan pinggang...sebelum ni, perasaan yang sama juga telah aku rasa berkali2, tapi seminggu nih, kerap plak rasa nya itu...dan jika sebelum ni jugak, biasanya kaki kiri je yang rasa gitu, tapi minggu nih, dua2 kaki sama2 nak buat demonstrasi gamaknya...serius, perasaan yang sangat2 tidak selesa...

bermula dengan perasaan tidak selesa, actually, aku taktau nak describe rasa sakit tu macam mana, tapi lama kelamaan, sakit tu makin jelas, kedua-dua kaki mula rasa kebas dari pinggang hinggalah ke hujung kaki....kemuncak sakit yang aku rasa tu adalah, aku langsung tak boleh gerakkan kaki sendiri...sadis gila babeng...

sebab, aku hanya mampu pandang kedua2 kaki, tp bila cuba nak angkat, langsung takdak apa2 perubahan, even nak gerakkan hujung jari kaki pun tak dapat...tak lama lepas tu, aku mula rasa lemah pada kedua2 belah tangan, bila aku cuba genggam, aku dapat rasa genggaman aku tu tak kuat langsung....senang cite, kalau pegang gelas pun gelas boleh jatuh dek tangan terkulai layu...hehehe...dasar tak description aku? ekekekeke

aku dikejarkan ke klinik yang terdekat, doktor yang rawat aku adalah doktor yang sama yang rawat kes ibu dan anak, alah...yang aku kena pi check setiap 2 minggu sekali tuh...eh eh...minggu depan aku ada temujanji dengan dia...hmmmmm....nama doktor tu kalau aku tak silap, doktor esah....doktor esah buat check up untuk kenalpasti sejauh mana numbness yang aku alami...dia cucuk2 aku dah tak rasa sangat, adala rasa, tapi tak kuat...kalau dia cucuk kat dada aku skala dia 10, kat kaki, adalah kot dalam 2 atau 3...bukanlah hilang keupayaan untuk merasa langsung....

pastu, doktor esah pi ketuk kapla lutut aku untuk tgk kesan refleks, tobat aku rasa nak gelak guling2 je time tu sebab sangatlah kelakar la aku rasa tgk kaki aku terangkat dengan sendiri...hehehe...korang tak rasa ke tindakan refleks yang terjadi tu sangat comel? hehehe...

disebabkan kekurangan kemudahan di klinik, aku dikejarkan ke hospital besar yakni sejam setengah dari rumah...sepatutnya ke sana pakai ambulans, tp ambulans pun missing in action, terpaksala pakai pengangkutan sendiri, dan driver aku tak lain tak bukan, encek leo je lah...mana ada pemandu lain lagi dah...

disebabkan kemungkinan untuk aku ditahan wad adalah sangat tinggi, maka, aku suhla encek leo bawakkan terus baju2 dan alatan lain yang seangkatan dengannya...

bermulalah kembara kami ke hospital besar...errrr....cerita di hospital besar, nanti aku sambung dalam episod 2...hehehehe

bersambung...

notakaki : apa yang bahayanya sakit saraf ni, sakitnya boleh datang dan pergi sesuka hati dan kedatangannya memang takleh diramal langsung...

Wednesday, September 26, 2012

cerita hari selasa

Views
ari ni masih meneruskan keMCan aku untuk hari yang ke bape ntah....aish...yang pasti, belum cukup seminggu lagi, aku dah malas nak kira bape ari dah MC, hahaha...kalau dah masuk berminggu2, tak hengat hari apa lagi dah kot aku ni....

ari ni, tak byk yang aku buat...memang tak buat pape lah...baring dan ngadap laptop sambil mengiring, jenuh mengiring, aku amek laptop letak atas dada....hah...ni baru betul baring sambil ngadap laptop...apala yang best sangat ngadap laptop, bukannya leh keluarkan duit....apalagi yang best kalu bukan main game...wakakaka

game yang dari level 1 sampaila level 100, dah khatam dah aku main...mcm2 posisi berbaring...naik cramp jari aku nih...baby masih seperti biasa, bergerak dan bergerak...paling ketara, bila aku cuba untuk meniarap, tapi takdela aku bantai meniarap mcm before ngandung tuh, gaya2 meniarap je, letak banal bawah perot...tak lama, seminit pastu mula ah baby bergerak memberi reaksi seolah2 dia tak selesa dengan posisi mama dia itu...cepat2 aku tukar posisi...

petang selasa...sambil baring2 gudek2 game, tetibe aku terdengar jeritan manja sorang pompuan dan loghat semenanjungnya mengaduh sakit di luar umah...aku suh encek leo pi check, sebab aku intai ikut tingkap tapi tak nampak pape...yang dengar hanya kekecohan je...nak tahu apa jadi...?

*
*
rope2nya, nurse dari klinik kesihatan ibu anak datang nak lawat dan check aku, dia parking kete kat umah makcik sebelah umah, pastu nak le ketuk pintu umah aku....tapi kesian dia..tak sempat gamaknya nak ketuk, bagi salam pun setakat assa je yang terkeluar, dia telah digigit manja oleh anjing yang memang bermastautin duk tepi umah aku nih...adeh..kesian dia...hencot2 nurse tuh...basah tempat kena gigit tuh dek ayaq liur anjing tuh...kesian lagi sekali...tak pasai2 kena carik tanah buat basuh nanti....kesian untuk kali yang ketiga...

alkisah...depan umah aku nih ada sekor anjing yang memang suka sangat lepak depan umah aku...nak buek camno..penat dah halau, tapi dia buat derk je...malam2, landing depan pintu ni je...kesian...ada satu malam yang sejuk dan dingin tu, aku intai la kat luar kot celah tingkap, dan nampak anjing tu tido dalam kesejukan...menggigil2 badan dia aku tengok...nak je aku amek kain buat selimut ke hape kan, tapi kan..menyalahi plak dalam islam kalau bela anjing...so...aku biarkan je lah dia depan tu seolah2 dia tak wujud...

anjing nih dah mcm anjing rumah ni jer...dia pantang gile kalu ada orang yang tak dikenali dia mendekati umah aku...pasti orang tu sama ada dia acah2 buat muka garang atau memang dia gigit mcm apa yang terjadi kat nurse tu lah...nasib la aku tak sempat kena gigit...tapi masa mula2 aku duk umah ni pun, bape kali jugak aku hampir2 nak kena gigit....buat muka garang tu toksah cakap la bape kali...bila dia tgk aku masuk dalam umah, mula la dia buat muka heran...dah lama2 tuh, agaknya dia dah kenal kot bau aku, so, takdak dahla buat muka garang...buat muka manja ngan ekor tergedek2 sambil lagi 3 inci nak meneneng2 sebelah aku...haish....risau aku...

orang2 yang duk area umah aku nih, dorang halau anjing dengan siram anjing tu dengan air panas...aish...kejam sungguh...aku tak sanggup nak buat mcm tu kat anjing...kesian jugak kat dia walaupun tahu yang dia tu haram dibela...tapi kan, dia pun makhluk tuhan jugak...selagi dia tak mengganggu gugat hidup aku, takpelah...yang penting, aku tak bela dia...wassalam...

notakaki : cerita hari selasa yang diceritakan pada hari rabu...ekekekeke....kesian nurse tuh...

Tuesday, September 25, 2012

perkembangan bayi dalam kandungan 20 minggu

Views
sebelum aku selaku pakar tak bertauliah nih cakap lebih banyak, moh kita bukak kitab dulu, baca perkembangan baby apabila mencecah minggu ke 20

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Nota Hamil
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.


***
perot dah memang boncit, makin boncit....minggu lepas, ada sekali cikgu sekolah aku tegur dah nampak dah perot aku, aku gi sekolah pakai baju kurung je, kadang2 pakai jugak jubah besar2...saje, nak cover perot takmo kasik baby exposed sangat...

sekarang ni, baby tersangat2 lah aktif aku rasa....minggu lepas kan aku banyak berehat, so, kebanyakan pergerakan baby tuh aku boleh rasa...time aku bergerak, dia pun bergerak...time aku rest, dia gerak2 lagi...most of the time aku adalah rest, tp baby...masih dengan aktiviti dia...gerak dan gerak lagi...syukur alhamdulillah....doktor risau takut sakit aku ni akan mengganggu perkembangan baby, setakat luaran yang aku boleh rasa nih, rasanya baby takde masalah kot...sibuk dengan aktiviti akrobatik dia...

aktiviti kegemaran aku sekarang adalah, menggeletek perot aku sendiri...*baca : menggeletek baby....makin aku geletek dia, makin kuat dia bergerak...kadang2 sampai berair2 mata aku tahan geli...ada kala sampai berombak2 perot aku nih, kuat tak kuat dia bergerak...semalam, masa aku ngah baring2, baby bergerak lagi...kali nih, most of the movements tu boleh tahan kuat la jugak...beralun bagai perot mama ni baby...aku catat masa...aish...hampir2 15 minit jugak lah...dasat tol anak mama nih...tengah buat apa la gamaknya...

ada sekali aku google nak carik pasal purata jumlah pergerakan baby dalam kandungan, tp tak jumpa directly bape jumlahnya...most of apa yang dorang tulis, pergerakan baby dah mula boleh dirasai seawal kandungan cecah 18 minggu hingga 20 minggu...tp tadi pagi, terima kasih allah sebab pertemukan aku dengan satu bahan bacaan ni, katanya, biasanya baby akan menghasilkan sehingga 200 kali pergerakan, tetapi kebanyakan pergerakan itu, kita takdelah rasa sangat...kadang2 kita rasa, kadang2 jugak tak rasa...ooo...patutlah...banyak kali jugak baby nih bergerak ropanya...

berhenti bercakap pasal baby dulu...kita sentuh bab makan plak..setakat ni, selera makan...hehehe....bahaya tol kalau tak dikawal nih...aku nih memang spesis yang suka makan, so, bila dalam keadaan mcm ni, lagi lah aku beriya makan...kadang2 tu, pas makan nasi tgh hari dalam kul 12, kul 2 tuh, kalu bulih ngadap sepinggan lagi nasi, perghhh...soorga rasanya...bahay tol...takut kena diabetis je...huh...selisih malaikat patplohpat...

bila dah asik makan nih, dah kompem2 berat akan naik mencanak kan...yang ni yang kena elak...sebab, apa yang aku baca, kalau berat naik mencanak, risiko untuk mengalami stretch mark yang dasat adalah tinggi...memang tak dinafikan, stretch mark akan timbul, tp sejauh mana teruk tanda rekahan tu kita boleh kawal...dengan cara, amalkan penambahan berat badan yang stabil, dan rajin menyapu losyen pada area perot....serius...aku dah mula gatal2 balik kat area perot...itu ari, masa awal2 pregnant je rasa gatal, pastu reda jap...la nih, hamek kau...kalau dapat garu tu kan...perghhhh....meleleh jugakla ayaq liur nih...

notakaki : rasa nak skodeng baby tiap2 ari je, nak tengok baby tgh buat apa....hehehehe...melalut jer...

Monday, September 24, 2012

cerita khamis yang tragis

Views
ari rabu ari tu, aku ada cite yang khamis esoknya tu, aku ada check up untuk 20 weeks kan, overall, alhamdulillah...sume nya okay...check up kali ni, nurse tu takdakla suh aku pi jumpa doktor, mungkin sebab last check up masa 18 minggu tu dah jumpa doktor kot...andaian aku je la kan...check up kali ni, kedudukan rahim dah 18 cm, berat aku naik mencanak...hohoho...dalam tempoh 2 minggu nih, berat aku dah naik 2 kg...hamek kau...berkat air breakfast air nestum kot...ngeeeee...nasib tak kena bebel beb...

melalui pembacaan aku, bila kandungan dah masuk 20 minggu nih, berat aku sepatutnya kena naik setengah kilo je seminggu...next check up aku kalau takdak apa2 masalah, 2minggu lagi, berat aku sepatutnya kena naik 1kg je tau...takbleh lebih...

nak dijadikan cerita khamis aku lebih tragis...aku gi la sekolah, masuk kelas, masa pertama kat kelas tingkatan 1, handle pbs yang tak sudah2 lagik...nasib 1 masa je, habis masa pertama, aku masuk bilik guru, sambung kerja sket, buat rancangan mengajar sambil minum air kotak...nak dijadikan cerita, slow2 aku rasa tak selesa dari hujung kaki naik la sampai ke pinggang...aku tahan kan lagi...

nak dijadikan cerita lagi, dan2 la time tu aku rasa tak best kat area pinggang, dan2 jugak la kaki kebas...biasa kaki kiri je kan, kali ni kanan...aku masa tuh dah dalam dua dah, nak abaikan rasa tak selesa tu dan teruskan masuk kelas masa ketiga nanti ke atau maklum sama penyelia petang dan balik rehat kat umah...rasa nak masuk kelas dan habiskan pbs yang ada sama banyak ngan rasa tak larat dan nak balik rehat...

fikir 8,9 minit, aku decide nak balik dan rehat...aku roger sama encek leo, nak balik...tunggulah aku di dalam pejabat...tak larat nak duduk, aku bangun, berdiri lah aku...tak sampai 3minit aku diri...maka, bermulalah kisah khamis aku yang tragis...aku takleh gerakkan kedua2 kaki, rasa kebas dan sangat berat untuk aku gerakkan...sehingga memang tak gerak langsung...

awalnya aku nak balik rumah rehat je, tapi bila tengok keadaan aku yang tetibe je teruk, kami decide nak terus ke klinik...dahla aku masa tu kat tingkat dua...so, kena menapak turun tangga 2 kali...adalah dalam 30 anak tangga gitu...strecther plak tak ada...maka, lebih tragis la gamaknya...encek leo terpaksa dukung aku bawak turun dan ke kereta...sadis gile babeng...tuhan je yang tahu betapa
1. malunya aku bila students tengok aku gitu
2. terharu dengan encek leo sebab sudi angkat aku yang makin buyong dan makin berat nih, 
dalam ati nyesal plak tak jaga makan dan membiarkan berat naik mencanak gitu

bila encek leo angkat aku tu, aku rasa sangat2 tak berdaya dan helpless...kalau aku bulih jalan even sangat5 slow sekalipun, akan aku gagahkan jugak kaki aku nih untuk berjalan dan turun tangga tu...tak sanggup aku nak menyusahkan orang apatah lagi encek leo...

sampai di klinik, selepas doktor yang ada tu check, dia sarankan aku ke hospital, doktor tu siap tepon unit orthopedic hospital tu lagi untuk maklumkan kes aku nih...hahaha...kasik cerita lebih berperencah, doktor yang sambut panggilan tu adalah doktor yang sama treat aku, doktor ram...ngeeee....doktor ram suh aku cepat2 dihantar ke hospital, dia tunggu aku...ngeeeee sempat lagi ko nak menggedix eh....masalahnya ambulans plak missing in action...ada kerja luar...so, dengan uniform kerja, nasib nametag dah bukak siap2, aku ngan encek leo bergegas ke hospital....sampai di kecemasan, seperti yang sudah diramal, aku ditahan di dalam wad...

dari ari khamis sampaila ari ahad yakni semalam, aku menghabiskan masa di dalam wad....nanti aku story kan lagi apa yang berlaku sepanjang aku dalam wad...ala...bukan ada cite best sangat pun....aku nak share perihal sakit aku ni je....sekadar berkongsi pengalaman kepada mereka yang senasib...

notakaki : syukur alhamdulillah, baby takde apa2 masalah, makin galak adalah dia bergerak dalam perot mama dia nih...

Wednesday, September 19, 2012

instant cereal in-comix

Views
sejak dua tiga ari nih, bangun pagi breakfast ngan air nestum panas2 suam, malam, pas dinner pun bantai air nestum jugak...apekesss beb...hikhikhikhik...mood mak buyong ngah masyuk ngan air nestum lah plak...

dulu, masa awal2 pregnant dulu, memang aku ada beli 3 in 1 nestum nih, aku biasa minum jenama in-comix, tapi pas minum satu sachet, tunggu 3,4 minggu plak baru amek satu sachet tuh...la nih, kalu bulih, nak minum air nestum sokmo...
gambar amek dari encek google je
sedap di mulut, sedap di tekak...tapi dalam ati, ada risau2 jugak...kan tak bape bagus jugak kan kalu duk asik minum air manis, 3 in 1 plak tuh, sebab kandungan gula dia yang agak tinggi...sebab tu lah aku limit, paling kerap boleh minum adalah tak lebih 3 kali jer...kalau bulih sekali sehari, tp dah idok tahan sangat, ameklah 2 kali...kalu dah cecah 3 kali tuh, maknenya kena minum air putih yakni air masak tuh lebih sket....

risau beb...aku nih sejarah family sangat tinggi kena diabetis, so, harusla beringat sebelum kena kan...ari tu, masa kandungan cecah 14 minggu, aku dah minum air gula dah sekali...sebelum minum negatip je...pas minum, adik kat bilik makmal tuh siap tulis guna pen kaler merah lagi...+2...hamek kau mak buyong...cuak gile babeng dah...

bila jumpa doktor, doktor cakap, masih terkawal....dalam ati lega jap...katanya, aku punya paras gula dalam darah pas minum air gula adalah 7.4, katanya, jangan lebih dari 7.8 sudahlah...ater....0.4 lagi tuh nak cecah 7.8...kusss semangat...nanti kandungan cecah 7 bulan, kena minum lagi sekali...errrrr...

notakaki : esok ada checkup 20 minggu plak...hope sume bacaan bagus2 saje...hehehe


Tuesday, September 18, 2012

jeruk buatan sendiri

Views


kalau sesape yang memang mengikuti kesah cerita aku, memang sah2 dah tahu aku nih jenis yang suka makan asam, dan tahap ke'masam'an aku adalah sangat di luar batasan normal...even kalu kawan2 aku mengeluh sebab terlalu masam, aku bulih makan ngan muka tak bersalah langsung...

adeh...nak buek camno...memang aku dari kocik2 laei sudah biaso makan limau kasturi tuh, camtu jo...tu belum belimbing buluh cecah cuka, gula, garam lagi...heaven seihh...

kat sini, jeruk tu ada, tapi aku tak berani memandai nak beli sebab was2 dengan cara buatannya...lagipun, aku memang alahan dengan ubat jeruk yang biasa orang guna tuh, silap hari bulan, sesak nafas dibuatnya...jalan selamat, buat sendiri....habis cerita...

inilah dia ropa jeruk hasil tangan aku...hamek kau...sebalang terus...sekali aku jeling je nih, setakat celah2 gigi jer...ahaks...


notakaki : nyumnyumnyumnyumnyumnyumnyumnyum....

Wednesday, September 12, 2012

baby sekitar minggu 16 hingga minggu 19

Views
sambung entry sebelum nih, berenti kat perihal baby 15 minggu...kali ni aku nak sambung start ngan minggu 16 sampai minggu 19...

ater...kalu ikut tarikh asal yang nurse kat klinik ibu dan anak tu bagi kat aku, supposed to be, minggu ni, aku dah masuk minggu 17...tapi bila scan...seakan2 aku dah terlebih lewat...sebenarnya, kandungan aku dah masuk minggu ke 19...huahuahua...hamek kau...2 minggu lewat dari tarikh asal...so, bermula dengan minggu ni, baby mama dah masuk minggu 19 hokay...

okeh...jom, kita belajar perkembangan baby bagi minggu 16 sampai 19 terus...

Perkembangan Bayi Minggu 16
amek dari encek google jerk
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

***sepatutnya kalau ikutkan nota dia, dah boleh rasa pergerakan dia, tapi aku tak sure sangat, adakah itu baby yang bergerak atau sekadar 'baby angin' aku je yang bergerak...tapi yang aku paling kompem adalah, selera makan...ya rabbi...tuhan je yang tahu...berselera gile bab makan...sebelum pregnant pun, memang dah berselera orangnya...wakakaka...nak2, masa ni raya plak kan...amboi kau...memang sampai sengkak2 aku dibuatnya...sabo jo lah ngan selera yang ado nih...

Perkembangan Bayi Minggu 17
credit to azimahas, pinjam gambar ye
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

***wah...baby mama dah ada cap jari dah eh...hehehe...kagum jap mama ngan ciptaan tuhan...pinggang ramping menghilang? hmmm...baju pun dah banyak dah yang kena simpan dalam kotak...sobsobsob...itu ari balik semenanjung masa raya, memang aku amek kesempatan soping a few baju yang besar, supaya aku selesa nak bergerak dan yang penting, tang pero...takdelah kau over exposed sangat kan baby kan...ahaks...dan yang paling tak best, gatal2 di bahagian perot dah datang balik...dulu masa awal2 pregnant dah gatal dah sekali, pastu reda...la ni, dia mai balik dah...cuak beb...hope sangat tangan nakal aku nih tak menggaru dengan jayanya...tp kan, nikmat gile kalu garu tambah2 kalu dia ngah gatal tuh...perghhh....inilah dikatakan nikmat...wakakaka

Perkembangan Bayi Minggu 18
amek dari encek google jerk
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

***okay...masuk minggu ke 18, yakni aku mengalaminya pada minggu lepas, aku dah mula dapat rasa dengan yakinnya pergerakan baby, dan dia sangatlah peka pada bunyi2 di sekitar...ada dua cerita yang aku nak kongsi bersama rakan2 sekalian,
cerita 1
aku ngah baring2 rehat, sambil la tengok youtube, tetibe rasa nak tgk tarian ngajat dari sarawak tu, adala bunyik2 muzik dia, dan2 masa tu aku rasa beberapa kali baby bergerak...taktaula tu kaki dia ke, siku dia ke, lutut dia ke, kepala dia ke, yang penting, tetibe je baby aktif bergerak...bila aku tutup youtube tu, baby pun aman dalam perot...bila bukak balik, dan2 aku rasa pergerakan dia...wah...teruja kejap aku...hehehe

cerita 2
kali ni, masa aku kat sekolah, ngah layan2 tanda paper karangan bm budak, tetibe aku dengar budak sekolah aku buat latihan dikir barat siap dengan muzik dia lah...minit2 pertama tu, aku je yang terketap2 tangan layan dikir barat, pastu aku perasan...baby ngah bergerak dengan jayanya....tung ketang tung ketang muzik, maka, pum pang pum pang baby pun...hampir2 10 minit jugaklah, sampaikan aku rasa geli2...aku pun berenti marking paper, turun gi tengok budak2 buat training, layan dikir barat kejap...bawak baby melawat persiapan dikir barat...masa tengok dikir barat live tu, senyap dah baby nya...agagaga...tak macam masa dengar dikir barat jauh2...amboi, baby oi...de nak bagi mama hint apa tu...aish...

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

***baby dah mula nak proses gigi ye...nampaknya mama kenalah minum susu lebih sket...azam tiap2 ari nak minum susu lebih sket, tapi...kuss semangat...semalam baru je miss minum susu...my bad...
berat semakin bertambah yer...hmmm...minggu lepas pegi check up, nurse tu bising2 manja je kat aku, katanya berat aku tak naik sangat...naik sekilo je...adeh...aku rasa bukan kemain lagi aku makan, takkan la tak naik2 mengikut apa yang dia nak jugak...takpe2...minggu ni aku pulun makan lagi...yang penting, kata nurse tu, amalkan pemakanan seimbang ye...baik nurse!!!

nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan baby dari minggu 1 sampailah minggu 40, boleh la klik kat sini, sumber utama aku sekarang...

panjang lebar dah aku cerita tentang pengalaman aku kat sini, berkongsi detik2 kegembiraan ini bersama2 dengan pembaca sekalian, kalau ada cerita yang sama, boleh share dengan aku jugak kan...

notakaki : sekadar untuk berkongsi, takde niat untuk menunjuk-nunjuk jauh sama sekali untuk riak dan berlagak...

sama2lah doakan kesihatan aku dan baby...

Tuesday, September 11, 2012

homemade kek coklat

Views
lagi entry cite pasal kek coklat...owh...start ngan cite nak makan kek coklat, dengan dah makan kek coklat, la ni kek coklat apa plak nih...adeh...tak habis2 lagi ka dengan kek coklat?

hehehehe...jangan marah eh...la ni, selera mak buyong ngah gile nak makan kek coklat aje...

ari jumaat lepas, sambil nunggu tengah hari, breakfast takdak hape pun...yang ado hanya epal...huh...epal pun epal lah kan, sihat sket menu nya...dahla blackout, takdak letrik....godak2 la telur tu pakai kuasa manja2 putaran tangan jo...kalau ada mixer tuh, sekejap je kembang kan telurnya...hurmmmm...misi aku pasni, nak beli mixer la...ekekeke

ini adalah kek pertama yang aku buat setelah hampir 3tahun tak bake...huh...punyalah lama...dahla kat umah ni takde penimbang, mahupun sukatan kek tuh...aku main agak2 je adunannya...sambil agak2, sambil la doa2 puhla kek nih menjadik dengan jayanya...dah siap sume, kukus...hah...aku takde oven, so, kukus adalah cara aku bila mana aku nak kena bakar sesuatu...sume aku tukar jadik kukus...hehehe

selepas hampir 40minit, inilah hasilnya...

homemade chocolate cake by therosputih

cer tengok betoi2 sebelah kiri kek tuh, nampak dengan jelas kesan garfu, hahaha...nak tahu kek tu dah masak ke belum, caranya adalah dengan cara mencucuk kek itu dengan lidi, pastu keluarkan, kalu ada kek yang masih melekat kat lidi tu, maksudnya kek tu belum masak lagi...kalau lidi tu keluar dengan bersihnya, maka, kek tu dah masak...ate....itu la tips yang memang ramai orang tahu dah kan...

hah...hamek kau....sebijik kek coklat...memang bangun pagi ngadap kek, belum tido ngadap kek...camno kek tu tak habis dalam masa 2 hari? huh...tapi memang puas hati ah makan kek coklat...cukup stok makan kek coklat untuk sebulan jor...hahaha

notakaki : pasni nak try buat kek batik resepi kakak chanteq sekolah lama aku...

Monday, September 10, 2012

tomyam sedap kek coklat sedap

Views
rentetan entry cite nak mencari tomyam sedap, kek coklat sedap itu ari, maka, terhasillah entry ni kali ini...ececece...

alkisah...tekak nih nak makan benda yang sedap2, yang tak best didengar bila yang sedap2 tu bukan sedap hasil kita sendiri yang masak, tp dokek kodai tu ha...sedut tomyam, sebut kek, maka...secreto recipeto lah hala tuju nya...

sampai je, pilih meja...dapat menu...takyah pandang menu lagi dah....terus order noodle in tom yum soup satu...betul ke nama makanan dia nih? aku ingat2 lupa je, main taram sebut je kat sini...pastu masa masuk dalam kedai tadi tu, terpandang rak kek dia, terpandang la choc mud...perghhh....mcm sedap je...apa lagi...order jak la cik kak kan...

menunggu tak lama, pastu dapat...

nyum2....jom makan...

*
*
*
(time makan takde borak2 lagi dah, tanda khusyuk)
*
*
*

selepas beberapa ketika,

done!!!

licin!!!

alhamdulillah...puas hati giler choc mud...ni adalah first time aku makan choc mud, biasa amek choc indulgence, takpun brownie...ternyata choc mud tidak mengecewakan...yang tak bape nak best adalah, tomyam dia...taktau nape, macam tak bape sedap plak...tp balun je lah...kat area lahad datu nih, tomyam adalah bukan makanan kepakaran tukang2 masak...maka...sadisla jugak kalu nak makan tomyam yang betul2 terangkat nih...*rindu zaman belajar kat u dulu, ari2 makan tomyam sedap...

notakaki : tak puas makan kek choc, nak lagi....

Saturday, September 1, 2012

salam kemerdekaan dari perantauan

Views
gambar amek ngan pakcik google

mak aih...perantauan la sangat kau tuh cik kiah...over tau...ahaks...ape....duk sabah nih, bukan dikira perantauan ke? kira laaa....nak balik kampung sendiri, mau 3 kali flight, ko ade? huh....sadis....3kali flight, meanings, 3kali tiket, details....3kali gegor2 tangan nak membayor rege tiket...tu baru balik kampung, belum kira balik sini balik....uwaaaaaaa.....darab dua la kuasa gegoran tangan tuh....sobsobsob...


alkisah, nak mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat malaysia yang ke 55 tahun ~janji ditepati~ kepada semua rakyat malaysia, khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam prosese memerdekakan negara 55 tahun dulu...sekarang ni, tanggungjawab anak muda, generasi baru untuk mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian yang ada untuk masa yang terkehadapan....insyaallah, sama2 kita jayakan demi generasi anak2 kita nanti....jangan sampai semangat patriotik aku mencanak2 naiknya...

sempena cuti hari kemerdekaan semalam, tak banyak aktiviti yang membanggakan...dapur tak berasap2 dari mula2 sampai umah sini...asik makan kat luar je, tak pun tapau dari kedai...sungguh takdak apa2 untuk dimasak sebenarnya....yang ade, beras ngan sardin...kussss semangat mak buyong ni nak makan sardin di musim orang masih mood beraya...

ari ni, plan nak gi bandar yang sejauh sejam setengah itu untuk membeli beberapa keperluan rumah dan diri sendiri...so, berenti sini dulu la, mau iron tudung, sebab pasni rasa nak menggedik amek gambar kat kedai makan je...tekak nih asik teringin nak makan tomyam sedap, kek coklat sedap....adeh....mane nak dapek....secreto recipeto kot...

notakaki : dah banyak baju2 yang ado tak dapek nak disarungkan lagi.....sobsobsobsob