Thursday, January 31, 2013

mencari top commentator therosputih januari 2013

Views
aasalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang sudi singgah sini...alhamdulillah, masih berpeluang untuk menghirup udara segar pagi ini...

kali ni, aku ada misi penting...aku nak mencari siapakah pengomen terbanyak therosputih bagi bulan januari...sepatutnya aku umumkan benda awal2 ari tu lagi tapi masa tu tak terbuka pintu ati lagi nak tulis entry nih, niat tu dah ada dari akhir tahun lepas lagi...

kat sidebar blog nih, ada ruangan khas untuk pengomen tegar therosputih, macam kat bawah ni, cuma aku edit letak bulan januari...
senarai pengomen sehinggan jam 4.4.5pm 02.01.2013

pastu aku rasa cam tak bape nak best je, tukar sket ah tittle ruangan biar nampak gempak sket...ececece....

terus letak carta, hamek kau

carta beb...bila ada word carta nih, baru rasa feel sket nak compete nih kan...ahaks...

actually, takde syarat apa2...semua blogger mahupun bukan blogger layak untuk menyertainya....pemenang top commentator bagi bulan januari ini akan aku hadiahkan dia sesuatu...ececece...mana boleh cakap lagi apa dia, hadiah misteri punya...boleh komen di mana2 entry pada therosputih ini...

andai kata ada lebih dari sorang pemenang, dua2nya akan dapat hadiah...insyaallah...

notakaki : marilah kita meriahkan pencarian aku ini

owh yer...tarikh tutupnya adalah pada 31hb1, 12.00pm...apabila januari berlabuh, maka, berakhirlah pencarian aku ini...

Saturday, January 26, 2013

perkembangan bayi dalam kandungan 38 minggu

Views
Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

dipetik dari sini

** wah...dah masuk minggu ke 38 dah pregnant ini...meanings...9bulan 2 minggu sudah...sehingga ke hari ini, aku agak kerap merasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, espeseli bila mana baby mengeras...cuak seyh...mak aku cakap sume tanda2 awal tu aku dah capai, tinggal tanda2 akhir je lately nih...

bertahan jugaklah semoga baby keluar on time ngan tarikh yang telah dipersetujui bersama ngan doktor baru2 nih...mengikut perancangan kita sebagai manusia gitulah...tapi taktaulah nak cakap macam mana, kot tetibe je past publish entry nih, aku plak sakit perot nak beranak kan...kusss semangat mak buyong...agagaga...

pasni dah tak boleh panggil aku mak buyong lagi dah, panggil mama slim la plak, supaya aku bersemangat waja dinamik tahap dewa untuk kembali slim macam before nih, bukan apa...habisla baju2 kurung dan baju2 kuar jenjalan aku kalu aku tak kembali cam dulu...ceh...

notakaki : dah prepare beg untuk dibawak ke hospital, sekarang ni memang sangat2 banyak rehat je lah

Thursday, January 24, 2013

tidur pun kena beradab

Views

hasil perkongsian di fb

saje je hupdate pepagi ari ni ngan info yang berilmiah, walaupun dah bangun pagi, bace pasal adab tidur nih, nanti boleh amal malam ni...

notakaki : tak suka kalau tak sempat nak baca doa pape, tau2 je tertidur...ceh...

Wednesday, January 23, 2013

hupdate carta pengomen januari 2013

Views
lagi hupdate berkaitan carta pengomen januari 2013 therosputih...ekekeke...saje menggedik nak hupdate...mungkin ini adalah hupdate terakhir memandangkan dah tinggal bape ari je lagi sebelum januari 2013 berlabuh...

well...sebelum ni, rupa cartanya adalah macam ni...


terunggul dan mengungguli carta adalah kak adyna...

itu yang 9hb januari yang lepas, dan ini pulak, baru je aku print screen tadi tengah ari...


wah wah wah...kak adyna kita masih lagi mengungguli carta rupanya...time kasih banyak2 akak sebab sudi singgah sini dan berkongsi kata dengan ain...sangat2 lah menghargainya...tak lupa, untuk kawan2 maya yang lain jugak...taktau nak balas macam mana jasa kalian semua...

aku nak bagitau awal2 kot tak sempat nak bgtau kan...takut terberanak dulu

carta nih sampai 31hb je kan, so, ikut perancangan asal, 1hb2 tu sepatutnya dah tahu dah sape pemenangnya, dan aku dah boleh get ready untuk pos atau bagi hadiahnya...dan memandangkan aku dalam tempoh kalut2 ngan nak beranak, mula proses pantang bagai...maka, besar kemungkinan akan berlaku kelewatan dalam prosesnya...insyaallah, aku akan cuba aturkan sebaik mungkin agar tidaklah terlalu menyusahkan sesiapa...errr...paham tak ayat aku nih sebenarnya? tetibe aku plak yang pening pale nak susun ayat kat sini...

notakaki : doakan aku dipermudahkan segalanya...

aku, doktor dan tarikh keramat itu

Views
tajuk entry memang takleh blah, nak jugak ala2 suspen mak kiah...

okay, isnin lepas, 21hb januari, seperti yang telah dijanjikan, aku ada appointment dengan doktor pakar OnG, perjumpaan kali nih memang sangat mendebarkan...sebab...akan menentukan satu lagi bab baru dalam hidup aku...

pagi2 lagi aku takleh tido, bukan sebab cuak nak jumpa doktor, tp sebab sakit perut dan tak selesa belakang...macam2 gaya tido yang sesuai dengan aku dah aku try, tp tak bape nak menjadi...pagi tu jugak, janji...mak aku yang akan hantar aku pegi hospital, tp, alih2...kul 9 lebih tuh, ayah aku plak tepon cakap nak pegi jugak...suh tunggu dia...maka, pergilah kami 3 beranak setengah baby pun termasuk kira sekali hokey ke hospital...tp yang jumpa doktornya hanya aku ngan mak aku je..ayah aku hilang...hehehe...

seperti biasa, dan prosedur yang sama...check air kencing bagai, timbang berat...hmmm...air kencing, positif la plak, meanings...ada gula...ke sebab sebelum tu aku dah bantai nasi sepinggan, susu segelas? cuba untuk sedapkan hati...berat naik setengah kilo je berbanding dengan 2 minggu lepas...

jumpa doktor, bincang apa2 yang patut...dan part paling best, upacara skodeng baby...doktor cakap, baby dah berada pada kedudukan untuk keluar, dah kat pintu katanya...baby ready untuk keluar pada bila2 masa, jadik, kena sangat2 berjaga2...katanya, nak operate 27hb...errkkk...aku terkedu...cepatnya...bincang punya bincang, sepakat untuk amek tarikh 31hb januari...30hb admit wad, dan 31hb get ready untuk operate...

doktor dah siap bagi no phone dia lagi, sebab dia takut aku bersalin lebih awal dari tarikh jangka operate...gusar plak...mana taknya, sebab kata doktor, baby dah sangat2 ready untuk keluar dan lihat dunia dah...aku cuba jugak nak bertahan sehingga tarikh 31hb...ingatkan nak amek tarikh 02hb februari, tapi tak sempat dah dek non...agagaga...

jadik, menghitung hari sajalah...jom sama2 hitung hari dengan aku...

notakaki : the counting starts today...

7days left

perkembangan bayi dalam kandungan 37 minggu

Views
Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

dipetik dari sini

** aku banyak tanya bab2 bersalin cezer nih ngan akak aku sebab ari tu, masa bersalin anak kedua, dia cezer...dan aku ada pengalaman ngeri je bila mana tengok kakak sendiri mengalami proses itu, dan aku plak pasni...phewww....

minggu ni aku dah masuk 37 minggu lebih dah, dah nak masuk 38 weeks dah pun...

actually, last monday, aku ada jumpa doktor dah pun, dan...dah dapat tarikh untuk operate nya...yang tu nantilah aku cite eh..

tetibe lapar, ekekeke...nak pi makan...

notakaki : bila dah hujung2 macam ni, mulalah terasa sangat susah nak bergerak sana sini...owh...dugaan itu indah...

masih belum tiba masanya

Views
phewww...lamanya rasa tak online dan hupdate...ari tu ada online, tapi sempat balas komen kawan2 saja...

ari ni, nak hupdate jugak, tak kira tak kira...nak hupdate jugak...

beberapa ari nih, aku bussy siapkan order kawan aku...dah hujung2 macam ni pun sempat lagi kau kan mak buyong mengait...hehehe...nak buat macam mana, kawan punya pasal, nak tolak pun tak bape nak sampai hati...bising mak aku dibuatnya sebab bila dia jenguk aku dalam bilik, aku duk mengait walaupun dengan hanya berbaring...

lama tak hupdate, ada jugak kawan yang sms aku, tanya khabar kot2 bersalin dah katanya...hehe...oit kau jah...maseh sebab follow blog aku, dan bila tak hupdate 2,3 ari, terus tanya khabar...alhamdulillah, buat masa nih, biarlah baby duk dalam perot aku dulu...peram lama2 sket...

terima kasih jugak pada kawan2 maya yang tak jemu2 singgah sini...shukran2...

lately, sakit belakang aku makin teruk, nak tido malam, nak duduk, nak buat apa2 saje pun dah jadik suatu cabaran rasanya...ikutkan doktor, nak je dia suh aku beranak awal2 kan, taknak bagi pressure pada tulang belakang, tapi aku pilih untuk bertahan dulu untuk sementara waktu nih...

notakaki : walaupun sakit2, tapi ada hati lagi nak pi soping...hehehehe

Friday, January 18, 2013

ucaplah LA ILA HA ILLALLAH

Views
Kenapa kedua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan?

Kenapa??

Jawapannya: 
Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya...
~Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah..

hasil perkongsian rakan2 dari fb

notakaki : selamat hari jumaat semua

Thursday, January 17, 2013

buah binjai untuk mama

Views
di suatu tengah hari yang redup2 manja, abah balik dari kerja seperti biasa...balik untuk mandi dan makan tengah hari...di kedua2 tanganya membimbit sesuatu...

tangan kiri membawa ikan haruan dan ikan sepat yang telah siap disiang dan dibubuh garam kunyi, di tangan kanannya penuh bunga di hati penuh cinta membawa seplastik buah

credit to here for this picture

si anak lantas bertanya

anak : apa tu?
abah : takkan tak kenal kot
anak : (geleng2 kepala, cuba mendapatkan kepastian dari bapanya, tetapi bapanya hanya tersenyum diam membisu)

si anak mengangkat plastik buah itu lalu mencium baunya

anak : hiyark...owh no...buah binjai
abah : (tersenyum)

dalam hati si anak...

walaupun dalam rumah ini semua orang tidak suka akan buah binjai kerana baunya yang tidak menyenangkan, tetapi abah tetap membawanya pulang untuk diberikan kepada mama, kerana dia tahu buah itu memang kesukaan si mama...

notakaki : kasih suami pada isterinya

*menurut mak aku, buah binjai ni buah hutan...dan kat tempat aku nih, jarang2 ada buah binjai...tapi masa aku kat sabah, pernah pergi area jambatan tamparuli tuh, bersepah2 kot orang jual buah binjai...

**entry ini tidak bermaksud untuk menghina buah binjai kerana baunya yang lain dari yang lain, sekadar berkongsi suatu cerita

Wednesday, January 16, 2013

owh abang posmen ku

Views
peringatan manja : sila abaikan tahap kegedikan yang ada dalam entry ini jika ada

baca tajuk entry pagi2 nih, mengucap panjang ayah aji ngan mak aji belakang umah, kuikuikui...sabar2...takde niat nak menggediks pun...tapi tetap terserlah tahap kegediksan yang ada...nak buek camno...

pertama sekali, aku nak ucap berbanyak2 terima kasih kepad semua posmen, khususnya posmen yang bekerja di kawasan umah aku ni sebab aku rasa, kerjanya sangatlah bagus...

credit to here for this picture

sape kat sini yang suka bila posmen datang rumah? mesti hampir semua baca soklan tu sambil hangguk2 pale kan tanda setuju....weih...sape tak suka bila dapat surat....lagi2 lah bertambah2 sukanya bila dapat surat cinta ka, surat dari kawan ka, dan yang seangkatan dengannya...kecuali yang dapat surat saman...cet...

credit to here for this picture

aku ni sebenarnya tengah bosan menunggu abg posmen kawasan aku nih datang umah...dah bape ari tak datang...takde surat untuk di hantar ke alamat ni kah? hukhukhuk...

aku suka dapat surat...tambah2 plak tengah tunggu parcel hasil rembatan melayang fulus online soping...wakaka...walaupun internet cukup2 makan je, sempat lagi tu soping...kuikuikui

notakaki : tunggu kelibat abg posmen macam tunggu pakwe datang je...menghitung...menunggu dan terus menunggu

terima kasih pos malaysia dan abg2 posmen sekalian

wordless wednesday : uji minda

Views
berapa jumlah wajah yang anda boleh kenalpasti?

gambar dapat hasil perkongsian kawan2 di fb

notakaki : aku dapat 11 wajah

Tuesday, January 15, 2013

Happy Blogging Giveaway !!!

Views

berminat nak join, boleh klik sini atau klik pada banner

jemputla join jugak


giliran cik azlyzah plak dapat hadiah

Views
ari tu, dah cite pasal ayut dapat hadiah cookie monster, dan kali nih...sorang lagi winner untuk SPECIAL GIVEAWAY by therosputih baru2 nih...

kali nih, untuk kategori pengomen terbanyak, pemenangnya seperti yang telah diumumkan, adalah cik azlyzah...dan baru saje dia hupdate new entry ari nih...besar2 nama therosputih di situ, ekekeke...*malu2

gambar2 nih sume cilok dari blog dia, ekekeke

tonggeng2 si elmo

baru aku perasan, kenapa mata dia pandang ke atas ek?

adik ipar cik dengan elmo

okay...habis sudah bayar hutang pada pemenang2 yang terlibat...satu lagi kategori, yakni kategori cabutan bertuah, takde plak aku nak review sebab tak dapat apa2 feedback dari mereka...yang penting, hadiahnya dah pun dipos lama dulu lagi...

notakaki : tengah fikir2 lagi nih nak bagi apa pada pemenang pengomen tegar therosputih bagi bulan janurai 2013 nih...

isu kalimah ALLAH

Views
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

sekarang ini, heboh diperkatakan di dada akhbar, di dalam tv, pasal isu agama kristian nak guna nama ALLAH sebagai kata ganti nama tuhan dorang...aku ada terbaca macam2 versi, dan terjumpa satu entry di satu blog yang memang aku selalu jugakla usha....aku share kat sini untuk perkongsian bersama...

entry asal boleh klik di sini

Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang aku lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM

Aku pulak cakap ikut apa yang aku belajar...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN",kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam tu,kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian,sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akan murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut,tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH,maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik,mereka yang sokong kristian,mungkin akan dapat sokongan orang kristian pulak)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan,senang lenang,duduk depan laptop dan carik agama dari internet,kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....

Note: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila aku keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah aku ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan ini.Bukak mata terima dengan hati yang terbuka..

* ni pandangan seorang member..bukan aku weh..aku terima pandangan beliau dengan hati terbukak jugak..salute

notakaki : politik itu biarlah ada sempadan, jangan dicampuradukkan dengan agama masing2...

bau tanah lumpur yang menyegarkan

Views
kelebihan duduk kampung yang memang takkan ada kat tempat lain, adalah...kesegaran dan keindahan alam...

dan sekarang, kalau kat kampung aku nih, musim hujan baru je lepas bape minggu ni kan...rasa2nya, dah mula dah bajak2 tanah sawah, get ready untuk tanam padi lagi...bila start bajak2 tanah ni kan, kalau sape yang pernah berpengalaman...tanah lumpur atau selut tu akan ada satu bau tau, dan, aku sangat suka bau tanah selut itu...rasa best sangat, segar je...pastu mula la berangan, hidup zaman 50an dulu, zaman atuk nenek yang kerjanya petani...dunia hitam putih sebab masa tu tv sume hitam putih lagi kan...*kalau bab berangan memang daya berangan aku sangat hebat

kalau dulu2, mesti bajak pakai kerbau macam ni kan...even sekarang pun ada lagi yang bajak pakai kerbau cenggini, cuma dah tak banyak dahla...

credit to google for this picture
sebab sekarang ni, orang dah moden, jadik, bajaknya pun dah pakai menatang jentera ni dah...cepat dan mudah...

credit to google also for this picture

dan, bila dah musim membajak nih, banyakla siput sedut yang dapat dikutip...sebab tu lah aku dapat makan siput sedut 2,3 ari lepas...ekekeke...entrynya ada kat sini ha...

dulu, ada satu kali, aku ikut ayah aku masuk satu kampung, memang masuk kampung habisla...jalan dia, dari jalan kecil yang ditar, sampailah ke jalan tanah gitu je...lalu plak sebelah sawah...dan2 time tu orang tgh sebok membajak...aku pun, apa lagi...cepat2 bukak tingkap kete luas2...pastu hulurkan kepala, hidu bau tanah yang sungguh segar...mak aku cakap, itu bukan bau segar, tapi bau tanah lembab yang airnya dah bertakung, pendek kata, ia adalah suatu bau yang tidak menyenangkan...hehehe...lain orang lain citarasa gamaknya...

sorang cakap bau segar, sorang cakap bau busuk...

notakaki : teringat zaman kanak2 dulu, pernah tanam padi pakai tangan, habis berlumpur...start dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...main lumpur sebenarnya tuh....hahahaha

Monday, January 14, 2013

GiveAway 2013

Views

sejak dua tiga menjak menggunakan barangan vaseline nih, terkebetulan ada blogger, aka kak yatie nih ngah anjur GA sempena tahun 2013...apa lagi, join lah jugak sebagai tanda sokongan kepada dia...

aku nak tag kak ros dengan kak lia, jemputla2 join...

notakaki : berangan nak sapu losyen kat badan time berpantang nanti, hahaha...angan2 memang takleh blah sungguh...

perkembangan bayi dalam kandungan 36 minggu

Views
Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

dipetik dari sini

*** aku dah tak bape nak boleh bergerak aktif sangat, cepat bebenor semput dan mengah...even, gerak2 pusing2 atas katil pun aku dah mengah bagai...apada...macam mana la buat kerja rumah lagi kan...tapi aku tetapkan la gagahkan diri setakat yang termampu untuk uruskan diri pape yang patut, taknak bergantung sangat pada family...

minggu ni aku tak appointment pape...minggu depan baru ada, jumpa doktor lagi, dan pasti akan ada upacara skodeng baby...setakat ni, doktor tak berani lagi nak cakap jantina baby, tp hint2 tu macam dah ada...aku t akmo lah cakap kat sini, tunggu baby nya dah keluar dulu lah...hihihi

selera makan masih belum pulih sepenuhnya...penat dah paksa diri untuk makan, dalam pale, i have to eat, at least for the baby pastu paksa makan jugakla...kalau nasik tuh, perghhh...pahit kelatnya lah hai nak makan, kalau buah, benda2 lain selain nasi, laju la sket aku nak makannya...

notakaki : diri dah semakin kembang dan pergerakan pun dah semakin terbatas...gini ke rasanya bila diri dah terlalu maju ke depan nih...

Sunday, January 13, 2013

gulai siput sedut

Views
credit to here for this picture

gambar sendiri takdak, maka, alcilokun dari blog lain...terima kasih google kerana menghubungkan kami...errr...

actually, dia punya nafsu nak makan siput sedut ni dari bulan 9 tahun lepas lagik...masa tu ayah aku la, pi cerita yang dia baru pas makan siput sedut sebelum aku balik umah...pastu, bila aku cakap...wah, nak jugak siput sedut...alih2...tak sempat dah nak makan time tu...punyala postponed sampai aku sendiri pun taktau bila la aku dapat makan siput sedut ni lagi gamaknya...

sekalik...pagi semalam...ayah aku bawak balik 1 plastik...dia beli, hoho...heaven seyh...apa lagi, request gulai siput sedut terus la dari mak aku...aku cakap kat mak aku, nak belajar buat...last2...kuikuikui...masa mak aku ngah masak tu aku tak de kat dapur...tau2 je dah masak...okay...makan je lah pandai ginik...

malamnya...sesi sedut menyedut beramai2...

notakaki : penuh satu besin kecik ngan kulit siput...agagaga...boleh buat fosil...

mata, telinga dan mulut

Views
selamat menikmati pagi ahad yang indah ini ye kawan2...

perkongsian dari fb

notakaki : jaga lah semua yang perlu dijaga, sebab takdak orang lain dah nak tulung jaga, kita sendirilah yang kena jaga

*sunyi duk sorang2, nasib ada baby buat teman mamanya yang kejap sasau kejap lenguh2 pinggang nih

Saturday, January 12, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri ...

Views
mula-mula sekali, tepek gambar dulu...tak meriah kalau join segmen ka apa2 ka, tak letak gambar...ekekeke


tengok segmen nih kat blog fatin, blogger dari kelantan...

well...dengan bangganya, nak share kat sini bahawasanya aku adalah Blogger Dari Negeri Kelantan Darul Naim sengaja higlight pakai kaler merah, sebab bila sebut kelantan, mesti ingat red warriors, bila ingat red warriors, mesti ingat merah...

kalau sape2 yang selalu ikuti perkembangan aku, aku nih banyak konflik bahasa sket...aku nak buat pengakuan....

aku suka belajar tentang bahasa terutama sekali bahasa dialek...bagi aku, nak mendekati sesuatu masyarakat, dekati melalui bahasanya dulu...then, baru mula proses yang lain...tapi aku tak nafi la, mula2 memang tough sket...macam ayam ngan itik bercakap la...tapi itu sume kan learning progress...

so, nasihat aku...tuntutlah ilmu di mana2 sahaja...jangan tuntut ilmu sesat sudah...

notakaki : sapo2 anok kelate, bulihla kito pakat2 wat gathering...boleh gediks2...wakakakaka

selamat berkenalan kepada semua blogger...negeri apa sekalipun, kita adalah satu bangsa kan...

cendawan? not for me please...

Views
sejak mengandung nih, aku ada satu benda yang dulunya aku suka sangat makan, tapi tidak lagi sekarang...bukan sebab demanding or what, i just feel like...i don't like that mushroom anymore...

credit to here for this picture

straw mushroom ni aku hanya makan bila order noodle in tom yum soup tak lain tak bukan dari secreto recipeto la...

credit to here for this picture
teringat kat satu entry lama2 dolu, betapa sukenya aku makan mushroom nih...sekarang ni, hanya tinggal sejarah sajalah...

tengok mushroom pun dah tak bape nak selera...kalau makan jugak, kompem pastu muntah...

notakaki : hope lepas bersalin, everything goes back to my normal life...

kakiku yang makin mengembang

Views
petang semalam, sambil manja2 lepak2 ngan mak aku atas tangga umah, sambil ngadap pokok bunga yang takde bunga, ada daun je...heran aku, nape tak dipanggil pokok daun je...terpandangla sama kedua belah kaki aku yang comel tulus mulus tuh...*muntah ijau

mak : eh eh...dah kembang dah kakinya
aku : mana2? sambil telek kaki aku

cuba la untuk angkat sket kaki kasik nampak clear keseluruhan kakinya...dan dan kau nyah...sentap mak nengoknya...

aku : uwaaa...kaki dah gemok...macam kaki gajah dah..
mak : hahaha

nah, hamek kau kaki gajah

psss...gambar tu aku cilok dari sini

notakaki : mak mertua aku cakap, orang mengandung...pakai apa pun tak lawa dah...hukhukhuk

*tengah bersedih di atas kekembangan kaki yang meruntun kalbu

Friday, January 11, 2013

lembu pun tahu beratur

Views
lembu beratur ke pusat pemerahan susu lembu

pernah tak korang alami situasi di mana orang berebut nak beli or nak naik sesuatu, ataupun nak amek makanan ke hape ke...adoiyainya pun...seriously, aku paling tak suke bila rebut-rebut nih...aku rela undur diri...

punyalah tak suka berebut punya pasal kan, aku teringat masa aku kecik2 dulu...tak silap aku, masa tu umur aku 5 tahun...

pergi hari keluarga anjuran tempat kerja ayah aku, biasa la kan, mesti ada aktiviti untuk kanak2, upacara yang tak lain tak bukan, upacara berebut gula-gula, punyala beriya ayah aku suh aku masuk, beratur bagai nih...tapi masa tengah rebut2 gula2 tuh, aku dengan selambanya larik duk tepi, tengok je dak2 lain berebut...dalam hati sempat lagi, gula2 pun nak berebut gitu, lantak koranglah, aku taknak terlibat...

terlopong mulut ayah aku tengok aku berdiri kat tepi, dia siap tanya lagi aku nape tak join kan, aku dengan selamba lagi sekali cakap aku tak nak...

sebenarnya, bukan aku tak makan pun gula2 tu...hey...budak2...sape yang tak suka sweets kan...aku pun suka sebenarnya, cuma aku tak suka perlakuan yang berebut2 gitu...sungguh bukan cara aku...

notakaki : paling tak suka bila ada yang potong line ketika tengah beratur panjang tuh

entry ni ditujukan juga kepada pemandu yang suka potong line guna line kecemasan tuh

terjumpa gambar lama

Views
tadi, godak2 album lama dalam laptop nih, biasakla, sekarang ni, penuh folder gambar dalam versi JPEG la, PNG la, JPG la, yang bestnya...amek dan save je sume gambar, cuci nya tak pun...kalau dolu2, apa yang disnap itulah apa yang akan dicuci...jadik, sangatlah berkira nak amek gambar tu kan...

alkisah...aku terjumpa satu gambar gedix nak mampos, actually ni gambar lama, lama pun takdelah lama mana...

see...betapa gedixnya pompuan itu di situ

ini adalah gambar minggu pertama aku mula2 posting di sarawak dulu...dengan botol airnya di situ...ngeh3...dan...name tag nya itu, jangan dilupa...ngeh3

sepah tak sepah keadaan bilik guru itu, toksah cakapla...aku dengar cite, bilik guru tu dah direnovate, wah...dah selamat berwajah baru dah upenya...

notakaki : mengimbau kenangan lama, indah2...

Thursday, January 10, 2013

kepada siapa yang tidak pernah ke sabah

Views
entry ni sengaja nak cerita tentang sabah dari persepsi aku yang berasal dari semenanjung, tetapi bekerja di sabah...

sebelum tu, nak le mention awal2 kat sini yang aku belum habis lagi pusing sabah, dan baru je bape bulan duk sabah, jadik, kalau maklumat yang aku nyatakan kat sini tak bape nak betul, tolong maafkan aku dan perbetulkanlah aku dengan cara yang berhemah ye

aku biasa terlibat dengan situasi yang macam ni

situasi
dia : kerja kat mana sekarang?
aku : kat lahad datu, sabah
dia : kenapa tak dapatkan treatment kat sana je?
aku : kat mana?
dia : lahad datu lah
aku : kekurangan facilities, apa2 hal kena rujuk ke kk, kota kinabalu
dia : habis, tu...kenapa tak pegi je kota kinabalu tu?
aku : jauh kot
dia : jauh sangat ke? (dengan nada sinis)
aku : hampir2 600km...macam kelantan pergi johor, patah balik gi kl
dia : ooo...jauhnya...
aku : dia punya jauh tu, sama macam saya terbang balik semenanjung dan dapatkan treatment di sini
dia : (diam, tak terkata apa2)

okay...aku nak share 1 situasi yang memang agak kerap la jugak aku terima...dan bila dah masuk 4,5 kali kena macam ni, tambah2 bila ada nada2 sinis di dalam perbualannya, aku jadik naik fed up jugaklah...tapi belum pernah lagi walau sekali aku mengamuk marah2 kat orang tu sebab aku tahu, dia mesti tak tahu keadaan kat sana macam mana...so...moral of the story : never judge the book by its cover

kepada sesiapa yang tak pernah menjejakkan kaki ke sabah, even pergi mana2 tempat dalam sabah sekali pun, ini untuk anda...

1. tambah pengetahuan berkaitan sabah, terutama sekali keadaan muka buminya ke, peta ke, masyarakat peribumi sabah ke, atau apa sahaja berkaitan sabah...sekarang ni banyak kemudahan ada...dekat internet ada...dalam tv pun ada banyak rancangan khas berkaitan sabah...

2. buka minda sket, dan cubalah untuk berkawan dengan orang sabah yang kita rasa orang tu okay, baik, dan boleh masuk dengan kita lah...sebab orang sabah ni sama la jugak dengan orang semenanjung, ada yang baik, dan ada jugak yang tak bape nak baik...standardlah tuh sume tu kan, even kat tempat kerja kita pun ada jenis yang baik, dan ada jugak jenis yang tikam belakang gitu kan...thats is nature...okay...berbalik pada berkawan dengan orang sabah, meanings...pelbagaikan jenis kawan, so that, kita boleh tambah pengetahuan hasil penceritaan kawan2 kita ni...mana tahu suatu ari nanti, nak pegi sabah, ada kawan, bolehla kawan kita ni bawak kita jenjalan...so, janganlah nanti bila dengar je ada orang sabah dalam komuniti kita, kita jauhkan diri plak...kenal2lah dulu macam mana...betol tak?

3. kalau dah takde cara lain lagi dah nak kenal sabah, dan memang kita tak berminat nak kenal sabah sekalipun, cara yang paling mujarab adalah, jangan bercakap buruk tentang sesuatu yang kita sendiri tidak pernah tahu...ini adalah petua paling penting dalam hidup sesiapa pun...tak payah kaitkan dengan sabah, kaitkan saja dengan hidup kita...apa jua yang kita lakukan, mulut kena jaga, percakapan kena bijak...kalau tak kerana mulut, takkan ada pepatah mengatakan kerana mulut badan binasa...jadik, kalau tak tahu atau tak pasti tentang sesuatu perkara tu, bertanyalah, takpun berdiam diri adalah lebih baik...

sama2lah kita amalkan 3 perkara di atas, semoga memberi manfaat kepada kita semua...

notakaki : jaga mulut, jaga mata, jaga tingkahlaku....

seharian lagi di hospital

Views
okeh, marathon hokey...tiga hari berturut2 aku berkampung di hospital...ate...dah nak pindah masuk hospital dah ke cik kak...?

ari pertama boleh baca entry kat sini....

semalam, yakni ari ketiga, mood lebih stabil compared ngan semalam punya mood...

pagi2 lagi sebelum gerak gi hospital, aku dah bantai nasik sebungkus, sama susu segelas...dan disebabkan malam sebelumnya tuh aku tido awal, jadik paginya tuh agak bertenaga sket pagi nih...ecewah...

sampai2 je depan kaunter, tunggu jap sampaila kaunter dibuka untuk pendaftaran, dah dapat nombor...sesi tunggu dan menunggu bermula...

*
*
*
tunggu lagi
*
*
*
tunggu
*
*
*
belum habis menunggu

3005, okeh...nombor aku dah kena panggil...gerak masuk slow2 dan duduk depan doktor yang bakal treat aku...dia tanya aku whether aku boleh cakap bi tak, adeh...nasibla boleh...aku pun explain la pape yang patut, but then....masa dia pegang fail aku, sekalik bukan nama aku daa...aku cakapla, yang tu bukan fail aku...cepat2 tukar fail, tapi...nak dijadikan cerita...

fail aku missing in action

nurse yang bertugas blek tu cakap tadi ada je fail aku nye, tp tah sape yang terambik...aku syak ada perebutan fail gamaknya...takkan sume nak tengok case aku kot, terasa diri ni begitu berharga...*berangan tak hengat

doktor tu pun suh la aku tunggu kat luar sementara fail aku dapat dicari...sesi menunggu dan menunggu...

*
*
*
tunggu punya tunggu, belum ada fail lagi
*
*
*
fail tak jumpa lagi
*
*
*
fed up jugak nurse yang bertugas tuh

last2, nurse tu amek fail baru dan bagi kat aku, katanya untuk hari ni je, guna fail ni je...habis, record2 aku yang lepas tak dapatla nak dibaca oleh doktor yang bertugas ari tuh...takpelah...nak buat macam mana...

sesi dengan doktor sengaja je aku takmo cite kat sini...

apa yang aku nak higlight kan kat sini adalah, kata nurse tuh, fail aku ada kat klinik gigi sebab aku ada appointment ngan klinik gigi 6hb yang lepas...errr....apakesss....

sejak bila plak aku pegi klinik gigi ntah, aku sendiri pun heran..

notakaki : toyol mana tah kidnap fail aku

hupdate sepintas lalu carta pengomen januari

Views
assalamualaikum dan selamat pagi semua...

pagi ni, saje je nak hupdate sepintas lalu berkaitan carta pengomen januari 2013 therosputih

ini adalah carta pada 02-01-13 masa aku mula2 announce berkaitan pengomen nih

dan ini adalah yang terbaru yang sempat aku snap


ada banyak perubahan dan turun naik carta

ini baru betul2 carta nih

notakaki : terima kasih pada yang sudi singgah sini dan tinggalkan jejak, koranglah kawan maya aku sebenarnya

Wednesday, January 9, 2013

5 teknik mendorong pelajar yang tidak mahir membaca

Views
hasil perkongsian rakan2 di fb

aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama khasnya kepada para guru di luar sana...ibu bapa pun boleh turut sama aplikasi semua ini...

dulu, masa aku kat sarawak, aku mengajar kelas peralihan yang majoritinya pelajar cina, mula2 memang terasa la sedikit kelatnya, alhamdulillah, setelah beberapa minggu, dapat menyesuaikan diri dan masih lagi dalam proses memahami mereka sebenarnya...

bagi aku, pelajar yang mempunyai kelemahan dalam belajar ni mempunyai suatu keistimewaan yang perlu kita tangani dengan bijak, paling penting...jangan anggap mereka B*D*H sebab bila kita anggap mereka begitu, kita sebenarnya yang memB*D*Hkan diri kita sendiri...

notakaki : mengaku kadang2 terasa tercabar juga bila tak dapat nak mengajar dan mambuatkan pelajar itu faham akan apa yang nak ajar, tapi nak buat macam mana...ada caranya tu...

saya sangat sayang sama ayah saya

Views
Source Extracted from FB
Awal2 ngaku... ini adalah entry COPY PASTE dari FB yang saya rasa nak kongsikan di Bubblynotes... Kisah benar untuk muhasabah diri sendiri...Mungkin ada juga antara uols yang dah terbaca post ni kan?

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat2 seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat2 laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi x?", "Yang ni, Samsung hari tu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalannya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermm, ok ke ni murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang Acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang Acer ni berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu x dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan...Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak x payah fikir sangat - warranty setahun". Aku mengeluarkan kata2 tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini" jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar. Aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, terima kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan... RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal2 pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping2 duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulan gke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


notakaki : terkedu aku membaca entry dari farah nih, semoga aku tidak tergolong dalam golongan anak2 yang menyebabkan ibu bapanya menjadi sedih

*sobsobsob...terima kasih ayah, terima kasih ibu

Tuesday, January 8, 2013

ayut dah dapat hadiah

Views
wah...glemer kau ayut, dah memang nama kaulah yang aku highlight kat atas tuh...ekekeke...

actually, itu ari aku ada anjurkan satu GA which is SPECIAL GIVEAWAY by therosputih kan, dan dah umukan dah pun pemenangnya...dan ayut adalah pemenang bagi kategori entry paling kretip, tahniah lagi sekali buat ayut...di mana dia berjaya memenangi seekor cookie monster seperti gamabr di bawah...

dah pun pos hadiahnya, dan...terbaru...ayut baru saje upload hadiahnya...

gambar cilok dari blognye

tahniah lagi sekali...

notakaki : seronok bila orang seronok terima kadiah yang kita berikan...

nak mengadu dan nak merungut

Views
seriously, aku ni bukan jenis yang suka mengadu sesuka hati, paling2 busuk pun, setakat mengadu dengan kawan2 baik, satu cara untuk release tensen, pastu baru boleh sambung buat kerja kan...

tapi kali ni, aku tak mampu dah nak cerita, so, nak menulis tentang aduan dan rungutan aku la plak...

aduan
tadi pagi, aku ada cakap yang aku nak jumpa dengan doktor pakar ortho kan, so, pagi tadi, dari kul 4 lagi aku dah takleh tido, bukan sebab excited ke hape, tapi tah...pegi hospital ngan abang aku, sampai je sana, aku terus amek kad hospital aku kat satu kaunter nih, sebab semalam staff kat situ dengan sengaja tak sengaja telah menghilangkan kad aku...nasib tak sempat buat kad baru, sebab tak lama pas tu, aku dah on the way nak balik umah dah pun, dia tepon cakap kad aku ada dengan dia...

cadang nak jumpa doktor ortho kat situ je, tapi dia cakap...doktor masuk jam 2 petang nanti, masa aku sampai tu baru kul 8.10am dan bila aku tanya2 lagi, katanya appointment dah penuh untuk petang ni punya, dia sendiri pun tak berani nak bagi jaminan sama ada aku dapat jumpa doktor ke tak...so, aku decide untuk pergi jumpa ortho kat unit satu lagi...

dengan takde temujanjinya, aku redah aje...walaupun dalam ati, dah tau dah, pasni kompem kalau tak kena campak pergi memana, mesti kena bebel...menapak la pergi...jauh jugakla nak kena jalan...sampai2 je sana, kena beratur panjang....sampai je turn aku, aku cite la yang aku ni takdak temujanji, tp nak jugak jumpa doktor...check2 punya....ari ni bukan doktor saraf yang bertugas, kena datang esok...what...ESOK? okay...faham...

dan nurse tu suh aku gi OnG untuk jumpa doktor...oh tidak...jauh kot untuk aku menapak lagi...dan aku dah tak larat dah nak menapak lagi...aku pun duduk la dekat kerusi, tunggu ayah aku datang amek...kesian sama ayah aku, penat je drive nanti nak kena amek aku...esok nak kena datang hospital lagi...

aduan aku : penat dah weih ulang alik camni, pegi sana pegi sini...walaupun dalam hospital yang sama, tapi aku dah penat...
pesanan untuk diri sendiri : bersabarlah wahai ain, semua ini ada hikmahnya nanti...dugaan semua ini

yang ini aku boleh sabar lagik, balik umah...aku bantai tido tanda memanjakan diri sendiri...wakaka


rungutan
baru pas bukak fb, dan ada sorang hamba allah ni inbox aku, lebih kurang cengginih lah ayat dia
"hai akak, saya ada pos barang pada akak, nanti nak mintak tolong akak poskan pada alamat tu macam hari tu jugak, seperti biasa, nanti saya bagi duitnya"

okay...takdak apa2 masalah pun kan dalam ayat dia tu...yer...memang takde masalah, kecuali dia pos ke alamat sekolah lama aku yakni sarawak...

dan aku pun balas kat dia, lebih kurang cenggini jugakla ayat aku

"hai dik, lain kali kalau nak buat apa2, tanya dulu...akak dah berpindah sekolah"

alkisah, ari tu aku ada terima satu parcel, tgk kat luar, memang nama aku lah kan, tp isi dalam, bukan untuk aku...siap ada surat chenta lagik, aku bukannya nak baca sangat pun, tp sebab masa tu, aku takdak terima apa2 pesanan daripada memana sumber, aku baca la jugak sbb nak siasat punya pasal...2,3 ari pastu baru aku tahu, aku nih dijadikan orang tengah antara 2 orang yang sedang masyuk berchenta....apakesss...kalau ye pun nak anta hadiah pada couple masing2, nape la tak hantar direct je, nape mesti nak menggunakan aku insan yang naif ini...tak paham aku...aku ingatkan itu lah last aku dapat pengalaman macam tu...

sekalik, adeh...ari ni dapat satu lagi pesanan yang macam tu...sori lah dek non, kali ni, memang kau silap besar lah kan...akak dah pindah sekolah, dan sape yang nak handle pacel yang kau hantar tuh? sorilah banyak2...

notakaki : kalau nak bercinta sekali pun, pleaseeee and please...think wise, act wiser hokey...

tarikhnya masih samar

Views
alhamdulillah, semalam...selamat berjumpa dengan doktor pakar sakit puan OnG dan selamat jugak melayang duitnya untuk berbincang dengan keputusan tentang kaedah bersalin nanti...dah sedia maklum yang aku bakal melalui proses melahirkan anak secara pembedahan, cuma tak tau lagi bila dan doktor mana yang akan bertanggungjawab atas keseluruhan prosesnya itu....

sebelum tuh, bincang2 dengan my mother, tentang kat mana nak lahirkan baby nanti...dah decide dah nak beranak kat husm, cuma boleh pilih...nak under husm terus atau ada satu lagi pilihan, bawah husm jugak, cuma yang ini fully swasta punya...meanings...$$$$$ la sket...

bincang punya bincang...okay...decided...nak beranak kat unisains, bawah husm....kalau ikutkan aku, memang takkan pilih unisains la, tp sebab fikir, kalau beranak kat situ, keselesaan pada orang yang nak menunggu sepanjang aku dalam wad yakni mak aku sendiri, sebab dapat bilik sendiri, ada bilik air sendiri, tak payah share2...keselesaan dari segi rawata, doktor, dan penjagaan lain aku tak bape pasti la plak, aku tahu ni pun sebab mak aku yang citer...dan dia jugakla yang decide untuk aku beranak kat situ...dia sendiri yang pilihkan doktor untuk aku...cayalah mak aku...sayang ma lebih2...

semalam, jumpa dengan doktor pakar OnG, yakni doktor yang bakal bertanggungjawab sepenuhnya ketika operation aku nanti, bincang2 dengan dia, katanya...tak dapat nak decide lagi bila tarikh untuk operate, dan disebabkan aku ada dua tarikh due, tu lah, sape suh tak hengat tarikh last period dulu jadik, doktor suh datang lagi jumpa dia after 2 weeks, kali nih untuk bincang tarikh operate...

dan semalam jugak...masa timbang berat, seems like berat aku remains the same with the last 3 weeks ago punya berat je..adeh...kan aku dah cakap, aku tak bape nak selera makan, see...memang tak naik la berat aku...sekarang nih, misi nak menaikkan berat badan...

notakaki : aku tak rasa nak makan pun sekarang nih, kenapa tah...adakah sebab aku runsing memikirkan sesuatu sampai tak selera jadiknya atau memang aku errr...entah...taktau nak sambung ayatnya lagi dah...

teringin nak makan tembikai yang isinya warna merah

beriya ayah aku beli ikan patin sebab dia ingat aku mengidam nak makan ikan patin, punyalah usaha nak bagi aku berselera makan nasik, tapi nampak gayanya, tak menjadik..hehehe..aku tak makan pun ikan tuh...

notakaki : ari ni jumpa doktor lagi, kali ni doktor ortho plak

Monday, January 7, 2013

laman web ptptn is under maintainance

Views
terbantut selera niat aku nak check bape tinggal jumlah pinjaman ptptn aku, sebab bila mana aku klik nak semak...benda alah ni plak yang kuar...


hadoila...saje je kan...takpelah...hold lah dulu niat tuh, tunggu dan lihat sajalah bila dapat bukak page nih...

kepada mereka yang nak semak baki pinjaman ptptn masing2, boleh klik di sini

notakaki : alangkah sorganya rasa kalau pasni bila semak2 je jumlah akhir pinjaman dah tinggal RM0.00....hihihi...under maintainance punya pasal...wakakaka

*berangan dan terus berangan

sama tapi tak serupa

Views
gambar ni copy dari fb kawan

setuju dengan kenyataan di atas sebenarnya...itulah, selalu sangat tertipu terutama sekali time soping2...jadik, jalan selamat....tak payah soping beli barang yang perlu sahaja...yang tak bape nak perlu, tunggu orang belanja...ecewah...

masalahnya, ada ke orang nak belanja...huuuuuu..

notakaki : best soping dengan geng2 yang sama tahap nenongnya dengan kita, hehehe

ragam bapak muda

Views
aku copy gambar ni dari fb kawan

hihi...bertuah punya bapak gini kan, anaknya dibiarkan gitu je, bapaknya sedang tido dalam tu...sanggup mengerengkot2 kakinya demi memuatkan diri sendiri yang besar gedabak dalam kelambu anak dia...sanggup2...iskh3...

kalaulah encek leo buat macam ni, kompem aku amek alu lesung tu aku tenyeh2 kat muka dia, buat sambal...

notakaki baru dapat tahu sorang lagi coursemate aku masa kat u dulu selamat melahirkan baby girl, alhamdulillah...both of them selamat...

Sunday, January 6, 2013

petua atasi sakit leher akibat salah bantal

Views
adeh...ari ni kongsi satu lagi petua, tadi pagi dah kongsi petua pakai tudung bawal dengan mudah dan cepat, yang penting cantik...hehehe

mesti ada antara kita yang pernah mengalami masalah seperti ini...

sakit leher akibat tersalah bantal atau lebih tepat lagi salah landing time tidur...dah nama pun tidur, main taram je kepalanya, tau2 bangun pagi esok tuh...adoi la...nak pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, nak toleh orang kat belakang, dengan badan2 sekali menolehnya...

kredit to google for this picture

petua ni, aku dapat tahu hasil pembacaan jugak, bukanlah disampaikan oleh sesiapa pun...

cara atau petua mengatasinya adalah dengan cara

amek sebiji bantal saiz sedang2, pastu hempuk ke tempat leher yang sakit tu dengan kuasa hempukan pun sedang2 jugak, insyaallah, dengan izin allah, akan hilang sakit tu

teringat kisah benar aku ngan mak aku, masa tu aku tengah sakit leher, nak tunduk pun tak dapat, citela ngan mak aku pasal petua nih sebab, mak aku sendiri pun tak tahu pasal petua ni... dan...panggggggg!!! berpinar anak mata aku, mana taknya, habis je aku cite pasal petua ni, mak aku pegi bantai leher aku dengan bantal...terkejot berok aku, bila aku tanya kenapa dia buat macam tu, dengan selamba, dia cakap, dah kata petua suh buat lagu tu...adehla...memang la petua cakap gitu, tapi dia takdelah plak cakap pukul sekuat ati kan...pastu mak aku gelak2...nasibla ada soket mata buat pegang anak mata, kalau tak, kompem memang tergolek2 anak mata aku dibuatnya...tapi serius aku cakap woo...pastu terus ilang sakit leher aku tuh...taktau la plak sama ada sebab kena pukul ngan bantal tu ke atau memang sebab dah nak okay sakitnya...

moral of the story, sebelum share dengan sesiapa pasal petua nih, stresskan pada dia kuasa pukulan bantal itu janganlah sampai bikin tercabut anak matanya, kalau tak, kang ada orang lain yang sakit leher lepas tu kena tempeleng...

notakaki : kadang2 aku rasa mak aku tu dua kali lima je dengan aku tahap kesengalan dia tuh

tips memakai tudung bawal

Views
sekarang ni macam2 jenis tudung ada kat pasaran, yang mudah, cepat pakai, tak yah iron, yang ada owning, sume ada...jadik, tak ada alasan lagi dah takmo pakai tudung kan...

tapi yang masih setia evergreen sehingga ari ni adalah tudung bawal...memang aku tak nafi, walaupun bermacam2 jenis turun naik jenis hiasan tudung bawal nih, basic nye tetap sama...menggunakan tudung bawal yang lembut, dan sedikit jarang...bape kali jugakla aku kena tegur sebab pakai tudung nampak batang lehernya...my bad lah tuh...

kredit to google for this picture

disebabkan sifatnya yang lembut itulah, kadang2 susah jugak nak pakai tudung bawal supaya terletak dengan cantik...tapi ada caranya...pernah dengar kiwi kleen fabric starch?

kredit to here for this picture

dia ada dua jenis, satu yang botol biru which is natural, satu lagi yang botol kuning which is ada bau lemon2 sket...mana2 satu pun tak kisah sebenarnya...aku suka pakai yang kuning, sebab ada bau sket kan...

cara pakai starch ni mudah saje...

1. iron tudung yang nak dipakai
2. agak2 area mana yang akan dipakai dan dibentukkan supaya terletak dengan cantik melengkung owning nya itu
3. semburkan dengan smooth pada area yang telah diagak2kan itu
4. iron kembali sehingga kering
5. boleh terus pakai atau kalau nak gantung, pastikan kawasan yang disembur starch itu tidak berkedut

starch ni bertahan sampai terkena air, kalau kena air, hilanglah seri starch itu, ekekeke...so, kalau pakai time hujan, memang sadis la jawabnya...aku selalu kena, dah tu, nak buat macam mana...layankan je lah...

pakai starch ni satu je, jangan kasik kedut tempat yang disembur starch tu, sebab once dah berkedut, kena iron balik untuk mengembalikan keanjalan keserian starch itu tadi...

notakaki : memang wajib dah, pakai tudung bawal mesti sembur starch dulu sebab sangat suka tengok tudung senang jadik dan cantik letaknya pada muka, gi keje pun dengan penuh cantik, baru lah yakin diri itu datang, ekekekeke

Saturday, January 5, 2013

hadiah beli sendiri

Views
baru-baru ni masa kat umah sabah baru2 pun takdelah baru mana pun, dari tahun lepas lagi alkisahnya , sambil sambut ulangtahun, dan sambil menggembirakan hati sendiri, aku telah membeli sesuatu yang sungguh bermakna untuk diri sendiri...

sangatlah bermakna...

bukan beli gelang emas...jauh sama sekali beli kereta baru ke hape...tapi beli ni...

tunjuk jenama dulu lah, jenama biasa2 saje

ia adalah sebuah mini freezer yang sungguh comel

gambar sekitar2 dia sengaja dipadamkan, wakakaka

saiz dia, alaaa...setakat pinggang aku je, pun tak sampai kot...ahaks...sangatlah kecil...tapi okaylah duk umah bujang, daripada takdak freezer...

alkisah, freezer yang ada kat umah aku tu buat hal, tempat cool dia takde bape nak cool lagi dah, bikin panas saja....aku syak dia punya wap sejuk tu nak kena pi hantar servis, sebab tengok yang lain2 okay je, cuma tu lah, tak sejuk...nak angkut bawak gi kedai tak mampu, berat dan takde transport...jadik, biarkan saje dia di situ menjadi penghalang pintu dapur...

decide nak beli freezer ni, sebab tak tahan, nak makan tembikai, atau buah2 lain yang bersaiz tak mampu dihabiskan dalam masa sekali hadap, sangat susah...so, decide beli freezer yang regenya takdelah mahal sangat...tak mampu kot nak beli yang mahal2...

walaupun kecik, freezer aku ini sangatlah bermakna untuk aku...hadiah beli sendiri kot namanya...

kecik2 bukan sebarang kecik, banyak berguna
see...sume nak sumbat...kicapla, santan la...hihihi

notakaki : tahun ni punya ulangtahun tak fikir lagi nak beli apa, yang penting boleh guna untuk kepentingan bersama...

*kopak jugakla poket ini belinya, nampak je kecik, tapi mak aih...

jangan letak dompet di poket belakang

Views
mula2 bace entry dari sini, terima kasih atas info yang sangat berguna ini...

masa baca tajuk entry, ingatkan kenapa lah tak boleh letak dompet kat poket belakang, mana la, selain senang dicurik oleh pencuri, rupa2nya ada info kesihatan di situ...

aku kongsikan jugak di sini untuk bacaan kita bersama...

bila letak dompet kat poket belakang, pastu kita duduk...adalah sangat sangat tidak elok untuk tulang belakang kita, sebab bila kita duduk dengan dompet kat belakang, mana ada orang letak dompet kat dua2 belah bontot dia kan, mesti letak kat salah satu bontot je...jadik, ketidakstabilan pada postur tulang belakang berlaku...


kalau duduk macam ni 3,4 jam sehari atau lebih, bayangkan apa akan jadi pada tulang belakang kita selepas beberapa tahun mengamalkan gaya hidup macam ni? tak mustahil kan boleh berlaku sakit tulang belakang yang lebih teruk...

mungkin kesannya bukan berlaku buat ari ni esok terus rasa sakit, ini adalah kesan jangka masa panjang yang mungkin kita boleh elak kalau kita tahu bagaimana...jadi, letak dompet kat poket depan la plak pasni eh...

baca lebih lanjut di sini

notakaki : dalam dompet takdak fulus...sadis...

Friday, January 4, 2013

perkembangan bayi dalam kandungan 32 - 35 minggu

Views
Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

*** takleh blah ah dengan ayat nota hamil kat atas nih, mulakan cuti sekarang? huh...kalau kerja gomen, nak apply cuti hape la gamaknya kan...mana boleh...aku nih, spesel case...

aku dah mula terasa betapa aktifnya baby nih, kadang2 aku rasa malam2 dia tak tido ke hape, gerak sana, gerak sini...paling suke tengok reaksi dia kalau aku geletek2 perot aku kiri kanan, nanti dia akan bagi gerakan kat tempat yang aku sentuh tuh...kelakar lah baby nih...

aku dah mula sambung check up di HUSM, kubang kerian...dan decide untuk beranak di hospital ini, sebab aku perlukan kedua2 doktor pakar untuk treat aku, pakar sakit puan dan pakar tulang belakang...


Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

*** berat badan tidak naik terlalu cepat? ekekeke...aku tengok berat aku, mencanak2 aje naiknya...nasibla tak kena bebel ngan nurse2 kan...aku risau dengan berat baby je sekarang ni, sebab minggu sebelumnya tu, aku check, berat dia tak cecah 2.0kg lagi...adakah anak mama ini nanti lahirnya kecik aje berbanding dengan anak2 buah aku yang lain? huh...risau beb...sebab bila baby kecik sangat nanti, tak pasal2 membesarlah dia dalam inkubator...hopefully baby besar sket ye...


Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

*** emosi aku cepat sangat tersentuh, pantang orang touch sket, mula la nak taching sendiri...pernah sekali aku nangis 3 jam lebih, air mata nya non stop berenti, walhal aku dah rasa fed up dah nangis, tp air matanya, still jatuh...nak buat macam mana...

aku dapat rasa baby kuat sangat sedu nya, dalam sehari tu, adala 2,3 kali dia sedu...mak aku cakap baby dahaga tuh...rasa2nya, aku dah minum banyak air dah...kesian sangat bila rasa baby sedu tu....


Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

*** ini apa yang bakal aku lalui dalam masa 2,3 ari ni, bila mana cecah minggu 35 kan...moga jadik panduan untuk aku dan mereka yang seangkatan serta yang di sekeliling aku, insyaallah...

baca lebih lanjut dari sini

notakaki : mak aku ajak tido sama2 dengan dia, takut jadik apa2 kat aku, senang...dia ada...tapi aku tetap nak tidur dalam bilik sendiri jugak...ngeee

rindu nak tengok laut

Views
kelantan sekarang tengah dilanda hujan lebat, matahari taknak bukak office langsung....tutup kedai manjang...nak jemur baju pun susah, dan baju pun, memang takkan kering la...

dalam2 hujan macam ni pun, aku teringin nak tengok laut yang tenang...sekadar ombak kecil2, nak tengok pasir pantai, nak hirup udara laut...

last sekali kalau tak silap aku, aku pergi tengok pantai masa bulan 9 tahun lepas...best jugakla, time tu cuti, dan pegi plak, pagi2 lagi...time orang tak ramai...sempat la layan blues...

dengan tongkat sakti tongkat ajaib di sisi

masa ni baru 4 bulan pregnant, perot pun tak nampak lagi

walaupun umah aku kat kampung ni, boleh dikatakan dekat jugakla dengan pantai, kalau naik kete tu, adala dalam 10-15min drive, dah sampai...pernah dengar Pantai Irama? ha...itulah tempat aku sekolah....hehehe
*teringat zaman belajar dulu kenangan ponteng dan adegan dirotan

dulu masa aku kat sarawak, aku suka lepak2 kat pantai, dengar ombak...malam2 pun aku selalu jugakla pergi, lepak2 sambil nangis dan tenangkan jiwa...hehehe...pantai dan aku, memang tak boleh nak dipisahkan dah kot...aku rindu pada pantai tempat aku selalu lepak di sarawak tu, sebab aku selalu cakap dan share perasaan aku kat pantai itu...kalaulah pantai itu boleh bercakap mendengar macam manusia, kompem dia nyampah tengok muka aku kan....wakakaka

notakaki : agak2 bila la plak aku dapat tengok pantai nih, lepas pantang kah?

Thursday, January 3, 2013

kanang anak langkau, suatu kehilangan yang besar

Views
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.

KUCHING: Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.

Mendiang berusia 68 tahun.Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.

"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - BERNAMA

sumber dari berita harian
 dekat kosmo pun ada jugak


serius, berita ini sangat mengejutkan aku...takziah buat keluarga mendiang...

sebenarnya, aku taktau pun pasal ni mungkin sebab aku tak tgk berita atau memang salah aku sebab tidak mengambil berat, tau2 pun, bila baca komen sorang insan ni dekat entry yang pernah aku tulis pasal kanang masa dia datang kat sekolah aku time tu aku masih di bintulu, sarawak

klik untuk tumbesaran yang lebih jaya

sentap beb...terasa suatu kehilangan yang besar...

aku mula mengenali kanang masa baca buku teks komsas form 3 dulu la, kalau tak, serius, aku tak kenal pun siapa dia...tapi novel tu buka mata aku dan membuat aku memandang dunia ni dari satu side yang lain dari yang biasa aku lihat...

malaysia telah kehilangan sebutir lagi perwira...

notakaki : kehilangannya suatu kerugian yang besar buat negara