Posts

Showing posts from December, 2009

kenangan

2009? apa yang paling aku ingat 2009? mestilah 140209 ... bukan senang utk aku berada dpn lapatopa hari ni, terpaksa melalui setiap detil 2009...huh..ada y sangat mencabar emosi kerdil ku... tak sangka apa yang aku alami sepanjang 2009, adalah apa yang perlu aku bayar utk semuanya hari ini...begitu mahal harganya... jadi utk semua kenangan aku yang tragis itu, selamat tinggal aku ucapkan, moga menjadi panduan buat aku di masa depan... dan kepada kenangan manis yang aku alami, terima kasih kerana menceriakan hidup aku, tak lupa, paling penting di sini, kepada mereka yang telah menceriakan hidup aku, terima kasih tak terhingga, jasa korg tak mungkin dapat aku balas.... terima kasih cinta...

sume sibuk

aku dapat rasakan masing2 sibuk duk pasang niat skrg ni, ngan detik2 tahun 2009 yang masih bersia, da tak sampai 60 minit lagi dah nak masuk new year...sibuk nak renew azam kan...takpe2, ada masa lagi, leh alter2 lagi tuh senarai azam tahun baru... pada masa yang sama, sibuk duk nak bangun awal2 pagi, nak solat sunat sempena gerhana...baguih2...bila lagi kita berpeluang tgk peristiwa gerhana mcm ni kan...jangan lepaskan... notakaki : aku takut aku tgk gerhana dalam mimpi je nih....

usha2

usha2 harga tiket flight...perghh...dah naik dgn mendadak...rugi tak beli awal2...pendek kata, jika anda tahu bila anda akan memulakan perjalanan, apa kata pertimbangkan menggunakan khidmat perjalanan menggunakan kapal terbang... aku bukannya nak promote mana2 syarikat penerbangan, tp sebagai pengguna, tak salah rasanya jika aku berkongsi pendapat...

jika aku gula

Image
senyumanmu manis umpama gula gigimu putih umpama gula dirimu popular umpama gula aku dalam dilema kerana harga aku akan dinaikkan dari harga hari ini jika harga aku dinaikkan tanpa pengetahuan pembeli terlebih dahulu, nanti dorg mogok lak sbb menaikkan harga aku jika harga aku diberitahu bakal dinaikkan aku kena sorok dalam gudang lak apa lah nasib aku...

aku ingat aku je

allah hai... dalam usaha utk mengelakkan aku berkata apa2 terhadap mereka2 yang aku lihat, baik aku diam je, bercakap ttg diri ini sahaja...senang, tak wat dosa, tak wat pahala... aku nyampah ngan tot2 and tak suke ngan tot2 ... huh...puas hati aku...kuikuikui

dialog best

"saya betul2 yakin dengan cinta saya" drama mertua vs menantu

hari ini

permulaan hari yang tidak begitu memberangsangkan...tapi tak mengapalah...ini kecil sahaja berbanding dgn perkara yang lain...

bila aku kesunyian

Image
francesca peters - sekadar di pinggiran tiada guna kau berpatah arah jika niatmu meyambung kasih apalah ertinya di sebalik tangisan atau rintihan untuk apa kau kembali lagi sekadar hanya untuk menyakiti cukuplah sudah di sini saja biar aku pendam duka hati sedih hati pedih mengenangkan keindahan bersamamu tidak ku sampai ke puncak sana apalah daya ku bertahan cuma di pinggiran yang memilukan jauh sekali di sudut hati menyimpan dendam yang amat mendalam akan ku sahut namamu oh sayang sewaktu ku kesunyian hati sedih hati pedih mengenangkan keindahan bersamamu tidak ku sampai ke puncak sana apalah daya ku bertahan cuma di pinggiran yang memilukan jauh sekali di sudut hati menyimpan dendam yang amat mendalam akan ku sahut namamu oh sayang sewaktu ku kesunyian kisah yang menyakitkan hati tidakkan bisa lenyap sebegitu sahaja, meninggalkan kesan si air mata jelas terlihat...tidakkan bisa merubah segala yang telah berlalu...biarlah aku yang kesunyian sendirian...

termenung

peringatan awal : kisah dongeng dari penulis tidak bertauliah, tanpa pengalaman semata-mata aku memerhati kosong, terdetik dalam hatiku, siapakah si dia yang telah mencuri hatiku, sangkaku dia itu adalah dirimu, namun...dalam kemengelamunan aku ini, aku sedar betapa aku telah tersalah membuat percaturan, kau bukanlah seperti yang ku impikan, bukanlah juga seperti yang ku kenali...kau jauh dari mataku, juga jauh dari hatiku kini...aku merelakan segalanya yang telah tertulis buatku, kerana aku sedar, aku bukanlah pencinta yang punya bakat, apatah lagi pencinta yang mampu mencipta sejarah...kisah cinta kita bukan kisah laila dan majnun, juga bukan romeo dan juliet...kita bukanlah siapa-siapa, sekadar insan biasa, meniti hari-hari yang biasa, membuat perkara yang biasa...andai perpisahan berlaku, aku tetap merelakannya...biarlah tangisan hati menemani hari-hariku... peringatan akhir : tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah tiada... sekian...

antara dua

mana satu pilihan anda? kawan atau sahabat?

i am happy?

soalan ni diajukan oleh aku pada aku... mungkin korang pun dah lupa pada aku ni kan, dah lama aku tak cakap ngan aku...serius dah lama, aku menghilangkan diri, tup2 ari ni aku cari aku...wah...bangga jap aku... sekali borak2...aku tanya, are u happy? huishhh...soalan maut beserta pembunuh bersiri... aku, leh tak kalau aku tak nak jawab...hehehe

no choice

huh...kalau sebelum ni, aku bleh lagi ngelat nak memikiorkan masalah ni, tp hari ni, do i have any choice to be considered? hahaha...da takde da... aku kena gak mengadapnya haish...nyampah lak...bila nak setel nih...hishhh...

peringatan khas buat ismail fariz ali

Image
khatijah ibrahim - ku pendam sebuah duka komposer - ismail fariz ali bercinta sudah lama berkasih dan bermesra sedang enak membuai rasa perpisahan tercipta mengapa sementara cerahnya cinta kita mendung tiba tiada ku pinta gelapnya suasana walaupun hatiku amat berat melepasmu dan rintangan mendatang sayang terpaksa ku leraikan seandainya kita harungi jua kelak punah semua sayang mimpi yang kau harapkan ku pasti kau kembali menyatu dua hati lebih elok cari pengganti tiada kau menyendiri tak guna disesalkan hakikat percintaa mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan love this song...mendayu2...mmg saudara ismail fariz ali sangat berbakat sebab menghasilkan karya y sgt bagus...al-fatihah sekali lagi buat allahyarham...

entry khas buat ismail fariz ali

Komposer Ismail Fariz meninggal KUALA LUMPUR: Komposer yang pernah melonjak nama Datuk Khadijah Ibrahim melalui lagu Ku Pendam Sebuah Duka, Ismail Fariz Ali, 47, kembali ke rahmatullah akibat barah perut di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam. Allahyarham adalah seorang tokoh korporat dihormati dan penggubah lagu balada, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 pagi. Beliau baru empat bulan mendapatkan rawatan susulan di hospital itu berikutan penyakit dialami. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ahli keluarga ke rumah arwah ibunya di Bukit Damansara pada jam 7 pagi. Solat jenazah disempurnakan di Masjid Omar Al Khattab Damansara kira kira jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat Zuhur. Ismail, anak bongsu tiga adik beradik, meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun. Menurut seorang saudara sebelah ibu yang enggan dinamakan sewaktu ditemui berkata, arwah sering berulang alik ke beberapa hospital sw

tabung darah negara

semalam tgk berita, sedih lak tgk tabung darah negara y hampir2 lumpuh...da tinggal sikit je lagi darah espeseli darah jenis o... terpanggil aku utk menyeru rakyat malaysia sekalian, marilah kita derma darah, bantu mereka yang memerlukan kerana jika hari ni bukan kita yang memerlukan, tak mustahil esok kita perlukan bantuan... jom kita derma darah sayang...kuikuikui

kelakar atau sadis?

aku dikejutkan dgn satu panggilan dr teman lama di awal pagi... aku : (dlm ati) uish....kenapa ni...ada pape y tak kena ker? * aku : hello ~ : weih...kau tahu tak pakwe kau nak kawin ari ni? aku : hah...pakwe aku? pakwe mana pulak kau nih? ~ : ala...si f***i tu... aku : hah...sejak bila dia pakwe aku....bila dia kawin? ~ : ari ni, nnti aku nak gi umah dia la nnti... aku : hahaha...kawin jugak dia akhirnya, wish him tahniah tau...kirim salam sama dia... ~ : hakhakhak...okay...kau tu, gi ah sambung tido... aku : ceh...kirim salam sama mak kau... ~ : wokeh!! huhuhu...one of my schoolmate kawin...tahniah kat dia...ada kisah 'kelakar atau sadis' antara aku dan dia...bila aku citer kat my sister, dia tak hbs2 gelakkan aku sambil membuat satu cerita versi dia y ala2 indon sket... 'kisah si kecil dan si tinggi' by kakak aku y sengal

aku rindu sama kamu semua

rindunya pada teman2 ku yang lain rasa tak lengkap hidup aku insan di sebalik therosputih

mencari idea

huh...pusing kepala jap duk surfing cik tenet kite nih...tak jumpe pe y aku nak...terpaksa memerah otak jap, eh jap...aku ada otak ek?hihihi...tak sangka... aku kena carik jalan mcm mana nak setel pe y aku nak...bukan senang...dan bukan susah jika tau cara...haih...masalahnya skrg ni, CARA tu la yang aku tak jumpa lagi....camno eden nak memikiornya nih... idea idea...marilah berdamping denganku...

aku heran betullah ngan kau minah

bace satu blog minah ni...tetibe je aku rase, haih... minah, kau kenapa nih minah...apa masalah kau nih...ribuk tadak angin tadak, tetibe je jadi lagu nih...nak kata kau frust minah, kau frust kenapa minah...nak kata kau ni tak betul, haih...takde plak dapat perakuan mana2 hospital mengatakan kau ni bahagia...heran btoi aku ngan kau nih minah...kenapa kau lagu nih...kalu aku tanya kau derekli, mmg kau takkan jawab punya lah kan minah...kau duk haru sana haru sinih...nak kata aku kesian kat kau, rasanya tak kot...aku nyampah sbnrnya ngan kau, tp bila fikir balik, kita ni sama2 manusia, kau manusia, aku pun manusia, takde sepesel pape, sama je, tak jadi nak nympah lama2 ngan kau minah...so, skrg ni, aku heran campur pelik ngan kau nih minah...pandai2la kau jaga diri tu leklok...kau pun dah besar dah minah...aku rasa better kau carik identiti diri kau dulu, takyah fikir pasal org lain, fikir psl diri sendiri dulu...aku cakap ni ikhlas tau minah....khas utk kau...entry ni pun aku tulis kha

aku yang sakit

ni sume dugaan dan yang paling penting nak hapus dosa aku nih tu lah dosa yang menimbun jahat sangat aku nih

hmmm

duduk2 mengadap laptop layan citer supernatural tetibe baru perasan otak ada kat sini tapi hati hilang tah ke mana tak tau mana pergi macam mana ni?

'fake fake keluarga'

i got this term from one of my friend's fb...tetibe rase mcm comel lak term ni kan...'fake fake berkeluarga'... ' fake fake berkeluarga ' refers to those who are always having faking things in their life, so they deserve to be called as fake fake berkeluarga... absolutely correct!!! you are fake!!!

kesian dia

kesian dia awak okay ke? dunia kanak2...penuh fantasi, smpaikan mereka tak tau pun adakah mereka dianiaya atau dikasihi... mereka perlukan penjaga..maybe one angle for them...or perhaps...mother's eyes with them always... so that nobody could harm them even no scratches are allowed!!!

searching for flower!!!

wow...new interest today...i'm searching for flower because i'm in love with them...woohhaaa....

rindunyer...

haih...baru sekejap dia duk ngan org lain, aku dah rasa kehilangan...pasrah je lah kan...tawakkal pada allah je lah pe nak jadi...semoga semua ni cepat berlalu...

jangan kau pergi

aizad - pergi sayu terpisah hikayat indah kini hanya tinggal sejarah berhembus angin rindu begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti kaulah laguku kau irama terindah tak lagi kudengari kau pergi pergi sepi tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa apa pun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia hujan lebat mencurah kini bagaikan tida henti kaulah laguku kau irama terindah tak lagi kudengari kau pergi pergi what a lovely song is this...love this song...double thumbs up utk aizad...kau segalanya bagiku, setelah kau pergi, hidupku kosong...bukan itu ke maksud lagu nih?

dah lama kan

since dah ada blog asing utk sume lagu2 yang aku suke, aku dah tak dapat nak bagi komen personal dah kat mana2 lagu y aku update kat blog lagi satu tuh... kadang2 tu, aku terasa kosong gak sbb sekadar update lagu yang aku suke gitu je, tp bila fikir dari other side, aku rasa mcm tak perlu la kot nak mengayat lebih2 kat blog lagu, sbb dah nama blog lagu, jadi, sekadar lagu je lah semata-mata, no need to add anything extra information lah kan...hikhikhik so, why not if aku update sket2 lagu peberet aku kat laman nih, tp just the lyric with some words on that entry...how's that? i think it is much better...

bila duduk rumah

aku kadang2 kagum dengan mereka yang hanya duduk kat rumah seduduk2nya sahaja, tak buat pape yang boleh dikatakan membuat sesuatu... kagum2 sebab aku, tak bleh nak duduk rumah seduduk2nya sahaja, i have to do something else... I MUST DO SOMETHING ... notakaki : duduk rumah seduduk2nya membawa maksud bangun tidur makan basuh baju tengok tv masak dan sebagainya...

rahsia di sebalik warna

entah kenapa aku rase nak tahu sesuatu rahsia berdasarkan warna kegemaran, bukanlah 100peratus betul, tetapi tempias2 mungkin betul kan...ni berdasarkan kajian mereka y terlibat, jadi, aku pun surf la kat google...carik punya carik, pastu bace2...huh...banyak jugak yang nak dibace nih...then, kat bawah ni kiranya kesimpulan yang boleh aku buat...tp aku tegaskan kat sini, apa yang anda bace kat bawah ni, anda fikirkanlah sendiri kebenarannya mcm mana ye... biru * setia pada pasangan * pandai menyimpan wang * kemahuan tinggi * suka berterus-terang * jujur * pemaaf * tegas merah * berani * tegas * tamak * beremosi * suka bersenang-senang kuning * suka membaca * kejar ilmu * cerdas * tekun * sabar hadapi dugaan hitam * kuat hadapi dugaan * sukar dipengaruhi * suka menyendiri * prihatin * banyak berfikir * setia * mudah terasa hijau * kuat agama * suka kedamaian, ketenangan, kebahagiaan * suka berhias * kuat pendirian putih * jujur * sopan * merendah diri * suka menolong orang lain * sukaka

kenangan bunyi gitar

aduh...terdengar lagu bunyik gitar nyanyian p ramlee lak...hakhak...terbayang2 tarian bunyik gitar aku...hahahaha...sape ingat? hah...tulun jangan ingat lagi...sape ade video tu? hah...tulun lah padam, tak sanggup eden nak nengok sendiri...sadis2... tu sume kenangan di zaman mudaku yang penuh ngan kengokngektan yang dasat...jangan diungkit lagi...hikhikhik

aku rindu pada masa

rindunya aku pada masa yang aku dan dia duduk bersama bercerita tentang cerita

iklan peti sejuk panasonic

lakonan : anne ngasri dan suami, wafi, aidid dan pelakon lain iklan : panasonic (peti sejuk) best ah iklan nih, bukan sekadar nak iklan peti sejuk dia, tp at the same time menanamkan sikap bumi hijau, menggalakkan kita menanam pokok...bukan sahaja menggunakan bumi tetapi juga membantu bumi, mmg usaha kita seorang tidak mungkin bisa merubah seluruh atmosfera bumi, tapi kita dapat kurang sedikit sebanyak kesan yang perlu bumi tanggung, bukan kesan jangka pendek yang kita kejar...selamatkan lah bumi kita... jadi, double thumbs up utk panasonic kerana hasilkan iklan sebegitu...sekarang ni, kita sebagai penduduk bumi dan juga pengguna barangan elektrik, tepuk dada tanyalah apa yang boleh anda lakukan utk bumi kita... mestilah bijak...panasonic idea for life... notakaki : aku bukan nak tolong iklankan barangan panasonic tetapi aku mahu iklankan semangat idea for life yang panasonic tekankan...

kerana lidahnya

ngah bizi nonton tv3, cite kerana lidahnya...dari tajuk dah menarik minat aku...mesti ada something di sebalik cerita ni...harapnya tak rugi 2 jam depan tv... kat sini, aku nak bagi komen awal...hakhak...mcm biasa...tp kali ni detail sket...tanggapan aku for certain scene... 10.30pm : ee...nyampahnya ngan si basyirah ni, bajet baik je, tak sedar diri...suke ati dia je kutuk kawan sendiri, kesian senah, diejek kerana kekurangan dia... 10.54pm : suami sendiri serba salah mcm mana nak ajar isteri, anak pun serba salah ngan mak sendiri 11.20pm : mana nilai seorang suami di mata isteri? 11.42pm : suami menghilangkan diri semata-mata untuk mengajar isteri, namun isteri tetap tidak berubah 11.49pm : tuan punya lidah mula menerima balasan 11.54pm : kuasa allah dalam kehidupan kita, jika kita dekatkan diri pada allah, pasti allah akan mendekatkan dirinya utk kita aku dah agak dah cite ni best, sbb ellie suriaty berlakon, aku kena tgk, dan yang penting, jalan cerita ni tak sia2...aku dapat

ulasan awal

Image
ngah tgk baki cite charlie and the chocolate factory kat tv3...sanggup tunggu nightline habis td, tak pasal2 aku tgk berita di malam yang makin lewat nih, nak suh tgk buletin utama y kul 8pm tu pun bukan main panasn lagi punggung aku nak duduk, inikan pulak berita di tengah malam...wahhh...kagum aku ngan diri sendiri secara tiba-tiba... cite ni tak hbs pun lagi, tp aku dah siap sedia nak bagi kritikan berdasarkan dialog best...hakhakhak...ni la kot kerja terbaru aku jika nonton tv sambil bertenet...mesti menyibukkan diri utk memberi komen...terimalah komen dari pengomen yang tidak bertauliah ini...lalalala... charlie : saya tak akan tinggalkan keluarga saya ini dengan semua coklat yang ada di dunia... komen aku? hah...terkejut aku...walaupun charlie, ibu bapanya, dan 4 org atuk dan nenek, tinggal di umah usang, mmg sgt usang, tapi dia tetap sayangkan keluarganya melebihi kekayaan duniawi ini...bagus2...mase awal2 tgk cite ni aku dah seram sejuk, ye lah, cite ape ni, mcm mengarut je ut

selamat tahun baru 1431H

sempena tahun baru, aku nak buat azam lah...hahaha...ikut org je aku ni, org cakap, asal tahun baru je, mesti ada azam baru... jadi apa azam tahun baru aku? hmmm mestilah aku nak... aku nak... hmmm...better aku rahsiakan sahaja kan...shhh...takleh bagitau org...nnti tak jadi...hikhikhik

cintaMu yang agung

aku sambung ayat sorg kawan aku, dia tulis ketika cintaMu memanggilku dalam facebook dia, lalu aku menyambung... ketika cintaMu memanggilku aku masih leka terlupa menyahutNya sehingga suatu hari baru aku tersedar aku seharusnya menyahut cintaMu itu kerana tiada cinta sehebat cintaMu

melalui kata-kata

kata org, bercakap adalah kaedah komunikasi terbaik dalam menyampaikan sesuatu atau menyuarakan sesuatu... ini bagi aku plak... bagi aku, menulis adalah satu kaedah terbaik buat aku utk menyatakan apa sahaja yang aku mahu katakan... kerana melalui penulisan, kita boleh memanipulasi maklumat kita dengan mudah , tapi awas...penulisan yang tidak benar boleh mengakibatkan berlakunya fitnah , jadi hati2 dengan taburan perkataan yang anda gunakan...fikir dengan baik sebelum menzahirkan kata-kata anda... aku bebas berkata-kata dalam penulisan... rasanya, aku dah banyak kali menulis pasal ni, tak pernah nak rasa puas menulis pasal ni...hahaha...aku punya pasal la kan...

artis hollywood

ngah nonton streets of hollywood kat 8tv right now, you know what, hmpir 30minit nonton nih, aku rase mata aku da berpinar2, pale pening, nak muntah pun ada rasa kenapa? sbb byk sgt flash kamera dari paparazi ya allah hai...peningnya hidup dorg, mess sungguh, patutlah dorg asyik sebut don't mess up with me!! tak kesian langsung paparazi ni kat org lain kan, walaupun tak seagama, tak duduk dekat dorg, tak ape lagi, dorg tak kenal aku, aku pun kenal nama dorg je, rase sangat kesian kat dorg, dah la takde privacy langsung...kesian2... have mercy on them also ... kenapa paparazi begitu mendesak, terdesak dan bersesak-sesak...haishhh....tak faham...tak perlu jadi fanatik sgt dlm hidup ni islam pun aku rasa tak suruh kita terlalu fanatik, adalah lebih afdal jika sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan dan urusan seharian kita...

hidup yang berdasarkan bakat

baru pas tengok america's next top model, dgr kata2 tyra, "awak tak punya bakat untuk menjadi model terkenal" adakah maksudnya bakat yang menentukan hala tuju hidup kita? atau adakah bakat yang bertanggungjawab menentukan jatuh bangun hidup kita? atau juga adakah hidup kita hari ini berdasarkan bakat semata-mata, bakat untuk hidup?

tanya khabar

~ asal suara lain ni? tak sihat ke? aku : mana ada, biasa je.. ~ ok tak ni? aku : i'm okay.. serius tau i'm okay, tak perlu risaukan aku...wat masa skrg ni, i'm fine, absolutely fine...i'm hepi with my life right now, enjoy every second that i have... terima kasih sebab bertanya khabar...

malaysia dan emas

tahniah buat skuad bola sepak malaysia sebab berjaya menewaskan laos dalam perlawanan akhir bola sepak SUKAN SEA 2009...tahniah2...anda berhak untuk dirai, andai bukan kerana jumlah gol, tapi mungkin boleh kerana mewakili negara...20 tahun malaysia tunggu detik emas ni kan... minit gol : separuh masa kedua, minit ke 85 walaupun aku tak tgk perlawanan akhir tu, tak tahan debaran beb, sekali bola beralih tuan penyepak, tiga kali jantung aku berdegup, mana tahan gitu...jadi, amek langkah mudah, suh org lain tlg tengokkan utk aku, yang penting, aku tau result akhir dia...hahaha....itu yang paling penting kan...

di saat kematian

baru pas tengok cite numbers, episod terakhir utk musim ni, amita hampir2 mati, nasib charlie sempat melakukan sesuatu utk selamatkan amita...nasib baik nasib baik...sume penjahat tewas, mati kena tembak, kena tangkap... amita dan charlie meneruskan kisah cinta mereka...charlie melamar amita... kisah dua orang yang sedang bercinta, mengalami satu peristiwa yang menguji kekuatan hubungan hati, menguji perasaan masing2 selamat bercinta kalian

hidup ini

duduk2 sambil ngadap laptop, bertenet, bace blog tu, bace blog ni, ada certain entry kat blog seseorang ni, boleh bawa ketenangan bagi aku, boleh bawa senyuman utk aku...tak pasal2 dia dapat pahala kan, bagus tak? jadi tulis lah sesuatu supaya mereka turut tersenyum bersama anda... aku senyum kerana sesuatu dan aku juga sedih kerana sesuatu

azimat angka

welcome to 1121 gabungan tiga angka 1 dan satu angka 2 menjadikan ia 1121 sebenarnya 1 + 1 + 2 + 1 = 5 di mana angka 2 dan 5 adalah sangat sinonim dengan simpulan bahasa 2x5 atau 5x2 yang membawa maksud sama sahaja jadi, kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sama ada 1121 atau 2111 , sebenarnya sama sahaja, apa yang penting di sini bukanlah kerjasama seperti dalam cerita wonder pet itu tetapi angka 21 dan 11 mesti berpasangan , tidak dibenarkan sama sekali ditulis dengan cara 12 dan 11 atau 11 dan 12, tidak boleh sama sekali!! anda faham segala yang termaktub di atas? pasti anda seorang y hebat kerana memahaminya dengan baik....bagus....anda pasti dapat A gemuk.....

cakap mmg senang

betoi2...cakap mmgla senang brader, hah...cuba kalau brader try barang sekaki dua, haa...baru tau langit tu tinggi ke rendah... bercakap bukan main lagi, kalah pemidato kebangsaan, sume respek, air liur brader yang bercakap ni smpaikan org bawahan terpaksa beli payung pakai kat kepala tu, tempias2... sebelum bercakap tu, apa kata sambil2 tarik nafas tu, berfikir sejenak kebenaran kata2 y bakal kita keluarkan dari bibir mulut kita...

apa ada ngan esok

esok? esok tu bersamaan ngan 141209, bersamaan jugak ngan hari isnin, bape ari bulan islam dah ek...aiseh...mengantoikan diri sendiri y jahil ttg agama pulak...takpe2...nnti aku check balik bape ari bulan islam dah esok nih... esok ni, kalau org pregnant, mesti dah tunggu masa je lah ni nak bersalin, dah masuk sembilan bulan...harap2 sihat la hendaknya kan... dalam 9 bulan ni, tak terkira berapa kali masam muka, manis muka, muka nyampah , dan yang sewaktu dengannya...banyak2 smpai tak terkira...kesian kat sape2 y terlibat... tapi terima kasih gak pada sume y terlibat sbb sabar ngan diri ini...hahaha...aku tau aku sape, korg tak yah nak cakap pape ok, disebabkan kebenaran itu sebenarnya pahit, maka, aku harap korg simpan dalam ati masing2 ye...aku tau sume tu cume mungkin tak ingat...ngeh3 thanks for everything...love you... semoga allah sentiasa memberkati kita semua...amin...

goyah seketika

instead of sekejap, guna perkataan seketika lagi best kan...ahaks... something happen today, although everyday there must be something happen, aku totap nak tulis mcm tu gak... actually, it is bad news ... what is it? hahaha...of course i will never mention about that...biarlah aku je y tahu, aku tulis kat sini saje2 sbb nak mencoret sesuatu supaya satu hari nnti, bila aku dah tua, belek balik blog, ingat balik pe y dah berlaku on this day... no matter what happen, i will fight for it...it is too early to say anything, may allah bless us...

cadbury?

ini masa utk aku dan cadbury sahaja...hmmm...lalalalala

hujung minggu yang penat

selamat menghabiskan masa anda bersama-sama dengan sakit tekak , panas badan , dan pening kepala ....

entry ke-400

untuk pengetahuan semua, ini adalah entry aku y ke 400...waa....heppi entry 400 therosputih....ntah pape je aku nih, celebrate sorg2, lagak mcm dapat anugerah je...hahaha...sepanjang aku duk ber'blogging' nih, takde lagilah dapat anugerah blog terbaik ke pape ke, menghadiri parti blog ke hape ke, takde2...aku cume duduk mengadap encik lapatop aku nih, lokasi di mana2 sahaja, y penting aku dapat bertenet...hehehehe...

enhear bunga nailofar

i'm not that sure what nailofar is about, but then, one of my friend said that nailofar is a flower, so, what kind of flower is it, i'm really not sure about that...is it like rose or maybe like sunflower or what, can't imagine... enhear is my friend, she is the one who told me nailofar is a flower...today is her birthday, so, this entry, proud to publish here just for her, wanna dedicate a few words for her, wishing her on her birthday... my dear friend enhear, wish you full of luck in every second of your life, may allah be in your heart always, i can't always beside you to see and care about you, but i will always be beside you...love you so much, thanks for every moment that we already share, really appreciate that, hope to have another precious moments again after this right, looking forward to see you again...hey, don't wanna sad2 or what here, just wanna you know that i love you so much and may allah bless us... happy birthday enhear ...i never celebrate you

mengambang

hah...ditujukan khas kepada bulan yang tengah mengambang...

selsema

apa yang perlu anda lakukan bila anda selsema? kat sini aku kongsikan beberapa petua khas utk menangani atau mengubati atau mengurangi selsema... 1. sup ayam aku selalu dgr kawan bangsa cina selalu amek sup ayam bila sakit, selalu tgk dlm drama cina, bila lawat org sakit kat wad, dorg bawak sup, tak kisahla sup apa, tp msti bwk sup, sup ni bagus utk mereka y kurang sihat sbb kandungan nutrien dalam sup tu sendiri...jadi, kalau rasa kurang sihat sket, apa kata try dapatkan semangkuk sup, aku sarankan kat sini sup ayam sbb senang nak buat, senang didapati... 2. air suam air ni bukan untuk diminum, tapi untuk dimasukkan ke dalam hidung, lagak mcm berwuduk tuh, masukkan air dlm idung, makesure sedalam y boleh, tahan beberapa saat, pastu hembus kuat2...wat beberapa kali, insyaallah, dengan izin allah, selsema akan berkurang... 3. minyak masak dan kunyit hidup ha, ni bukan nak wat goreng, tp nak kasi sapu kat hidung, kena guna kunyit hidup je,takleh serbuk kunyit sbb kunyit fresh ni ada la s

gabungan sejarah

sejarah 1 ari ni 091209...beberapa angka yang biasa bergabung membentuk satu jujukan nombor y menarik, mungkin tak membawa pape makna bg mereka...sekali ni je akan ada tarikh y macam ni, pasni da takde dah...mungkin hari ni membawa seribu satu makna buat aku dan mereka di luar sana...selamat sejahtera buat kalian semua!!! someone's birthday ha...tak dilupakan, ari ni ada birthday someone, seorang kawan y aku kenali sejak tahun 2005, da auh perjalanan dia, hari ni, walaupun aku ngan dia beribu2 batu jauhnya, tp kitorg tetap berhubung...time kasih cik tenet kerana menghubungkan kami...so...heppi birthday my friend...sweet 22 dah la kan...hikhikhik

belajar tentang jpj malaysia

Image
Sejarah JPJ Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan pada tahun 1937 , di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu. Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor , Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan. Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut , satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah dilu

luka

walau berkali kemaafan dipohon, luka itu akan sembuh, tapi parutnya jelas kelihatan, tak mungkin akan hilang, walau berjuta kemaafan dipinta itulah manusia, senang membuat kesilapan, senang pula memohon kemaafan... disebabkan manusia jugaklah, setiap luka yang ada meninggalkan kesan parut, luka di dalam meninggalkan parut yang lagi besar dan kerana aku seorang manusia lah, berkali2 aku membuat kesilapan, dan kemaafan demi kemaafan keluar dari mulut ini... aku seorang manusia yang kejam ...kejam pada diri mu kerana menzalimi dunia mu... ingin aku rawat luka itu walau ku tahu parutnya tidak akan hilang walau ditenyeh berkali2 ngan lidah buaya...arghhh...parut oh parut...

aku dan dia

aku menyampah dgn dia, sbb lagak dia, cara dia, sume2 pasal dia aku tak suke, pendek kata, bayang dia pun aku tak suke, menyampah sangat... tahu tak? ntah2 dia pun menyampah dgn aku, sbb lagak aku, cara aku, sume2 pasal aku dia tak suke, pendek kata, bayang aku pun dia tak suke, menyampah sangat... kita sume sama sahaja jika tapi membezakan kita hanyalah cara kita berfikir

tetamu

pernah mengunjungi rumah rakan taulan atau saudara mara? pastinya pernah bukan...kita rakyat malaysia penuh harmoni dan muhibah, saling mengunjungi sudah menjadi amalan turun temurun tak kira bangsa atau darjat... tapi... anda tetamu yang mcm mana? a. tetamu diundang? atau b. tetamu TAK diundang? bagaimana anda dilayan dan bagaimana pula anda melayan ?

perjalanan yang panjang

hari ni hari penuh aktiviti, bermula perjalanan yang panjang dan jauh...

kesakitan

sudah lama dia memendam kerana tidak mahu kurang ajar terhadap orang lain oleh itu dia berdiam diri namun semakin lama memendam hatinya menjadi sakit melihat orang lain yang tidak melihat dirinya enggan menipu dirinya lagi dia mahu menyatakannya sekadar terngiang-ngiang sahaja dia tidak punya kekuatan melawan kesakitan itu

gula atau garam?

ahmad albab ni apa ni? masakan jenis apa ni, tawar, tak letak garam langsung, air kopi tak letak gula...kau nak bagi aku makan masakan yang macam ni? abah...kami sayang abah macam garam dan gula, tak lengkap hidup kami tanpa abah, sama macam masakan ni, tak lengkap tanpa garam dan gula... dialog rekaan semata-mata tetapi merujuk kepada dialog dalam cerita ahmad albab

semua orang bercinta

percaya atau tidak, semua orang sedang bercinta... iyer...betul, ini bukan cobaan tapi kenyataan... cuma, dengan siapa anda bercinta itu berbeza jawapannya bagi setiap orang... ada orang bercinta dengan alam semesta, ada orang bercinta dengan buah hati, ada orang bercinta dengan kerjaya, ada orang bercinta dengan kekayaan cinta mengajar kita erti kehidupan berdasarkan apa yang minda kita mahukan apa jua jawapan anda, bercinta dengan allah yang satu jua tidak pernah mengecewakan wassalam....

kisah 'carlos santikus'

siapa carlos santikus ? bukan sembarangan orang, kalau korang tak kenal pun, aku takdenya nak marah sampai angkat rotan nak rotan tapak tangan masing2...takde2...aku tak kisah pun kalau korang cakap tak kenal, tak pernah dgr nama tu, atau apa sahaja y seangkatan dengan maksudnya.. sebab tu aku nak cerita kat sini siapa carlos santikus tu sebenarnya...ceritanya bermula mcm ni... 1. dilahirkan lebih dari sedekad yang lalu 2. watak yang paling malas dalam mana2 kisah realiti yang ada 3. sangat suka makan tapi sangat tak suke buat kerja lain 4. tidak digemari oleh beberapa watak lain kalau ada sape2 jumpa carlos santikus ni, cepat2 lapor pada mana-mana anggota rela yang bertugas....sekian...

sentimental

"nyatakan sebab kenapa anda memilih wira?" "nilai sentimental kepada saya tuan" "oo...okay..." nak cakap banyak pun takleh sbb dah sentimental value ni susah, karang kalu duk ungkit2 karang, ada yang meraung, hah...susah... jadik? terima seadanya...hihihi

limpahan air menular

dasat2...perjalanan meredah limpahan air di setiap liku jalan memberikan debaran yang sukar digambarkan... aku sayang kau merah

ketupat daun palas

Image
mari2....belajar tentang satu lagi makanan tradisi org kita, ketupat daun palas 1. juga dipanggil 'ketupat pulut', menggunakan daun pokok palas sbg alat utk membungkusnya, sbb tu dipanggil ketupat daun palas 2. sinonim ngan bentuk tiga segi, segi2 lain tak layan lah 3. ada jantan betina 4. ketupat palas jantan mempunyai pulut lebih di bahagian akhir balutan dan mempunyai ikatan dan balutan yang lebih kemas 5. ketupat palas betina tidak mempunyai balutan y kemas, janji saiznya kecil dan shomel pada sape y tak pernah makan ketupat palas, hmmmm...poi lah boli dokek kodai nu ha, eden boleh tunjuk gambo jo...

kuih ketayap atau kuih dadar

Image
aku takdelah nak bagi resepi kuih ni kat sini kan, rasanya byk je kat google tuh, taip je, msti berlambak kuar resipi dia... aku baru buat smlm...of course lah ngan bantuan my mother kan...aku ni mana la reti masak sgt... sedikit info mengenai kuih ketayap 1. juga famous dengan nama panggilan 'kuih dadar' atau 'kuih gulung' 2. kuih satu malaysia 3. diperbuat daripada kulit nipis bulat berintikan kelapa muda dan gula melaka 4. senang dibuat sedap dimakan teringat kat orang yang suka sangat kuih ketayap

lost all of them

wo...penangan INCIK VIRUS ... see you in court!!!