Posts

Showing posts from November, 2009

thinking of her

i wish i could do something for her, but i don't know what, i wish i could know

pemandu oh pemandu

cite ni sekadar luahan semata-mata serta untuk diri sendiri, kiranya kesedaran bersama jika kita di tempat pemandu, dan kita memandu ( semestinya mmg mcm tu lah zahiriahnya kan ), akan ada 2 situasi y berlaku, iaitu a) mangsa b) pemangsa soroti kisah mangsa dahulu kita akan merasakan pemandu2 lain memandu dengan tidak berhemah langsung, menyelit sana sini, potong barisan, memandu di lorong kecemasan, lagi2? apa lagi common kesalahan y selalu kita tengok ? banyak, nak ckp kat sini pun tak guna gak kot, better anda sendiri y senaraikan, lagi bagus sbb berdasarkan pengalaman, kesannya lagi ketara... apa y anda katakan bila tengok ada pemandu y memandu dengan kurang hemahnya? 1. teruknya dia nih, tak tgk kiri kanan pun nak potong 2. magkuk ayun tollah!! 3. hish...dasar pemandu pompuan, bengap tol bawak kete 4. monyet! 5. bawak kete mcm siput pun ada ati nak duk line kanan * * soroti kisah pemangsa pulak hmmm...tak sempat nak fikir pape pun, tau pandu jer... apa y anda katakan bila anda y

korbanku kerana allah

si anak mengikut ayahnya melihat upacara penyembelihan lembu sempena hari raya aidiladha... anak : kenapa raya ni tak mcm raya hari tu, dapat duit raya? ayah : sebab ni raya aidiladha, bukan aidilfitri, hari raya ni pun kita panggil hari raya korban anak : kenapa panggil korban? ayah : tu, kan nak korban lembu tu, sebab tu panggil hari raya korban anak : kenapa kena korban lembu? ayah : sempena peristiwa nabi ibrahim dan anaknya, nabi ismail anak : nabi ibrahim buat apa kat nabi ismail? ayah : nabi ibrahim dapat perintah dari allah untuk mengorbankan anaknya, nabi ismail anak : kenapa allah buat macam tu? jahatnya allah ayah : allah tak jahat sayang, allah tu maha mengetahui, dia yang menciptakan kita semua, jadi dia berhak untuk buat apa sahaja pada ciptaannya, iaitu kita, allah buat mcm tu sbb dia nak uji nabi ibrahim, betul2 ke nabi ibrahim tu taat pada alah seperti yang telah dijanjikannya anak : habis tu, apa jadi pada ismail? matilah dia? ayah : tak, kan ayah dah cakap, allah tu

segalanya lebih tersusun

wah...ari ni aku create satu lagi blog, kali ni khusus utk sume lagu2 y aku suke, sekali ngan lirik full lagi, www.therosputih-iramadanlagu.blogspot.com aku takdelah gile nak mem'blog' skrg ni, cuma aku rase better aku letak setempat utk sume lagu y aku suke, tak lupa gak, aku ade link kan sekali laman web y membolehkan anda mendapatkan lagu y aku suke tuh, tp peringatan khas , aku tak galakkan korang download dr internet, aku cuma bg pilihan untuk anda sahaja, tak bermakna aku tak menyokong hasil usaha artis kita, aku nak promote gak sket, kalu kita dgr lagu dr cd original, sound and quality dia lagi syokk... terserah pada anda, aku sekadar menyuarakan perasaan aku sahaja...tapi ape2 y berminat nak dgr apa y aku suke dgr, anda dialu2kan ke www.therosputih-iramadanlagu.blogspot.com

salam aidiladha

yiehaa...selamat hari raya aidiladha sume, selamat menunaikan ibadah haji pada mereka berkenaan, moga mendapat haji y mabrur.. pe y paling penting, selamat berkorban apa sahaja demi AGAMA bukan demi pakwe atau awek

not in the right mood

terima panggilan dr no 03******** hurmmm...ni no syarikat mana ni, cuak tol nak angkat call skrg ni... aku : hello, assalamualaikum.. dia : hello, saya dari pihak astro, nak buat semakan astro no aku : ye dia : saya nak tahu, cik ada langgan astro? aku : takde dia : cik sudah bekerja atau masih belajar? aku : belajar dia : oo, okay, terima kasih cik hey...apa da tak berminat nak cakap ngan aku ke? mentang2 la aku ni pelajar kan, takde duit nak melanggan astro ni, takyah buang masa cakap psl melanggan astro ngan pelajar ni...

going home today

banyak benda nak kena disetel maka takleh cakap banyak blablabla hahahah so happy dapat chance balik huhuhu

apa yang anda tahu tentang gajah?

Image
semalam, menghabiskan beberapa minit depan tv, tgk cerita ttg gajah, bagaimana mereka di india menjinakkan gajah liar, aku tak kisah lagi kalau dorg jadikan gajah sebagai punca pencarian, maknanya jadikan gajah sebagai alat utk memunggah barang, jadikan gajah sebagai binatang persembahan, sume tu ok lah kan, aku boleh terima lagi lah... y ni part y aku PALING TAK SUKA sebab apa, sbb dorg dera gajah, in order to nak jinakkan gajah, dorg dera gajah tuh, haih...marah tol aku nengok...first2, dorg tangkap anak gajah liar yang dalam usia 5 tahun, pastu rantai kaki dia, pukul2 gajah, tak bagi gajah makan selama behari2, dah la dipukul berhari2...sume tu sebab nak tunjukkan gajah HUMAN POWER , supaya gajah tu tunduk pada manusia, bila da tunduk, barulah gajah tu dipanggi gajah jinak, boleh disuruh buat apa sahaja... haih...kalu manusia paling jahat dalam dunia pun, kalu wat mcm tu kat dia, pukul berhari2, tak bagi makan berhari2, dia pun leh surrender ngan kia, tak perlu pegawai polis paling

tgk cerita si nelayan ketam

right now, aku tgh watching discovery channel, cerita deadliest catch ttg usaha nelayan ketam meredah lautan ais utk balik ke pengkalan, ais setebal 4 kaki, kapten kapal cornalia marie terpaksa memerah 1800 kuasa kuda enjin utk melepasi ketulan ais tuh, sangat bahaya, smpaikan kapten tu ckp mcm ni "jalan kaki lagi laju daripada bot ni bergerak" sangat dasat, sume org mengalami ketegangan emosi, sbb suasana y sgt menekankan...walaupun hasil tangkapan sangat bagus, pergerakan mereka sangat perlahan, enjin pun dah rosak... perjalanan merentasi 2 batu ais amek masa 2 jam...lama tol.. sblm cite ni habis, aku da nak wat kesimpulan cerita dah... 1. banyak sgt bunyik 'tot' dlm cite nih, menandakan setiap maa mereka ni mencarut je, tensen sgt kot 2. kapten y sangat menimbulkan ketidaksenangan di kalangan pekerjanya, asyik mengarah je, mesti pekerja dia dapat gaji banyak tu, termasuk elaun mendengar cemuhan dan marahan 3. asyik mengejar keuntungan sangat, sanggup buat apa saha

rase terpinggir dah dijual

hari ni, aku berjaya menjual rase terpinggir kat 'the air sales' berjaya2...bangga aku bangga... baru semalam aku publish entry psl rase terpinggir nih, hari ni aku da jual, harga boleh tahan gaklah, alah..harga tak penting, y penting, ada org da beli so aku tak rase terpinggir gi dah, jadi, aku kena cakap mcm ni la saya tak rase terpinggir baru sesuai, kira sepadan ngan entry smlm tuh, tahniah2

padayappa

aku tak sure mcm mana dah ejaan dia, tp lebih kurang mcm tu lah bunyiknya... citer tamil y aku tgk start dr awal smpai hbs, citer y best...bangga aku time tu sbb aku lah satu-satunya dlm umah aku tuh y nengok, kelakar je sbb sume org da sound2 aku kongker tv sorg2, hah...lantaklah kan..aku berjaya gak tgk citer tuh smpai hbs...hihihi jalan cite padayappa sendiri pun aku dah lupa, y aku ingat padayappa tu nama watak utama dlm cite tuh, dia membela nasib org kampung dia y rata2 miskin, rajnikanth la y pegang watak padayappa tuh dia nye promosi cite tu ble tahan gak lah, smpaikan aku ingat padayappa tuh membawa maksud sesuatu, contohnya mcm 'kisah aku', takpun 'kemalangan' ke hape ke, punya lah beriya aku nak cari maksud padayappa tuh, nasib tak sempat tanya budak tamil sendiri, syukur lah tak smpai tahap tuh kan, sekali bila aku tengok cite tuh, ceh...padayappa tu stands for nama org upenya.. overall...kalu korg dapat peluang nonton cite padayappa nih, tontonlah, tak rug

akhiran hari ini

lagi beberapa minit nak masuk hari baru, meninggalkan hari ini buat selamanya, nothing speacial to talk about, just the unique number there 2111, 21st of november, maybe for those outsiders, nothing to be memorable, nothing interesting, and nothing to be proud of but for me, it means a lot mmgla takde cerita yang best berlaku dlm idup aku ari ni, tp the number there, so speacial for me, 2111, i won't tell why, let only me know why, i don't wanna share about that, but i want you to figure it out how? that you have to find it by yourself as for the last word, 2111 means a lot to me

rase terpinggir

apa itu terpinggir? merujuk pemahaman aku, terpinggir adaah suatu perasaan yang timbul hasil daripada ketidaksenangan sikap orang tertentu terhadap diri sendiri sehingga menyebabkan kita sendiri terasa seakan, maka kita akan berasa terpinggir perasaan terpinggir adalah salah satu daripada beribu perasaan yang membawa unsur negatif dalam diri sendiri, jika anda pengamal unsur positif dalam diri, maka pastinya anda tidak akan atau tidak mahu membuat sebarang hubungan dengan perasaan terpinggir, maka nyahkau terpinggir aku kadang2 nyampah gak apabila didatangi perasaan teringgir nih, biasalah, tetamu tak diundang, nak je buat derk tak layan gitu, tp nnti hbs sume org dia jaja cakap aku ni sombong, tak layan tetamu ngan sebaiknya, jadi, apa pilihan yang aku ada? hmmmm... A - tetap buat derk, sedia tadah telinge digelar sombong B - layan dengan baik, walhal dlm ati meronta2 perasaan kenyampahan C - ngamuk2 mcm org gila meroyan dengan harapan takde org nak dtg umah gi dah D - sume di atas me

cinta sejati di sebalik ujian

Image
siti nurhaliza - ku percaya ada cinta mereka meragui wujudnya cinta yang sejati tidak hati ini semenjak dari mula ku yakin ada cinta cintalah yang memungkinkan segala ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri jalan berliku tiada bertepi ku percaya tidak sia-sia aku diuji demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti pandang-pandang alam ini sambil pandang difikiri mana bumbung langit tinggi mana lantai bumi tiap satu yang terjadi tidak mungkin tersendiri cuba cari jawapannya andai meragui ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri jalan berliku tiada bertepi ku percaya tidak sia-sia aku diuji ada hikmahnya pasti sejak mula ku percaya ada cinta cinta itu memungkinkan segalanya cinta suci dan abadi cinta memungkin segala yang berlaku dalam hidup kita kita merelakan segalanya demi cinta namun cinta yang sejati akan hadir selepas diuji dan diduga oleh si dia yang memerhati kerana hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita

senarai lagu layak ke akhir juara lagu ke 24

hujan - aku scandal aizat - kau aku aizat - pergi black - aku rindu sayang kamu estranged - aurora stacy - pakai buang yuna - dan sebenarnya akim - bengang tomok - rindu terhenti alyah - tak mungkin kerna sayang bunkface - situasi shila (faizal tahir) - bencinta misha omar - adam dan hawa hafiz - masih jelas

biarlah terpatri segalanya

Image
jinbara - patri andai hati ini sang kecapi perasaan jadi talinya engkau memetik jari jemari berlagu irama duka dan lara andai tubuh ini boneka nalurinya benang sutera engkau dalang mengawalnya ke timur ke utara ke mana jua aku hanya menuruti mengikut apa saja hukuman andai diri ini taman tasik sang kirana pula jiwa raganya engkau menjaring dengan senyuman dan mengurungkannya dari segala namun diri ini insani pasti ada kemahuannya kerna aku terpanah arjuna sedikitpun tidakku menyesali ooo aku rela ditawanan aku rela terpatri cinta suci aku rela ditawanan aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo demi cinta kepada mu segala onak duri sanggup ditempuh agar kisah cinta antara kita menjadi satu sejarah hebat

sanggup berkongsi

liya : liya sanggup berkongsi kasih dengan nur nur : akak! petikan dari cerita 'nur kasih'

i learn one new thing

have a meaningful with my sister after dinner tonight, nothing interesting, just having a talk with your siblings, sharing ideas, sharing what you feel, what will you do in a certain situation, makes me realize one important thing in my life, M.A.R.U.A.H.

siapa lawan siapa kawan?

pandang kanan, nampak sorg teman, pandang kiri, nampak sorang lagi teman, selalu nmpak dorang ni, aku ngan dorang pun selalu je borak, banyak benda y aku cerita kat dorang, dorang cerita kat aku, kiranya, we share a lots....serasi sgt rasanya kami ni, ada chemistry y kuat, sume org cakap mcm tu bila tgk aku dan dorang...bangga jap aku... aku ngan dorang berkawan bertahun2...tak pernah gaduh besar, merajuk sket2 tu ade lah tapi tak pernah simpan dalam ati, paling lama gaduh pun takdelah sampai tak tegur 1 ari, aku takleh idup kalu takde dorang, dorang pun sama, raa sunyi je kalu tak borak ngan dorang, kalu dorang takde depan mata, takpelah lagi, kalu gedebek ada depan mata, mana boleh tak tegur... dorang kawan aku la , bangga aku ngaku dorang kawan aku... satu ari aku ada masaah, aku cakap kat dorang, sebab dorang kan kawan aku, sorang cakap mcm ni, "buat tak tau je lah ain, nnti setel lah tu masalah kau, bukannya kau tak biasa kena mcm ni, selalu je, org lain pun ada je y kena mcm

teruja2

menghabiskan masa di depan lapatopa yang mempunyai hubungan dengan dunia luar sangat menyeronokkan diri ini, inilah yang dipanggil "dunia di hujung jari anda" hahaha...aku SANGAT SUKA internet sebab dia menghubungkan aku dengan dunia luar walhal aku tak keluar ke mana pun...suke2....hihihi aku baru pas melayani google images, hurmmm...saaaangat la besar mata ni mandang imej2 y mengujakan aku... (peringatan : bukan gambar2 lucah yer) ...just gambar2 y menenangkan aku and pada masa y sama mengembangkan potensi otak aku supaya tak berkarat sepanjang cuti ni, at least biarla otak aku ada keje utk dibuat kan... selepas layan gambar2 best ni, aku termenung jap...keluar trangtangtang satu soklan dari kepala aku terbang tiung2 "mcm mana aku nak start ni ye?" pendek kata, kalu intenet ada sekalipun, we still need the way, so, how am i going to do that? i'm still thinking...

pengalaman sebenar

pengalaman mengajar kita erti kehidupan selalu sangat da dgr ayat mcm tu, smpai da lali da, tp smalam, pengalaman betul2 telah mengajar aku erti kehidupan ini pernah anda terfikir hiup kita ini seolah-olah seperti dalam drama tv je, atau drama tv y telah menciplak hidup org lain...hmmm...tak dinafikan la ada drama tv y diadaptasi dr kisah benar orang2 tertentu, sbb da sah2 pengarahnya manusia, penulis ceritanya pun manusia, jadi hubungkait antara kisah dalam tv ngan kisah di dunia sebenar ini ada .... namun aku langsung tak sangka aku boleh jadi one of the watak y ada dalam citer tv, watak antogonis plak tuh, bangga aku bangga, ni kalu masuk anugerah skrin ni, conform award pelakon pembantu wanita terbaik dalam tangan, confirm aku cakap.. bile fikir balik apa y da berlaku, aku rase besar hikmahnya y allah nak bagi kat aku, tp mmgla mase kejadian ngah berlaku, aku da sumpah seranah da kenapa la aku y dipilih jadi pelakon ni, apa hebat sgt kah lakonan aku smpai terpilih utk jadi pelakon

anjakan oleh aku

hahaha...hari ini dgn bangganya aku mengumumkan di sini, aku baru sahaja merasmikan satu lagi blog baru under nama aku, kalu dulu, aku pernah handle 4 blog pada satu masa y serentak, sampaikan my sister selalu sound aku 'giler blog' , tp dia ckp mcm tu tanpa mengetahui bape byk blog y aku ada, dia ingat aku ada satu je, da bising mcm gaban da, kalu dia tahu EMPAT , haih....mati aku dek serangan bertubi2 tanpa belas kasihan oleh dia, hahaha... eh2...sblm tu, meh sini nak famouskan sket my new blog nih, www.jualbelicrocheted.blogspot.com aku saje create blog ni khas utk mempromosikan sekaligus menjual hasil crochet y aku berjaya siapkan, ok la kan, zaman skrg ni zaman IT, baguih gak lah aku wat blog psl crochet ni, tau tak crochet tu apa? crochet tu kalu nama kampung dia, kait jarum satu, kalu y guna 2 jarum, kita panggil knitting, wat masa skrg ni, aku fokuskan pd crochet dulu, so, sape2 y berminat nak beli hasil crochet y aku buat, leh la cntct aku melalui laman blog tuh... aku

private no

siapa kamu? apa yang kamu mahu?

kenapa csi sgt best?

Image
wo...aku perlu nyatakan di sini dgn jelas bahawasanya aku ini adalah csi die hard fan...really2 hard...waaa...crime scene investigation... csi las vegas csi miami csi new york nape dasat sgt? ntahla, aku first time tgk cite ni since aku form 2 lagi, mase tu just csi biasa je, pastu baru ada csi miami, pastu tambah lagi satu, csi ny lak...sumenye aku ikut, nak kata sume episod aku nengok, tipu lah sgt sbb aku tak punya peluang y begitu cerah, time2 cuti mcm ni je lah dapat tgk sume episod y disiarkan, kalu time lain, hmmm...sosah nak cakap... cite ni sgt best sbb dia menggambarkan ketelitian melakukan sesuatu penyiasatan, ketelitian itu sangat menarik minat aku, sbb aku sgt suke mmbuat kerja y hampir2 perfect nih, suke2....tapi nnti tensen dia lebih la sket...sbb asyik fikir wanna be perfect all the time, haishh...mana tahan gitu beb...baik kita bersederhana sahaja dalam sume benda, tak lebih, tak kurang, pale pun tak sakit... tapi, bila melibatkan kes2 homisid gini, mana leh wat cinc

mencari identiti diri

benar2 teruji je rase cuti ni, baru memasuk minggu kedua cuti,aku dah masuk tahap nak menunjukkan simptom2 sasau, nasib baik ada capaian cik tenet, kalu tak, agak terbabas jugak mcm ni, jadi nasib baik itu masih ada ... cuti ni, nak kata aku bebas nak buat apa sahaja pun tak leh jugak, tgk kat kaki aku ni ha, ada rantai je, tp 'rantai halimunan'...so, aku bebas tapi tak bermakna i'm free ...haishhh...mainan kata2 sudah mula mengeluarkan diri dr aku, bahaya2... siapa aku sekarang ni? siapa2? aku sendiri pun dah konfius, da tak bape nak selari dah sistem pertahanan diri ngan sistem kepercayaan...ha.... i need to do something before its getting worse ... I.D.E.N.T.I.T.I. sudah mula menjadi asing buat aku, menandakan aku sudah di paras berjaga2, skuad penyelamat perlu sentiasa bersedia, khuatir gagal membendung masalah apa yang penting sekarang? ubah cara hidup ubah cara berfikir ubah dimensi berfikir ubah segalanya pastikannya selari dengan current lifestyle

gangguan yang merapu

"kau jangan nak berlagak sombong dengan pakwe kau tu, kau ingat sikit, aku boleh buat dia benci kau satu hari nanti" iskh3...kasar sungguh budi bicara tuan hamba, hamba terkedu membaca ayat2 sebegini...bukan sekali ini tuan hamba menghubungi hamba bukan, sudah berkali2...namun segalanya berakhir dgn tindakan mendiamkan diri oleh hamba... bukannya hamba kedekut nak menunjukkan buah silat terbaru hamba kepada tuan hamba, tetapi hamba merasakan adalah lebih baik hamba berdiam diri sebegini, bak kata tuan guru hamba, "berdiam bukanlah bererti mengalah, tetapi berdiam mengatur strategi" tapi, hamba tidaklah pula berdiam kerana mengatur strategi, hamba sememangnya berdiam diri semata-mata biarkan saja tuan hamba menabur segala gangguan yang tuan hamba ada, pastinya hamba tidak gentar semua itu... notakaki : kemerapuan semata2

adakah model perlu seksi

peringatan : ini adalah sekadar pendapat peribadi, tidak berkaitan dengan mana2 pihak sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, tiada unsur provokasi atau sebagainya baru pas tgk cerita 'anda rasa anda ada kebolehan menjadi model'... aku cakap terus terang je kat sini, semua peserta model nih pompuan, usia dalam lingkungan 16-24thn, mcm2 negara ada, kiranya dorg ni mewakili negara masing2 kot, not bad lah jugak kan, rupa sume ada, canteq2...body? hai....of course lah canteq jugak, bagi aku, ( sekali lagi hanya sekadar pendapat peribadi semata-mata )...agak perfect jugaklah badan masing2...da nama body model kan...mestilah canteq2... cuma... kenapa mesti masing2 nak seksi2 ek? sume nak tayang badan, pakai y dedah sana dedah sini...haih...hangin aku tetibe... aku bukanlah jeles ngan dorg sbb dorg punya badan y canteq, tp aku menyampah...menjadi model tak seharusnya atau semestinya menayangkan apa jua aset yang anda ada, cukup dengan berpakaian y canteq tapi tutup2...

enjoy ghost rider

Image
taktau pe dah jadi ngan aku nih, adakah sebab duk mengadap tv je, menyebabkan aku byk menonton cerite alias filem alias drama tv alias apa2 aje y best ditonton... kriteria utama cerita y menarik minat aku adalah 1. jalan cerita yang lain dari yang lain ( takmo ske ptikal pnye jalan cherita ) 2. pelakon y hensem dan shanteq 3. masa menonton y perfect ( tak lewat tak awal ) 4. iklan y bagus 5. ada special request dari someone special so, pagi ni, aku dah habiskan nonton citer cool dari nicholas cage, citer GHOST RIDER ... perghhh..shanteq giler motor dia..ganes2...menanges kalu dpt sebijik mcm ni, mmg aku letak dlm frames, tayang dlm umah, pastu pagar kat surounding dia ngan ayat sila jangan usik , takpun mcm ni pastikan anda jarak anda berdiri dengan motor ini sejauh 2mete r...am i too much? hahaha hei...tgk lah sendiri kedasatan motor ni, mcm mana aku tak bersikap dasat kalau aku ada motor mcm ni...aih... papehal double thumbs up utk citer nih..beshhhh....

begini aku seadanya

Image
nubhan - seadanya aku tak dapat ku kotakan seperti yang sudah-sudah bagai memetik butir bintang yang jauh tampak terang tak sanggup ku mungkir dalam sayang tak mampu ku berikan mimpi di luar jangkauan terimalah yang setulusnya aku di depan mata seadanya aku manusia aku peraih kasih sayang rindu pada ketulusan belaian engkau yang mendamaikan rasa ragu dengan cinta tak seperti dulu istana yang ku bina biarpun kali kedua terimalah yang setulusnya aku di depan mata seadanya aku manusia aku peraih kasih sayang rindu pada ketulusan belaian engkau yang mendamaikan rasa ragu dengan cinta tak seperti dulu aku menerima dirimu seadanya kerana dirimu menerimaku seadanya

my new kerja

right now, i'm having a long holiday, not know what to do, so...dapat tawaran kerja, sbnrnya tawaran kerja dapat since before raya hari tu lagi, about bulan sepetember lagi, mcm pisang goreng panas je aku ni kan...hakhakhak...ni nama dia ayat puji diri sendiri... berminat nak tau apa kerja aku skrg? hurmmm waktu bekerja : 7am - 5pm (mungkin tempoh boleh dipanjangkan atau dipercepatkan) tempat kerja : sekitar kawasan dalam rumah uniform kerja : bebas asalkan selesa dan sopan skop kerja : meliputi urusan surirumah sepenuh masa kelayakan : tidak diperlukan pengalaman : janji boleh belajar new things nama kerja : B.A.B.Y.S.I.T.T.E.R.

nasi ayam!!

Image
wow...new experience for me, and new things gonna be learn today...wow... takdelah gempak mana pun, tapi sangat teruja nak try buat nasi ayam, so..here is our nasi ayam...hah...why 'our'? hahaha...because my sister and i telah bekerja keras (tipu je) menyiapkan nasi ni...hehehe... rupa da ada... rasa da ada... apa lagi? mai2...pakat beli nasi ayam kami...mai2...

my new story

Image
sejak dua tiga menjak menjadi penunggu rumah, tak pasal2 aku tersangkut ngan cerita2 berepisod gini...aku sbnrnya kureng suke ngan citer berhari2 mcm ni sbb tak tahan jantung nak kena buat degupan tambahan smpaila citer tu habis...tapi skrg ni mcm mana...alamak...dah tersangkut... taraaa...ni la kegilaan aku skrg..best story nieh.. nenek yang berkebaya setakat apa y aku tgk semalam, da masuk episod ke7, setiap ari isnin hingga khamis, temu janji kul 4.30 hingga 5.30 pm...hmmmm... marilah kita saksikan apa kesudahannya, nak ckp byk kat sini pu tak guna, cite tak habis lagi, taktau pe kesudahan, karang kalu cakap, jadi kes fitnah lak...marah lak si pengarah cite nih...so...nnti cite ni dah hbs, baru leh komen... papehal...layyyannnnn nenek kebaya...

do you agree with me?

ada seorang lelaki, menghampiri seorang gadis yang keseorangan lelaki : hai, seorang ke? ~ dah nampak tapi saje gatal mulut nak tanya orang ke berdua ke hape ke gadis : ha'a, sorang je lelaki : boleh saya teman? ~ cantik bahasa, instead of using ayat boleh saya duk sebelah, padahal mmg hajat hati nak duk sebelah gadis : eh, duduklah kalau muat ~ dalam hati sebenarnya nak cakap TAK BOLEH tapi saje cover ayu sopan lelaki: dah kul bape skrg ek? ~ kalau takde jam sekali pun, sume org ada henset, takkan takleh tgk jam kat henset kot gadis : kul 3 dah lelaki : dah lama tunggu kat sini? ~ tau je dah lama sebab dr awal gadis smapi tempat tu dia duk perati gadis : takdelah lama sangat, bolehla lelaki : tunggu sape? ~ bussybody betullah gadis : tunggu ayah sepatutnya dah sampa ni, tak sampai2 lagi lelaki : apa? ayah? ooo ~ kecut perut la tu, baru sebut nama ayah, bukan jumpa ayah pun gadis : ha'a, ayah lelaki : saya dah janji ngan kawan ni, saya pegi dulu cik adik ye ~ tetibe je ckp jan

satu cerita

pernahkah anda sedang duduk, pastu didatangi satu soalan bussybody mcm ni "kenapa la perangai dia mcm tu?" "kenapa mesti dorang tu berkelakuan mcm tu?" soalan demi soalan, pastinya berlanjutan dengan pelbagai spekulasi seperti "aku nyampah tol ngan dia tuh!" "meluat aku tengok asyik berkepit je, mcm takde org lain kot dalam dunia ni" "mcm dia sorang je yang ada, orang lain takde" "apa dia ingat dia tu hebat sgt ke, agung la tuh" sebenarnya kita kena buat kesimpulan yang mcm ni je "setiap orang tu berlainan, mesti dia ada cara tersendiri mcm mana nak selesaikan benda tu, mcm mana dia handle the situation" "biarlah dia dengan dunia dia, aku dengan dunia aku, aku tak kacau dunia dia, dia tak kacau dunia aku, setel" tak pun, apa kata ckp je mcm ni "aku ni sedap mulut je duk ckp psl org lain, mesti org lain pun ada duk bercakap psl aku" "aku ni tak perfect jugak, ntah2 ada org tak suke kat aku seb

senja untuk hari yang merah

Image
awie dan ziana zain - senja nan merah masihkah kita termangu di bawah pepohon itu ketika hujan melunturi danau yang terusang tidak pernah dibilang hari hanyalah debar yang terasa terasa setiap hari dibuai mimpi yang terindah dengan menghitung senja merah di hujung sinar mencipta kebeningan rahsia pada sehimpun kenangan menyimpul satu makna di ruang yang lurus ini haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna di bawah teriring ungkapan pada sebuah wajah yang lara kesepian haruskah kita mencari suatu senja dalam kepedihan haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu haruskah haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama membilang kenangan yang abadi seperti menuggu mentari senja menghilang perlahan-lahan di sebalik awan yang merah haruskah haruskah kita mencari daam senja begini kembali kita bersama haruskah haruskah kita mencari mencari dalam simpati wangi kembali

belajar membuat tempe

Image
tadi tgk whi (wanita hari ini), topik dia tempe, terus berminat, mcm mana la gamaknya org buat tempe ni ek, teringin nak tgk live, tp apakan daya, masanya belum tiba, nnti dah tiba masa, ntah2 aku ni bleh jadi pembuat tempe yang terulung di dalam rumah sendiri, hahah, who knows kan... kat sini, aku dapat simpulkan a few step on how to buat tempe, secara jujurnya, aku tak pernah buat, makan pun takleh byk2, nnti pening...apala perangai aku ni...step2 ni adalah berdasarkan kajian hasil pembacaan aku semata2 bukan berdasarkan pengalaman atau sebagainya.. 1. mula2, bersihkan kacang soya dengan air yang banyak, pembuatan tempe ni memerlukan ketelitian dan kebersihan kacang soya itu sendiri, kalau tak, tempe tak jadi...nak mudah, boeh gak rendam kacang soya sekurang2nya sejam... 2. rebus kacang soya selama 2 jam 3. rendam kacang soya itu selama satu malam iaitu 12 jam dalam air panas supaya kacang itu mengembang 4. rendam sekali lagi kacang soya selama 12 jam pula dalam air sejuk 5. kacang s

horoscope today

"do your friends a favor, give them a call and offer up a little of your scarce time" hahaha....nak kata i am fully believe ngan ramalan this kind of horoscope ni, takdelah jugak, setakat view je, tp bila terbace this kind of ramalan, aku sedikit tergelak...ngeh3....kenapa?ntah...takde pape...maybe right now, aku tgh missing my friends a lot, tenet je penghubung kisah kami, tu pun kalau sume berjaya mencapai capaian intenet, kalu tak, same je, totap tak tau pe ah jadi ngan mereka sume... i should give them a call? hurmmm...not i should, but i must...hehehe...right now, msg2 saje, ok la tu kan, y penting kita ikhlas ngan apa y kita buat, (alasan kenapa aku tak call)...bukan aku tak nak bazir kan kredit ke hape ke, tp mmg aku tak bape suke bercakap through phone ni, better msg lagi best... eh2...jangan kasi aku melalut panjang lebar lak kat sini, nnti 3 page pun belum tentu dah hbs, msti ada lagi dan lagi...hehehe

cinta

hari ini aku terasa kehilangan sebuah cinta yang pernah ku miliki suatu ketika dahulu cinta itulah yang menguatkan ku cinta itulah yang menggemberikan ku cinta itulah segala-galanya bagi ku namun hari ini aku keseorangan menatap sisa-sisa cinta yang sempat ku bawa bersama terasa rindu pada cinta itu kerinduan yang kian mencengkam membuatku sukar untuk menghela betapa cinta ini sungguh berkuasa menghimpit dan terus menghimpit aku tidak berdaya melawan sekadar merintih sayu aku rindu pada cinta kalian kerana cinta ini aku bangkit bersama kuasa cinta ini memberi aku nafas baru pengertian tentang hidup yang baru moga hubungan cinta antara kita kekal terjalin senantiasa aku tertinggal satu cinta dalam sejuta cerita aku merindui sahabatku yang jauh di mata

aku rindu

wahhhhhhhhhh.....woooooooooo..... kasi can aku jerit puas2 tau mlm ni sbb this is my first time setelah seminggu aku gagal menghubungi cik tenet...wahhh... seronok yang tak terhingga tau...best2...yeyeye...hehehe psss...jangan tunjuk perangai tak betul kau kat sini ain!!! bahaya2...kalu dah kena penyakit gile tenet, ginilah jadinya...baik anda semua beringat sebelum kena...

kami terpaksa berpisah

wahhh...sedih2...berpisah bukan kerana kemahuan tetapi kerana terpaksa... mcm lagu francisca peters lak... "kerna terpaksa aku melangkah pergi" haishhh...susah utk kami berpisah...amat susah...jauh di sudut hati masing2, tidak merelakan pemergian sebegini..

lokasi aku

Image
hah...meh sini aku nak buat sedikit rumusan ttg hari ini pagi kul 6... masih berselimut..hahaha kul 7 bangun3...gi exam lah...arghhh...malasnya... kul 8.30 dah boleh masuk dewan siot..ape dah no meja aku? ooo...428 ek...okeh...weih3...nota ni, nota ni...simpan2... 10.00am masih di meja exam, menatap kertas soalan yang masih belum dijawab aku : nape la aku tak study betul2 part nih, hampeh tolla...boleh plak prof mad ni masukkan soklan ni, aku tak reti...aiseh...sume org da menunjukkan kekencangan masing2...aku? apa yang ada? hehehe...sebok duk mengusha org jer...huh...sejuk2.... 11.00 am aku : mak aih...asal la sepah sgt ni blek kau ni cik ain? apa la anak dara mcm ni... suara2 sumbang : anak dara 2020 mmg mcm tu 1.00pm ~ ainnnnn...jom makan...!! aku : okeh...kena mkn cepat2 wei, jap gi nak mandi, pastu nak kena angkut turun kotak2 agi.. 2.00pm aku : weih...berani kau jadikan bilik aku bilik menunggu? aku ni dahla org paling kalut dalam dunia...pegila duk jauh2... ~ taknak aku : t

ada bau tak?

~ eee...nape busuk ni? aku : haih...takkan aku y busuk kot? ~ ain mandi dah ke? aku : belum lagi...bau ain ke? ~ taakkk...ni bau taik lembu ni... aku : haihhh...aku kah? ~ ngade lah... aku : adalah tu orang duk tabur2 taik lembu kat luar ~ tabur nak wat benda pe lak...? aku : alah...tabur baja kat pokok bunga

mengabang oh mengabang

~ jangan buat perkara mengabang lah ain aku : mengabang oh mengabang ~ hai...dia boleh ajuk pulak kita cakap aku : hikhikhik...mengabang? pernah dgr apa itu mengabang ? mari kita belajar sedikit fakta mengenainya 1. mengabang merujuk dialek terengganu bermaksud mengarut , kalau dalam dialek kelantan disebut 'mengabe'...bukan meng+abe, me+nga+be... 2. meng+abe membawa maksud menjadikan abang, abang apa? abang angkat, abang kandung, abang ehem2...tidak pula ada maksud khusus, setakat abang sahaja 3. mengabang juga disebut ngabang dalam dialek terengganu manakala ngabe dalam dialek kelantan, pembuangan bunyi me di hadapan tidak langsung menjejaskan maksud perkataan mengabang itu dan pembuangan me di hadapan perkataan itu juga tidak langsung menambah kemengabangan seseorang itu 4. ngabe hendaklah disebut dengan lengkap dan bukan dengan cara ngan+abe kerana membawa maksud lain pula di mana ngan+abe membawa maksud dengan abang dalam dialek kelantan 5. mengabang telipot adalah

persoalan : siapakah a dan b?

~ ain...ada orang tanya aku, sape a dan b yang kat dlm blog kau tuh? aku : hah... a dan b ? owhhh kemudian...aku tersenyum... mcm mana aku nak jawab soalan ni, kalu aku gitau, nnti kang sama je aku sebut mcm ni, a tu si polan binti polan, b tu polan bin polan... hah...tengok...baru 2 ayat pasal a dan b, aku da announce bahawasanya a tu perempuan , b tu lelaki ... apa yang menariknya tentang cerita a dan b? pasti cerita antara lelaki dan perempuan menarik bukan? kalau tak, takkan industri perfileman india boleh maju, hrithik roshan boleh glamour, shah rukh khan boleh kaya raya, rani mukherjee boleh dikenali ramai...takkan cerita korea boleh keluar berpuluh2 episod, ditonton berulang kali, tak jemu2... kesimpulannya, cerita antara lelaki dan perempuan, cerita a dan b, pasang surut kisah mereka, pasti ada sesuatu yang tersembunyi...maaflah kawan aku tidak bisa menyatakan dengan rasminya di sini siapa itu a dan b... apa yang anda perlu tahu ttg a dan b? a dan b adalah satu pasangan, sen

rumusan hari semalam (311009)

kenapa ngan hari semalam? kenapa ngan 311009? cenggini kisahnya...semalam, aku ada dua paper final yang sangat MENYUSAHKAN hidup aku? dua paper math yang sungguh berat utk dipikul...wahhhh...aku ada list sblm ni kan sbjek apa? aku rase takperlu nak mention 2 kali kan... okeh..ini adalah apa yang dapat aku rumuskan selepas 1. selesai jawab paper teori nombor ( hikhik...2 kali mention jugak akhirnya... ) adula...da rase pening pale da sket...tp bertahan2...ptg nnti nak jawab paper lain...kesian kat member2 yang lain, got another paper before paper ptg nanti...huh...hari yang sungguh menguji keimanan dan tahap kesabaran...jadi, aku perlu beriman dan sabar bukan... 2. before jawab paper kawalan optimum hah...perlu ke aku ngadap semua ni? aku dah penat...aku dah penat...kekacauan jiwa telah mula menampakkan simptom yang kesabaran mula menipis...hati2...bimbang berlaku konflik identiti... 3. ketika menjawab kawalan optimum haih...kenapa la blank sangat kepala otak aku ni...ya allah...kau bu