Monday, December 31, 2012

kata putus

Views
semalam ada cite yang aku akan pi jumpa doktor pakar ortho untuk bincang lebih lanjut akan keadaan aku, dan dah janji jugak kan nak share apa perbincangan antara aku dengan doktor tuh...

pepagi lagi dah terpacak kat depan kaunter, pendek kata, kaunter tak bukak pun lagi, aku dah ready dah kat luar th...kaunter buka kul 8.10am...amek no, 3003 nombornya...no 3, ingatkan cepatla siap, sebab dapat nombor antara yang terawal la jugak kan...sekalik, hamek kau...kul 9 lebih camtu baru no mula dipanggil...

aku tunggu je lah...
*
*
* 
tunggu lagi
*
*
*
dan lagi
*
*
*
kul 11.30am macam tu baru nombor aku dipanggil...time tuh, dah semua jenis kebas, semut2 kaki pinggang sume dah rasa dah...punya lah azab...

masuk, jumpa doktor perempuan, muda lagi...cerita masalah aku, dan dia pun trace rekod aku macam mana, check keadaan terkini aku...pastu aku tanya soklan yang memang tahap soklan PHD punya la...

adakah saya boleh melahirkan anak secara normal atau perlu melalui proses pembedahan?

terked doktor tuh ngan soklan aku...kan aku dah cakap, soklan memang tahap PHD punya, ntah2 pemegang PHD sendiri pun garuk pale 3,4 kali, pun belum tentu dapat jawab soklan aku dengan baik lagi...hahaha...

doktor tu cakap, nanti dia bincang dengan ketua dia...bincang punya bincang, dia panggil aku masuk dan kami pun berbincang lagi sekali dengan dia...

memetik kata2 doktor pakar yang aku lupa plak nama dia apa, actually ak konpeeyus antara namanya halim atau imran
aku sebenarnya berpeluang untuk melahirkan anak secara normal sebab kedudukan baby semua berada dalam keadaan baik, dan baby pun setakat ni alhamdulillah, perkembangan yang positif...cuma, jika aku dibenarkan untuk melahirkan baby secara normal, aku meletakkan saraf tunjang aku berada dalam keadaan berisiko tinggi (high risk) di mana aku boleh lumpuh semasa sedang meneran dan ini akan membahayakan aku sendiri dan baby yang masih dalam kandungan atau lumpuh selepas melahirkan baby, yang ini, kiranya baby dah selamat keluar, tapi aku plak yang bermasalah selepas itu...dia sendiri pun tak menolak bahawa mungkin tidak akan berlaku apa2 ketika proses meneran itu nanti...so, semuanya 50-50 jugak...

aku paham la tuh, sebab kita semua ni kan mahkluk ciptaan allah yang hanya boleh merancang dan menyediakan pelbagai kemungkinan yang berlaku, jadi, untuk mengelak daripada semua itu, aku dinasihatkan untuk melahirkan baby secara pembedahan sahaja untuk meminimumkan apa jua kemungkinan yang tidak diingini berlaku di bilik bersalin...

****

speechless kejap aku masa tu, tapi berjaya juga habiskan sepinggan nasi berlauk ikan, sama teh ais...siap ada extra kuih akok, karipap lagik...



tahun baru, prestasi makin menurun

Views
alang2 esok dah nak masuk ari baru, bulan baru, tahun baru...ramai dah pasang azam baru kan...tadi sambil2 terjah blog sendiri, terperasan sesuatu kat sidebar blog nih...

sehingga tengah ari (12.12pm) 311212

angka yang dalam kurungan tu menggambarkan jumlah entry yang dihupload bagi 4 tahun blog ini beroperasi...perasan sesuatu tak?

angka itu makin berkurangan, baru mula rasa hampeh kat diri sendiri...apakessss nih...

447 --> 429 --> 355 --> 206

pasni, taktaulah bape plak angka dia, tu tempoh berblogging selama tanpa ada anak lagi tuh, ada orang cakap, bila dah ada anak2 ni, tempoh dan masa untuk online sedikit terganggu, apatah lagi nak ngadap laptop lelama, nak hupdate blog bagai lagi...adeh...lemah semangat aku nih...

tahun pertama therosputih - 2009
masa tu tengah belajar lagi, jadik, banyak masa nak hupdate blog, asal online je hupdate, asal online je, hupdate...masa tu plak, ada banyak kecelaruan identiti...hakhakhak

tahun kedua therosputih - 2010
awal tahun sebok dengan praktikal, pas habis belajar, tak buat apa2, so, duk umah je lah...selalu ngadap laptop je, sambil ngait pun, ngadap laptop...

tahun ketiga therosputih - 2011
awal tahun, dah mula start keje...dah mula sebok dan penat dengan kerja, jadik, masa untuk online itu adalah sangat terhad...tambah2 internetnya slow je manjang, nak online pun hilang, bila dapat online, time tu la hupdate nya...

tahun keempat therosputih - 2012
tahun keempat, yakni tahun ni lah kan, aku banyak cuti sakit, macam2 jenis sakit, sakit tu, sakit ni, broadband pun, kadang slow, kadang takleh connect langsung...masalah sungguh...awal2 tahun, memang aku ngaku jarang dapat hupdate...bila dah pindah ke sabah, pakai streamyx yang heaven itu...hihihi...ditambah2 plak aku duk umah je kan, sejak cuti sakit tu, lagi lah...layan blog je...tp bila cuti sekolah hujung tahunnya nih, dah mula kureng sebab susah nak dapat tenet...turun naik turun naik aktif blog tahun ni...

bakal menginjak tahun kelima therosputih - 2013, aku taktau nak ramal apa pencapaian therosputih pasni...aku doakan yang terbaik2 dan sentiasa bertuah hendaknya...hahaha...supaya bila join contest ka, ga ka, luckdraw ka, nama therosputih nih naik sokmo...hah...tu dia...

notakaki : selamat tinggal tahun 2012 yang penuh dengan suka duka, memulakan tahun 2013 dengan perasaan baru setelah ditinggalkan

di sebalik seorang lelaki

Views
entry asal di sini

depan TV channel AXN umah mak mentua

didi : dah buang pampers anak ker?

dadu : ..........

didi : dan buang pampers anak ker?

dadu : ...........

didi : dan buang pampers anak ker?

dadu : ...........

didi : dah buang pampers anak ker? sambil cuit ngan kaki sebab mak mentua ada sama kena control volume ...

dadu : dah...

sapa tak geram..kalau cakap awal2 kan senang..nak tunggu jawapan punya susah..mata dok kena gam depan tv.....

tadi sambil2 bace entry kawan2 blogger, terjah sana, terjah sini, internet pun, nak kata okay tak okay sangat la, tp bolehla terjah blog kengkawan kan...dapat la aku menjana pengetahuan sekejap...hehehe...okeh...aku tertarik sangat nak share pasal isu berkaitan lelaki nih...

pasal konsentrasi atau senang cakap kemampuan seorang lelaki

ari tu, aku ada dgr rancangan bual bicara fadilah kamsah dari radio, pasal apa tah, dah lupa, tapi yang aku takleh lupa adalah ayat dia yang ini

lelaki hanya boleh buat satu kerja pada sesuatu masa, tak macam orang perempuan yang boleh buat macam2 jenis kerja pada sesuatu masa

habis tu, adakah lelaki akan terlepas dari terkena sebarang tindakan kalau dia tidak melaksanakan kerja yang telah diarahkan berdasarkan pernyataan di atas?

notakaki : selalu sentap hati ulam jantung dengan kes2 konsentrasi lelaki nih

b (lelaki) : awak duduk sini, biar saya ambilkan payung, hujan ni
a (perempuan) : mmmm...tak payah payung, dekat je ni dengan kereta, lagipun tak berbaloi nak berpayung...awak bawakkan je barang ni masuk kete...okay, 1...2...3... pergi masuk kete cepat...

b berlari ke kereta sambil bawak barang, diikuti a berlari2 anak masuk kete...nampak b masukkan barang dalam kete, dan keluarkan payung nak pegi ambik a...bila nampak a dah ada dalam kete,

b : hishh...orang nak ambikkan payung untuk dia (dengan nada marah)
a : aik...bukan tadi dah cakap ke tak payah ambikkan payung?
b : tak de pun
a : ??????

Sunday, December 30, 2012

30hb12 - resepsi apek penjaga gol

Views
adeh...ari ni dah masuk 30hb12 dah upenya...tengah ready2 nak siap pi hospital pagi nanti, baru aku teringat...acanne nak pi pusing2 kaybee camni, ari nih ada resepsi perkahwinan apek si penjaga gol harimau malaya tuh kat hotel renaissance acanne tah nak eja nama hotel tuh, tak reti la plak aku nih... aku baru je plan nak ajak driver aku tak lain tak bukan mr papa ku pergi jenjalan habiskan duit kat kedai benang kat bandar...wakakaka...nampak gayanya macam tak bape nak jadik je ginik...

ye lah...kalau dah bother apek kita nih buat majlis kat hotel tuh, dah sah2 jalan kat situ jem bagai nak rak...tak sanggup aku nak meredah kesesakan lalu lintas semata2 nak jenjalan kat bandar...aih...cobaan sungguh ginik...

ari nih, aku ada appointment dengan doktor pakar ortho husm, kubang kerian...kandungan aku alhamdulillah dah cecah 35minggu kalau tak silap kiraan aku, dan sepatutnya kalau aku masih di sabah sekarang nih, doktor aku kat sana, yakni doktor ram nak kandungan aku bila cecah aje 28-30 minggu, dia nak operate keluarkan baby...tapi dah balik semenanjung, cuti sekolah lah katakan, lambat sketlah nak reappointment kan balik, so, terbabas la sampai ke minggu 35...

alkisah, secara kasarnya, aku akan bincang dengan doktor ortho tentang apa pilihan yang aku ada, sama ada bersalin secara normal atau bersalin secara caesar bergantung kepada keadaan tulang belakang dan saraf aku...aku nih, kalau ikutkan ati, dah malas dah nak fikirkan tentang diri sendiri, tapi bila ingat2 balik, istighfar banyak2, baru aku rasa macam ada kekuatan untuk tempuh sume ni balik...selalu aku cakap dekat diri sendiri, aku kena kuat demi baby nih...

aku kena kuat demi baby ini, dan aku nak baby pun sama2 kuat untuk tempuh sume ni sama2...aku dah takde sape dah nak sokong aku dalam sume nih, jadik...dirik sendirik kena kuat...

apa kata doktor hasil perbincangan aku nanti, akan aku story2kan kat sini untuk perkongsian bersama...aku sebenarnya masih tertunggu2 mereka yang senasib dengan aku untuk sama2 berkongsi pengalaman macam ni...aku selalu cakap, aku bukan nak meraih simpati, jauh sama sekali nak orang kesian dekat aku, aku cuma mahu mencari secebis kekuatan untuk aku lalui hari2 yang mendatang...

notakaki : selamat pengantin baru buat apek dan pasangan

Saturday, December 29, 2012

MY BIRTHDAY GIVEAWAY

Views

jemput join giveaway ini
klik banner untuk join

selamat ulang tahun kelahiran

addicted to apple brand

Views
an apple a day keeps the doctor away

saje highlight besau2 phrase di atas dengan harapan dapat membuka mata diri sendiri supaya menjaga kesihatan...

entry aku ari nih, bukan nak bercakap pasal buah epal, jauh sama sekali nak menjual epal...aku nak bercerita tentang fantasi aku jer...

alangkah bestnya kalau aku ada baaaanyak duit, bulih beli barangan apple dengan sekali klik je, tak klik pun, petik jari jer...owh...indahnya dunia...

kenapa mesti apple brand? hurmmm...entahlah...maybe sebab aku pernah pakai ipad before nih, rasa sangat best dan selesa...sejak dari ari tu lah aku cakap dengan diri aku, pasni kalau nak pakai apa2 gadget, aku pasti akan pilih apple brand...

ecewah...canggih ah fantasi aku...kalau takdak riban2, toksah cakap banyak la bab2 nak memiliki gadget nih, aish...kan best kalau duit tuh boleh ternak macam ternak lemak kat badan je...syiok gile babeng ah gitu...

baru2 nih, hati aku terpaut gile pada iphone 5 dengan ipad mini...owh...indahnya rase kalau masuk contest pastu menang hadiah2 benda alah gini...takyah susah payah simpan duit beli sendiri kan...owh...syioknya kalau duk berangan gini, pastu dapat...owh...owh...owh...

angan-angan mat jenin, sampai ke tahun depan pun tak habis

notakaki : kalau simpan seringgit sehari, kena tunggu 5,6 tahun jugakla baru merasa beli barangan apple...time tuh, sebok nak beli barangan anak nak masuk sekolah dah plak...adeh...tak merasa la jawabnya tuh...

*sambung berangan je lah senang, free of charge

Friday, December 28, 2012

hidup tanpa benda alah bernama telefon tangan

Views
actually aku konpeeyus nih, nak panggil telefon tangan ke telefon bimbit? kalau omputehnya, handset, maka jika dimelayukan, kompemla jadik telefon tangan kan? arghhh...lupakan kekonpeeyusan yang ada itu...terus masuk isi...

perasan tak perasan, hidup kita hari ini sangat bergantung harap pada benda alah bernama telefon tangan nih, kalau dulu, enset hamek kau, senang sket nak sebut, hehehe hanya digunakan untuk tepon2, pastu msg2 je...la nih, hamek kau...sebut je amende yang tak leh dibuat dengan enset...macam2 jenis rupa, bentuk, saiz, dan jenama...

bila kita dah terlalu bergantung dengan enset untuk proses yang dipanggil perhubungan, cuba bayangkan kalau tetibe enset nih takde...apa akan jadik?

sangatlah sadis pengakhirannya...hurmmm...

notakaki : bestnya kalau dapat memiliki iphone 5...wakakaka

bosan giler hidup aku ari nih dan ari2 yang akan mendatang nih, sobsobsobsob

Wednesday, December 26, 2012

tanda2 cuti sekolah dah nak habis

Views
1. jalan jem, pasaraya padat dengan manusia, parking kereta sume penuh - sume sebok nak beli kelengkapan sekolah anak2

2. pelajar 3,4 kali gi kedai buku cari buku rujukan baru tapi sedih sebab tak sampai lagi bukunya, yang ada pun terbitan tahun semasa sahaja

3. si anak yang bakal masuk darjah 1 tahun depan ni tido malam2 pakai kasut sekolah yang dibeli, lengkap dengan stoking, tak leh blah, beg, baju sekolah sume dah ready tepi katil - tak sabar nak gi sekolah lah katakan

4. mak apak yang bekerja dah plan dah nak amek cuti bape ari sorang, jadual giliran untuk hantar dan tunggu anak masuk sekolah

5. pakcik dan makcik driver bas sekolah dah mula tolak customer, dah terlebih penumpang dah katanya

6. rumah2 atok nenek di kampung dah mula lengang, cucu2nya dah mula balik ke rumah mak ayah masing-masing - ternakan di rumah atok nenek urut dada tanda lega, habis sudah tempoh berkurung mereka

7. cikgu-cikgu yang bercuti sepanjang cuti sekolah dah mula mengatur langkah kembali ke tempat kerja masing-masing

8. cikgu-cikgu mula hupdate status fb, twitter perihal betapa banyaknya meeting sekolah yang perlu dihadiri dalam tempoh terdekat ini, bersusun berderet sume...perghhh...

9. cikgu spesis yang macam aku, dah mula hitung bape ari lagi nak cuti sekolah lagi - next cuti adalah raya cina nanti, hihihi

10. atur balik jadual seharian - bangun pepagi, mandi pepagi owhh...tidak...sejuknya air dan setting minda untuk bekerja dengan jayanya, get off from holiday mode

notakaki : masih lagi tidak bekerja, get ready untuk cuti bersalin

kenangan

Views
setelah sekian lama aku tak online, ari ni teronline, terkebetulan internet walaupun cipoot2 alang, tapi bolehla setakat nak hupdate satu entry...

apa lagi...satu blog yang memang aku jarang miss untuk terjah...dan...terpandangla satu entry yang ditujukan khas untuk aku...auw...

blog yang aku maksudkan, tak lain tak bukan blog ini

dia ada update satu gambar lama yang memang menggamit kenangan zaman belajar dulu la...hihihi...malu pun ada, segan pun ada...tapi nak jugak letak gambar ni sebab nak share one of my sweet memory...


aku cilok gambar ni dar blog kawan aku, ekekeke

gambar aku dengan sorang kawan, satu kolej, lebih kurang satu kos je lah, bezanya cuma dia amek pure math, dan aku pendidikan...

lepas telek2 gambar ni kan, aku sendiri sebenarnya lupa sape yang tutup2 muka kat belakang tuh, serius...tak ingat dah sape...

notakaki : actually, sweet memory yang aku maksudkan kat sini adalah upacara bergambar+makan2 selepas gambar ini diambil....owh...indah2...hahaha

Saturday, December 15, 2012

budu + durian + durian = heaven

Views
jaga2 ye bila mana mak buyong ni bercerita tentang makanan...hahahaha

kegilaan aku terhadap makanan memang tidak dapat dibendung lagi sejak dua tiga menjak nih...macamla sebelum ni pun dapat dibendung kan...ahaks...

semalam, tengah hari, pas solat jumaat, ada gathering dan makan2 dekat umah nenek belah ayah aku, actually kena pakat2la masak, tapi mak aku cakap tak payah, biar dia je yang pergi...hehehe...okay, aku pergi makan je lah nanti...

sampai je umah sana, dah ready dah, perot memang kaw2 punya kosong punyalah...tengok menu...perghhhh...peberet seyh....

sotong goreng
gulai daging dengan mumbang (menu ni ada kat kelantan je kot)
siakap masam manis
ayam goreng
budu + durian
ulam

punyala meriah, tapi aku nampak budu ngan ulam je...peberet tuh...

mula2 amek nasik sket je, bajet malu2 ah nak makan kan, pastu plak makan bersila, adeh...acanne mak buyong kau nih nak stabilkan diri makan sambil duduk gitu...tapi buat2 stabil je lah...nak makan punya pasal...

amek ayam goreng, ulam, budu, santap time...ssshhhhh....diam2...

lagi tingal sesuap dua nak habis sepinggan, order nasik tambah...ecewah...episod makan pun bermula2...kali nih, dia punya tambah, lagi banyak dari nasik masa amek awal2 tadi...kahkahkah...hamek kau...

tambah lagik...hah...hamek kau...2 kali tambah...tambah kali nih, lebih sket dari nasik amek awal2 tadi...so...cer kira bape pinggan aku makan? dah tu...diam2 je lah...tak payah cakap kuat2 bape pinggan total sume...ngeh3

notakaki : balik umah, lagi 2 inci nak tido, berat bebenor mata nih...kenyang punya pasal...wah...heaven sungguh makan tengah hari begitu...budu oh budu...

Friday, December 14, 2012

persediaan fizikal

Views
makin hari, makin banyak hari yang berlalu...sedar tak sedar, minggu depan gaji masuk dah masuk pertengahan bulan disember dah, lagi bape ari lagi dah habis cuti sekolah, dan...ooh...tak sanggup nak sambung ayat itu...taknak sekolah boleh tak? huh

 letak tepi urusan kerja...

semalam, aku ada appointment dengan doktor gigi...nak baiki tampalan gigi geraham aku yang satu nih...genap setahun gigi tuh sakit, dan genap setahun jugaklah gigi itu berlobang besar setelah dikorek dengan jayanya oleh sorang doktor gigi masa aku kat johor...aku pun heran ngan doktor tuh, suke hati dia jer pi korek gigi aku sebsar2 alam gitu...

alkisah, aku punya tampalan tercabut, dan masa makan tuh, makanan masuk la dalam lobang yang ade, lalu menimbulkan kesakitan yang teramat2la ngilu, bila jumpa doktor, dia ingatkan aku ada masalah saraf pada gusi tu...lalu dia bagi cadangan kat aku suh buat rawatan akar, tapi disebabkan aku dah nak balik sarawak, maka dia hanya sempat buat rawatan akar bahagian 1, dan aku kena sambung bahagian 2 dan seterusnya nanti aku dah balik sarawak...

nak menambahkan lagi kesadisan pada cerita aku nih

kat sarawak, klinik yang aku pergi tu tak boleh buat rawatan akar sebab tak ada xray, maka, terpaksa tampal kekal saje pada gigi aku, lagipun aku tak rasa sakit apa2 pada gigi tu...

sebenarnya, aku tak ada masalah saraf kat gusi tempat gigi lubang tu pun, rasa sakit yang aku alami tu sebab masuk makanan tu je, tapi...doktor kat johor tu dah pi korek 70% gigi aku dah, apa yang tinggal? terpaksa la aku pi tampal penuh sumenya tuh...sangatlah sedih bila tengok gigi yang tak bape nak rupa cam gigi dah...

CABUT? huh...selagi boleh selamatkan gigi tuh, aku nak jugak selamatkan, taknak cabut...taknak...

 so, semalam...aku pi baiki tampalan yang ada, dan doktor tu cakap, pasni kemungkinan besar gigi aku tu dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah, terpaksa la dicabut...owh tidak...

 gigi dah sihat balik dah...pasni, bolehla berpantang dengan jayanya dah, hahaha...

notakaki : tak sempat nak tengok bola malaysia lawan thailand semalam, apa2pun, tahniah jugak kepada skuad malaysia kerana terus2an berjuang... 


Thursday, December 13, 2012

L.E.G.A. = a big relief

Views
baru pas balik buat check up kat hospital, minggu ni dah masuk 32 weeks dah, overall check up, alhamdulillah, tak ada apa2 yang boleh membuatkan hidup terasa sentap...

paling best, masa buat urine test, resultnya adalah N.E.G.A.T.I.P. hohohoho...eden tersangatlah suke, punyala cuak dan risau memikirkan akan membuat urine test ari ni, takut sangat kalau resultnya menguciwakan diri sendiri...

dan ternyata, penat lelah aku menjaga makan minum selama lebih kurang 4 hari nih membuahkan hasil...syukur alhamdulillah...

gambar amek kat sini

dia punya excited tuh takleh nak gambar macam mana, seronok sangat seiyh...pas habis sesi jumpa doktor bagai, scan bagai, terus berkejaran itik mencarik cafe untuk meneruskan sesi melantak plak...nyum3...kenyang...okay, dah boleh balik umah...hahaha

notakaki : pasni berdebar nak jumpa doktor pakar ortho plak

Wednesday, December 12, 2012

tarikh cantik

Views
gambar amek dari encek google
tarikh cantik, harus hupdate blog walaupun terpekasa beribu kali refresh the same page for almost 2hours already semata2 nak dapatkan tarikh yang cun gini...sekali seumur hidup kot..kalau panjang umur, baru dapat rasa lagi, itupun kalau masih sedor diri ni sape...

its the date 121212, 12.12pm...punyala masa awal tahun ari tu, tunggu punya tunggu date macam gini...kalau ikutkan perancangan bongok aku ngan abang aku, ari ni mesti tarikh kawin aku kan...hakhakhak...punyala plan nak buat majlis serentak ngan abang aku, last2...ntah ke mana sume tuh...takpelah, abaikan, letak tepi...perkara dah lepas...cewah

oh yer...memandangkan tarikh ari ni yang cun, mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan ari ni kan, so, edisi jimatkan suasana, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan hari ini, semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya...dan paling penting, shoot by shoot sampailah naik lenguh photographer masing2...

di kesempatan ni jugak, aku nak wish selamat ulang tahun kelahiran kepada sorang kawan aku masa kat u dulu, yakni fareed...baru teringat nak publish gambar pertama aku amek ngan dia, tapi baru teringat...cd gambar aku yang tu rosak...habis sume kenangan2 muda mudi dulu hancus...

notakaki : esok jumpa doktor pakar sakit puan, walaweih...

Tuesday, December 11, 2012

mengumpul dan merobekkan poket

Views
sejak kembali ke bumi semenanjung nih, dah banyak kali dah poket ku ini rabak dirobek kegiatan soping2 sedunia...adeh...

soping barang baby hokey barang mama baby tak ketinggalan jugak bermula dari baju untuk newborn sehinggalah ke kelengkapan menyusu...errr...baru je beli pump semalam, hahaha

setakat nih, rasa2nya macam 70-80% dan beli barang baby, tinggal a few things lagi yang tak tahu mana nak pilih dan memerlukan pandangan kedua dari mereka2 yang berpengalaman...

actually, aku nih dah tak mampu dah nak berjalan lebih dari 30 minit, jadik, sangatlah slow progression aku dalam membeli kelengkapan untuk baby, bila tak beli kang, rasa macam bersalah plak kat baby, mcm tak excited je kan nak sambut dia...hahaha...jadik, alang2 beli barang baby, mama TERbeli barang untuk dia sekali...errr...opsss...

notakaki ; poket dah rabak, tunggu gaji bulan ni masuk plak baru pergi memancing lagi...

Monday, December 10, 2012

selamat ulang tahun sahabat

Views
entry ini khas ditujukan kepada one of kawansampaimati aku, yakni enhear kerana ari ni adalah ari jadi beliau, ngeeee

seperti biasa, aku cilok gambar dari fb, pastu edit sket

dengan ini, aku nak nyanyikan lagu selamat ni untuk dia

allah selamatkan kamu
allah selamatkan kamu
allah selamatkan midah
allah selamatkan kamu

ucapan aku pendek dan padat je, semoga dipermudahkan segalanya

seingat2 aku, aku tak pernah sambut birthday dia sebab dia lahir bulan 12, di mana dulu, bulan 12 adalah bulan cuti sem, maka, kompem2la dah balik kampung kan time tu...kawan2 aku yang lain, sorang tu awal tahun, time tu dah bukak sem dah...so, bolehla sambut...yang sorang lagi, bulan 10, tengah2 sem...syiok jugak sambut...bila tang birthday aku, ceh...taki best, sebab bulan 4, time tu ngah pulun study untuk final exam...

aku sebenarnya taktau nak tulis apa sempena birthday dia nih sebab nanti kang, kalau aku tulis pape, dia mesti gelakkan tulisan aku...sebab pompuan nih banyak sengal dia dari aku...dan orang selalu cakap dia susah nak ada perasaan...tapi bagi aku, kalau dia susah nak ada perasaan, kompem2 la dia bukan manusia plak kan...so, sebenarnya dia penuh perasaan, tapi dia taktau atau tak perasan macam mana dia nak tunjukkan perasaan dia tuh...errr...paham tak apa aku nak cakap nih sebenarnya...hahahaha

sebenarnya kan, antara aku dan kawan aku yang sorang nih, kitorang punya eye contact sangatlah link, dan selalu saje saling memahami di antara satu sama lain, dengan hanya melalui pandangan mata, tu belum masuk pandangan hati plak kan...hakhakhak...

paling aku takkan lupa sampai bila2 aku harap adalah, dia selalu typing error kalau bab taip msg, tapi aku sentiasa paham apa yang dia nak sampaikan tuh...10 kali dia taip salah, 9 kali aku akan paham, dan mungkin sekali dua je aku tak paham...tak lupa, kawan aku nih, dia selalu sangat cakap belit2...tapi bukan belit2 penipu tuh, cuma penyusunan kata dia amatlah teruk...hahahaha...aku tengah kutuk kau nih, dapat? hehehehe...

kesemua yang aku sebut tentang kawan aku nih, sebenarnya menceriakan hidup aku...*sobsobsob

serius aku dah mula rindu nak lepak sesama lagi...

notakaki : sayang rindu dendam sama kamu semua

terawang-awangan

Views
alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke 31 baby mama ni membesar dalam perot mamanya yang makin hari makin comel boolat nih...dah nak masuk 8 bulan kan...dan dah nak masuk tempoh berjaga2 sebab anything can happen dah pasni...actually, dari minggu ke 28 lagi kena berjaga2...

masuk minggu ke 28, aku dah mula mengira bape kali baby kick, untuk rekod semasa...bila mengira tempoh dan saat2 mendatang nih, teringat aku pada perbincangan aku dan doktor before nih...

doktor ram
kita akan bincang keadaan awak ni dengan doktor pakar dari bahagian OnG untuk capai kata sepakat tentang kandungan awak...
1. mungkin awak akan dimasukkan ke dalam wad bila mana kandungan cecah 28 minggu untuk pemantauan bersama sehinggalah awak capai tarikh sebenar untuk bersalin
2. mungkin kandungan awak ini akan diteruskan sehingga cecah 28-30 minggu, then kita akan proceed dengan operation, biar baby membesar di dalam inkubator
3. yang pasti, rasanya awak tidak akan dibenarkan melahirkan baby secara normal, semuanya akan diuruskan oleh pihak OnG selepas awak berbincangan dengan mereka

hmmmm....macam2 bermain dalam kepala ni sebenarnya...takut, tak sabar, gembira, cuak, dan macam2 lagi sebab dalam kes aku nih, everything needs to be considered...

yang terbaiknya, aku tak pergi jumpa mana2 doktor lagi nih, baik doktor ortho mahupun OnG sebab aku bosan, dan taknak kecamukkan lagi pelbagai possibilities yang akan dorang bagi kat aku...hahahaha....takdelah, itu statement tak sayang diri namanya tu...

actually, ari tu dah consult untuk dapatkan tarikh temujanji, aku perlukan tarikh dalam masa yang terdekat, tapi hampeh...sume jabatan bussy dan taknak terima pesakit macam aku buat masa terdekat nih...apakesss...padat sangatkah jadualnya? aish....

makin lama disimpan makinla kelam kabut dibuatnya nanti bila dah sampai masanya nanti...

kawan2 sekalian, doakan aku selamat dan baby pun selamat hendaknya...dipermudahkan segalanya...insyaallah...

notakaki : sendirian mengharungi cubaan dan dugaan, tabahkan hati, gagahkan kaki

Sunday, December 9, 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

Views

sila klik pada banner untuk join ye

notakaki : first time join contest yang involving top referral nih

bayar hutang

Views

okeh...alega sesangat rasa sebab dah berjaya menjenguk blog kawan2 lain yang dah lama aku tak jenguk...taktau kenapa tenet tengah ari ni sedikit baik moodnya...tapi takpelah...terima kasih berukbeng...

tapi aku hanya sempat jenguk entry2 yang baru dihupdate dalam tempoh 48 jam ni je, yang lebih daripada tempoh tu, susah plak aku nak trace...maka, tak tersmpai la kunjungan aku...

notakaki : terima kasih pada mereka yang sudi singgah sini dan komen entry2 di sini

Eca Year End Giveaway #4

Views

 Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh


aku nak tag


SIMPLE GIVEAWAY - PINK ORANGE SHOPPE

Views

nak join boleh klik banner

3 blogger yang aku nak tag adalah

notakaki : oppsss...terjoin giveaway lagi...


1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Views

nak join klik banner ye

notakaki : cuba nasib di tengah hari, semoga ada rezeki mama baby

tak makan durian dah

Views
ari ni, pepagi lagi sebelum misi aku membantai nasi bungkus pagi, amek mak aku punya tester untuk check kandungan gula dalam darah...

setelah hampir seminggu aku tak makan durian, curik2 makan sesuap, paling busuk pun letak doyan dalam budu...cecah sama ulam timun...wah...heaven...

punyalah beriya aku pantangkan diri dari menjamah durian, tapi...sedih beb...

bacaan gula dalam darah masih tinggi...acanne nih...

notakaki : nak makan pun sentap mak buyong gini



apabila K.A.M.I. bergabung

Views

setelah sekian lama gambar ini diperam, baru ari ni dapat hupdate...alkisah, 25hb november yang lepas, one of kawansampaimati aku ni selamat mengadakan majlis resepsi belah keluarga perempuan...yang belah keluarga lelaki, maafla, tak dapat nak join...

dah lama tak kumpul gini, ari tu masa dia kawin, aku tak dapat nak turun sama, yang lain2 tu suma dapat...sebab masa tu aku ada appointment...hukhukhuk...so, memang dah pasang niat awal2 lagi, majlis dia ni aku nak turun, dalam hati, doa bebanyak agar diberikan kesihatan yang baik...alhamdulillah, selamat sudah semuanya...

kepada kawan2sampaimati aku, ni pesanan untuk kalian...
jaga hubungan persahabatan kita bebaik, ada apa2 masalah, boleh kongsi, jangan segan silu...aku sayang korang sesangat...dan akhir sekali, aku mohon maaf andai aku ada terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan kita...

notakaki : best sangat dapat kumpul macam ni, pasni bila la lagi gamaknya kan dapat kumpul gini...

Saturday, December 8, 2012

KAWAII GIVEAWAY

Views

nak join boleh klik pada banner di atas

ari tu, cik penganjur kita ni dah anjurkan giveaway dan syukur alhamdulillah, aku adalah pemenangnya...hadiah yang aku dapat, see...therosputih dah berwajah baru, terima kasih pada cik penganjur kita nih...aku berpuas hati...

KAWAII GIVEAWAY berlangsung insyaallah sehingga pertengahan bulan januari, moh kita pakat2 join...

notakaki : tetibe internet cam okay je malam ni, sempat lagi join giveaway, hehehehe

berwajah baru

Views
uikss...jangan terkejut...sebab aku sendiri pun terkejut jugak tadi


therosputih sudah bertukar header le nampaknya...wakaka...takdak lagi dah warna hijau hitam, kali ni biru hitam plak...saje, tukar angin...errr...takdak kaitan dengan politik hokeh...

actually, aku nak kaler pink hitam, tapi bila fikir dua tiga kali, terlalu gurlish la plak kan, so, tukar amek peberet kaler yang lain...yes, BIRU

ini bukan aku yang edit, tapi hadiah dari kemenangan giveaway yang aku join baru2 ni, aku syak tak siap sepenuhnya lagi nih proses editing nya, so, tak berani lagi nak sentuh pape, takut mengganggu...kita tunggu dan lihat hasil sepenuhnya pasni macam mana...

overall, i like the header, simple...tapi, kan best kalau ada bunga ros putih tu kan...hikhikhikhik...*gedixs

notakaki : therosputih dalam proses baikpulih daaa

serik dikecewakan

Views
aku terlalu menyayangi dirimu
sehinggakan aku tidak mampu
untuk menerima pembohongan
aku menjadi rapuh
dan sangat sakit

biarlah aku berdiam sahaja
ditemani sepi
dan kenangan itu

aku serik
aku kecewa

notakaki : sesekali bermain dengan kata-kata

Friday, December 7, 2012

durian dan seorang mak buyong

Views
alhamdulillah, dah hampir seminggu dah balik kampung sendiri...dan merasa masakan ibu...owh...indahnya dunia...

cuti sekolah, dah nak masuk sebulan dah, meanings...dah hampir sebulan jugakla aku payah bebenor nak jumpa internet, kalau jumpa pun sekejap2 je, tak menyempat nak hupdate, nak terjah blog kengkawan yang lain...hajat hati nak terjah mudah dan cepat bebenor terbantut dek ekoran asik loading je memanjang...page nya tak kuar2 pun, kalau kuar pun, separuh je boleh view, yang lain error...adoiyainyapun...

ari ni, sempat hupdate, dah lama tak cite pasal diri yang semakin lebar baik dari depan sisi mahupn belakang comel nih...

nak cerita pasal last week, pegi check baby dan mamanya...alkisah...3 ari sebelum tu, memang ari aku bantai durian sedunia...memang bukan setakat makan yang biasa2 nih, tapi memang aku melantak punya la...dah lama tak hadap durian kampung sedap...sedap sangat makan, sampai tak hengat dunia...akibatnya...dari paras gula yang normal, naik mencanak...

test ari tu, hamek kau...11.4 hokey..perghhh....nurse2 kat situ dah start dah, aku tau dorang nak bebel, tapi sebab memandangkan ayah aku keje kat situ, so, dorang cover2 la sket nak bebel tu jadik sindiran2 manja je...hahaha...okay, aku tahu, tu memang salah aku...

pas mengalami trauma gula dalam darah naik, doktor sket lagi nak declared aku sebagai penghidap kencing manis, balik je klinik tu, terus aku slow dah....makan durian pun, itu ari sekali je, itupun selepas aku mengalami mimpi dan mengigau makan durian 3 kali berturut2...

notakaki : tengah mendietkan diri dan menjaga paras gula agar berada di paras yang selamat

episod antara seorang pelajar dan seorang guru

Views
KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

sumber asal dari sini

notakaki : nak jadi guru adalah mudah, tetapi menjadi seorang guru, sangat payah tetapi tak mustahil

mari kita martabatkan profession sebagai seorang guru dan pendidik nusa bangsa

Monday, December 3, 2012

pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

Views
setelah mengalami kelewatan dari tarikh yang sepatutnya aku umumkan pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih, alhamdulillah...hari ni, berkesempatan untuk hupdate...

terima kasih kepada semua yang sudi join ga anjuran aku kali ni, dan ini adalah masa yang ditunggu2 oleh peserta kalian...kompem korang dah skip ayat atas ni kan, terus tengok pada result kat bawah ni, kan kan kan

1. Pengomen Terbanyak jatuh kepada tak lain tak bukan Cik_Azlyzah

2. Entry Paling Kreatip jatuh kepada ayut

Cik_Azlyzah berjaya memenangi crocheted elmo yang kaler merah tu manakala ayut berjaya memenangi crocheted cookie monster yang kaler biru tu

dan 3 lagi pemenang Cabutan Bertuah yang bakal menerima crocheted phone casing telah dipilih menggunakan random.org adalah mereka yang bernombor seperti di bawah, boleh rujuk nombor masing-masing kat sini

no 27

no 25

no 10

perhatian manja
semoga pemenang-pemenang di atas dapat menghantar email butiran lanjut seperti nama, alamat, no phone, dan 2warna yang anda pilih untuk pemenang phone casing kepada nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dengan menulis pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih di ruangan subject...dan jangan lupa tulis nama id blogger anda, senang untuk aku trace rekod anda menang apa...

aku tunggu email dari pemenang...

dari aku selaku penganjur
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway anjuran aku, dan berbanyak-banyak maaf sebab lambat hupdate pemenang bagi giveaway kali ini...kepada yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang tidak menang, boleh cuba di lain giveaway...sebab aku sangat suka anjur giveaway nih, nantikan next giveaway dari therosputih...adiossss

notakaki : mak buyong nih terlebih makan durian kampung sampaikan gula dalam darah naik mencanak-canak

Sunday, December 2, 2012

duga kesabaran

Views
pergh...mintak maaf sesangat sebab tak dapat nak hupdate pasal pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih tu sebab masalah internet yang sangat slow sampaikan nak tulis new entry macam ni pun kena tunggu berjam2...

notakaki : nak hupdate pun tak lepas apatah lagi nak terjah umah kawan2 yang lain

aku rindu nak bertenet dengan jayanya...sobsobsob