kepada siapa yang tidak pernah ke sabah
entry ni sengaja nak cerita tentang sabah dari persepsi aku yang berasal dari semenanjung, tetapi bekerja di sabah... sebelum tu, nak le mention awal2 kat sini yang aku belum habis lagi pusing sabah, dan baru je bape bulan duk sabah, jadik, kalau maklumat yang aku nyatakan kat sini tak bape nak betul, tolong maafkan aku dan perbetulkanlah aku dengan cara yang berhemah ye aku biasa terlibat dengan situasi yang macam ni situasi dia : kerja kat mana sekarang? aku : kat lahad datu, sabah dia : kenapa tak dapatkan treatment kat sana je? aku : kat mana? dia : lahad datu lah aku : kekurangan facilities, apa2 hal kena rujuk ke kk, kota kinabalu dia : habis, tu...kenapa tak pegi je kota kinabalu tu? aku : jauh kot dia : jauh sangat ke? (dengan nada sinis) aku : hampir2 600km...macam kelantan pergi johor, patah balik gi kl dia : ooo...jauhnya... aku : dia punya jauh tu, sama macam saya terbang balik semenanjung dan dapatkan treatment di sini dia : (diam, tak terkata apa2) ok...