Tuesday, June 29, 2010

bebas macam burung

Views


notakaki : aku cilok replika ni mase jenguk2 office my brother, mata terus berkenan ngan replika kat meja member dia...hihihi

benda alah apa ni?

Views
pandangan depan


pandangan sisi


pandangan belakang


siap tungging2 lagi nih


ada tiga tayar

korang dapat teka tak menatang apa nih?

sekalik, pengasah pensel dalam rupa bentuk kereta upenya

notakaki : sila abaikan pemandangan sekeliling

resipi cekodok labu

Views
peringatan : entry ini menggunakan ayat2 yang berunsurkan 18sg, pembaca bawah 18 thn, sila dapatkan pengawasan ibu bapa

1. sebijik labu, saiz tak kisah, y penting ada...makin besar labu, makin byk isi dapat


2. bogelkan labu itu


3. buang isi perut labu itu dengan apa cara sekalipun


4. sagat isi labu itu supaya hancur, kalau nak blend boleh jugak, tp nnti cekodok anda tak bape nak cantik isinya, nnti jadik mcm tanah liat aje

5. ramuan lain sama mcm nak buat cekodok biasa, letak telur sebijik, garam, gula and paling penting tepung gandum, kalu tak sia-sia operasi penyagatan anda...

cekodok ni versi manis, jadik letak gula byk sket, jp jgn byk sgt, tak elok...

selamat mencuba...

buah asam gelugor

Views
penah dgr nama asam gelugor atau juga dipanggil asam keping...penah tgk rupa bentuk buahnya? kat sini aku nak kenalkan kalian ngan buah masam ni...(hishhh...kecur mulut aku tetibe)

buah gelugor yang matang untuk diproses

buah ni nnti akan dipotong2 untuk dijemur kering seperti di bawah


slps penjemuran selama beberapa hari, warna kuning keemasan ni akan bertukar menjadi merah kehitaman...dan boleh digunapakai dalam pelbagai jenis masakan...

notakaki : teringat laksa...huishhh...sekali lagi kecur mulut ku...

Monday, June 21, 2010

runtuhnya penjara pudu

Views




tepat jam 10 mlm ni, penjara pudu akan diruntuhkan bagi membenarkan pembangunan lain diteruskan...

aku tak kisah bangunan apa y nak didirikan kat situ menggantikan penjara pudu tu, y aku tu, tempat tu penuh nilai sentimental dlm diri aku...huuuu


notakaki : teringat kat orang yang memperkenalkan aku ngan bangunan penjara ni for the first time in my life...

teringat juga kat mereka2 y pernah tinggal kat situ dan masih tinggal di situ...

online ini malam

Views
tot tot
enset aku bunyik, maknenya ada msg masuk

~ : nak tenet tak mlm ni?
aku : uih...pucuk dicita ulam mendatang, bagai org mengantuk diberi bantal empuk dan katil berselimut lagih
~ : panjang lak jawabnya
aku : hihihi


notakaki : thanks to my brother ah

Sunday, June 20, 2010

i'm leaving

Views
sedih lak tetibe sebab i have to go home...hukhuk...thanks sis for everything that you give, soo happy to be with you and that little boy...huh...rasa mau makan aje dia...wakaka...

notakaki : i'm leaving...on the jet plane...don't know when i'll be back again...ooo

teringat masa linda nanuwil nyanyi lagu ni masa af2

Saturday, June 19, 2010

gejala normal

Views
korang perasan tak apa yang akan berlaku sebelum bulan mengambang?

hmmm...ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, sebelum bulan mengambang, bumi seakan2 badmood aje, sume serba tak kena, cuaca cepat berubah, kalau tadi panas, tetibe je leh bertukar mendung...sangat bahaya...

kemuncak sekali adalah, malam sebelum bulan mengambang, hujan turun selebatnya, hujan ni turun tanpa adanya petanda nak ujan...hbs je hujan, nescaya esoknya bulan mengambang...

berapa peratus betul? lebih kurang 2/3 jugaklah...

korang percaya? hihihi...aku sangat percaya...

panduan membina taman

Views
taken from berita harian (sabtu, 19 jun 2010)

Beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan laman menarik dan memenuhi fungsi yang diingini. Ingatlah bahawa taman yang anda akan bina adalah taman anda sendiri, justeru karektor taman, susun atur tumbuhan dan pemilihan spesis sebaiknya melambangkan diri anda atau kata lainnya menampakkan personaliti anda.

1. Catat serta lakarkan serba ringkas rupa bentuk taman anda.

2. Jika anda gemarkan warna, binalah taman anda dengan gabungan kepelbagaian warna bunga ataupun warna daun tumbuhan.

3. Ada pelbagai spesis menawarkan warna bunga menarik yang mungkin menjadi idaman anda namun perlu diingatkan bahawa pemilihan bunga-bungaan ini juga biarlah di kalangan yang mudah dipelihara dan tidak remeh penjagaannya.

4. Pilihlah mengikut selera anda dan ingatlah pemilihan terhadap spesis tidaklah perlu sehingga taman anda kelihatan seperti caca marba.

5. Bagi mereka yang gemarkan suasana semula jadi pasti akan lebih cenderung untuk menjadikan taman kelihatan tumbuh secara rawak dan tersendiri di sudut halaman mereka sementara mereka yang gemarkan tumbuhan dari kaum palma pastinya akan memilih gabungan pepohon palma yang sesuai dengan imej yang diinginkan.


notakaki : aku suka share benda yang aku suka dgn kamoo...

belum apa-apa dah apa-apa

Views
td tgk akaun bank, huh....ada duit masuk...wakaka...bagus2...alah...masuk ciput je, tp akunya plan boombastik dah...mmg sesuai ngan tajuk entry "belum apa-apa dah apa-apa"

alah...aku nak share sket apa plan aku...

memandangkan aku skrg tgh melebarkan lagi bisnes crochet aku, setakat ni, okaylah, agak memberangsangkan diri sendiri...dengan kemasukan money2 dlm akaun aku, aku ingat nak buat satu rumah kedai khas utk memasarkan hasil crochet and menjadi tumpuan mereka yang berminat nak belajar crochet...

apa kau ingat money2 masuk riban2 ke cik kak oi!!!

ha'ah ek, nak buat reban ayam y ciput pun riban2 gak hbs, ni kan plak nak buat umah kedai khas utk aku, lupa la plak...

kalau setakat y masuknya puluh2an aje, baik kau berangan ala2 kadar je cik kak...

notakaki : ceh...nak bayar bil tepon bulan2 pun tak lepas, cit...

Friday, June 18, 2010

dalam diam-diam

Views
walaupun ari ni tahap kesihatan aku tak bape nak tip top, aku sempat siapkan sekeping lagi alas gelas...waa...kagum gaklah ngan diri sendiri, smbil baring2 tangan tak lekang ngan jarum kait...nak buat mcm mana...kali ni aku buat utk alas gelas, kecik, sesuai ngan kondisi aku right now...wakakaka...aku bg nama corak bunga kembang, sbb mcm sejambak bunga kan kan kan...ke korang tak nampak mana bunganya apatah lagi kekembangannya...


nilah hasilnya

mempunyai kelebaran 4.75-5 inci, nmpak comel dengan gelas...hihihi


khayal

Views
smlm, bfore tido, aku amek satu jenis ubat y mmg aku bertahun2 nak elak dr mengambilnya, tp sbb smlm, aku da tak thn sgt nak menanggungnya, aku pejam mata, gulp...telan, hbs cite...so, pg2 lagi, aku da jalan kiri kanan mcm org mabuk todi...huh...rasakan penangan itu...

kesian my sis ngan brother in law, hihihi...nak buat mcm mana...i do have no choice...

bape bijik tah buah kelapa dorg beli, suh aku minum airnya..tgh ari, keadaan masih takde perubahan...terbungkang aje aku, betul2 ho lioau gini...

mase aku ngah lalok tu, aku rasa aku nmpak sesuatu, mcm2 bayangan aku dapat, enset sebelah tangan je, aku agak mesti aku ada anta msg tah pape kat someone, sbb tetibe aku dpt msg, aku sendiri tak phm...aku nak reply, tapi sayang, aku tak mampu...

bila da nak masuk asar, my sis suh bangun mandi, pas mandi, i feel much better...tu y sempat aku hupdate kat sini...huh...my sis suh amek angin luar, tgk lah mcm mana, adakah aku masih lalok...hmmm...layan je lah...

notakaki
mysis : kau amek dadah ke?
aku : cit...

Thursday, June 17, 2010

kisah benar

Views
kisah ini disaksikan sendiri oleh aku and my sis

di suatu ketika matahari tegak di atas kepala, aku and my sis tgh tungguh lampu isyarat dr merah ke hijau

tetibe je nmpak kelibat sorg lelaki ngong ngeng ngong ngeng

senonong je dia jalan lintas simpang empat tuh, tak pandang kiri kanan tol, nasib baik la takde kete...

sekali dia angkat tangan (ala2 nak tahan kete)

kitorang dlm kete da cuak da, yelah, kami ni kan pmpuan

nak dijadikan cerita, ada sorg mamat ni naik moto sorg2, and conform2la belakang dia kosong, dah nama moto, mana ada cover2 lagi dah...laki tadi tu tanya la mamat tu sesuatu, tunjuk2 arah kat mamat tu

sekali dia naik moto mamat tu and suh mamat tu jadik pemandu pelancong dia, laki tu siap angkat2 tangan (gaya ala-ala mcm cite titanic tuh)

kitorang dalam kete dah gelak berbakul2 da, gelak2 jugak, tp aku kesian woo kat mamat tak berdosa tu, kesian dia menjadi mangsa keadaan, dah dia je time tu y naik moto, kalau tak, lehla jugak laki tadi tu pilih2 nak naik moto mana, kalu naik kete leh jugak lock kete tak kasi naik

agak jauh gakla mamat tu bawak laki tadi pusing2, aku berdoa2 agar laki tadi tu tak kena pape, dibuatnya laki tadi tu ngamuk taknak turun moto, tak ke jadi kes penderaan gitu

nasib baik lagi sekali, laki tadi turun kat satu tempat di mana mamat tu berenti, nasib baik la kan

notakaki : mamat tu balik umah, cite kat bini dia, td abg kena ganggu dek laki tak bape betul, nasib baik umur abg panjang, lalu bini dia mengucapkan kesyukuran y tidak terhingga sambil membawakan air sirap limau ais utk suami tercinta

*
*
the end

Wednesday, June 16, 2010

cerita semalam yang tidak basi

Views
semalam, balik umah, doing routine activity, seems like nothing interest about me, tp aku tak kisahla pe pandangan org terhadap aku, because aku selalunya always will make my life better than before, so, i always happy with my life...

mlm, aku masak sambil dipantau akak aku, wakaka...aku tak pandai masak ok, goreng telur pun ikut hari, kalau nasib baik, telur goreng aku cun, kalau hari kureng baik...hamcusss...singgang daging, daging goreng, ikan goreng, jantung pisang celur...wushhh...meleleh ayaq liur aku...simple2 aje, tp sangat menyelerakan aku...

baru nak landing, tetibe aku realize sesuatu...how empty my soul right now...ecece...tgk, aku da start berdrama king da ni...mcm mana nak empty the soul, aku tak semayang isyak lagi...hampeh ada hamba mcm aku ni....mintak ampun ye allah...

malamnya lagi, langit mendung, bintang tak ada, hari hujan lebat, siap ada guruh lagi...haish...

notakaki : terbasi lak cerita ini, hampeh, tak sedap!!

ini hasil terbaru

Views

hush...ni la projek terbaru aku...dah diupload kan dah pun ke blog jualbelicrocheted aku tuh...nak tgk lbh lanjut? boleh klik di sini okeh...nak kata makan masa lama, takdelah sangat, kejap je, cuma kau tak duduk and buat je, kalau setakat duduk, tp tak buat, tak ke mana jugak...kaler pink gelap...hihi...suke3...

sape2 nak buat tempahan, hah...dipersilakan, aku bentang karpet merah tabur2 kelopak bunga ros lagi...dipersilakan semua...

Tuesday, June 15, 2010

hari yang indah

Views
walaupun permulaan pagi ini agak kelam kabut sedikit, tp rasanya boleh diperbaiki lagi...hihihi...hari ni, pepagi lagi dah online...waahhh...jom kita chat guys...talking about everything, bermula ngan wiwi smpaila kepada hal org lain, tetapi bukan ngumpat, cite hal org lain tentang org tu jugak...tak termasuk dlm kategori mengumpat kan...

sharing is caring, so, we share everything, caring about anything

hope that my friend there, hope you okay guys...you'll always with my pray...don't worry, i told allah already to keep his eyes on you...

hari ni, setakat before tgh hari ni, aku hanya bersenang lenang sahaja, sbb tu lah entry dia hari yang indah, sungguh indah begini kan...hikhik...

Monday, June 14, 2010

perkembangan allergenic

Views
hari ni, bangun pagi, terasa sangat gatal kat kedua-dua mata, masih gatal nampaknya, takpelah, janji aku tak genyeh...(genyeh jugak, tp tak leh lama2, takut)

cuma hari ni, rasa seram sejuk mcm nak demam, tekak da sakit, hidung dah berair, pendek kata, aku dah selsema nih, ni msti sbb gi hsptl smlm, byk virus, dan satu telah jangkit ngan aku...ceh...

mata merah2 lagi, dan sbnrnya, sangatla gatal...kalo diikutkan ati, dah lama aku genyeh sekuat ati...padan muka mata...

Sunday, June 13, 2010

allergenic

Views
smlm aku ada makan beberapa ekor udang...

as the result, today,

kedua mata aku mcm nak terkeluar...mata putihnya, gelembung seakan2 nak pecah, mata hitam nampak seakan tenggelam ke dalam sebab mata putih bengkak, nak tutup mata, nak kelip mata, sangat susah dan sangat memeritkan, sbb rasa mcm kelopak mata bergesel ngan bebola mata...kalau menguap, air mata bertakung, menyebabkan pandangan terus kabur...and takes a few minutes longer than normal eyes to see clearly...my eyes, both of them rasa geli2 gatal gitu, nak genyeh, takut jadi pape y lebih teruk...jadi, sabar, tahankan diri je...

masa tidur, aku dah rasa gatal2, main genyeh je mata sblh kiri ni, genyeh tak ingat dunia, bila bangun, ya allah ya tuhanku, betul ke tu mata aku, mcm mata antu jahat je, merah...duduk tak lama, mata kanan lak, mata kanan ni, aku tak usik seh, cuma air mata y keluar tu, aku kesat sbb da penuh takungan...aku biar je mata berair, sbb menurut artikel y aku bace, air mata akan menyembuhkan penyakit mata...

dan disebabkan aku adalah ratu air mata, utk mengeluarkan air mata sepanjang hari tidak menjadi masalah utama utk aku, jadi, semoga air mata ini akan menyembuhkan sakit mata ku ini...

Saturday, June 12, 2010

jentik

Views
hari ini dengan rasminya seseorang kena jentik ngan seseorang...kwang3...catat sejarah...lps ni, ada lagikah sesi jentik menjentik atau sesi ini akan berlarutan dan semakin parah...tunggu dan lihat sajelah...

notakaki : anak sedara aku kena jentik manja ngan ibunya, sume sebab si ibu dilanda kegeraman tahap gaban terhadap anak sendiri...keskeskes

happy birthday sis

Views
110610 - birthday my younger sister, huh...tatau la my mother smpaikan ke tak salam birthday aku tuh, sbb lupa dianye number, so, langkah selamat, i wish her through my mother...adil la tu kan...heheheh

Friday, June 11, 2010

kisah buah nam-nam lagi

Views
aku mendapat sambutan yang agak menggalakkan berkenaan buah nam-nam, kesian kat those y tak pernah ada experience ngan buah nam-nam, i wish that i could help you guys, hmmm...nak buat mcm mana ek...mehla dtg umah i, i belanja makan buah nam-nam...

Thursday, June 10, 2010

guru pembina negara bangsa

Views
bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
demi mu ibu pertiwi
sumpah ku lafaz janji ku kota

berikrar eratkan bangsa
kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
menyebarkan ilmu tiada batasnya

guru pembina negara bangsa
gagah perjuangkan visi negara
bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
demi agama dan nusa tercinta

guru pembina negara bangsa
tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya
cemerang dan gemilangkan malaysia

inilah dia

Views
seperti yang telah dijanjikan, ari ni mmg angin rajin ku datangla...mmg tak dinafikan lagi...so, inilah dia doily yang aku sebok duk bercerita semalam...nak letak nama apa ek..

setelah termenung beberapa ketika, dengan ini aku mengumumkan, doily ini diberi nama 'simple doily'

kwang2...sbb nak buat ni sangatla senang, banyak repetition aje, so, itu y melomahkan somangat aku nak mengait...

dasat! aku sendiri pun tak percaya

Views
ari ni pepagi lagi dah bgn, seawal jam 5 seh...mmgla sblm ni aku bgn pagi, solat, tp kali ni, awal sesangat...and, kalu bgn pg nak study tu okay lagi lah...(hihihi...da lama tak guna word study)..

aku bgn pagi ni sbb nak tlg my sister masak for breakfast, alih2, aku sorg y bgn, nak kejut dia, hishh...mcm kesian la plak...takpelah, aku prepare bahan lu...

okeh, bahan dah siap!! my sis smpai sudah tak bgn agi nih...

ah...aku masak jelah...kungkang2 (bunyi je lebih tu)

okeh siap!!! alamak, lupa nak rasa lah...hahaha...balun je lah..breakfast da ready...

my sis baru bgn daa...aish...

Wednesday, June 9, 2010

entry lewat malam

Views
kalu diikutkan sejarah, waktu2 begini, aku dahpun belayar smpai tah memane dah ni...tp mlm ni, sepesel sket, sbb tak tidur lagi...takdelah nak hupdate story y best, tp saje je, gatai tangan jap nak jenguk laman...

td aku ada cakap nak siapkan crochet kan, da siap da, tp aku tak hamek gmbar lagi, malas nak cucuk sana cucuk sini...nnti esok2 ah, dtg angin rajin sket, aku hupload ah...so, matlamat nak siapkan sesuatu hari ni tercapai...yess!!

esok mcm mana?tadak sape tau, jd tak leh tulis apa2 lagi ini malam...huhuhu

wokehla...wa chaw lu beb...adios and selamat malam kalian...assalamualaikum...

today's plan

Views
as wake up this morning, i already mumbling myself...what will i'm going to do today? hmmm...thinking myself...today, i have the key to internet, how about tomorrow, nobody know...so, i have to maximize the use of it...hahaha...

today, i plan to crochet a doily from my own collection, i want to finish it by today...lets see if i can make it...

Tuesday, June 8, 2010

drive lagi

Views
ari ni my sis kasik aku drive her car again, hehehe...suke2...kali ni aku bawak jauh sket, hikhikhik...thanks sayang...

status hari ini?

Views
nak kata aku sedih, mmm...tak jugak...
nak kata aku heppi, mmm...tak jugak...

mcm mana nak describe this feelings ek? so complicated to talk about, and hard to understand...selalunya, bila aku dah start merapu bagai gini, adala something y disturb my operating system...susah ah nak describe camne...y penting, i feel something y hard for me to explain using words, even nak show pun takleh jugak...susah2...campur baur sume perasaan...aku rasa sedih, heppi, sunyi, rindu, benci...haih....

notakaki : aku nak kena diformat ke?

Monday, June 7, 2010

simcard missing

Views
this is a real story...

don't know what to say actually, but i can only said that, that missing happen in front of eyes but no one realize it until one day...

~1 : my simcard is missing!
~2 : what should we do?
~1 : just relax
~2 : okay...

*
*

search for the nearest centre...hmmm...found nothing...hmmm...i leave it to you
~2 : i've try my best
~1 : it's okay, thanks for helping
~2 : you're welcome

*
*

~1 : i'm done!
~2 : done what?
~1 : my simcard is back!
~2 : how?
~1 : i go to the centre, and it's ready just now...
~2 : amazing, it's your luck actually
~1 : ya...thanks for helping
~2 : my pleasure...but...
~1 : what?
~2 : i wanna request something after my helps, can i?
~1 : just say it
~2 : i want something as a gift, not one, not two, but double2
~1 : huish...are you sure?
~2 : absolutely sure
~1 : okay, bear it in your mind, afraid that i'm might losing it
~2 : don't worry, i'll keep it tightly with me

teruja tapi takut

Views
tadi petang, hang out together with my sis, hurm...tgh2 on da way tuh, leh plak dia cakap..."aku lupa pakai spek la"
aku apa lagi...takdelah kaget mana, tp risau jugak, dlm ati, "bleh ke pmpuan ni bawak?"

alih2...my sis mintak aku bwk kete...hah?

kita imbas sejarah pemanduan aku sekejap...
1. kancil
setakat kancil tuh, aku berani je bwk, nak cilok sana, cilok sini, no hal...(tp mulut kumat kamit la bace tah pape selawat y aku hafal)

2. iswara
baru sekali bawak, takde masalah, ok je...

3. van
baru je bwk 2 saat, dah mati, terus taknak bawak

4. ...

eh...da hbs dah ke...haish...mcm mana ni, redah je lah, bukan aku tak pernah bwk kete my sis nih, cuma bila dah terbiasa ngan kete kecik, nak bawak kete y agak besar utk aku (kereta my sis wira), agak seram sejuk jugakla...

tp syukurlah, singgah sana, singgah sini, alhamdulillah, takde pape y berlaku, walaupun paras degupan jantung my sis mase aku drive tu sama laju ngan paras patah perkataan y kuar dr mulut dia...hakhakhak...standard lah tu, kalu kita bwk, kita tak kisahla, tp once kita naik org lain bwk, ya allah, rasa mcm nak kena tukar jantung baru 2,3 kali gak lah...sangatla cuak...hikhikhik

pengalaman hari ni boleh tahan la jugak...menceriakan saat kusam hidupku...thumbs up for today...time kasih allah...

tip untuk kediaman selesa dan nyaman

Views
tip ni aku amek dr local newspaper

1. berikan perhatian pada pengudaraan, ia mampu menjimatkan penggunaan kipas dan pendingin hawa

2. jika mahukan suasana rumah yang cosy, pemilihan tona cat penting

3. pencahayaan juga penting, pemilihan lampu yang sesuai mampu menutup kecacatan kecil sesuatu ruang

4. pastikan tangki air terletak pada tempat yang mudah disenggara seperti di atas bumbung (terdedah pada matahari), lakukan senggara dengan kerap

5. sebolehnya, elakkan penggunaan tangki air kaca fiber kerana ia memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang, penggunaan pvc dan besi tahan karat digalakkan

6. untuk memudahkan senggara tumbuh-tumbuhan, pilih yang kurang memerlukan air, baja juga perlu untuk kesuburan pokok

7. untuk memudahkan penyerapan baja, buat empat lubang di keliling pokok dengan mencucuk sebatang besi ke tanah, kemudian, masukkan baja dan tutup kembali lubang, ini dapat mengelakkan baja daripada terluar dari pasu ketika menyiram atau baja tidak diserap ke tanah akibat tanah terlalu keras

8. untuk membina kediaman banglo, tidak perlu rumah terlalu besar, biarkan laman luas untuk suasana yang lebih nyaman dan tenang

kepelbagaiaan guna cuka

Views

buat sendiri di rumah
kelolaan NORAINI ABD. RAZAK taken from one of the local newspaper

cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya..membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan..

1. buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka..bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut..

2. bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka..biarkan selama lima minit dan curahkan air panas..

3. bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air..didihkan campuran tersebut dengan ketuhar gelombang, memudahkan kekotiran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau..

4. untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasa..biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih..

5. hilangkan kesan kekotoran ada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman..untuk mendapatkan kesan lebih drastik, didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit..biarkan sejuk dan bilas..

6. hilangkan kesan kopi pada cawan..caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih..

7. hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas..

8. gunakan semburan cuka untuk elat semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap..

9. hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk..mula-mula, bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air..sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain..isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk..biarkan beberapa hari..

10. untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan..

11. harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas..

12. untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas..

13. tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campuran 2 sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat..gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan..

perempuan makhluk sensitif

Views
article was taken from the newspaper (nuranilelaki@yahoo.com)

perempuan fitrahnya adalah makhluk yang sangat sensitif berbanding lelaki..ini mungkin disebabkan sejak kecil lelaki telah diajar agar tidak meluahkan perasaannya..itu alasan yang selalu diberikan..tetapi rupanya ada alasan lain mengapa hal itu berlaku - otak lelaki dan wanita berbeza..amygdala, bahagian otak yang mengawal maklum balas emosi manusia kurang berhubung dengan bahagian seperti di visual cortex yang mengawal otot..walhal, amygdala pada perempuan lebih berhubung dengan bahagian otak yang mengawal bahasa..barangkali itu sebabnya wanita lebih terbuka dan mudah meluahkan perasaannya..

berikut ialah antara perbezaan ketara antara lelaki dan wanita yang perlu difahami..

lelaki tahan sakit
yang ini memang perempuan lemah..dalam beberapa kajian mendapati lelaki selalunya mampu menahan sakit dengan lebih lama..ramai percaya lelaki mampu berbuat demikian kerana persepsi masyarakat bahawa lelaki mesti kuat dan tidak sukar dikalahkan..

lelaki tidak tekun mendengar
alasannya, semasa lelaki sedang mendengar, mereka mengaktifkan otak kiri yang berkaitan dengan bahasa..walhal, wanita mengaktifkan otak kiri dan kanannya serentak..wanita juga mampu melakukan aktiviti lain sambil mendengar tetapi lelaki perlu lebih fokus..begitupun, ini tidak bermaksud wanita adalah pendengar yang lebih baik berbanding lelaki..

lelaki sukar mengingati perincian
hal ini memang selalu berlaku..lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari jadi malah kadang kala umur anak..sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan..ini membuatkan lelaki sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih berbentuk visual..

lelaki lebih menyukai sukan
jika dilihat secara rambang, memang lebih ramai lelaki yang mendambakan sukan berbanding wanita..puncanya kerana testosteron yang dikaitkan maskulin..lelaki mengeluarkan testosteron 20 kali lebih banyak berbanding wanita setiap hari..

Sunday, June 6, 2010

shahir - kebahagiaan dalam perpisahan

Views

shahir - kebahagiaan dalam perpisahan

tak perlu ucapkan sepatah kata
kerana lantang terbaca dari muka
kau dan daku sudah tiada
keserasian di jiwa
mungkin magisnya sudah hilang
tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
bila setiap perbincangan
menjadi perbalahan
manakah agaknya cinta pasti
embun pun takkan mampu
menyubur sekuntum
bunga yang layu
pada musim luruh
yang dulunya mekar
disinar suria
bila sudah kering
pasti akan gugur
seperti cinta kita
yang jelas ternyata
semakin lama
oh semakin rekah
menimbulkan tanya
apa mungkin kita
temu kebahagiaan
dalam perpisahan
usah titis air mata kau tangiskan
ku dah cukup menampung selautan
begitu lama ku pendam
tapi hanya berdiam
kerana cuba menafi realiti
embun pun takkan mampu
menyubur sekuntum
bunga yang layu
pada musim luruh
yang dulunya mekar
disinar suria
bila sudah kering
pasti akan gugur
seperti cinta kita
yang jelas ternyata
semakin lama
oh semakin rekah
menimbulkan tanya
apa mungkin kita
temu kebahagiaan
dalam perpisahan
kebahagiaan
dalam perpisahan


aku tidak suka pada perpisahan, namun andainya perpisahan adalah yang terbaik buat kita semua, aku akur...

stress

Views
aku stress

buah nam-nam

Views
meet buah nam-nam everybody, hah...to those who are not familiar with this kind of fruit, nak cakap psl penah makan, lagi lah haru kan..takpe2...meh aku cite pengalaman aku...

kat umah aku, agak bersepah gaklah benih pokok ni, sbb apa, lps makan je, baling bijik, lps makan je, baling bijik...haish...mau tak tumbuh merata tempat...pokok ni senang tumbuh, tu y best tu...berbuah sepanjang tahun...rasa, kalau buah tu dah betul2 matang, manis masam jugaklah, tp kalau muda trangtangtang, masam dia ya allah, tuhan je y tau, kelat2 pun ada gak...buah nam-nam ni bg aku, sangat sedap...

pucuk dia, kalau y muda tu, ada kaler merah2 sket, boleh dimakan direct gitu je, buat ubat darah tinggi, maybe sbb ada rasa masam kot, aku pun tak pernah makan...dan takde rasa nak makan lagi setakat ni, hikhikhik

Saturday, June 5, 2010

040610 - sickness of being tension person

Views
i wish that i am sitting in front of my lappy right now, oh, forgot to mention, with connection to the internet also...and of course, with my blog...wish to write all i wanted to write...huh...tired of being tension with other people, but no one feel the same with me...oh...i hate this situation...when this situation is sitting in front of me, those stupid question dancing happily around me...

why me the only person feel the 'tension'ness but you are not?
why me?
why i have to tension with you?
why me?


arghhh...i want to scream, pull out everything what we called tension word...i want to yell at you...i want to say that i'm sick of you!!

i love you but i hate you
i hate you because i do not love you


i think that i am too tension right now...let's go to h***, are you dare?

tenet oh tenet

Views
akhirnya aku dapat bertenet! yes!! walaupun bukanlah selama-lamanya, terubat rindu aku kat kau cik tenet...nnti kite dating eh...