Friday, February 21, 2014

kalau dah kreatif

Views
aku dapat gambar ni hasil perkongsian email, dan tertarik nak share picture nih..







cantik sangat sampai tak sanggup nak makan,tak sampai hati nak rosakkan keunikan dan kekreatifannya...untuk tatapan mata aje lah..

notakaki : hupdate blog sampai main2 ngan alia




Wednesday, February 19, 2014

terlalu rindu

Views
usianya menginjak dua tahun
maka sudah dua tahun jugalah
kita tidak bersua muka
sayang
masihkah kau ingat padaku
berkira-kira sendiri
di dalam hati kecilku
sayang
tahukah olehmu
aku terlalu rindu
pada suaramu
pada pandanganmu
dan pada sentuhanmu
terlalu rindu
saban malam
aku bermimpikan kamu
aku memelukmu dengan erat
sambil ku dengar degupan jantungmu
aku bahagia begitu
sengaja aku merendahkan kedudukan
agar dapat meletakkan kepalaku di dadamu
dan merasai kehangatanmu
seakan tidak mahu berhenti
biarlah mimpi ini berpanjangan
tidak mahu aku menyaksikan realitinya
kerana aku mahu bersamamu
sepanjang hayatku

sayang
aku masih cinta padamu
masih sayang padamu
namun tidakkan sesekali 
aku menjadi mangsa bicara manismu
benarlah
lidah itu tidak bertulang

biarlah aku
membawa cinta ini bersamaku
walau ke mana kaki ini mengembara
di bumi yang fana
hanya bertemankan mimpi indah
kita berdua

notakaki : kesian sama erra fazira dan emran

Tuesday, February 11, 2014

mengalah jua

Views
dah cuba bertahan untuk tidak mengambilnya lagi, tapi...tewas jua...


nah...tepek senget2 sket kasik teleng kepala korang...kikikiki

notakaki : doakan kesihatan aku anak beranak


Sunday, February 9, 2014

kurang cargas

Views
semalam sebelum tidur, dah terasa perit2 tekak, sambil dalam hati 'janganla demam esoknya, janganla' tapi...ternyata allah lebih mengetahui...

sabar dan tabah kan aje lah hatinya...sakit itu kan penghapus dosa...layankan aje lah...alia sendiri pun, dah bape lama selesem je..kelmarin pun, demam...tak tidur aku satu malam sebab alia merengek tak boleh tidur...aku check suhu dia setiap jam...ya allah, tuhan je tahu apa yang tengah bermain dalam hati aku nih...dahla jauh dengan keluarga kan...sume nak kena tanggung sendiri...

sambil aku update blog nih, aku tengah khusyuk layab radio era, nak2 semalam anugerah meletop era kan...hahaha...aku tak trngok pun, tapi terkekek2 gelak bila bukak fb, sume yang nonton anugerah meletop tu tak puas ati ngan neelopa...kihkihkih...aku dah lama dah boikot penampilan dia...doa aku, semoga pasni neelopa berubah...lagi manis, lagi cantik kalau bertudung berpakaian litup...

notakaki : bila tekak sakit, nak bercakap pun malas