Posts

Showing posts with the label petua

petua halau nyamuk

Image
first time tahu pasal petua ni masa baca entry2 kat blog kak adyna < http://www.myadyna.com/ >, aku rasa sangat menarik sebab bahan yang digunakan adalah natural dan senang didapati...                              cucuk bunga cengkih ke dalam limau yang telah dibelah dua...tapi aku konfius sekarang ni, limau nipis ke limau kasturi eh? hahaha...bedal aje lah labuuuuu... aku guna limau kasturi... alia tengah tidur, so, aku try petua ni, tengok apa perkembangannya...harap2 takdakla lagi nyamuk2 yang sangat sukakan alia nih... notakaki : tetibe ngidam nak makan limau kasturi sama2 ngan asam yang kaler putih tu...

petua kempiskan perut

Image
sejak dua tiga menjak nih, asal celik mata je, satu word je yang keluar...LAPAR...adehla wei... ada tak petua untuk kenyang tanpa perlu kena makan dan makan dan makan? huh...kalau ada la kan, tak gunala allah bagi nikmat makan kan...hahaha... meh sini, aku nak share petua kempiskan perut, hasil perkongsian kawan2 di fb...                       bila dah kuantiti makan melebihi kualiti yang diperlukan, sume part dah jadik store tempat lebihan lelemak manja...itula jadiknya kalau makan tak hengat...terus terang, aku tak pernah try petua yang kat atas tuh, satu sebab...parut operate tuh, masih terasa sakit dan ngilunya walaupun dah berlalu hampir2 empat bulan yang lalu...adeh... notakaki : tidak menyinggung sesiapa...

petua atasi sakit leher akibat salah bantal

Image
adeh...ari ni kongsi satu lagi petua, tadi pagi dah kongsi petua pakai tudung bawal dengan mudah dan cepat, yang penting cantik ...hehehe mesti ada antara kita yang pernah mengalami masalah seperti ini... sakit leher akibat tersalah bantal atau lebih tepat lagi salah landing time tidur...dah nama pun tidur, main taram je kepalanya, tau2 bangun pagi esok tuh...adoi la...nak pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, nak toleh orang kat belakang, dengan badan2 sekali menolehnya... kredit to google for this picture petua ni, aku dapat tahu hasil pembacaan jugak, bukanlah disampaikan oleh sesiapa pun... cara atau petua mengatasinya adalah dengan cara amek sebiji bantal saiz sedang2, pastu hempuk ke tempat leher yang sakit tu dengan kuasa hempukan pun sedang2 jugak, insyaallah, dengan izin allah, akan hilang sakit tu teringat kisah benar aku ngan mak aku, masa tu aku tengah sakit leher, nak tunduk pun tak dapat, citela ngan mak aku pasal petua nih sebab, mak aku sendiri pun ...

tips memakai tudung bawal

Image
sekarang ni macam2 jenis tudung ada kat pasaran, yang mudah, cepat pakai, tak yah iron, yang ada owning, sume ada...jadik, tak ada alasan lagi dah takmo pakai tudung kan... tapi yang masih setia evergreen sehingga ari ni adalah tudung bawal...memang aku tak nafi, walaupun bermacam2 jenis turun naik jenis hiasan tudung bawal nih, basic nye tetap sama...menggunakan tudung bawal yang lembut, dan sedikit jarang... bape kali jugakla aku kena tegur sebab pakai tudung nampak batang lehernya...my bad lah tuh... kredit to google for this picture disebabkan sifatnya yang lembut itulah, kadang2 susah jugak nak pakai tudung bawal supaya terletak dengan cantik...tapi ada caranya...pernah dengar kiwi kleen fabric starch ? kredit to here for this picture dia ada dua jenis, satu yang botol biru which is natural , satu lagi yang botol kuning which is ada bau lemon2 sket...mana2 satu pun tak kisah sebenarnya...aku suka pakai yang kuning, sebab ada bau sket kan... cara pakai starch ...

jangan letak dompet di poket belakang

Image
mula2 bace entry dari sini , terima kasih atas info yang sangat berguna ini... masa baca tajuk entry, ingatkan kenapa lah tak boleh letak dompet kat poket belakang, mana la, selain senang dicurik oleh pencuri, rupa2nya ada info kesihatan di situ... aku kongsikan jugak di sini untuk bacaan kita bersama... bila letak dompet kat poket belakang, pastu kita duduk...adalah sangat sangat tidak elok untuk tulang belakang kita, sebab bila kita duduk dengan dompet kat belakang , mana ada orang letak dompet kat dua2 belah bontot dia kan, mesti letak kat salah satu bontot je...jadik, ketidakstabilan pada postur tulang belakang berlaku... kalau duduk macam ni 3,4 jam sehari atau lebih, bayangkan apa akan jadi pada tulang belakang kita selepas beberapa tahun mengamalkan gaya hidup macam ni? tak mustahil kan boleh berlaku sakit tulang belakang yang lebih teruk... mungkin kesannya bukan berlaku buat ari ni esok terus rasa sakit, ini adalah kesan jangka masa panjang yang mungkin kita bol...

petua kekalkan hubungan mesra antara adik beradik

Image
layan gambo aku ngan beloved sis aku saje je letak gamba aku ngan akak aku nih sbb bg aku, dia sangat menginspirasikan aku dalam sesetengah aspek walaupun tak dinafikan dlm a few case, dia sangat ngeng jugak sebenarnya...ahaks...tapi aku totap sayang dia... adik beradik aku yang lain, korang jangan ingat aku tak sayang hangpa sume plak tau, aku sayang, cuma aku takdak gmbar hangpa sume dlm keadaan yang cun2, so...takmo ah letak gambar hangpa... aku nak kongsi satu petua berkaitan cara untuk kekalkan hubungan mesra antara adik beradik seperti mana yang telah dikongsikan bersama oleh my sis di kala kami adik beradik duduk  berkumpul... masa kita kecik2, kita boleh duduk bertepuk bertampar kan, bleh gurau2, pastu gaduh2, pastu baik balik...tido sama, makan kongsi2...mcm2 aktiviti masa kecik, ada yang manis, ada yang tak bape nak manis, kira masin pahit payau2 la tuh...mesra je kan hubungan kita sume masa kecik2? tapi kenapa bila kita dah besar, dah berkahwin, ada anak2, hubungan ...

buat renungan bersama

1. apa yang kita nak tak semestinya kita dapat, sebab kita taktau apa yang kita nak tu adalah apa yang kita betul2 nak sebenarnya 2. apabila kita memasang niat yang juga pada masa yang sama, niat itu berkaitan dengan orang lain, janganlah kita terlalu mengharapkan yang niat kita itu akan tercapai dengan jayanya 3. komunikasi dua hala adalah kedua2 pihak sama2 membincangkan isu yang berkaitan dengan mengamalkan konsep komunikasi iaitu ' aku cakap kau dengar kau cakap aku dengar ' 4. kadang2, impian yang kita harapkan akan menjadi kenyataan itu, biarlah menjadi impian semata-mata 5. sesetengah perkara, adalah lebih baik pendamkan sahaja daripada meluahkannya...kemudian menangis sorang2

sakit belakang? atasinya cara aku

adeh...seminggu lebih dah aku mengalami sakit2 di bahagian belakang...sejak akhir2 ni, sakit ni makin teruk...naik risau aku dibuatnya...bila dah sakit2 mcm ni, mula ah, keje2 seharian tak dapat nak buat mcm biasa... semalam, jadual aku pack, mcmla hari lain tak pack, hahaha  2 masa terakhir, aku dah tak mampu nak mengajar dengan baik dah...kesian kat students aku, last2 aku cakap ngan dorang " kamu siapkan latihan dalam modul, tak faham, boleh datang jumpa saya dekat depan ni " aku pun duduk, buat latihan dalam modul sama mcm pelajar aku... pagi tadi, bangun pagi...perghhhh...aku dah tak tahan dah kot ngan sakit nih...terus siap2 keluar, carik ubat tahan sakit...nak cepat, amek ubat makan...tp aku nak makan ubat? huh...satu persoalan yang sangat bagus... tak mungkin la tu ...aku dah bosan makan ubat, sekian, full stop... last2 tadi, beli panaflex sepaket, la ni, ngah pakai la ni, rasa panas2 sejuk je, hehehe...jakun sketla sebab tak pernah pakai before nih... t...

tips hadapi situasi "aku tiada mood"

tak payahlah nak tunjuk muka, aku tau la hangpa sume takde mood...nak tau mcm mana nak hadapi situasi mcm ni? meh...aku stori2 sket, tp sebelum tu, jap, aku nak pakai kot pink aku ngan tag nama PENCERAIMAH 1. tgk dalam cermin, telek betul2 ropa anda sekarang? agak2 korang la kan, comel tak muka takde mood korang? apa? comel? huh...teruskan lah berbad mood kalu gitu... 2. simpan coklat dalam laci, almari atau memana lah, bila rasa mcm...aih...tensen, takde mood, bedal sume stok coklat yang korang ada, ingat....yang KORANG ADA je tau, yang kawan punya jangan buat2 PERASAN anda punya... ~fakta : coklat boleh menyeimbangkan ketidakstabilan hormon 3. tulis besau2 perkataan aku tensen la bongok atau apa sahaja yang korang nak tulis, pastu keronyokkan kertas tu, pastu baling masuk tong sampah, tak masuk? tulis lagi sekali, pastu baling sampai masuk 4. tadi makan coklat, ni try makan AISKRIM plak, hamek la perisa pape, kalu agak2 aiskrim pun tak mampu nak cool down kan korang, keluarkan sume ...

petua redakan sakit gigi

Image
gambar amek kat google idea asal aku terbaca kat sini , tp yang aku tulis ni, based on apa yang aku faham, dan apa yang aku selalu amal... petua redakan sakit gigi 1. bawang putih hancurkan bawang putih, campurkan dengan garam, pastu letakkan kat tempat yang sakit beberapa minit...ada gak y aku terbaca, dia suh makan bawang putih mentah tu tiap2 ari bagi mengelakkan sakit, tp sanggup kah anda utk mengunyah bawang itu? hoho... 2. cengkih yang ni ada dua versi, versi pertama buat air cengkih, rebus cengkih, agak2 2 cengkih utk segelas air pun takpe dah, kalau byk cengkih, lagi kaw, tp takut anda tak suka ngan rasa dia, bg aku, aku suke, sbb rasa dia taklah teruk sangat, cuma kalau tak biasa...tak sanggup kot... versi kedua buat minyak cengkih, amek beberapa biji cengkih, pastu minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit, pastu boleh dijadikan minyak sapu utk gigi yang sakit... selain meredakan rasa sakit gigi, air cengkih juga kalau diamal, badan pun jadi wangi 3. bawang merah kunyah ...

jeles?

Image
dlm bahasa melayu baku, kita panggil cemburu, nak tau maksud lbh jelas, silalah google carik sendiri eh, sbb aku takde kuasa nak carik... alasan bg cik tenet yang lemah tenaga batin...opsss menurut definisi aku sendirik, cemburu aka jeles boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang kurang senang atau tidak disenangi dalam diri kita, kalau perasaan gumbira, teruja tu sume perasaan yang boleh dikategorikan sebagai perasaan yang disenangi, tp kalau jeles? hmmm... sape nak jeles? cuba angkat tangan? huh... aku taknak jeles ...sangat menyusahkan jiwa raga...bukan setakat menyusahkan diri sendiri, tp juga insan yang ku jelesan itu... perbendaharaan baru --> jelesan nak tau lebih lanjut ttg jeles? hah..sila lah google sendirik eh...alasan mcm biasa, SDA seperti di atas yer hehehe...tp kat sini, aku nak share something interesting y aku terbace kat akuhalimblogspot psl jeles2 nih...terus terpikat you...hihi...senang sangat i nak terpikat ropanya... credit to google for this pict...

kod rahsia telefon bimbit

first of all, nak ucap thanks kat kenali komputer sebab info nih hamek kat laman dia, ni kira copy and edit first before paste... info nih sangat berguna kot, bacelah dulu, sblm korg akan mengangguk bersetuju ngan aku... 1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock) 2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang be...

halau itu nyamuk

Image
ini kena kasik credit kat p etualama utk gambo ni and petua y aku copy dr lamannya nyamuk ni mmg musuh utama aku, disebabkan satu spesis nyamuk famos nyamuk edis la tuh da masuk kali ke tiga aku demam denggi ciss punya nyamuk tatau macam mana nak halau la ini nyamuk...aku google td, jumpa petua kat petualama ni, petuanya bukanlah utk mmbunuh nyamuk tu semasa kita tido, tp lebih kepada prevention, iaitu bunuh generasi baru nyamuk padan muka nyamuk kalau korg nak tau, korg leh google sendirik takpun leh klik kat petualama atau alkurawi aku ada dengar org guna pokok halau nyamuk ntah ke hape benda tah nama pokok tuh utk halau nyamuk, pokok tu bau wangi2 je leh tenyeh2 daun dia kat baju wat perfume hehehehe aku pernah tgk, housemate aku beli dulu, sekalik tak serasi agaknya, pokok tu mati, nyamuk gak bergumbira lalala sbb tak mati2, rupa paras pokok tu pun agak hensem jugak...korg try la mana tau berjaya...tanam sekeliling umah ngan pokok tuh, konfirm org takut nak lalu depan umah ...

panduan membina taman

taken from berita harian (sabtu, 19 jun 2010) Beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan laman menarik dan memenuhi fungsi yang diingini. Ingatlah bahawa taman yang anda akan bina adalah taman anda sendiri, justeru karektor taman, susun atur tumbuhan dan pemilihan spesis sebaiknya melambangkan diri anda atau kata lainnya menampakkan personaliti anda. 1. Catat serta lakarkan serba ringkas rupa bentuk taman anda. 2. Jika anda gemarkan warna, binalah taman anda dengan gabungan kepelbagaian warna bunga ataupun warna daun tumbuhan. 3. Ada pelbagai spesis menawarkan warna bunga menarik yang mungkin menjadi idaman anda namun perlu diingatkan bahawa pemilihan bunga-bungaan ini juga biarlah di kalangan yang mudah dipelihara dan tidak remeh penjagaannya. 4. Pilihlah mengikut selera anda dan ingatlah pemilihan terhadap spesis tidaklah perlu sehingga taman anda kelihatan seperti caca marba. 5. Bagi mereka yang gemarkan suasana semula jadi pasti akan lebih cenderung untuk menjadikan t...

tip untuk kediaman selesa dan nyaman

tip ni aku amek dr local newspaper 1. berikan perhatian pada pengudaraan, ia mampu menjimatkan penggunaan kipas dan pendingin hawa 2. jika mahukan suasana rumah yang cosy, pemilihan tona cat penting 3. pencahayaan juga penting, pemilihan lampu yang sesuai mampu menutup kecacatan kecil sesuatu ruang 4. pastikan tangki air terletak pada tempat yang mudah disenggara seperti di atas bumbung ( terdedah pada matahari ), lakukan senggara dengan kerap 5. sebolehnya, elakkan penggunaan tangki air kaca fiber kerana ia memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang, penggunaan pvc dan besi tahan karat digalakkan 6. untuk memudahkan senggara tumbuh-tumbuhan, pilih yang kurang memerlukan air, baja juga perlu untuk kesuburan pokok 7. untuk memudahkan penyerapan baja, buat empat lubang di keliling pokok dengan mencucuk sebatang besi ke tanah, kemudian, masukkan baja dan tutup kembali lubang, ini dapat mengelakkan baja daripada terluar dari pasu ketika menyiram atau baja tidak diserap ke tanah akibat t...

kepelbagaiaan guna cuka

Image
buat sendiri di rumah kelolaan NORAINI ABD. RAZAK taken from one of the local newspaper cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya..membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.. 1. buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka..bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.. 2. bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka..biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.. 3. bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air..didihkan campuran tersebut dengan ketuhar gelombang, memudahkan kekotiran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.. 4. untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkak...

petua menyuburkan tanaman

petua ni aku tak sure lah kalau2 pernah ditulis dalam mana2 blog atau pernah disebut oleh mana2 tokoh tanaman, tapi sepanjang pemerhatian aku sejak sekian lama, rasa2nya, why not if aku share with mereka kat luar tu kan... mcm mana nak suburkan tanaman? caranya mudah sahaja, instead of siram tanaman ngan air biasa atau air baja, tukar air siraman anda itu dengan air basuhan beras, siram tanaman seperti biasa, lakukan beberapa kali, dan lihat perkembangan tanaman anda...murah dan tidak berbahaya, organik plak tu.... jangan bazirkan air basuhan beras anda sbb air basuhan beras ni, mengikut kata org tua, banyak khasiatnya...kalau fikir logik pun, air basuhan beras kan adalah sisa2 dari beras yang terlarut dalam air tu, kan airnya pun kaler putih (kalau basuhan pertama) kan, makin pekat kaler putih dia tu, makin dasatla kepekatan bahan terlarut dalam air...jangan bazirkan, siram kat pokok tanaman terutamanya sayuran, huh...suke tgk pokok segar je...cubalah...tak rugi, tapi kalau tak menja...