Monday, November 29, 2010

25 perkara tentang aku

Views
mukadimah
aku telah di-tag oleh bukan adik sebenar, cik nurul zaty, mesra mesra ke??? hehehehe membiasakan dirinya zaty sahaja, di mana aku bertanggungjawab sepenuhnya memberi kerjasama dalam menyenaraikan 25 perkara, impian atau apa2 sahaja yang aku rasa sesuai untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian...terimalah...ecewah...mcm nak buat persembahan nyanyian ajer...wakakaka


25 perkara tentang aku yang tak semestinya benar2 belaka

1. aku jelas dan nyata seorang perempuan

2. sangat suka menulis, membaca, dan merapu

3. seorang petani farmville yang berjaya

4. sukakan aktiviti kebudayaan seperti menari, menyanyi, bermain alat muzik, berlakon

5. suka menjahit dan mengait

6. teringin nak belajar menenun kain songket

7. teringin nak belajar menari inang dan mak yong

8. peminat setia jamal abdillah, salem dan m nasir

9. seorang yang sensitip mcm teritip

10. tak suka serangga, geli2, boleh tgk but no body contact!!!

11. suka menamakan objek2 di sekeliling ku seperti henset, laptop dan sebagainya

12. sangat sensitif cerewet bab makan

13. minat gile cite hindustan smpai boleh cakap bahasa urdu tanpa perlu ke kelas bahasa urdu tp tu sume dulu...skang ni cite hindustan...aduhhh...kok bisa berdarah idung nih...

14. tak suka tgk wayang sorg2 sbb penakut, tgk alice in wonderland pun menggigil2 seram...apa ke hel??

15. sangat menghayati keindahan dan kelembutan bahasa

16. takut ngan maskot

17. suka lagu willy wonka sebab lagu tu sangat comel

18. kalau drive, aku bawak laju takpe, tp kalau org bawak laju, aku jadik tak keruan, takut

19. takut pada ketinggian

20. gilakan semua jenis kasut tumit tinggi, makin tinggi makin menggiurkan, makin tajam tumit, makin suka

21. suka pakai eyeliner tebal2

22. kalau tensen nangis, nak marah nangis, sedih laaagilah nangis, pendek kata, saya suka nangis

23. makanan peberet time sahur, nasi putih + telur mata + kicap = makan nasi tambah2

24. sukakan aktiviti kesenian seperti mengubah hantaran perkahwinan, mengubah bunga, menghias bilik pengantin, dan ohhh...apa sahaja yang boleh dihias

25. sekali pandang, org akan cakap "dia ni sombong la, tak layan org" tp bila dua kali pandang, org akan cakap, "kau ni sengal la" --> ayat biasa yang aku selalu dengar

26. eh eh...dah cukup 25 dah? hmmm...nak tambah lagi...tp takpelah, org mintak 25 je, takkan tak pandai mengira kot, ni dah masuk 26 dah ni, takpe2...no 26 reject!!!!


hah...dek non oit...akak dah setel dah ni...hahaha...sori la ye lambat plak menjawab soklan tag anda nih...papehal, thanks a lot sbb sudi tag akak nih...

notakaki : enjoy jugak jawab soalan yang di-tag orang ni eh...hahaha...

my handmade for the first time ever, cek mek

Views
wah...terlebih dahulu, benarkan aku menyatakan kebanggaan aku di sini...harharhar...first time tu aku buat this kuih, perkenalkan hasil tangan aku,

nampak ngan jelas tak bulatan merah tuh? huh...kecacatan time menggoreng!!! aku tertenyeh perut dia ngan sudip, smpai pecah perut dia, kesiannnn....


ini story sobonarnyo eh, story sabtu lepas, tp baru nak hupdate ini hari, sobabnyo eh, baru upload gambar terbaru tadi...tu yang lambat tuh...ahh...tak kisah itu sume, yang penting, aku dah bleh wat kuih ni sendiri...hehehe...

first time buat la katakan, 2,3 bijik terawal tu hancuss la jugak, tp dah masuk 4,5 bijik...hmmm....bolehla kan....rupa dah ada, cuma tak macho je lah...takpe2...usaha tangga kejayaan...aku kan budak baru belajar....

serius aku suke kuih nih, mmmm...aku sangat suke keledek...tak kisahla, direbus ke, buat kerepek tu ke...ahh...sume aku balun...pernah mase kecik2, bulan pose, mak aku rebus keledek nak buat cek mek utk time buka, dah kul 6.30pm dah kot, aku merenggek nak buka pose sbb tak tahan, terliur ngan bau keledek panas2, baru pas masak....sanggup berbuka demi sepotong keledek...comel kan aku?? hahahaha.....

nak buat kuih ni senang je, ni resepi aku, sorila, aku kalau masak, main campak je, tak sukat2

bahan-bahan
keledek, tepung gandum, gula, garam sket

cara-cara
1. rebus keledek hingga empuk, letak garam sket, pastu lenyek2 smpai halus
2. masukkan tepung gandum dengan kuantiti yang tidak banyak, nnti kang jadik cekodok keledek plak, banyak tepung, keras la kuih kita, letak tepung tu sket2
3. buatkan seketul adunan kecik, leperkan, letak gula satu sudu teh kat tengah2, nak manis, lebihkan sedikit, pastu tutup bahagian ada gula tu dengan hati2
4. kalau adunan melekat2 kat tangan, susah nak handle, sapukan ngan sedikit air, bentukkan biar jadi rupa cek mek, pastikan menutupi gula dengan baik, takut nanti pecah
5. goreng hingga kuning keemasan, dan boleh dihidang


notakaki : kadang2 bila rebus keledek, tak sempat nak buat kuih, aku dah selamat masukkan dalam perut aku

Sunday, November 28, 2010

aku sakit apa?

Views
hari tu, masa aku rasa badan aku lemah2, tak sihat, aku ada la story sket2 kat sini kan...pastu byk email masuk kat alamat email aku, tanya aku mcm mana, sihat tak, dan yang paling aku rasa sangat bersyukur, atas doa kalian, semoga aku cepat sembuh la, semoga aku tabah la, mcm2...time kasih banyak2...

pastu, bila ada yang tanya, aku sakit apa...hmmm...aku tatau nak cakap ke tak, sbb aku tak bape suka nak hebohkan kat sume org aku sakit apa...adalah tuh kan...aku punya sebab tersendiri utk tidak menyatakan secara tepat di sini, sbb nnti, aku jugak yang kena tanggung sorang2, badan aku ni jugak yang menanggung, jadi, aku takmaulah ganggu gugat kestabilan emosi yang telah aku capai setakat ini...

tp kat sini, aku share lah sikit...bukan untuk meraih simpati kalian, tak perlu tak perlu, aku tau aku kuat, aku mampu hadapinya, kalau aku tak mampu sekalipun, aku dah takde pilihan, ni aje badan yang aku ada, jadik...aku terima sajalah kan...

okeh...aku start sakit2 since i was 8, tp masa tu, tak bape perasan lagi...masa aku umur 9tahun, secara rasminya, aku perasan perubahan hidup yang aku alami...dan my parents pun menyedarinya...berubat sana sini, jumpa doktor sana sini, ahhh...semuanya lah buat...makan ubat mcm2...ohhh...sangat tidak suka...sume ni berlarutan sampailah aku masuk u, dan aku dah penat ngan cara hidup yang sebegitu, smpai oneday, aku bgtau kat ayah aku, aku nak berenti dari jumpa doktor, ayah aku diam je, maybe sbb masa tu, aku dah besar, dah boleh fikir mana satu yang baik untuk aku, simple je ayat ayah aku time tu, kalau rasa makin teruk, sambunglah balik rawatan tu...

aku tau ayah aku mahukan yang terbaik utk anak dia...tiap kali aku jumpa doktor, ayah aku la yang teman, dari awal menunggu sampaila masuk bilik doktor, takdepun sesaat dia tinggalkan aku suh pegi sorg2...romantik tak my father? hehehe...kadang2 aku kesian jugak kat dia, sbb dia terpaksa amek cuti utk hantar aku gi sepital, pastu menunggu berejam2...huih...tau kan, menunggu itu satu penyeksaan, dan ia mmg menyeksakan...no doubt!!!

aku ingat lagi, ada sekali tu, aku dah form bape tah, malas nak ingat balik, aku spt biasa, duduk2 tunggu turn ngan ayah aku, pastu ada sorg makcik yang jugak nak tunggu turn, tegur ayah aku, dia ingat aku ni bini ayah aku, sbb aku sangat manja ngan ayah, hahaha...mesti dia ingat aku ni bini muda ayah aku kan...hahaha...tak kisahla, dah banyak kali dah org salah faham hubungan aku ngan ayah aku sejak aku meningkat dewasa remaja...

ubat? hoho...salah satu spesis atas muka bumi ni yang aku SANGAT SANGAT tak suka...kenapa? sebab, sejak aku kecik2 lagi aku dah kena makan macam2 jenis ubat, sebut aje painkiller apa yang ada kat pasaran...sume aku pernah try...smpaikan, last painkiller yang aku amek adalah painkiller yang mmg takde dijual kat farmasi biasa, dan tak boleh dibeli secara sesuka hati...kena ada surat doktor, dan tak boleh dimakan sembarangan...pernah sekali, aku kehabisan ubat tu, menggigil2 aku tahan sakit, tunggu cerah esoknya, nak gi sepital, amek stok baru...huh...tobat, aku takmo kejadian mcm tu berulang lagi...

aku ingat lagi pesan doktor aku,
awak kena bawa surat pengesahan ni ke mana2 awak pergi jika awak ada ambil ubat tahan sakit ni, kalau tak, susah awak nanti

kenapa? sebab ubat tu sangat tinggi kandungan dadahnya, doktor tu cakap lagi,
kalau awak makan ubat ni, pastu awak kena tahan dek polis, buat ujian air kencing, confirm awak kena tahan


haha...confirmla aku cuak, dan mmg aku sentiasa bawak surat pengesahan doktor tu ke mana saja aku pergi...aku ingat lagi, aku ada sorang kawan, mak dia polis, pastu aku mintak tolong ngan dia, aku nak try buat ujian air kencing hari yang sama aku ambil ubat tu, dan korg tau apa? positive beb...hahaha...aku ni termasuk dlm golongan penagih dadah kah? hmmm...

dan sekarang ni, aku dah tak ambil dah ubat2 tahan sakit tu sume, dah tak pegi hospital utk sambung rawatan, dan dah tak jumpa doktor aku tu dah...hospital ada tepon byk kali tanya perkembangan aku, aku diam je...hahaha...pasni, kalau aku sambung rawatan, agak2nya, berbakul2 aku kena bebel ngan staf kat sana kan? hahaha...tadah telinge je lah gamaknya....

hari ni, satu je yang aku rasa sedikit ralat selepas apa yang aku alami, aku takde masa kanak2, masa kanak2 aku byk dihabiskan dgn aktiviti2 perubatan, dan pengalaman tu sume tak sama ngan main kejar2, main masak2...hmmm...

hari ni jugak, aku rasa emosi aku semakin kuat berbanding dulu...aku selalu cakap, allah takkan uji hamba dia yang lemah, allah akan uji hamba dia yang kuat, jadi, aku bertuah berada dalam golongan yang kuat...walaupun kadang2 aku lemah sama lemah ngan badan aku, tp aku akan ingatkan balik, aku orang yang kuat...ya, aku kuat...

waa...panjangnya entry nih, jenuh nak menaip, jenuh jugak nak membacanya...so, pada sape yang bace entry ni dari mula sampai habis, anda sebenarnya seorang yang sangat sabar, sbb bace semuanya...terima kasih...dan satu lagi, sila jangan simpati dengan aku tp sokonglah aku...

notakaki : dalam hidup ni, aku taknak pape, aku cuma nakkan kebahagiaan dunia dan akhirat...aminnnn...

musim orang kahwin

Views
last weekend, i follow my sister pegi kenduri kawin jiran dia...haha...susah jugak kalau duk umah perumahan, pastu kita lak tak kenal jiran, mula ah, pegi kenduri kawin, mamai2 carik muka yang kita familiar...aih...susah2...

tapi mmg takde solution dah, siangnya keje, takkan nak berjalan umah jiran malam2, satu sebab mmg konpem2 malam dah penat, seharian tempat keje, kedua, mcm tak bape manis je duk umah org malam2, bukan ada hal penting mana pun, cuma nak bertegur sapa je...buang karan tol lah...kita yang pegi pun dah tak bape nak manis dah, umah jiran yang kita lepak2 tu laaaaagi tak bape nak manis...so, sebab tu lah masyarakat zaman sekarang ni, boleh kira ngan jari yang kenal jiran sebelah umah...

so, the best time that kita ada adalah hujung minggu, tu pun kalau kita tak balik kampung...aih...perantauan sungguh...

okeh, berbalik pada tujuan utama aku tulis hentry nih, ari tu, pegi kenduri kawin satu jiran nih, dia sambut 2 pasangan sebenarnya, anak laki ngan anak pmpuan dia, buat kat hall tuh...huhu...sangatla mahal kan wedding nih...jakun kejap aku sbb this is my first time attend kenduri kawin y buat kat hall...

smpai2 kat dewan, setelah 2 kali pusing carik parking, aku dilanda keterujaan yang sangat dasat...tema bollywood beb...wow!!! upenya keluarga pengantin nih, keturunan mamak mami...perghhh...terasa ada kat mumbai jap aku...harharhar

sume kerabat dia pakai baju stail bollywood tuh, kitorg yang pangkat setakat jiran tak kenal jiran nih pakai baju kurung biasa jer...hehehe...dah terang2an kami bukan sedara mereka kan...

makanan yang dihidangkan, of course lah nasi kandar...hoho...aku tak bape nak makan sket ah nasi kandar nih, kurengggg sket...tp balun jer...

pengantin aka menantu perempuan

sedikit terkilan sbb tak dapat nak hamek gmbar dua2 pasangan pengantin sbb dorg sangat bizi, dan aku pun sangat bizi ngan izhar, jalan sana jalan sini...ngan org hiruk pikuk nya, takutla budak kecik nih kena langgar kan...

pas gi kenduri kawin, singgah kedai mas jap...hahaha...yang ni aku suke...bukan le ada duit manyak2 mau beli mas pun, saje, singgah kejap usha harga kerongsang emas, hohoho...sangat terkejut, mahal beb...paling murah ada pun rm600++...hmmm...terbantut perasaan nak berangan ada kerongsang emas...

alang2 dah kat kedai mas, apa lagi...usha cencen lah...hahahaha...bestnye kalu ada org bagi i cencen emas smpai penuh2 jari nih...huh...pastu duk umah, goyang kaki jer...sekalik penyamun datang, potong ana punya jari...huhu...tak dapek nak gigit jari lagi...

dapat satu tray cencen nih...huh...terbang2 aku


notakaki : keje tadak, duit tadak, emas pun tadak

Saturday, November 27, 2010

sejadah corak babi

Views
ari ni mood nak membaca, jadik banyakla page yang aku lawati dan baca ini hari...sangat gumbira rasanya membuat perkara yang berfaedah nih...pastu, terfikir, lagik berfaedah kalau bace paper kan...boleh tau isu semasa...so, bacala...sekali hah...terus tertarik perhatian aku...hehehe...

tajuk pun dah kencang, apatah lagi isunya...aku terbaca kat myMetro psl isu nih, pada yang tak pernah terbaca dan tgk gmbar ni, korg tgk la sendiri, aku tatau nak cakap apa...

penat aku tenung gmbar ni cari mana corak yang dimaksudkan, punyalah tenung bahagian tgh sejadah tuh, sampai ke sudah tak jumpa, alih2, aku tergerak ati nak tgk jari telunjuk model kita nih...huh...okeh2...aku dah nampak dah...

sengaja aku bulatkan satu contoh, supaya senang nampak


disebabkan pengetahuan agama aku sendiri pun cetek, aku tak berani lah nak mengomen pape, tp berdasarkan pembacaan aku, ada dua versi...

versi pertama menganggap ini adalah salah satu usaha mereka yang memusuhi agama islam, jadik, kita sebagai umat islam, hendaklah tahu di mana hak2 kita

versi kedua menganggap yang ianya hanyalah satu kebetulan semata-mata, mungkin perekanya nampak seni, tp org lain nampak benda lain, mmg mcm tu lah kan, seni ni adalah abstrak, jadi, mereka menyarankan umat islam utk tidak mudah melenting

korang mcm mana?

notakaki : aku pakai sejadah corak geometri, senang...tak tertukar mana atas mana bawah...

saat yang berkualiti

Views
2 hari lepas, aku ngan my sis have fun sambil memanjakan diri dengan PEGI MAKAN KFC and of course la bawak sekali si teruna sorg nih...bab makan ngan kuar jalan2..hmmmm...bersemangat aje dia...

smpai2 je, terus order, carik meja nak bercanda yang sesuai, pastu ATTACK!!! tak ketinggalan, budak kicik ini....



dua2 tangan pegang makanan

makan guna tangan kanan hokeh


sumbat2


cobaan menyelamatkan rojoki dari jatuh menggunakan bibir
pas makan, terus balik umah ngan perasaan yang sangat bahagia...kenyang beb...
notakaki : suke tgk gmbar last tuh...aih...apala perangai anak buah y sorg nih...

dalam rawatan

Views
hari tu kan, aku ada cite yang aku sakit teruk tu kan...aku sbnrnya tak gi check kat sepital besar pun, sbb apa? sbb aku tau aku mcm mana, lgpun, this is not the first time aku jadik mcm tu, so, berdasarkan pengalaman aku, i will be fine...

tapi my sis, dia berkeras jgk suh aku carik alternative way on how to find the best way to cure me....hmmm...kalu ikutkan aku, tobat aku dah taknak jumpa2 doktor nih, sbb dulu, pernah aku beriya check, sekali sume ujian negative, dan semua itu berlangsung bukannya 2,3 ari, i have to live with all the negative result for couple of years, and i'm tired of it...seriously, sbb tu lah skrg ni, aku sangat la tak suka pegi klinik, jumpa doktor, penat dah nak dgr kata2 doktor tu, bukan nak cakap something new, but the same thing...ohh...penat aku penat...sbb tu, aku amek keputusan drastik, i quit!! no more testing, no more blood ckeck up, no more appointments...hahaha...dan aku bangga buat mcm tu...padan muka doktor aku...smpai ari ni, aku tak rasa menyesal lagik...tp tataulah, upcoming days nih mcm mana kan...takpelah, sume tu aku anggap ujian allah pada hamba dia yang kuat...hiyarghhh...aku kena kuat...!!

so, skrg ni, i'm free from any drugs...dah bertahun aku tak amek chemical supplements...agaknya sbb tu kot badan aku lemah, asyik tak sihat je?? hmmmm....maybe...

apa aku nak share adalah, aku skrg ni tgh try perubatan homeopati...baru couple of days guna aku dah tak tahan ngan kesan yang aku alami pas amek ubatnya...huh...sangat menderita hokeh...smpai satu tahap aku rasa, betul ke ubat ni penawar? ke ubat penyeksaan namanya...hahaha...gila psiko kan...paranoid!!!

ni lah obat aku

semuga aku kuat nak habiskan stok ubat ini...haih...lemah semangat aku kena makan ubat je keje...tak suke!!!

notakaki : hai obat hai obat mari makan obat

Friday, November 26, 2010

award blog shanteqqq

Views
special thanks to whiterose

sebelum korg sume salah paham, aku kenala explain awal2 ttg award blog shanteqqq seperti gmbar di atas takde award ala2 anugerah bintang popular tu ek

haha...sebenarnya aku dah takde keje, tadi duk merewang bace blog kawan2 maya sekalian, aku rasa nak buat keje memperasankan diri sketla, so nilah hasil kerja aku...

aku dgn bangganya amek sendiri dan tempek sendiri kat blog aku, sblm tu, lupa nak promote kembar bunga aku, white rose sebab dia la y tempek award ni dulu, dia kena tag ngan one of her friend, pastu dia tag plak sume y follow dia, aku rasa aku lah tuh, sebab tu aku dgn bangganya amek curik rompak letak kat sini jugak walaupun jauh di sudut ati aku, agak mempertikaikan keputusan aku berbuat sedemikian....cantekkah blog aku? hahahaha...lu pikirlah sendiri nabil!!!

notakaki : keputusan ni diadili oleh aku sendiri sebab ari ni ari perasan aku sedunia...muktamad...noktah

Wednesday, November 24, 2010

seram sejuk aku

Views
ari ni, masa ngah jemur kain, aku dengan bangganya keluar umah, pakai tudung siap, ngan bakul kain di pinggang, mmg taraf maid indon mali ah...

jemur kain, tetibe perasan...ada sorg mamat berdiri betul2 depan pintu pagar umah...sebelum tu, aku dah perasan dia dtg dari arah kanan umah, aku buat2 la tak pandang, jemur je baju tu...tp dlm ati,

pasai po plak ni, tetibo jo boronti dopan umah den

tetibe aku seram...tp muka, sajo jo buek2 takde pape...tp dlm ati, kusss....dah lama dah terkucir...dahla pintu pagar tak tutup, aku sorg2, kalau kena attack, aku bleh bantai ngan bakul kain ni je lah, dah plan dah nak buat serangan balas mcm mana...pastu mamat tu teruskan perjalanan...disebabkan umah aku kat corner lot, so, dia jalan keliling umah...aku takdelah nampak sangat tercongok tak kelip2 mata tgk dia kan, buat je lah keje aku, tp aku perasan something, based on pemandangan menggunakan sudut jelingan aku

he is still looking at me

hoh...pasai po nih...nak kata aku seksi? hmmm...waras la jugak pemakaian aku...walaupun nampak ala2 maid indon, tp tak perlula pandang aku sampai mcm tu sekali...sambil2 pandang tu, senyum2 lak tuh...gilo apo mamat nih...konpiyus aku...

ngah2 otak duk ligat fikir, tetibe angin seram sejuk datang...haih...bahaya nih...kang dibuatnya jadik pape yang tak diingin, susah aku jugak y tanggung...cepat2 aku masuk umah, kunci sume pintu yang ada...maka, seharian hari ni aku berkurung dalam umah...kemungkinan besar, esok pun sama gak...berkurung...

zaman sekarang ni, mcm2 boleh jadi, even duk perumahan mcm ni, jiran keliling pinggang, tp setakat dgn kudrat aku, hmmm...sekali kena lesing dek laki kurus keding pun aku dah tercampak bawah meja...jadik...baik aku beringat awal2...

notakaki : mula memandang serong pada semua lelaki di sekeliling demi kesejahteraan sendiri...sorry guys...

Tuesday, November 23, 2010

kenangan

Views
timekaceh pakcik google sbb benarkan saya amek gambar nih

malam ni nak jadi sid boley?

notakaki : rindu kenangan bersama sid

bagus atau tidak?

Views
baru2 ni, aku dapat tau satu berita tergempar...gini ayat dia...

aku dah clash dah ngan dia

aku yang baru aje 3 minit bangun tido terus segar bugar sampai ke malam...tak percaya langsung benda mcm ni boleh jadi...tapi kebenarannya, aku sangat gumbira lalala sebab aku mmg doakan benda2 mcm ni berlaku aku memang kejam dan jahat...hei...bukan apa...aku mmg sangat tidak berkenan ngan perangai partner dia tuh...sangat menjengkelkan diri ini...huh...jadi, mase tau berita tu, rasa mcm nak sujud syukur melompat keriangan je, tp cover2...kena gak tunjuk perasaan simpati itu...

baru je nak kecap perasaan bahagia tuh, aku dapat satu lagi berita tergempar...gini ayat dia...

aku dah ada orang lain

once again...aku sangat terkejut...tanya punya tanya siapakah gerangannya...hmmmm....tatau nak komen apa...bukan tak setuju, bukan juga setuju...so, something in the middle...

aduhai...mcm mana ni...2,3 minit before tu, aku sangat pasti ngan perasaan gumbira aku, pas dgr ayat tergempar kedua...aku dah konpiyus...mcm mana gini...hmmmm....

adakah berita clash itu bagus? --> bagus!!
adakah berita ada orang lain itu bagus? --> no komen

notakaki : kesimpulannya....bagus ke tidak?

Monday, November 22, 2010

kalaulah

Views
ptg ni, aku teringin nak ada kawan baik yang keje ngan kementerian komunikasi yang jaga bab2 pendaftaran nombor telefon mudah alih, tak kisahla digi ke, maxis ke, celcom ke hape ke, y penting, cover sume2 tuh...

sebab apa?

aku nak suh kawan baik aku ni tolong siasat check empunya nombor ngan nama2 sekali di sebalik private no

sebab apa?

sebab aku dah penat diganggu ngan private no yang aku tahu sengaja nak bermain2 api ngan aku...tolonglah...aku taknak bermain ngan kau hokeh...kalau kau nak bermain jugak, tunjukkanlah keperempuanan yang kau ada, kita face to face aku nak bawak asid bincang, bukan attack aku mcm ni...


hari ni, aku dapat ayat
aku takkan benarkan kau bahagia

apa? bahagia? sblm kau halang kebahagiaan aku, bleh tak kau ajar aku apa tu kebahagiaan? bukan apa...aku nak senangkan keje kau, kau tak payah susah2kan diri, biar aku buat sendiri...mana kebahagiaan aku yang kau cakap? meh sini, bgtau aku...biar aku buang siap2...kau tak payah nak susah2...aku ada...

mode ---> sasau

notakaki : belum jadi artis femes lagi nih, dah ada org cakap mcm ni dah kat aku...

thanks you all

Views
ari ni, baru aku berkesempatan nak hupdate blog, 2 ari takde new hentry...hahaha...baru dua hari beb...tp dlm dua ari tu lah, mcm2 berlaku dlm idup aku...

dengan kesihatan yang setakat nyawa2 ikan je, huh...dugaan sume tuh...sabar je lah kan yang terbaik mampu aku buat...dan aku memang kuat...hahaha...ayat mempositivekan diri sendiri namanya...

ari ni, aku rasa sedikit lega, rasa sedikit kuat, dan rasa sedikit bertenaga...thanks sangat2 pada insan2 yang sudi menghulurkan kata2 semangat...you know what? i really appreciate that...and it helps me a lot...

notakaki : rehat banyak pun kadang2 melemaukan diri sendiri jugak...

Friday, November 19, 2010

aku masih kuat!!!

Views
tadi masa bangun pagi, aku sengaja kuatkan semangat...hah...jangan lemah2 ain...lawan2...

pastu ngadap cermin, sambil puji2 diri sendiri haha perasan kah?? aku cakap kuat2 depan cermin tuh

aku masih kuat!!! dengan nada geram di situ


notakaki : semangat hampir2 luntur dah tadi, tp pas bubuh baking powder, semangat kembang balik...hiyarghhh....semangat!!

Thursday, November 18, 2010

think positive

Views
hoho...aku masih lemah, masih tidak sihat...sangat tak best kalau badan rasa lenguh2, tak larat bagai kan...hmmm...sbb tu, bila badan sihat, kita kena selalu bersyukur...even, bila badan tak sihat pun kita still kena selalu bersyukur, pendek kata, always bersyukur...

jadik, what ever happen, kita tak leh bermuram durja, nak give up ke apa ke, life must go on beb...always think positive...kalau hari ni tak sihat, mungkin esok aku akan sihat, kalau tak esok, lusa ada lagi, tulat ada lagi...

sbb tu aku kalau aku muntah2 teruk, otak takde fikir aku keracunan ke, salah makan ke, mesti fikir positive...yakni aku mengandung ke? hah...no komen...hahahaha...sengal!!!!

notakaki : aku sambil2 fikir positive, pastu nangis2 bagai nak rak...tu boleh dikira sbg think positive kah...hahaha

Wednesday, November 17, 2010

sakit

Views
arghh...ujian sungguh hari ini...semalam, mati2 rasa seronok sebab hari ni dapat beraya dengan aman...tapi, mcm biasa, mesti ada something yang kita tak expect to be happen...tapi takpe, aku anggap sume ni sekadar ujian dari si dia...dia tahu aku kuat, sbb tu dia uji...

pagi2 lagi, aku bangun, kepala rasa sangat berat...aku dah cuak dah...oh no...takkan aku demam lagi...amek tangan sendiri, rasa kepala, ohooo...panas...check lagi kat area leher, hmmm...panas...maka dengan ini, sahla aku demam...

cepat2 pegi toilet, nak mandi...sebelum gosok gigi, check tekak dengan cara tgk kahak...hmmm....ada sedikit darah...tekak luka kot...mandi mcm biasa...

smpai tgh hari, badan masih panas, tp boleh lagi buat aktiviti mcm biasa....tp bila petang, aku muntah teruk...dan kali ni, muntah bersama lendir2 merah...aku tau tu apa...darah lagi...laju kepala otak aku teringat kat arwah nenek...arwah meninggal sbb batuk berdarah...mungkinkah aku pun akan ikut jejak yang sama..? kematian berdarah...?

lepas muntah, sangat lemah, nak rehat, tp terasa sesuatu mengalir laju...hidung berdarah...baguslah...semua nak berdarah kan...yelah, hari ni kan hari 'pertumpahan darah' sedunia...baguslah tu...aku nak rehat...

right now, aku rasa sangat lemah, tp saje kuatkan semangat, aku tau aku kuat, bangun, buat keje mcm biasa ikut apa y aku terdaya...makan, minum...life must go on kan...so, continue with my life...tp aku dapat rasa, kesakitan yang amat2 dalam perut...mesti sbb aku muntah tadi...takpelah...as long as aku masih mampu senyum, pastu cakap aku tau aku kuat, means that, aku masih kuat....dan aku masih sihat...aku perlukan senyuman untuk hidup, maka aku akan terus senyum...smileee...

notakaki : walaupun sakit itu memang sakit, aku tau aku kuat...dan aku masih kuat...see...aku masih boleh menulis aka menaip di sini...

salam aidil adha

Views
sebelum aku mengarut lebih lanjut, aku nak wish selamat hari raya aidil adha kepada semua umat islam yang ada di atas muka bumi ni, tak kisahla, pada yang masih ada, bakal ada, dan yang telah tiada terutama sekali arwah atuk dan nenek sebelah mak tercintaku...

sebak kejap sbb tetibe teringat kenangan bersama arwah atuk masa aku kecik2...tidur sesama atas pangkin...ohh...semua itu, tinggal kenangan saje...ngan arwah nenek, aku tak sempat nak ingat pape sbb arwah meninggal sebab batuk berdarah mase aku umur 9 bulan lagi...tapi takpe, ttp aku sayang...

*
*
*

credit to google for this picture

raya aji tahun ni, aku duk rumah je, tak ikut mak ayah aku tolong2 makcik pape yang patut sbb dengar kata, dia korban 2 ekor lembu, so, ramaila sanak sedara yang join...adakah aku ni termasuk dlm kategori pemalas aka kera sumbang?? hahaha...takde lah, bukanlah pemalas hokeh, aku ada keje nak dibuat kat umah, tu y pass keje potong2 daging lembu, masak memasak kat mak ngan adik serta kakak aku...

raya aji ni, tak memerlukan kita untuk menyambutnya secara besar2an, cukup atau lebih afdal jika disambut secara sederhana, sbb yang penting bukan cara menyambutnya, tapi cara kita menghayati maksud di sebalik pengorbanan dan keinsafan kita pada si pencipta...kalau korbankan 10 ekor unta sekali pun, tapi hati, mulut serta tingkahlaku masuk dlm kategori sadis, maka tak guna jugak kan...jadi, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...

notakaki : apa rancangan korang hari ni?

Tuesday, November 16, 2010

ujian apakah ini

Views
sejak balik kampung nih, terasa sangatlah tak puas hati ngan ketidakupayaan aku utk bertenet dgn baik....ohhh...sangatla rasa tidak selesa...bayangkanlah, nak connect pun kemain susah, dah connect, nak bukak blog...ya ampun ya tuhanku...azab nyer...

nak bukak email? hmmm...cam haremmm jerk...kenapakah begini....pasai po nih...terasa sungguh hangin...

sungguh aku tak suka, bukan sahaja takleh hupdate blog sendiri, nak membaca blog kengkawan lain pun azab...haih...cepat2lah ujian sebegini berlalu...puh2 tenet sihat gemok2...supaya aku dapat online sesuka ati...

kalau dapat bukak blog kawan, nak mengomennya pun kira azab lain pulak datang...ya allah...istigfar je aku banyak2...

notakaki : perlukan tenet!!!!

Monday, November 15, 2010

kempen tambah berat badan

Views
ari tu, masa sebok2 nak konvo, ramai yang tegur ttg keadaan fizikal aku, tentang berat aku...aku sendiri sebenarnya terus terang, tak perasan pun perubahan fizikal aku...ramai yang cakap,

"ain, kau ok ke?"

"asal kau semakin kurus eh"

aku kemain lagi buat muka pelik, sbb aku tak perasan semua tuh...boleh percaya tak....percayalah cakap aku...kemain lagi tensen aku bila sume org nak tegur pasal berat aku...dalam ati, takpe2...nnti aku lancarkan kempen tambah berat badan....

selepas berapa lama dah ek...hmmm...hampir sebulan dahla kempen tuh aku jalankan...sebenarnya, kalau ikut kiraan yang betul, it takes only 3 weeks which is equal to 21 days for me to upgrade my weight...

dan, keputusan terkini adalah....

aku dah berjaya menaikkan berat badan sebanyak 7kilo dgn jayanya...hahaha...bangga aku bangga...pasni, sape y jumpa aku, janganla tegur, asal kau nampak berisi sekarang ni...hah...memang pastu aku diet, siaplah...

dan sekarang, aku hanya perlukan lagi 4 atau 5 kilo untuk kembali ke berat asal mase time2 zaman belajar dulu...tp skrg ni, aku dah rasa sedikit selesa dah ngan keadaan diri, compared ngan before nih...hoho...baguslah tu kan...kiranya okaylah tu, dah berjaya tambah berat badan...selera makan dah pulih, malah berganda2...no wonder la berat naik kan...hehehe

notakaki : gumbira, matlamat utama kempen berjaya dicapai

Sunday, November 14, 2010

kisah selepas banjir di jitra, kedah

Views
gambar2 ini adalah kenangan yang sempat aku rakam sepanjang pengalaman aku berada di jitra, kedah selepas kejadian banjir baru2 ini...

semuanya penuh lumpur


kesian sama gitar anak teruna itu


kerosakan di anakku, jitra


pandangan depan kedai anakku, baru je ganti cermin baru


pharmacy : out of service


pandangan biasa depan kedai yang mengalami kerosakan


pokok yang ditenggelami air, mati


sebenarnya, sangat sedih melihat semua kemusnahan ini...benarlah, semua ini hanyalah pinjaman belaka, kalau dia nak, sekelip mata saja dia boleh ambil...

aku ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir baru2 ini, semoga kalian tabah harungi hari2 mendatang...insyaallah, rezeki ada di mana-mana, dan kita semua sudah ditentukan rezeki masing2...


notakaki : sebak tengok kemusnahan di merata-rata

balik kampung

Views
ari ni, siap buat alarm lagik nak suh bangun pepagi, sbb nnti nak gerak balik kampung pepagi...alih2...aku bangun tutp alarm, tarik selimut, pastu berangan sket, smbung lena...hahaha...maka, lambatlah kami bergerak balik...hahaha...gelakkan diri sendiri...

budak kecik ni macam biasa, asik nak main kejar2


bila cakap, izhar!! senyum, nak amek gambar!! terus buat muka gini...


overall, pagi2, masak, siapkan bekalan, loading beg pe sume, terus gerak balik...hoyehh...tak sabar mau sambung lepak kat umah di kampung...hehehe...kata keje penganggur kan...


muka orang tak sabar nak balik kampung


notakaki : selamat sampai sebelum asar tadi...syukur, alhamdulillah...

hoyehhh!!!

Views
ari ni mau balik kampung...hoyehhh!!!

Saturday, November 13, 2010

aktiviti riadah bersama si kecil

Views
mentang2 semalam cuti, pastu ayah dia ada kat rumah, asik nak ajak kuar gi jenjalan kat luar umah je, kalau buat2 tatau, pastu tak kasik dia kuar, mula ah tarik perhatian, nangis2 mcm kena dera...sampaikan ajak tido pun taknak...hmmm...dah pandai jalan, mcm ni plak perangai...

so, tak sabar nak tunggu petang redup sket, jom kita gi beli goreng pisang...hahaha

pas makan2, baru ada energy nak jogging...apalagi...jomm!!!


excited main kejar2

last2, aku yang pancit dulu...hoho...mak iti dah penat la sayang...

last sekali, aktiviti basuh kete bersama ibu ayah...sangat best...terkekek2 dia bila air terpercik kat muka...aku siap sengaja lagi basahkan dia...hoho...sangat best main air kan...

notakaki : petang ni gerai goreng pisang tutup

Friday, November 12, 2010

petua redakan sakit gigi

Views
gambar amek kat google

idea asal aku terbaca kat sini, tp yang aku tulis ni, based on apa yang aku faham, dan apa yang aku selalu amal...


petua redakan sakit gigi

1. bawang putih
hancurkan bawang putih, campurkan dengan garam, pastu letakkan kat tempat yang sakit beberapa minit...ada gak y aku terbaca, dia suh makan bawang putih mentah tu tiap2 ari bagi mengelakkan sakit, tp sanggup kah anda utk mengunyah bawang itu? hoho...

2. cengkih
yang ni ada dua versi, versi pertama buat air cengkih, rebus cengkih, agak2 2 cengkih utk segelas air pun takpe dah, kalau byk cengkih, lagi kaw, tp takut anda tak suka ngan rasa dia, bg aku, aku suke, sbb rasa dia taklah teruk sangat, cuma kalau tak biasa...tak sanggup kot...versi kedua buat minyak cengkih, amek beberapa biji cengkih, pastu minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit, pastu boleh dijadikan minyak sapu utk gigi yang sakit...
selain meredakan rasa sakit gigi, air cengkih juga kalau diamal, badan pun jadi wangi

3. bawang merah
kunyah bawang merah mentah beberapa kali, tgk pada keadaan kesakitan, kalau sangat sakit, kunyahla banyak bijik sket, agak2 dalam 6-8 biji sehari...masalahnya, ramai kot kawan aku yang tak bape suka bawang, sanggup ke nak kunyah bawang mentah? persoalannya...hehehe...tp kalau dah sakit, buat je lah...

4. garam
garam ni banyak sangat kegunaan...aku share setakat yang aku tahu...pertama...boleh buat air kumur ketika sakit, kalau sakit tekak pun boleh try..kedua...letak sedikit garam halus kat ubat gigi, boleh redakan sakit gigi, dan menguatkan gigi...

5. serbuk lada
campurkan serbuk lada dengan garam, pastu gosok2 guna jari kat gigi yang sakit...bukan sahaja boleh legakan sakit gigi, tapi jugak sangat bagus utk mereka y memiliki gigi sensitif...ye lah, pedas punya pasal kot...hehehe....tp janganla letak byk sangat serbuk tu ye...kalau tak, meraung...

6. buah limau
buah limau kan dikatakan mempunyai kandungan vitamin c aka rasa masam yang tinggi, jadi sangat sesuai dijadikan pembantu redakan sakit gigi...kalau ada benda lain yang masam pun, boleh gak dijadikan pembantu redakan sakit gigi, tp kalau ada yang natural, maksud aku buah-buahan, itu lbh2 digalakkan...


itu sahaja yang dapat aku kongsikan...jadi tak jadi tu tataulah, tp kalau aku, menjadi la jugak...kita ni kena berusaha kan, kalau dah tak tertahan sakit tu, nak buat mcm mana, pergilah jumpa doktor gigi...aku sbnrnya tak bape suka nak cabut gigi, jadi aku akan cuba sedaya upaya mengelakkan kejadian sebegitu...bagi aku, cabut gigi tu mcm satu pembunuhan...kita bunuh gigi tu dgn cara mencabutnya...huhu...sedih...gilakah aku??? hehehe

notakaki : biar gigi tak cantik tapi sihat

spesis mat bunga

Views
rentetan kisah minah bunga, aku dapat sambutan yang agak menggalakkan la jugak, pastu aku da janji nak hupdate kesah terbaru psl mat bunga pulak...ari tu, tgk tv, ada cite psl mat bunga, da lupa da stesen tv mana, sbb aku tak tgk pun, terasa kerugian la plak...hehehe

mula2 tu, aku terfikir gak, instead of mat bunga, kalau mat kumbang mcm mana? ohooo...sabar...mat kumbang lain2 episod hokeh...


10 info mengarut dari aku berkaitan mat bunga

1. penampilan luaran yang sangat menggambarkan jiwanya tapi takdelah sampai selit bunga kat telinga

2. seorang yang sangat sensitif even kalo kita cakap 'aku menyampahla' dia dah ingat kita menyampah kat dia, padahal tak mention pape pun

3. selalu syiok sendiri ss punya kes

4. diri dia is always the best smpaikan tak sayang mulut kutuk org lain tak bagus

5. sangat memahami permasalahan berkaitan jiwa, perasaan

6. suka bagi ayat yang makan dalam, sebagai contoh aku tak kisah pun kalau korg tak ajak aku padahal dlm hati, kau sangatsangatsangat kesah sebenarnya...

7. mahir bermadah pujangga nih, pendek kata, hidupnya diselubungi madah bagai

8. sukakan keindahan alam, menghayati keindahan alam dari satu sudut yang jarang org lain perasan

9. senang mengalirkan air mata, gaduh ngan awek, dia yang sobsob dulu mengalahkan aweknya

10. ayat kegemaran : kaulah bulan, kaulah bintang, kau menyinari hidupku


hah...pada sape yang terasa ada kena mengena ngan info di atas, aku tatau hokeh...aku main tulis je, takde sumber rujukan yang sah...jadi, jangan saman aku okeh...aku dah warning awal2...

pada mana2 lelaki yang sukakan bunga, jom kita kawan...hehehe...i like you!!!


notakaki : tunggu mamat keje anta bunga

Thursday, November 11, 2010

jeles?

Views
dlm bahasa melayu baku, kita panggil cemburu, nak tau maksud lbh jelas, silalah google carik sendiri eh, sbb aku takde kuasa nak carik...alasan bg cik tenet yang lemah tenaga batin...opsss

menurut definisi aku sendirik, cemburu aka jeles boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang kurang senang atau tidak disenangi dalam diri kita, kalau perasaan gumbira, teruja tu sume perasaan yang boleh dikategorikan sebagai perasaan yang disenangi, tp kalau jeles? hmmm...sape nak jeles? cuba angkat tangan? huh...aku taknak jeles...sangat menyusahkan jiwa raga...bukan setakat menyusahkan diri sendiri, tp juga insan yang ku jelesan itu...perbendaharaan baru --> jelesan

nak tau lebih lanjut ttg jeles? hah..sila lah google sendirik eh...alasan mcm biasa, SDA seperti di atas yer hehehe...tp kat sini, aku nak share something interesting y aku terbace kat akuhalimblogspot psl jeles2 nih...terus terpikat you...hihi...senang sangat i nak terpikat ropanya...

credit to google for this picture

5 cara mengurangkan rasa cemburu


1. lupakan isu cemburu itu terlebih dahulu
jika kita atau pasangan kita dilanda badai cemburu, maka, sehendak2nya kita pastikan keadaan ini reda terlebih dahulu, jangan main bedebug tanya2, soal2 psl isu cemburu itu, bukan apa, yelah, orang tengah marah, jangan ditambah2 lagi kemarahan yang sedia ada, tu namanya siram petrol dalam api, nnti dah cool, reda bagai, hah...apa lagi, attack lah ngan soklan2 panas...

2. jangan mudah ambil hati
tidak dinafikan, kalau dah jeles, huh...kawah api depan mata pun tak nampak, main langkah je, yelah, hati tgh panas ni beb...smpaikan semua nasihat pun taknak dgr dah kan...ohoo...jangan mcm tu, apa kata, kita duduk sekejap, pastu fikir balik, ntah2 pasangan kita tu tak sengaja kot buat mcm tu, cuba fikir positif, kalau sekali dua bolehla dimaafkan, tp kalau dah masuk angka berbelas2 kali, cubalah bawak berbincang ngan kadar yang harmoni dan sepoi2 bahasa...ingat...fikir positif...

3. sentiasa yakin dengan diri sendiri
yakinlah bahawa kita adalah insan yang dicintai dan disayangi oleh pasangan, tp janganlah pula sampai syiok sendiri, huh..punyalah kita duk yakin dia sayang kita, upenya, dah bersepah pmpuan yang dia cakap mcm tu...naya...kalau dah pasangan kita tu jenis yang bagus, dan boleh dipercayai, berilah sedikit kelonggaran buatnya utk dia jalani hidup dia, dan yakinlah...kalau dah dijodohkan dia utk kita, maka, tak ke mana bukan...

4. jangan carik nahas
kalau dah tau pasangan kita tu atau kita sendiri jenis yang mudah jeles atau sangat jeles, janganla melibatkan diri dalam situasi2 y boleh mencetuskan perasaan jeles itu...lagi satu, hidup ini karma...kalau kita boleh keluar ngan lelaki lain, maka pasangan kita tu mestilah boleh keluar ngan pmpuan lain...barulah adil...kalau taknak pasangan keluar ongan org lain, hah...kita pun janganla buat mcm tu...barulah adil kan? tp sblm tu, ingatkanlah pasangan kita tu ttg perjanjian ini...hahaha...senang...kalau dia carik pasal, ada alasan utk attack dia...hahaha

5. berbincang
segala mcm langkah dah diambil, petua dah diamal, nmpaknya, tak jalan jugak, maka, jalan terbaik adalah, bawaklah berbincang dgn pasangan anda...just bgtau je anda ni jenis y mcm mana, pastu makesure pasangan anda pun bgtau dia jenis y mcm mana, then, pandai2lah cari jalan terbaik antara anda berdua...


notakaki : selalu ditimpa kejelesan....hehehe

Wednesday, November 10, 2010

misteri kehilangan

Views
hoho...baru sehari gagal menemukan diri ngan cik tenet, aku dah rasa

1. gigil2 mcm org gian dadah
2. tidak keruan masalahnya, sejak bila aku keruan?? ~konpius~
3. mula bercakap dengan dinding sbb kau takde kawan la tu
4. emosi tidak stabil hah...yang ni aku sgt knpius jugak...kau mmg sentiasa tak stabil ain oi!!

kalau nak lapor sama polisi pun, paling kurang hendaklah hilang tanpa diketahui selama lebih kurang 24 jam, ni kes aku nih, kiranya dah bolehla kan lapor sama pada pak polisi yer...ekekeke...

saje nak menggedikkan diri yang mmg sudah sedia gedik harap maklum dengan meletakkan diri dlm kelompok 'orang hilang'...gara2 byk sangat tgk cite ncis ngan criminal mind nih...huh...memberi kesan mendalam pada diri aku ropanya...

walaupun aku tau, kehilangan aku takde lah dirasai oleh mana2 blogger sekalipun, tp yang menjadi masalah besar buat aku adalah, hah...tgk...baru sehari aku tinggalkan kalian, dah berpuluh2 entry korang yang aku dah ketinggalan...terus takde rasa semangat nak menyebokkan diri nak mengomen entry korang...takpe2...esok insyaallah aku ada utk bagi kata2 menyebok kat blog korg...hehehe

notakaki : kesimpulan entry ni, sedih tak dapat nak follow up blog kawan2 sekalian...hukhukhuk

Monday, November 8, 2010

apa beza

Views
kalau aku tulis mcm ni

ayat pertama
memang aku ada 24 jam sehari, tapi tak semua masa yang aku ada tu utk kau

mesti korang akan fikir

asal sombong sangat aku ni, kalau taknak layan org lain sekalipun, tak perlulah kot cakap mcm tu, mcm kurang hajar je

tapi kalau aku tulis mcm ni

ayat kedua
memang dia ada 24 jam sehari, tapi tak semua masa yang dia ada tu utk aku

apa korang fikir agaknya?

kalau aku, aku mesti fikir
yelah...itu masa dia, suka ati dia lah nak buat apa, aku bukan ada hak utk arah dia pape

kalau tulis ayat pertama, mcm kasar je kan, tp kalau tulis ayat no dua, mcm pasrah dalam paksa je...jadi mcm mana nak tulis?


notakaki : bawak diri ah

aku nak jugak

Views
bangun pagi ni, aku rasa sangat tak puas hati ngan usaha semalam, aku nak kait cardigan untuk aku...tak kira, aku nak jugak...

smlm dah try buat, kait dah dekat sejam, tetibe aku rasa arghhh...tak jadi...kena ubah...bukak balik...tak puas hati tak puas hati...pagi ni, penat aku duk plan, mcm mana lah hai nak buat...aku tak pernah lagi kait cardigan, jadi mmg aku takde asas la...

ni, dah dekat sejam dah duk berpintal benang, baru seinci buat...hahaha...biasalah tu, kait2 ni mmg usaha mcm kura2, tambah2 kalau aku y buat, kalau org lain, aku tataulah, dorg mesti laju cam arnab kan...hehehe...takpe2...nnti kita jumpa di garisan penamat...

tapi kan, aku tatau lah jadi ke tak nih, aku redah je lah, kalau tak jadi, memang aku campak je lah dalam kotak mana2...huhu...

takpelah...nak smbung mengait, nak tgk mcm mana lah ropanya...kesimpulan y dapat aku buat berdasarkan apa yang dah aku start ni,

aku buat ikut saiz aku, tp rasanya kalau jadi pun, saiz bear je kot...hehe...takpe...saiz tak penting lagi setakat ni, yang peting JADIK cardigannya...

notakaki : kalau jadi, aku pakaikan je lah kat bear anak buah aku...hahaha

Sunday, November 7, 2010

apa dah jadi?

Views
semalam mase ngah drive, dgr radio sinar, dj nya kalau tak silap, halim othman ngan linda onn kot. aku pun dah tak jelas sangat bab tuh, sbb yang jelas aku dgr

pasangan pelawak terkenal dan pelakon popular dikatakan sudah putus hubungan

aku ngan mak aku time tu, terus jerit nama NABIL sebab dah takde pelawak terkenal yang masih belum kahwin kot, nak kata zizan, memang dia tak kawin lagi, tp dia pun takde skandal ngan sesape setakat yang aku bace paper la kan...so, takkan johan, johan dah kawin, along pun dah kawin, apek? apek pun dah kawin...pendek kata, dah takde pelawak terkenal selain NABIL dahla...

ari ni, tgk melodi, kuar story psl ni, hah...mmg sahla nabil ngan irma

aku amek gmbar ni dari gosip artis

irma buat pengakuan bahawasanya dia ngan nabil dah takde pape, mase tu wartawan hiburan izwan yang interview dia, pastu dia kol nabil nak tanya psl ni, nabil tak dapat nak jumpa time tu, tp dia janji nak buat pengakuan kat melodi lah pasni...haih...

irma cakap dia dah takde pape dah ngan nabil, tapi nabil still cakap irma tu calon isteri dia...so, mcm mana nih...dalam pancaindera hari ni pun de story psl depa nih...

aku sedih lak...yelah, sbb agak lama jugakla dorg kapel ni kan, tak salah aku bace, 3 tahun eh? ke aku salah...dah bincang psl nak kawin dah pun, dua 2 family dah kenal bagai dah, pendek kata tunggu nikah je, tp mungkin terikat ngan jadual keje kot, masing2 bizi, pastu tunggu masa yang sesuai utk kawin...alih2...mcm ni lak yang jadi...ouhhh....aku tumpang sedih...

sakit wooo putus cinta nih, aku berani cakap sakit sbb aku sendirik pernah alami...so, pada irma dan nabil, tabah2, biarkan ia berlalu, mungkin ini yang terbaik buat mereka...walaupun tau nabil ngan irma takdenya nak bace tulisan aku nih, tp takpelah....aku tetap nak tulis kat sini...

notakaki : walau sehebat mana kisah cinta kita, walau seromantis mana kasih sayang kita, kalau dah tertulis tiada jodoh antara kita, maka, berpisah jua...

kosong atau bosan

Views
kenapa lah hai malam ni nak moody2 mcm ni, sbnrnya bukan moody, cume aku rasa lebih tepat kalau aku cakap dilanda badai...haih...nape eh...hidup aku ni rasa kosong aka bosan...hmmm...

angin kus2 aku da mai da...bila dah mcm ni, mula ah aku sasau, nak buat tu takde mood, buat ni takde mood...kalau dibiarkan, melarat...sebagai contoh, nak mandi malas, nak tido malas, nak makan malas, nak buat sume benda pun malas...kalau zaman aku belajar, ada gaklah aku dilanda angin kus2 mcm ni, tapi masa tu, aku mesti cakap mcm ni

rasa macam nak mati, tapi amal tak banyak

sensasi tak ayat di atas, aku ingat lagi ada sorg kawan aku akan balas bila aku cakap mcm ni, hah apa lagi, pegi lah buat amal

pesanan kawan aku ni pun sensasi gak kan...hehehe...

ajal maut kan di tangan tuhan, aku takdelah mintak nak mati, sbb aku tau amal aku banyak mana, dosa aku banyak mana, allah bagi masa suh beramal...

notakaki : takleh ah cakap nak beramal pun malas, tak baik...

hujung minggu yang kering

Views
ni kering2 ni bukan merujuk pada kering hujan, sbb hujan tetap turun, cuma tak lebat je, gerimis2 manja je...kira okey lah tu kan...

kering aku kat sini ni merujuk pada kering kontang poket ku lah...huh...tp aku nak tanya, mcmla poket kau pernah subur ain oi? huhu...okey2....jangan disebut lagi perkara itu...diam2 sudah...

semalam, aku kuar ngan mak aku...hoho...tak main ah kuar ngan kawan, kuar ngan mak sekarang ni...hoho...stok mak-mak dah aku ni kot...bukan apa, kuar ngan mak samalah kau kuar ngan mesin atm, tadak duit, nnti tekan2 atm, hah...kuar duit...sonang cito...semalam, aku masuk 3buah kedai pengantin, sabar2....aku bukan nak kawin lagi, camno nak kawin, duit pun tadak...

aku pi beli stok manik ngan benang....tp sangatla sedeh...nak beli manik, manik yang aku berkenan susut plak di pasaran, nak beli benang, benang yang aku berkenan, juga susut di pasaran...sangatlah hampeh dan kesedehan aku sepanjang perjalanan pulang...hmmm...terus aku provoke mak aku,

mak....jom bukak kedai manik ngan benang...

huhu...serius aku rasa sedih sbb susahla hidup mcm ni, aku tengah bersemangat nak buat sesuatu, tp dek kerana kekangan mcm ni, dah tergendala segala rancangan...sangatlah kurang menggemari keadaan yang mcm ni....

notakaki : betullah tu, hujung minggu yang kering

Friday, November 5, 2010

kalau dah tak senonoh

Views
takmo kasik ketidaksenonohan tu terserlah, aku cover sket lah


pas mengeliat, ingatkan nak bangun dah, upenya sambung lagi


muka tensen kena kacau ngan aku


tgk tu, masam...marahlah tu...


takmo layan


apala perangai kucing nih, perkenalkan...nama dia ebbi junior aka itam...pas ocek mati, nampak gaya dia telah mengambil alih sebagai jantan terhangat di kampung aku...nyampah...

aku pernah cite pasal itam ni masa awal2 dulu, korang carikla sendirik, nak senang, klik je kat label kucing, konpem ada...mase kecik2, bukan main comel lagi, bila dah besar...huh...comot...

notakaki : nyampah2 pun aku tetap sayang kucing2 aku

Thursday, November 4, 2010

aktiviti gegirl

Views
selaku tukang merancang ye ke aku yang rancang?? aku pun konpius sape yang rancang sume ni...takpelah...okey...teruskan... aku dengan ini, sangat berbangga utk memberikan sepatah dua kata berhubung aktiviti kita petang ini

saya dengan ini berasa sangat gembira dengan kejayaan kita utk berkumpul, bergelak ketawa, bersengal2an, dan bergila2an dengan jayanya...sejuta kalung tahniah dari saya untuk anda semua...nnti kita jumpa lagi...tungguuuu...

cuba straight to the point sket cik ain!!

hokey2...jangan baling kasut lagi...simpan2...

sebenarnya, aku dan 3 orang kawan perempuan sbb tu tajuk hentry gegirl hokeh telah menerjah umah sorang lagi kawan juga gegirl semata-mata nak tengok anak yang jugak gegirl kawan aku ni...kawan aku ni, satu sekolah ngan aku mase sekolah menengah, pas hbs sekolah, dah tak jumpa...agak2 dalam 5,6 tahun jugaklah tak jumpa...tau2 je dia dah kawin, dah ada baby tomei...eee....geram nengok...

pastu aku apa lagi, terus kuarkan enset, amek a few pictures, huh...pandai lak posing...

blurr first time tgk henset tak bape nak canggih ku


hah...dah kenal dah tu henset


hokeh...posing la apa lagi...senyummmmmmmm


tarik nafas pun dalam senyum


senyum lagi


sangat la terubat tgk baby ni, namanya alaisyah, nama penuh, sory, gua tak hengat sbb gua susah nak hengat nama orang, cukup sekadar nama panggilan...hehe...boleh terima alasan aku? terima je lah...bukan korang leh wat pape pun...

kawan aku yang lagi 3 orang ni, pun aku dah lama tak jumpa, apa lagi....borak time lah...pastu gelak tak hengat dunia, smpai lenguh2 urat gastrik aku duk gelak, tahan gelak pun ada gak...hoho...sangat best kawan masa sekolah menengah ni, masing2 dah punya jalan hidup tersendiri, tp takpe...kita tetap kawan...

oh ya, maaflah gambar kawan2 aku tu sume aku tak hamek, bukan lupa nak hamek, tp lupa nak suruh okeh kumpul sume hamek gambar, maka...takde la walau sekeping kuman pun gmbar kami sume...ceh...hampesss...

td mase nak balik, dgr desas desus bila lagi nak jumpa...haha...coming soon maybe...tataulah, tgk keadaan mcm mana...nnti kita ronggeng puas2 eh...tak sabar...


ini je yang aku sempat hamek...haha...


notakaki : dorang cakap aku drive ala2 kl drift...haha...lupa, jalan kampung, bukan highway

Wednesday, November 3, 2010

sampai berdarah hidung

Views
daku sungguh menderita lah hari ni, banyak sangat menangis boleh menyebabkan smpai berdarah hidung eh? aku tatau la plak kewujudan perkaitan yang sungguh klise di situ...tp ok gak kan...kalau orang tanya, lehla aku cakap ngan bangganya

aku menangis sampai berdarah hidung


note :
waaa...sila bayangkan keadaan aku ungkap ayat di atas sambil tangan kuar api, ala2 pendekar tangan berapi tuh...huh...silalah kagum ngan aku hokeh...penat aku berimaginasi malam2 mcm ni...


sakit tu sume datangnya dari allah kan, sedih, gembira, blurr tu pun sume datang dari allah kan...


notakaki : hidung masih berdarah walau air mata sudah tiada....

hari murah senyuman

Views
semalam, paksa gak mata utk tido, paksa punya paksa, nangis sambil...arghhh...tensen sangat sampai tak leh tido...apa kess emo sangat nih...hihhh...biasalah....last2, tak sedar bila masa aku tetido...bagus!!!

sekali, tepat jam 1.15am, aku terjaga...hah....tak boleh tido dah...pusing kiri pusing kanan, jampi serapah apa yang patut, haih...nape susah sangat nak tido nih...hamboiii...kemain lagi kau kan mata, dulu mase aku nak test, ada exam, kemain lagi kau nak suh aku tido sbb tak larat tgk angka, tak larat tgk word prove prove...takpe2...ada ubi ada batas...dendam ngan mata sendiri ka?? da tak botol da agaknya...

tatau kul bape plak aku tido...ari ni, bangun ngan mata sembab...padan muka!!! sape suh nangis...ahhh...ada aku kesah kau nak bengkak ke apa mata...aku pedulik apa...ngadap cermin sakti, haih...sape la gerangan pmpuan depan cermin nih...sebek je...burok...ahhh...aku tak pedulik...

ngadap cermin lagi...pastu cakap ngan cermin takdelah tak bape nak waras sangat namanya aksi gini...cakap kat org dlm cermin,

be strong hokeh, i know you can do it, it's your life in your hand, big girl don't cry bebeh
cry y semalam punya tak kira bebeh~~alasan!!

pastu, ngan tak semena2...pandangan ku kabur...hah...apa kesss....

sambung tido, peluk bantal, nanges nanges dan nanges lagi...smpai anak jiran dtg tepuk2 belakang, "dah2 ah tu weih nangis...aku nak jemur bantal tuh...hari dah siang nih, pegi masak lauk tgh hari..."tang anak jiran datang tu aku tipu jerk...yang korang pecaya sape suh?

notakaki : tang mana yang murah senyuman nye cik ain hoi? tajuk hentry tak kena ngan hentry!!! reject!!!

spesis minah bunga

Views
sebelum tu, pernah dengar minah bunga?

apa? tak? okeh...meh aku terangkan...

apakah yang dimaksudkan dengan minah?
minah adalah perwakilan bagi perempuan

bunga?
weei...takkan korang tak tau kot...tak belaja ke? bukan bunga, orkid lah tp maksud bunga kat sini, aku nak korang fikir secara kritis sket, bunga pun perwakilan bagi perempuan kan

apa akan jadi kalau aku gabung minah dengan bunga? senang je, jadiklah
minah bunga kan senang tu
takde2...minah bunga kat sini membawa maksud perempuan kuasa dua, maka, apa yang jadik? jadiklah dia keperempuanan yang sangat dasat...maksud aku, tahap kejiwangannya hokeh...setuju tak?

jadi, cuba tukar sket guna gaya kritis...

kalau lelaki, tukar jadi mamat
kalau bunga, tukar jadi kumbang

mamat kumbang? haiish....burok bebenor eh bunyiknyer...takmo ah aku ajar benda2 mcm ni kat korang...

okeh...end of discussion...pelajaran kita hari ini adalah minah bunga sahaja...sekian...


notakaki : bila minah bunga buat ayat, sume melarat, sebab mata berbirat, tak faham walau seurat

Tuesday, November 2, 2010

aku rasa

Views
aku rasa mahu nangis
aku rasa mahu menjerit
aku rasa mahu lari


notakaki : payah kalau dah jiwakacau...bengong!!

hari yang cerah

Views
seronok sket hari ni sbb hujan dari malam semalam, dah berenti, legaaaa....pheww...

bleh basuh baju, jemur baju...tu yang paling best...sebab stok seluar da nak habis bukan seluar dalam hokeh bukan apa, takut betol aku kalau nak kena pakai kain batik...hahaha...tu je ke alasan kau ain? hehehe...bukan la takut, tp malas, bleh je nak pakai, aku je yang taknak...tak suke...mak aku da banyak kali da bising aku tak mcm anak dara...alaaa...

tadi dah jemur dah sebakul penuh kain, harap2 la panas nya hingga ke petang, risau pula kot2 hujan di tengah hari...biar hidup aku je yang hujan takpe, kau matahari, kau kena kasik kaw2 punya supaya baju2 tu kering dan garing sbb mak aku tak guna daia...leh terima alasan aku matahari?

hah...lagi satu, td pagi2 lagi my sis tepon, katanya tak pegi keje ari ni, umah dia banjir...wah...gawat ginik...pastu dia tanya soklan cepumas, nak kena selamatkan apa eh? haih...ekau nih, ponat jo omak anta ekau belajo tinggi...nak tergelak aku dgr...bukanlah nak kutuk tahap kebongekan akak aku mesti ngah gabra kan...

okeh...pertama sekali, selamatkan diri dan mereka yang lain, pastu bawak sekali maklumat penting seperti ic, surat beranak, surat nikah dan sbg nya...pastu kalau boleh selamatkan benda lain, hah...selamatkanlah barang2 berharga yang ada...huhu...cuaknya...yelah, mana pernah ada pengalaman mcm ni, i wish her and her family selamat, takyah kena pindah2 nih, sbb susah kot, ada anak kecik lagi...huh...doakan kalian selamat hokeh...lab u lah sayang...


notakaki : nak gi basuh baju lagi ah...hidup yang bosan memang kena begini...

jangan salah faham

Views
mase aku publish entry penantian semalam, ada orang tanya aku,

kau kenapa, tak sabar nak kawin dah ke?
terserdak aku tetibe...iskh...bukan mcm tu...aku tak terfikir lagi untuk kawin dalam masa terdekat ni...
habis tu kenapa kau tulis mcm tu?
entah...aku cuma rasa sesuatu yang orang lain tak rasa....dan aku terfikir...tu yang aku tulis tu...


kawin2 ni bukan perkara mudah, paling penting, bukan untuk sehari dua...aku nak kawin bila aku rasa aku betul2 dah ready...


kenapa aku tulis mcm tu?

korang pernah tak terfikir apa tujuan hidup kita ni berpasangan? jawapan yang sangat klise adalah utk saling melengkapi antara satu sama lain, tp maksud sebenarnya, hanya orang tu sahaja yang tahu dan tak perlulah kot aku nyatakan alasan aku kat sini kan...

kita hidup sehari2 ni sebenarnya adalah untuk mengenali diri sendiri mcm mana, tak de sape pun dalam dunia ni boleh ramal bagaimana hidup kita nanti, ayat yang aku sangat suke guna, kita manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan hanya dia, sebab tu lah kita kena sentiasa berserah pada dia, sebab dia je yang tahu apa yang terbaik untuk kita...

jadi jangan salah faham hokeh...

notakaki : emo sekejap...sedih bila tak dihargai...

Monday, November 1, 2010

penantian

Views
kalau aku nak kawin
dah lama agaknya aku kawin
tapi sebab aku nak kawin ngan dia
aku sanggup tunggu dia

bukan tak nak ajak kawin
tapi dia ada tanggungjawab lain
aku hormat permintaan dia
aku harap aku tak disia-siakan

jiwa kacau

Views
malam ni, tetibe angin kuskus aku datang, aku jiwa kacau!!!! kalau tadi, seharian aku cool aje, tp hati ini tidak tahan weih ala-ala lagu noraniza idris gitu

ahhh...memang seyes aku tensen malam nih...tatau sampai bila aku boleh sabar dan senyum lagi...ohoooo...

jiwa kacau betullah...

notakaki : mcm mana nak kasik cool nih...

musim tengkujuh bermula

Views
aku rasa semalam, sah lah bermula musim tengkujuh bagi kawasan pantai timur utk tahun 2010...

semalam, hujan turun, sangat lebat, sejak sblm subuh smpaila ke hari ini, non stop...kalau berenti pun, hujan still turun, cuma gerimis2 mengundang gitu...

aku da pelik da, kenapa hujan tak berenti nih, hujan nikmat sebab kelantan menang bola ke? mungkin jugak...tapi bila tgk, air dah keluar2 longkang da ni, eh...cuak pulak...kesian kat arnab, tak perasan kawasan dia dah naik air, nasib tak lemas arnab aku...kalau tak arwah...mati aku nak menjawab kat adik aku...pastu aku baru teringat, oooo...dah nak hujung tahun, apa lagi kalau bukan musim tengkujuh, banjir2...bah...mengapa bah kau berubah mengapa bah...

hari ni, sekor kucing aku ditemui mati...owh tidaakkkk...aku tatau kenapa, masih ingat lagi kat putih? ha...putihla yang mati...kesian...aku dah banyak kali kurung dia bersama ngan kucing2 y lain, tp sbb dia kecik, senang aje nak bolos...aku pun tatau lobang mana yang dia bleh bolos...

abg aku cakap putih mati sbb sejuk sangat kot...logik tak? yelah, tetibe je dia mati, nak kata kena langgar ngan kete, mak aku menafikan sekeras2nya...so...apa lagik penjelasan yang ada? aku sepanjang 2 hari ni pun menderita sebab sejuk sangat...apatah lagi si putih kecik tuh...

notakaki : siap ah kucing dalam kurungan, aku nak letak warmer utk kalian...biar mak aku mengamuk2 smpai bertukar jadik incredible hulk...aku tak kesah...