Posts

Showing posts with the label dalam cermin

malam sepi

Image
di malam sepi berteman si air mata tidakkan bisa berhenti kerana hati terlalu hancur hati yang ada pecah berderai kenapakah dikau lupa untuk berfikir sebelum bertutur kini sudah terlambat jiwaku tercalar tidakkan bisa memaafkanmu seperti mana lantang bicaramu seperti itulah jua aku terluka dan terluka tempat mu bukan di sini tempat ku juga bukan di sini aku mahu pergi

have you ever asked this kind of question to yourself?

Image
hasil perkongsian kawan2 di fb, membawa aku untuk berkongsi di sini...                                aku selalu tertanya2 kepada diri sendiri...dan kadang2, lirik lagu pun ada gak sebut2 pasal ni... sebagai contoh, lagu alyah, kisah hati...dulu bila aku dengar lagu kisah hati, mesti hati aku keep questioning, why why why...dan kalau aku nak sangat dengar jawapan, aku akan tanya orang sekeliling aku...hahaha...sakitla dorang nak menjawab... banyak2 soalan ni nanti, akan membawa kita berbalik kepada QADA DAN QADAR, ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi...kan kan kan...setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...ayat yang aku selalu cakapkan kat diri sendiri dan pada kawan2 aku bilamana dorang sedih2 atau down dengan sesuatu... sebenarnyakan, kalau diikutkan, banyak sangat lagu tangkap leleh *jiwang le tew* yang guna pakai jalan cerita yang lebih kurang sama ngan isu yang aku sebut2kan nih, tapi...aku lupe la...he...

bukan aku

Image

bila otak tak betul

bila otak tak betul, gila la tu senang citer...tapi mesti taknak ngaku gila...orang gila pun tak ngaku dia gila, tapi ada je orang yang waras sibuk2 nak ngaku gila sebab dah bunuh orang, dah buat salah itu ini...cit...alasan yer... dulu, masa aku sekolah menengah, bila aku stress je aku bedal coklat...nak2 time tu koperasi sekolah ada jual coklat, 1 bar tu harga dia kalau tak silap rm1.20 jugakla...melayang duit makan aku untuk minggu tu... bila dah kerja nih, bila stress...terapi coklat dah tak bape nak jalan dah untuk melegakan aku...sekarang ni, sama ada kuar pi window soping atau pi soping terus, itu sangat melegakan...nak2 plak time tu, ada orang yang sengal2 kuda laut teman...kejap je ilang stress...pas penat jalan, pi melantak...memang aku akan bedal sume yang aku rasa nak, kunun2 tanda lepas perasaan la tu, tak sedar...habis duit dalam poket... teringat jugak time aku kecik2 dulu, dalam darjah 3 rasanya...aku geram ngan mak ayah aku kot, hah...nak tunjuk memberontak...habis aku...

sebab ada ros putih

Image
kenapa awak suka gambar ni? hahaha...suka gambar kat bawah tu sebab ada ros putih...boleh tak bagi alasan lagu tu? hakhakhak ari ni alia moody je sbb tadi pagi, dia kena inject...adehla anak...janganla manja2...be tough girl... notakaki : tetibe je mood hupdate blog cam ntah pape je sbb blog asyik tunggang langgang tak tau apa sebab...

baru lima hari

tengok last hupdate entry, 20hb, hmmm...baru lima hari hupdate rupanya...tp mcm dah berbulan, dan mcm2 jadik ngan life aku...untuk dikongsi, rasanya tidak ada yang sudi untuk mendengar, sebab ini adalah rahsia hati...mana bulih2 share maaa.... semalam, ada satu benda yang terjadi dalam hidup aku, dan ini adalah sesuatu yang tidakkan bisa aku maafkan sampai bila2...sedangkan nabi memaafkan umatnya, maaf...aku tidak semulia baginda, dan tidak sebaik baginda... once you've touched me, i'll never forgive you for what you have done....for the whole time, i've never talked to you, never looked into your eyes, but then, this is what you have gave to me? thanks...and you know what, i'll be haunting every inch of your shadow notakaki : nak je aku publish apa benda yang aku maksudkan itu, sebab i've done nothing wrong to you

musnah

Image

kepadamu kekasih

lewat mlm macam ni, tetibe perut berkeroncong lagu safura dan oney, jangan menangis sayang....adeh...tulah, padahnya tak dinner... sementara menunggu kekasih pulang, hupdate lewat malam namanya... selamat ulang tahun kelahiran kekasih, tahun lepas ada pengalaman sambut sama2, tahun ni, pengalaman sambut dalam alam ghaib namanya...ahaks...kelip2 ku sangka api, kalau api, mana puntungnya...ghaib2 ku sangka mati, kalau mati, mana kuburnya...teringat sama imran ajmain... terbaca ttg satu ayat nih kat fb, dan nak share kat sini seandainya kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku -->motip letak ayat tu??? sbb ayat tu best...buleh terima? notakaki : hati sudah bersatu, jiwa pun sudah bersatu...tapi... ehh...motip utama aku beriya hupdate tgh2 mlm awal2 pagi cenggini nak wish SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KEKASIH je, yang lain2 tu, sampingan semata2...adiossss....

hujan lagi

Image
jiwaku kosong memerhatikan hujan yang turun membasahi pipi

hati ini

Image
sudah tidak tertanggung rasanya hati ini dek kerana mu betapa aku sayang betapa aku perlu kamu tidak tergambar tidur malamku hanya kamu yang ku sebut terjaga dari lena hanya kamu yang ku sebut mengapa begini jalan hidupku tidak seindah impian yang selama ini kita bina dan semai namun hancur hanya kenangan bersamaku untuk selamanya wahai sayang wahai pujaan hati cinta ini untuk kamu hati ini tetap untukmu aku sayang kamu dengan sepenuh hatiku tiada apa yang berhak ku pinta hanya tiga perkara kenang daku sentiasa jangan mungkiri daku dan janjilah aku yang utama di hatimu tiada yang lain sayang sayang sayang

sesuatu

*mungkin aku perlu private kan blog nih...aku ingin lari dari seseorang yang punya banyak kekuatan dalam diri ini...

jiwa kacau

pandang kiri pandang kanan, semua tertulis KEBENCIAN, ya, aku benci insan itu, insan yang bergelar AKU

mode : jiwa kacau berganda

Image
 semalam, sebelum aku lena, sempat lagi hupdate fb ngan status yang tak leh blah, status mamai disayangi atau tidak, diperlukan atau tidak,  bukan keputusan perempuan, tetapi keputusan seorang lelaki pastu, last sblm tido, check email...then tido lah aku sehinggalah pagi tadi... syukur alhamdulillah masih dapat bernafas....selesai solat dan segala mala yang patut, bukak laptop, de bends nak dibuat...tp sempat lagi bukak fb, check email... adala 5 orang kawan aku yang like2 status aku...hokey...thanks kalian...de jugak yang setuju ngan aku... alang2 bukak fb, usha2 la kengkawan yang lain punya status...dan tak sangka... status mamai aku itu pun dimamaikan oleh sorang lagi kawan aku... hmmm...terfikir sekejap aku...betul ke apa yang aku tulis tu? notakaki : actually, i'm talking about talak

titik henti

apabila anda berada di tahap yang anda rasakan itu adalah saat paling lemah ( the weakest moment) tarik nafas dalam-dalam dan ingatkan diri anda si dia yang anda sayangi sentiasa bersama-sama dengan kita berikan dia sebuah senyuman yang paling manis notakaki : tetibe rasa sangat lemah

mencintai tak semestinya memiliki

di suatu malam hari, tatkala hujan renyai, selepas satu perbualan antara aku dan kawan aku....aku memperoleh sesuatu benda baru... * * * dulu aku selalu sebut mencintai tak semestinya memiliki  bila bercakap tentang mencintai seseorang atau pun bila berbincang tentang isu cinta dengan kawan2 aku...rupa2nya, aku sekadar bercakap tanpa memahami maksud sebenar yang tersirat di sebalik pernyataan tu... sekarang ni...baru aku paham apa maksud phrase tu...sungguh makan dalam upenya....terima kasih pada kawan aku yang juga seorang hamba allah sebab telah mengingatkan aku pada apa itu cinta dan apa itu memiliki ... nasihat aku, bila mana kita terasa susah atau dalam kesukaran, cepat2lah tadah tangan mohon kepada allah, permudahkan segala urusan, sbb hanya dia sahaja yang mengetahui apa yang bakal berlaku di hadapan kita dan hanya dia sahaja mengetahui apa yang terbaik buat kita...berdoalah padanya, mohonlah apa sahaja padanya...semoga hanya yang terbaik berlaku dalam hidup ...

hati berkata

jika senyumanku bisa menggembirakanmu  maka aku rela melupakan segala derita yang bakal ku tempuhi,  akan ku telan segalanya,  akan ku relakan segalanya,  kerana dirimu adalah segalanya bagi diriku

cinta?

dulu kau pernah berkata andai kata kita bercinta akan kau bina mahligai di langit ke tujuh sememangnya aku tak percaya

lelaki penipu, aku ditipu

sudah berapa kali aku ingatkan diri ini agar jangan tertipu oleh pujuk rayu lelaki, namun, di penghujungnya, aku sendiri yang menyerah diri sudah berapa kali aku ingatkan diri ini lelaki itu tidak lain tidak bukan, hanya untuk menipu diri ini sahaja, tetapi kenapa sehingga hari ini, aku masih membiarkan diri ini ditipu sudah berapa kali aku katakan pada diri ini, lelaki penipu lelaki penipu, dan aku perempuan yang ditipu sudah berapa kali aku menyedari aku telah ditipu, tetapi kenapa aku masih menerima dan menerimanya....kenapa... sudah berapa kali harus aku membiarkan perkara sebegini berulang ke atas diri ini...berapa lama lagikah aku mahu bertahan dalam dunia ditipu begini...bangunlah.... sudah berapa kali aku ungkapkan ayat di atas, namun aku tetap ditipu oleh lelaki penipu.... notakaki : perempuan yang ditipu oleh lelaki yang penipu

istilah bercinta

kau kata kau sedang bercinta benarkah sedemikian bercintakah kau jika cintamu itu hanya milik kau seorang tiada tempat mengadu tiada tempat berkasih sendirian semata-mata benarkan aku untuk memperbetulkannya jika itu cinta seperti yang kamu dakwa mana temanmu? mana kasihmu? mana cintamu? mana? hahaha hidup sendirian ditemani kebosanan ditemani kesunyian itu bukan cinta wahai teman itu buta namanya sedarlah olehmu bangkit dari lena usah terbuai perasaan sendiri kamu bukan bercinta

1 muharam 1432h

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tiba masanya tahun pula berganti...kali ini, 1 muharam 1432h...biasalah, sudah menjadi adat, asal tahun baru, mcm2 azam dipasang...mcm2 harapan digantung... oleh itu, sebagai mengikut adat, aku jugak nak pasang, nak gantung, nak tampal, sume nye lah nak buat, aku nak ada azam baru gak... sempena tahun baru ini, aku nak mulakan hidup sebagai seorang yang sentiasa baru dalam segala aspek kehidupan ku setakat mana yang aku mampu dan terdaya utk melakukannya pada setiap hari...aminnnn.... notakaki : impian itu, biarlah menjadi sumpah dalam hati ini...