Wednesday, August 29, 2012

perihal baby minggu 8 - minggu 15

Views
lama aku tak hupdate perihal baby setiap minggu, sume sebab kekurangan dari pihak aku ngan masalah teknikal laman web yang selalu aku terjah untuk tengok pasal perkembangan baby...ntah nape, laman web tu tak leh bukak...saje je kan takmo kasik aku bace2 kat situ...

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan
berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

* masa kandungan aku cecah 10 minggu, aku first scan...sume sebab gara2 aku mengalami senak di bahagian kiri ari2...disebabkan aku puasa penuh, risau jugak aku, takut sakit sebab aku lapar ke hape kan...bila gi check, doktor kata aku kencing kotor...aku kurang minum air, yelah...puasa kan, banyak mana la sangat yang mampu aku teguk bila sahur ngan berbuka tuh...

masa scan, doktor tu terkejut dengan baby, dia kata baby aku sangat aktif...hehehe...baby mama nak jadi pemain bola ke nanti...=) masa scan tu, tak habis2 kaki dia menendang2...tapi sayang, doktor tu just scan je, tak kasi gambar baby, kalau tak, boleh aku share kat sini....alhamdulillah, baby sihat dan mama baby pun sihat....pasni kena minum air putih bebanyak, dan amal minum air barli kosong...

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak
normalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

minggu lepas, di mana kandungan aku cecah 14 minggu, aku sekali lagi scan...kali ni, siap ada gambarnya lagi....nanti aku tunjukkan yer...tapi kecil je gambarnya tuh...dan paling best, doktor tu cakap kandungan aku bukan 14 minggu, tapi dah masuk 16 minggu....errr...apakah...serius aku tak hengat bila last aku period, dan aku pun rasa aku salah bagi tarikh kat nurse tuh...so sekarang nih, aku kompiyus, kalau orang tanya bape bulan dah aku, aku tatau nak bagi tau 17 minggu ke 15 minggu...hihihi...so, nasihat aku kepada pasangan suami isteri yang memang plan nak ada baby, sila catat tarikh period anda...nanti tak pasal2 jadik mcm aku, naye tul lah...ahaks....

keadaan aku sekarang nih, aku betul2 cepat letih dan tak boleh buat kerja berat, satu sebab nak menjaga kesihatan diri dan tulang belakang aku, satu lagi sebab takut cepat sangat pancit...paling tak best, perot dah moncit, dan banyak dah baju2 aku yang kena say byebye to them...dah tak muat...jeans kesayangan aku, dah lama dah say byebye sebenarnya...so sekarang ni, aku lebih suka pakai skirt ataupun seluar yang jenis sesuai untuk orang pregnant tuh, sebab tak ketat kat pinggang...paling penting, untuk keselesaan diri sendiri jugak...

notakaki : misi mengumpul baju yang santek2 untuk dipakai pada hari biasa dan bekerja

scoliosis, PID dan kandungan

Views
rentetan dari entry pertama tentang kesihatan diri dan kandungan itu ari, lama amek masa untuk share lagi sekali...kali ni, tambah lagi satu jenis penyakit, yakni PID...pepandai la korang gugel2 carik apa itu PID sebab aku lagi sekali sudah lupa apa itu PID, padahal dah banyak kali dengar dan bace ttg PID

okay, ari tu aku ada cerita yang doktor ortho which is doktor yang rawat sakit tulang belakang aku suggest kan aku suh jumpa ngan doktor pakar, dia siap arrange kan lagi kat aku date dan masa yang sesuai lagi...time kasih doktor ram...

sampai2 je hospital, supposed to be tunggu turn la kan, tapi rezeki la katakan...tetibe doktor ram tu keluar dari bilik dia dan dia ternampak aku yang tengah khusyuk tengok tv sambil mulut melopong lalu dia kompemkan dengan aku nama aku...errrr...dia kata, nanti doktor pakar nak jumpa, dia panggil aku...errrr lagi sekali aku dibuatnya...

bila nama dipanggil doktor ram, nurse yang bertugas dalam bilik tu pun terpinga2 sebab kalau diikutkan turn, aku dah dikira skip turn sudah....tp doktor ram bagi isyarat aku ni special punya...hehehe...terasa ada karpet merah untuk aku je masa nak masuk bilik doktor...

mengadap doktor pakar face to face...masa tu aku sorang2 je...doktor ram panggilkan encek leo suh dengar sama2....terkulat2 aku tengok doktor pakar yang penampilannya sangatlah sederhana, sampaikan kita tak nampak kepakaran dia tu, ceh...sempat lagi aku membuat andaian tak bertauliah kan...kali ni, aku dah ready mental bagai dah untuk mendengar apa jua keputusan yang perlu aku pertimbangkan...seperti biasa, ketiak aku awal2 lagi masuk bilik tuh, terus membasahkan diri dengan jayanya...

perbincangan yang memakan masa lebih dari 30 minit dari persoalan untuk menggugurkan kandungan sehinggalah kata sepakat dicapai...kata doktor,

1. first impression dia terhadap aku adalah operation tulang belakang, sebab kesukaran untuk aku berjalan di samping memerlukan bantuan untuk berjalan

2. kandungan boleh diteruskan tetapi mungkin sehingga mencapai 32 minggu sahaja, pastu baby akan dikeluarkan secara operation dan diletakkan di dalam incubator, manakala aku, akan get ready for the second operation plak, which is, operate tulang belakang...menurut doktor tu lagi, kedua2 operation ni memerlukan persetujuan kedua2 jabatan yakni jabatan orthopedic dan sakit puan...even kalau keadaan terdesak sangat, aku akan menjalani operation tulang belakang sementara baby masih dalam perut....

3. keputusan hanya akan diperhalusi lagi after aku menjalani mri, di mana, dekat lahad datu nih, takdak kemudahan itu, doktor tu kata, kalau dekat sabah nih, hanya di kk saje yang ada....aku cakapla, daripada aku terbang gi kk semata2 untuk buat mri, baik aku balik semenanjung dan buat kat sana je...doktor tu setuju...

so..selepas perbincangan yang membasahkan ketiak itu, aku terasa hilang satu beban, alhamdulillah...masih diberi peluang untuk meneruskan kandungan ini...kekadang, terasa jugak nak berdegil, nak teruskan kandungan, tapi bila fikir macam2, aku tetap tak sampai hati nak gugurkan kandungan ini...ahhh....biarlah apa nak jadi sekalipun...

keputusan perbincangan aku, doktor ram, dan doktor pakar itu...aku dinasihatkan untuk membuat mri terlebih dahulu, dan apa2 langkah seterusnya, hanya akan dibuat selepas itu...dan dilema terbaru aku kali ni adalah, adakah mri itu selamat untuk baby yang masih dalam kandungan?

notakaki : dilema itu semakin kompleks nampaknya...

Tuesday, August 28, 2012

selepas 10 syawal

Views
dengan muka tak malunya aku baru nak wish

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H
mintak maaf dari segenap bucu dan segi andai kata ada terkasar kata terlanjur perbuatan

ikhlas dari tuan tanah kedaun kepada semua baik yang mengenali diri ini mahupun yang membaca entry ini

Wednesday, August 8, 2012

menginjak 10 hari terakhir puasa

Views
alhamdulillah, ari ni dah ari yang ke19 puasa dah kan, kalu aku tak salah kira...alhamdulillah...berjaya sudah 18 ari puasa...syukur2....teringat masa awal2 ramadhan itu ari...cuak gile babeng sebab takut tak larat nak puasa...berdasarkan keadaan aku ketika tuh...dasat...ari tak pose pun aku tak tahan lapar, padahal baru je pas 2jam makan...pendek kata, asal pas 3 jam, aku dah kena top up balik makan...dasat selera makan nih...tp pastu muntah...terbaek sangat...

ari ni, bangun sahur mcm biasa, tp dah tak kuasa dah nak makan nasi...last2, makan jeli with nata de coco tu je...susu pun dah bape ari tak minum, sebab aku dah rasa tersangat muak...huh...hope ari ni dapat puasa penuh lagi...

tengok jam kat sebelah, aih....baru kul 10.20 beb....ada 8 jam lagi nak buka...gi sekolah pun belum lagi...kepala, badan rasa panas, walhal baru pas mandi...hidung tersumbat...hmmmm...demam lah tuh...aih...tiap2 ari nak demam...apakesss....tak larat tol bangun pagi ngan perasaan yang tak bape nak best...teringin bangun pagi, ceria secerianya...tak sabar nak balik kampung...owh...cepatlah masa itu berlalu...rindu benar sama keluarga terchenta itu...dah masuk 5 bulan lebih tak balik kampung...paling lama yang pernah aku capai...perghhh...terbaek ah rekod aku tahun nih...tahun lepas, asal cuti sekolah balik kampung...tahun ni...sobsobsobsob....

10 ari terakhir puasa...harapan aku, dapat habiskan puasa tahun ni dengan penuh....doa dan harapan tuh...semalam turun bandar, dah ramai dan sesak orang soping baju raya..tensen aku yang nak lalu sebelah nih...bila puasa dah nak masuk ujung2 nih, orang sebokla buat persiapan raya...adeh...baru aku ingat...baju raya untuk aku takdak lagi...sobsobsob lagi sekali...

notakaki : nak kena amek kain dalam beg, potong2 dan jahit nih...sempat ke nak jahit maniknya....?

Tuesday, August 7, 2012

dilema seorang scoliosis dan kandungannya

Views
internet ari2 dapat, takdak masalah mana lagi dah, tp hupdate...cukup tempoh kurun baru naik satu entry kan...iskh3...janji nak hupdate tetiap ari hilang tah ke mana tah...hampeh ah...

ekceli...aku ada berita penting, yang bakal mengubah keseluruhan jalan cerita hidup aku...dan aku dah banyak ari dah senyap memikirkan apa yang terbaik untuk aku...sehinggalah ke saat ini, di mana aku ada kekuatan untuk berkongsi di sini, sekadar panduan mereka yang senasib dengan aku...

kalian tahu kan aku sekarang ni ngah berbadan dua, alhamdulillah, masuk minggu ni, dah masuk 12 minggu dah, erti kata lain 3 bulan...tak sabar nak habiskan first trimester nih sebab akunyer alahan sangatlah idok tertahan lagi dek badan aku nih...tp masih gagah dan kuat untuk berpuasa penuh sehingga ke hari ini...alhamdulillah...rezeki allah...

antara kandungan dan kesihatan diri, satu hubungan yang sensitip bagi aku...kenapa...ni aku nak citer...

cerita 1
masa aku kat bintulu, doktor yang rawat tulang belakang aku pesan, aku tidak dibenarkan mengandung dalam masa 24 bulan pertama nih...kalau mengandung jugak, maka kandungan terpaksa digugurkan...

cerita 2
pastu aku dapat transfer...pegi buat check up ibu dan anak di klinik kesihatan kat sini, aku dah kena brain wash ngan doktor yang handle kes aku...katanya aku nih special case, masuk je klinik, aku tak perlu nak follow rule untuk ikut turn, bila nampak aje kelibat aku, maka aku akan didahulukan...katanya, taknak kasik aku menunggu lama, aku special case...dan kes aku, bakal ibu yang scoliosis adalah kes pertama diorang...tak banyak pengalaman untuk dorang sangat...dan aku kena sangat2 berhati2, kurangkan pergerakan semampu boleh, supaya aku dapat kurangkan risiko lumpuh...LUMPUH....kata doktor lagi, doktor kat bintulu tak bagitahu ke kenapa dia tak benarkan awak mengandung? aku geleng kepala...katanya, potensi untuk aku lumpuh adalah sangat tinggi, ditambah pula dengan keadaan diri yang berbadan dua...jadi, keutamaan harus diberikan kepada keselamatan aku...aku terdiam taktau nak kata apa...

cerita 3
tunggu punya tunggu, sampailah masa aku sambung treatment di hospital, pakar tulang atau dipanggil orthopedik, menunggu untuk suatu temujanji dengan doktor pakar adalah sangat normal kalau memakan masa sebulan dua...masuk bilik doktor, terkejut dengan keadaan diri aku yang berkaki tiga...dia nak buat xray, untuk tengok perkembangan tulang aku, tapi, dalam keadaan aku yang mengandung, manakan bisa dapat...bila dia tahu aku mengandung, terus dia ajukan soalan yang sangat buat aku basah ketiak on the spot...awak nak teruskan kandungan awak dan meletakkan diri awak dalam keadaan bahaya dan terdedah dengan potensi lumpuh? berdesing telinga aku...dandan ketiak aku basah...kan aku dah cakap, memang soklan dia, bisa buat ketiak basah punya...masa tu, encek leo ada kat luar bilik, dia panggilkan encek leo, dan kami berbincang eye to eye...doktor tu call kawan dia yang kat kk kota kinabalu untuk tanya pendapat dalam kes aku...alkisah...aku memerlukan mri dalam masa terdekat, untuk melihat sejauh mana kerosakan pada saraf tunjang terutama yang melibatkan kaki kiri...

aku diberi masa lebih kurang 5 hari untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan....dan hari ini, aku akan berjumpa dengan dia untuk perbincangan lebih lanjut...semuanya perlu disegerakan, kerana andai kata kandungan ini akan digugurkan, ianya perlu dilakukan dengan segera, sebelum baby makin membesar...

kata doktor lagi, dengan keadaan diri yang mengandung, aku akan meletakkan keseluruhan hidup aku pada suatu keadaan yang bahaya, di mana aku terdedah kepada potensi untuk lumpuh...masalah sekarang ni, tak dapat nak kenalpasti sejauh mana kerosakan yang berlaku pada saraf aku, benar2 rosak atau ada benda lain yang berlaku....sume tu akan terjawab dengan mri...katanya, mri adalah lagi bahaya daripada xray...sebab tu kandungan perlu digugurkan...untuk menjalankan mri...sekiranya didapati memang berlaku pertindihan atau erti kata lain, slip disk pada tulang belakang aku, dan ia menekan saraf aku, maka, satu pembedahan akan terus dilakukan dalam usaha untuk menyelamatkan saraf aku...sekiranya aku lambat melakukan pembedahan itu, aku mungkin akan kehilangan keupayaan untuk menggerakkan kaki kiri aku sepenuhnya, dengan erti kata lain, aku akan lumpuh kaki kiri...

okay, cukup dengan 3 cerita yang aku kongsikan bersama kalian...sebenarnya, scoliosis tu berlaku di bahagian atas tulang belakang aku...bahasa kampung...bengkok di bahagian atas tulang belakang...sakit belakang aku ni makin teruk sejak awal tahun nih...dan sekarang ni, aku disahkan menghidap PID which is
pelvic inflammatory disease nak tahu lebih lanjut korang google lah sendirik di mana kalau aku teruskan kandungan ini sekalipun, aku akan meletakkan diri aku dalam bahaya di saat untuk melahirkan baby nanti...pendek kata, memang takkan dapat beranak secara normal...operate la jawabnya...itupun kalau aku mampu survive dengan kandungan ini...

beberapa ari pertama selepas perbincangan dengan doktor tuh, aku tersangatlah moody dan taktau nak cakap apa...24jam pertama aku dihiasi dengan air mata sahaja...sebab...seminggu sebelum jumpa doktor tuh, aku ada pegi klinik famili, dan doktor tuh scan perut aku...dah nampak baby tu macam mana, dan paling best, baby sangat kuat menendang, even doktor tu pun terkejut, katanya baby aku sangat aktif berbanding pengalaman dia ngan baby2 yang lain...aku tersepit antara beberapa kehendak yang wujud...aku nak teruskan kandungan ini, dan pada masa yang sama, aku nak sihat....tuhan je yang tahu betapa unstable nya hidup aku tatkala nih...alhamdulillah, pas 24 jam tuh, aku rasa mcm ada satu nafas baru, berkat menangis le katakan...ahaks...

sekarang ni, aku kekadang stabil, kekadang ngadap dinding, peluk bantal bucuk, pastu tido...kalau tak tido, aku bantai main game sampai khatam beberapa kali...hahaha...game yang ada ratus2 level tu aku boleh khatam dalam masa 1 ari...bayangkanla betapa lamanya otak aku kosong....hahaha...aku malas nak fikir pape...

notakaki : alhamdulillah, sehingga ke saat ini, aku masih berpeluang merasai nikmat yang dipinjamkan allah kepada aku...dan terima kasih tak terhingga kepada kawan2 aku yang banyak bagi sokongan pada aku, jujur aku tak cerita kat sesape pun, hanya 3 orang ni je...dan mereka semua sama2 speechless dengan aku...

korang yang bace entry ni, pe pendapat korang?

errr...tapi nnti bila korang dah bagi pendapat, mesti masa tuh aku dah pun diberi kata putus sudah kan...hmmmm...takpelah...

aku kongsikan pengalaman aku yang tak seberapa ini sekadar untuk panduan bersama bagi mereka yang senasib dengan aku, bukan niat diri untuk meraih simpati jauh sama sekali menuntut perasaan kasihan kalian....setiap yang berlaku itu adalah rezeki yang telah ditentukan tuhan kepada hambanya bukan...?

aku bersyukur kepada mu ya allah ya tuhanku...