6 jam pertama selepas aku bersalin
lega sangat bila hutang nak cite pasal pengalaman bersalinkan alia dah habis...lega dia adala cam lega bila nak kena sama tapi tak kena saman ngan abg polis...dapat tak betapa tingginya tahap kelegaan itu? okay, kali ni nak cite pasal after aku sedar sepenuhnya hasil ubat bius yang mahal itu...sadis sket after aku dah sedar nih, sebab... aku meracau sebab sangat sakit kat bahagian belakang, lepas operate kan takleh gerak2, kena baring je, dan berbaring itu sebenarnya sangat menyeksa tulang belakang aku, menyebabkan aku jadi sangat2 sakit belakang, tuhan aje yang tahu, betapa aku merintih, merengek, dan apa tah lagi yang aku cakap...aku sendiri pun tak tahu.. nurse pun 3,4 kali masuk tapi takleh nak buat apa2, katanya, dia dah bagi ubat tahan sakit lebih dari yang perlu dah, tapi tetap tak jadi pape...sakit itu lebih kuat dari ubat tu...so, dia dah tak boleh bagi ubat tahan sakit lagi dah... dalam masa 6 jam pertama tu, aku cuba untuk tidur, tapi tak boleh...nak bergerak, laaag...