Posts

Showing posts from June, 2011

perghhhhh....

sadis sedih hampeh notakaki : aku ngah bersedih di atas kegagalan utk aku bertenet selama beberapa ari ni....atau lebih jelas 2minggu tak hupdate pape kat blog....

air mata

berapa mahal air mata bagi seorang lelaki? dan berapa murah air mata bagi seorang perempuan? bagi aku lelaki sukar menitiskan air mata kerana lelaki sukar sebati dengan perasaannya, dan bila mana air mata seorang lelaki menitis, it tells you something about his feeling...and he is not lying anymore... dan perempuan, walaupun mudah baginya untuk menitiskan air mata, tetapi itu tidak bermakna air mata itu tiada harga bagi mereka, dan bila mana seseorang perempuan itu cuba untuk tidak menitiskan air matanya, it tells you how hard the situation that she needs to face, and trust me...it is not easy as nobody can thought about it...

tahniah tahniah dan tahniah

Image
entry ni khas ditujukan kepada empat orang coursemate aku zaman muda mudi kat u dulu, tp gambar ada 3 je, sebab yang sorang lagi, aku tak dapat nak mencilok gambarnya...halallah ye kat sini, so...kita wish sorang2 hokeh... 1. kak husna atau biasa kami panggil kak nor..orang kampung aku, tp aku tak menyempat nak terjah sebab duk kalut2 ngan kenduri kat umah aku...mintak maaf bebanyak ye kak nor tak dapat nak meraikan hari bahagia kak nor sama2...tu dalam gambar tu, pengapit perempuan tu pun coursemate aku jugak, norazita namanya...bese aku panggil zita je... selamat pengantin baru buat kak husna dan suami, naim berseri2 pengantin ngan warna merah nya... cantik, mcm pinang dibelah dua 2. roomate aku, norzuriana mohd noor, manja dipanggil naa...ahaks...tak sangka tul kau naa...tp papehal, aku wish setinggi-tinggi tahniah kat kau naa...kenduri ni pun aku tak menyempat nak terjah, buat kat terengganu, adala a few coursemate aku yang lain yang sempat terjah...adeh...aku jugak yang ketingga

petua kekalkan hubungan mesra antara adik beradik

Image
layan gambo aku ngan beloved sis aku saje je letak gamba aku ngan akak aku nih sbb bg aku, dia sangat menginspirasikan aku dalam sesetengah aspek walaupun tak dinafikan dlm a few case, dia sangat ngeng jugak sebenarnya...ahaks...tapi aku totap sayang dia... adik beradik aku yang lain, korang jangan ingat aku tak sayang hangpa sume plak tau, aku sayang, cuma aku takdak gmbar hangpa sume dlm keadaan yang cun2, so...takmo ah letak gambar hangpa... aku nak kongsi satu petua berkaitan cara untuk kekalkan hubungan mesra antara adik beradik seperti mana yang telah dikongsikan bersama oleh my sis di kala kami adik beradik duduk  berkumpul... masa kita kecik2, kita boleh duduk bertepuk bertampar kan, bleh gurau2, pastu gaduh2, pastu baik balik...tido sama, makan kongsi2...mcm2 aktiviti masa kecik, ada yang manis, ada yang tak bape nak manis, kira masin pahit payau2 la tuh...mesra je kan hubungan kita sume masa kecik2? tapi kenapa bila kita dah besar, dah berkahwin, ada anak2, hubungan mesr

apa beza bizi dengan tak sempat?

adik2 sekalian...meh duduk rapat2 sket, yang lain jantina, takpe2...takyah duk dekat2, kamu boleh duk renggang2 sket... akak ni bukan apa adik2 sekalian, akak nak bagi adik2 sume paham apa beza antara bizi dengan tak sempat ...okay, kita masuk satu2... bizi  ni merujuk kepada keadaan di mana kita dihumban dengan berbakul2 kerja dan tugasan sampaikan kita rasa nak je buat hajat "i wish i have 28hours per day" manakala tak sempat merujuk kepada keadaan di mana perancangan kita melebihi kuasa yang mampu kita laksanakan sehinggalah pada satu tahap banyak kerja atau rancangan kita tu tadi tak berjaya dilaksanakan dengan jayanya dah boleh beza dan antara bizi dengan tak sempat? notakaki : beberapa ari ni aku tak menyempat nak hupdate sebab bizi

entry tergendala --> sekitar sambutan hari guru part 2

Image
part 1 dah aku hupdate, nak tau, leh klik kat sini paginya ada koir, makan2, petangnya...huh...memang aktiviti mengeluarkan peluh sume...bukan setakat peluh kak jah oi, segala jenis cecair yang hado kat badan dikeluarkan dengan jayanya... yang cikgu perempuannya, main bola sepak...sesi pagi lawan sesi petang...ce tgk gambar kat bawah... asal ramai semacam je? nak tau kenapa ramai semacam? ahaks...40 pemain siot dalam padang tu...20 pagi, 20 petang...pastu 2 bijik bola...ha...tendanglah kak jah nak tendang ke mana...janji tak ke laut...cikgu laki punyalah siot, bantai gelakkan kami sume...hampeh...korang bayanglah sendiri, aku bagi contoh aku je, takyah orang lain... sepanjang2 hayat aku mana pernah main bole, pastu aku ni pemegang kaki bangku terulung, main bola sepak...huh...nasib tak tercabut kaki le jawabnya, tercabut kasut da banyak da terjadi sepanjang permainang itu...start main kul 2pm tuh, huh...habis burn kulit aku yang memang dah terlebih tinted ini... perlawanan berakh

sebelum buat baby, baca ni | cabaran minggu 5

Image
perghhh...tajuk minggu 5 memang super duper best siot, bukan setakat double thumbs up, kalu buleh, ngan ibu kaki sekali aku nak angkat...betapa metafora nye aku nak cakap kat sini, aku sokong gile2 babeng ah tajuk minggu nih... entry ni aku khaskan kepada muda mudi zaman sekarang yang menjadikan trend touch n go dalam perhubungan mereka, yang mengamalkan seks bebas, kalau tak bebas tukar2 pasangan pun, bebas dalam nak buat apa sahaja dalam perhubungan... masa aku belajar dulu, term ringan2 dah memang selalu sangat aku dgr among kengkawan yang kapel, even ada yang sampai gaduh2 sebab pasangan takmo pegang tangan...adeh...aku ingatkan gaduh sebab takmo semayang time kuar dating... mula2 ringan2, pastu berat2 ...aih...aku ni takdelah bagus mana sampaikan boleh bagi nasihat kat orang, setiap kata2 kat sini tu merupakan nasihat dan peringatan utk diri sendiri jugak...semoga kita semua terlindung dari hasutan dan godaan syaitan yang durjana itu, insyaallah... aku sokong kempen ka

minggu makan sedunia

entry ini takde kaitan ngan kejadian makan2 di kenduri kawin hokeh ini entry hanyalah berkaitan ngan hidup aku yang sedang mengejar title bam-bam an, aduhai...sejak cuti sekolah nih, keje aku bermula sebaik saje bukak mata tu...sampaila tutup mata malamnya tu plak, baru sedor diri nak berenti makan...aih...apala perangai aku nih, makin menjadik2 nampaknya.... bangun pagi, sebelum solat subuh, aku dah bantai pre breakfast, at least roti barang sekeping dua, pastu bantai heavy breakfast lak...paling komang, nasi lauk ayam sebungkus...sebelum heavy breakfast, dah bantai kek ke hape ke dulu...air? toksah cakap...sume jenis stok air yang ada kat umah tu aku dah try, tunggu turn air basuhan tangan mak aku je belum lagi....errr...gurau je tu nyah oi.... dah breakfast, bantai kuih2 lagi, tgh ari, lunch plak...sonang cito, yang wajib makan, meaning 3 kali nasik dlm sehari tu aku tak miss...pastu tambah2 ngan yang sunat, segala jenis sunat yang ado aku bantai...perghhh...hebat sungguh sele

buat renungan bersama

1. apa yang kita nak tak semestinya kita dapat, sebab kita taktau apa yang kita nak tu adalah apa yang kita betul2 nak sebenarnya 2. apabila kita memasang niat yang juga pada masa yang sama, niat itu berkaitan dengan orang lain, janganlah kita terlalu mengharapkan yang niat kita itu akan tercapai dengan jayanya 3. komunikasi dua hala adalah kedua2 pihak sama2 membincangkan isu yang berkaitan dengan mengamalkan konsep komunikasi iaitu ' aku cakap kau dengar kau cakap aku dengar ' 4. kadang2, impian yang kita harapkan akan menjadi kenyataan itu, biarlah menjadi impian semata-mata 5. sesetengah perkara, adalah lebih baik pendamkan sahaja daripada meluahkannya...kemudian menangis sorang2

day 1 in semenanjung

Image
walaupun aku tau dan hangpa sume pun tau, ini cerita sume sudah basi, tp aku tetap jugak nak hupdate...tak salah kan kan kan...ekekeke okah...aku naik flight dari bintulu lebih kurang kul 10 pagi, pastu sampai lcct dekat2 kul 12...encek leo dah siap2 tunggu aku kat situ...pastu laju je kami amek bus ke kl sentral, simpan beg kat situ, solat zohor sekali ngan asar... perut kami dah bunyik2 dah time tu, aku ajak makan, encek leo pun laju je ajak makan nasi ayam...hmmmm...marvelous...   crispy apa tah nama menu yang kami amek, sedap sehingga menjilat sudu...err...aku lah tu yang sampai mcm tu sekali, encek leo makan ngan tangan, jadi dia sesuai kalu kita cakap sedap sehingga menjilat jari... hajat asal, aku nak gi ronda2 kl, gi jalan tar, gi sogo, tapi tak jadi la plak, sbb kat luar ujan...last minute plan aku berubah...kita gi mid, jom!! hajat nak nengok cite hantu "KARAK" tu, tp bila tgk suasana orang ramai yang duk beratur kat situ, hajat nak nengok wayang pun dibatal