Friday, October 28, 2011

spontaneous thursday versi basi

Views
aku tersangatlah banyak kerja sekarang nih, dah la sudah banyak, tapi makin hari makin menimbun...niat nak mintak cuti pun terencat gitu je sbb banyak keje sangat, kalu cuti2, kompem aku tak sanggup nak hadapi nnti ari isnin nih...so...proceed je lah life ngan apa yang hado ari nih...

semalam, aku dapat satu lagi keje utk dibuat, nak disetelkan sebelum tgh ari nih, huh...melangut aku mengadap laptop buat keje...tp otak ngah blank kot brader....last2, aku layan fb ngan member2 yang juga merangkap cengcikgu sekolah aku yang juga sengal tahap gaban...serius aku sayang dorang...muahahaha

notakaki : off, nak gi sekolah anta pape yang patut...

Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

entry khas untuk perokok

Views
kepada perokok2 sekalian, terharu tak aku buat entry khas untuk korang? sanggup bangun pepagi sebab aku dah tak boleh nak tido dah sebab nak hupdate blog, share something important khas dan tulus ikhlas suci murni semurni santan harmoni dan minyak masak murni untuk perokok2 sekalian...betapa chenta dan sayangnya aku kat kalian...

pertama sekali, meh kita belajar tentang apa itu rokok...kiranya ni set induksi dia ler kan...
cantik kan gambar induksi aku? sila tenung gambar ini lebih kurang 5-7 minit, sebab aku dah tulis dalam lesson plan aku, set induksi 5-7 minit...


pastu korang sedut dan lepas asap2 roko dia mcm ni kan?

mase isap rokok tu, cer tengok sape yang ada kat sekeliling korang...


okeh, masuk isi pengajaran...

antara kesan jangka pendek merokok ialah

1. otak - tidak dapat berfungsi sepenuhnya ekoran pembebasan gas monoksida yang mengurangkan oksigen di otak

2. telinga - kurang pendengaran, senang cite pekak sbb merokok mengurangkan kadar pengaliran darah

3. mata - mata berair, radang mata dan boleh mengganggu penglihatan

4. mulut - nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut kurap ler tu kan?, gigi kuning, mengalami deria rasa yang tak bape nak best especially kat area bibir, lidah dan tekak

5. hidung - kurang sensitip pada bau

6. kulit  - cepat berkedut, hilang awet muda hokey

7. paru2 - sukar bernafas, kurang bertenaga especially ketika bersukan, sebagai contoh bola sepak dan futsal



kesan jangka panjang plak

1. barah (paru2, payudara, mulut, tekak, dan usus)
2. penyakit jantung
3. angin ahmar / strok
4. penyakit berkaitan paru2 (asma, bronkitis)
5. penyakit berkaitan mulut dan gusi
6. ulser (perut, peptic)
7. osteoporosis
8. kemandulan (kalu pmpuan tidak boleh hamil, kalu lelaki sperma tak mantap beb)
9. kurang berminat dalam perhubungan seks
10. mati fucuk


sengaja aku highlight perkataan2 yang utama dalam pengajaran, sebagai tanda titik penegasan atau fokus dalam nota...

sumber rujukan entry ini adalah ini

sekian dahulu pengajaran aku pagi ini, nnti kita sambung lagi...jangan segan jangan silu nak tanya cikgu apa2 ye anak2 murid ku sekalian, especially tu ha, perokok kita sana tu...cikgu sayang sama kamu, sbb tu cikgu kongsi maklumat cenggini...kamu tak sayang cikgu ka?

notakaki : sambil2 sedut tu, sambil2 layan perasaan, tak gitu ka? hehehe

Monday, October 24, 2011

jampi serapah di pagi isnin

Views
hai lah mambang
hai lah kumbang

kembalikanlah mood untuk aku bekerja minggu ini
dampinglah denganku wahai kerajinan
bagilah aku kekuatan

hiyarrghhhh....bertukar!!!

jadik tomatoman

notakaki : monday blues kah aku?? errr....takmo gi sekolah...

Friday, October 21, 2011

inilah kawan2ku di rumah kampung

Views
ada tiga ekor semuanya

kura2 pertama yang dibela sejak kecil, mase tu cengkerang dia ni lembut lagi, siap boleh penyek2 lagi, sekarang dah besar, panjang cengkerang dah sejengkal lebih...umur? hmmm...kami dah bela dia dah 15tahun dah, manja nih, boleh suap2 makanan lagi cuma hati2 je lah, kot2 nnti kang, hilang separuh jari kena ngap

kura2 kedua yang dibela, tu pun sbb ayah jumpa kat tepi jalan area2 sawah, dia ngah merangkak atas jalan, so, amek wat balik, kawan pertama kura2 pertama yang hidup sampai ari nih, dah lupa bape tahun dah kami belanya, walaupun dah lama bela, sangat pemalu, tak mcm kura2 pertama

kura2 ketiga, aku balik2 umah ari tu, tgk dah ada lagi sekor...sangat pemalu, kesian dia ni, selalu kena buli ngan kura2 pertama, maybe sbb saiz dia yang lebih kecil

ari tu bersihkan kolam tmpat tinggal mereka, punyalah banyak nyamuk sekitar2 umah dia tuh, kata umah dalam utan kan, standard lah sume tuh...

terpaksa telangkupkan sumenya sbb takmo dorang lari, tu pun kaki duk terkial2 tuil nak bangun, huh....

kura2 pertama ngan kedua tuh, sangat kuat kot, penat kami tahan, sampaikan aku terpaksa pijak cengkerang dia, tp bukan pijak berdiri atas dia tuh, takut dia sakit nnti, pijak just letak kaki tapi kasik tekan sket, dia punyalah beria nak lari kau tahu...huh...

sekarang ni, ayah aku la yang selalu bagik makanan, aku jarang balik...kura2 nih makan sumenya kot, paling best tgk dia makan nasi putih...ada sekalik, aku amek nasi dari periuk, lupa, nasi tu baru masak kot, masih panas, kesian sama kura2 pertama sbb termakan nasi panas...mintak hampun yer...

paling bestnya, dorang ni takdak nama...tatau nak bg nama apa...panggil kura2 gitu je...paling2 cikai, kura2 besar, kura2 kecil...hamek kau...

notakaki : aku syak kura2 pertama tu jantan, pastu kura2 kedua tu betina, sbb kura2 jantan selalu mengeneng2 sebelah dia...hmmmm

Thursday, October 20, 2011

nurse chanteq dah tak ada

Views
semalam, macam biasa, rutin mingguan walaupun kadang2 hari yang berlainan, sesi terapi mak la nyah...masuk ni, dah tiga kali...

pagi2 lagi, hujan...huishhh...bertemankan selimut bushiuk ngan bantal peluk bushiuk...macam mana boleh mak gagahkan semangat, tinggikan daya juang mak untuk bangun dan menempuh alam derita, apa lagi kalau bukan mandi sesejuk itu...huh...kusssss semangat...mak pun heran mcm mana mak boleh bersiap sebegitu...*masih lagi kehairanan

mak pagi2 lagi dah rasa sakit pada bahagian lutut, tuhan je yang tahu...tp seperti yang selalu mak cakapkan kat diri mak dan nyah2 sekeliling mak, aku kan kuat, aku boleh tanggung sume nih...walaupun hakikatnya, mak tau mak takdelah kuat mana, tp kalau tak kuatkan diri, ada sakit kau ilang nyah? nan hado jak...

menunggu tak sampai saploh minit, nama mak kena panggil...mak masuk bilik biasa....mata mak terus melilau...aih...mana buah ati pojaan kalbu mak tu? uih...bukan kau nyah, toksah kau nak perasan...mak tak berminat ngan kau nyah...masa kat bilik tu, kalau korang boleh tgk mata mak ni nyah, huh...bussy searching for nurse chanteq...tettttt...tettttt...

betapa kuciwanya ati mak ni nyah, nurse chanteq itu takde semalam...aku tatau lah sama ada dia dah habis belaja, tukar department ke hape ke sbb aku syak dia tu trainee, so...ntahlah...mak takmo lah buat spekulasi murahan ni nyah...

terapi diteruskan, kali ni, ketua dia yang buat, yang juga nurse chanteq...hehehe...mak tamak nyah, mak ada dua nurse chanteq...dia kasik panaskan mak mcm before2 nih jugak, pastu pi letak menatang neutro kat bahagian upper back mak nyah, kunun2 ada orang duk picit2 mak nye belakang je lah...kau nak tau nyah, hampir sepanjang sesi tu mak bantai lena diulik mimpi...hehehe...mak ngantok la nyah...

mak bukan apa nyah, mak dah biasa dah gi sekolah petang2, jadik, jadual mak hanya bermula selepas jam 11 je, sebelum tu, huih...tak bape nak waras je rasa...agak2 kalu laki mak mintak kawin lain time mak ngah lalok pagi2 pun mak tak bape nak ada perasaan nyah...gitulah ibaratnya...tettt...tukar topik...

overall, sesi terapi biasak2 je, cuma kali ni, nurse chanteq tu ajar mak wat exercise untuk kurangkan rasa sakit belakang, mak kena banyak menyenget belah kiri, sbb mak banyak sakit belah kanan...pasni kalu jumpa mak jalan senget2 tu, kau jangan nak sound2 aku ye nyah, nnti dgn kau2 sekalik aku sengetkan...*mak terlebih emo jap...

notakaki : mak lupa nak tanya yang pasal sakit kaki walaupun tatkala itu mak tgh sakit kaki, sah mak memang lalok pagi2 cenggini

jadual gelap ala-ala kekasih gelapku

Views
cikgu A : psss...minggu ni dah start guna jadual gelap eh?
aku : jadual gelap? errr...apa tu (terpinga-pinga sebab 3ari cuti, tatau apa yang dah berlaku kat sekolah)
cikgu A : jadual gelapla
aku : ada aktiviti rahsia2 ke kak? (bisik aku pada akak tu, takut orang lain dgr sbb akak tu pun bisik2 jugak ngan aku) - aku dah fikir bukan2
cikgu A : aktiviti rahsia? (dia pulak yang terpinga2)

melihatkan akak tu pun dgn gaya terpinga2 jugak, sama mcm aku yang terpinga, aku memberanikan diri tanya perkara sebenar

aku : jadual gelap tu apa?
cikgu A : jadual yang balik awal, jadual baru
aku : aih...saya tatau pape nih, minggu lepas tak datang sekolah
cikgu A : patutlah kamu mcm tak paham je, ni akak tunjukkan kamu jadualnya


aku : oooo...jadual waktu gelap awal...guna jadual baru la kita ni kan?
cikgu A : iyerlah
aku : waaa...boleh balik awal...hahaha

tang balik awal tu aku rasa sume orang setuju...tak tahan duk sekolah lelama beb, ngan perangai students yang always bikin kamu sasau sendiri...

notakaki : jadual asal, kami balik kul 6.15, tapi disebabkan maghrib kul 6.30, jadual terpaksa diawalkan, kul 5.40 dah boleh balik, hoyehhh

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #6 - besarnya kekuasaan dia

Views


malam yang semakin lewat

Views
dentingan berlalu
meninggalkan aku
sedari jam 12
aku masih termangu
apakah esok bertemu
dengan kekasih kalbu
bolehkan kita bercanda rindu
ah semua itu
hanyalah angan-angan palsu
tidak bisa menjadi satu
biarlah malam menemaniku
sehingga mentari kembali bisu

Tuesday, October 18, 2011

psss...wahai pemandu...tiru macam ini...

Views
tgk gambar ni betul2...



amalkan jarak selamat selalu 
tapi 
janganlah melampau2

notakaki : cikgu memandu aku cakap jarak selamat cukup sekadar kau nampak tayar belakang kete depan kau

gambar sekadar contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana2 yang masih hidup atau yang sudah tiada atau yang seangkatan dengannya, harap maklum

Monday, October 17, 2011

doodles from rinasupian

Views
pagi nih, sempat lagik aku jenjalan kat blogger kengkawan baik lama baik baru...sekalik, terpandang lah title free doodles by rinasupian maka aku pun terjah lah tgk kan...aku bukan apa, pantang nampak word doodles nih, aku suke sbb cute...nmpak cam senang je nak lukis tp cuba kalu aku buat? hmmmm...takpelah, tak jadik...

ini adalah lima doodles yang dihasilkan oleh rinasupian

  
 
 

u know what, i'm crazy about pink, thats why la aku pilih kaler pink as my peberet doodle for today...agagaga
pinky pink doodle

notakaki : nak pakai pink lah hari ni

10 perkara tentang perempuan yang lelaki patut tahu

Views
aku cilok ni pun dari tenet jugak, tp terlebih dahulu aku nak mintak ampun bebanyak sbb aku tak dapat nak bagi link page asal kat sini sbb aku sendiri dah lupa...aku copy paste dari tenet masa aku zaman2 pak kaduk lagi...time tu tgh gile copy paste kat word, pastu simpan bebanyak wat koleksi...

sekarang ni, aku kongsi ngan kalian sume...

1. perempuan apabila dia kata "tak ada pape" sebenarnya ada pape, dan bukan tidak mahu dikongsi, kalau anda nak tahu, anda perlu tahu cara untuk memujuknya, salah pujuk, lain yang jadik

2. perempuan memang sukakan pujian tetapi tidak tahu cara untuk bereaksi selepas menerima pujian, senang cite, mungkin sebab malu tapi mahu kot

3. jika seseorang perempuan itu sudah jatuh cinta dengan seseorang lelaki, maka hanya lelaki itu sentiasa ada di fikirannya even waktu tu dia sedang dengan lelaki lain

4. perempuan akan mencair sama seperti larutan aiskrim apabila lelaki yang dicintainya merenung tajam ke dalam matanya

5. beri masa kepada perempuan itu apabila anda menyakiti hatinya, supaya dia dapat bertenang sebelum anda meminta maaf, kalau anda terus sahaja meminta maaf kepadanya tanpa memberi sedikit ruang kepadanya, silap2 ari bulan, makin bertambah marah dia kepada anda...tapi yang ni, bergantung pada perempuan jugak, kenali perempuan yang anda cintai tu jenis yang mcm mana

6. senyuman seorang lelaki adalah sangat bernilai kepada seorang perempuan, jadi, jangan sembarangan senyum kat mana2 perempuan, takut disalah ertikan

7. apabila seorang perempuan mengadu dia dalam kesedihan tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati

8. perempuan senang meluahkan apa yang dirasanya tetapi bukan secara terang-terangan, mereka biasanya pandai meluahkan dengan cara yang berbeza sebagai contoh melalui muzik, lukisan, tulisan atau sebagainya kerana itu adalah cara yang termudah...tugas anda sebagai lelaki, merungkai kod tersembunyi di dalam hasilannya

9. ucapan "hi" atau "selamat pagi" sudah cukup membuatkan perempuan bahagia sehingga ke malam, tapi kalau anda memang tgh bergaduh dengannya, mungkin ini tidak membantu, hehehe...lagi menyakitkan hati kot

10. apabila orang yang dicintainya memberikan respons positif semasa di awal perkenalan, perempuan biasanya lebih bersikap acuh tak acuh walhal dalam hati, dah berteriak kuat2, kalau duk hostel, kompem tak sampai 5minit, satu blok dah tahu kisahnya...ini satu lagi contoh malu tapi mahu


huh...cukup 10 perkara tentang perempuan yang wajar anda sebagai lelaki ketahui...perempuan pun patut tahu gak, sambil2 baca tu, kalau senyum sorang2 tu, sahlah tu, kena batang idung...

aku kongsi 10 perkara dulu, nnti lain entry aku hupdate lagik...banyak kot stok yang aku ada...hahaha...ni nak turunkan ilmu nih namanya...ada laki nak menuntut ngan aku? agagaga

notakaki : aku pun bace entry nih sambil senyum sorang2, apa kessss...wakakaka

peringatan : ini adalah sekadar penulisan dan pendapat aku, mungkin anda rasa betul, dan mungkin juga tidak...

GiveAway by anis athia

Views

klik pada banner untuk menyertainya

ole-ole dari cik bambam

Views
otomen terbang tinggi
bawak balik ole-ole
nak mintak kalau rezeki
puh2 dapat barang free

klik pada banner kalau nak menyertai

Sunday, October 16, 2011

terkejut besar nyah oi

Views
tadi tgh syiok2 online, tetibe je berukband mak ni bengong nyah, mak pun apo laie, mak sangkut tinggi, ingat nak le carik pokok kelapa barang sebatang dua, tapi kat area umah mak ni nyah, tak ada pokok kelapa...kalu ada pun, jarang2 dan susah nak jumpa...errr...mak rasa cam ada je pokok kelapa tepi jalan nak masuk lorong umah mak nih...aih...lupakan je lah pokok kelapa itu...

dah cun2 boleh online, mak terpandang entry pasal mas 916 oleh mekchu, dah bace tu, nak ler mengomen, meninggalkan sisa kata orang, mak memang suke mengomen kalau dah baca, tanda sokongan mak pada kawan2 blogger yang lain...

berkali2 mak tekan publish comment tapi tak dapat2, mak syak line tenet bengong, pastu mak nak le kembali ke dashboard blog, tapi tak dapat jugak...alih2, guna cara paling klasik tapi sangat evergreen...taip nama blog sendiri, sekalik...kau tahu apa yang kelaur nyah?

keluar page ginik...
sila klik untuk tumbesaran yang lebih jaya

betapa terkejutnya mak kau ni nyah, mana mungkin blog yang dah lama mak bela, pakcik google nih cakap has been removed...punyalah bengang...penat mak mengandung dan membesarkan blog mak, errr...bab mengandung tu mak rasa mak dah terlebih sudah...ah...tak kira...mak nak jugak cakap...

dengan gabra yang dah berkuasa kuda belang, mak klik sana klik sini, sekalik, dia suh mak verify code, suh daftar no phone...ekceli...tadi lagi mak perasan pakcik google ni suh mak verify, tapi sbb dia mintak no phone, mak malas tol nak kasik....bukan apa, jenuh mak nak menjawab ngan peminat2 mak yang suke kacau no phone mak...*perasan...bluekkkkkkk

takdelah...mak tak suka share2 no phone mak sbb mak rasa no phone tu adalah sangat peribadi, sbb tu sangat berhati2 bila sentuh bab no phone nih...nyah2 kat luar sana, sila la beringat2 jugak ye...tiru gaya mak nih...

dah siap verify code after daftar no phone, barulah mak bleh akses ke blog tersayang mak ni...syukur alhamdulillah tak meninggal lagik blog mak nih...jahat tau pakcik google nih, bikin mak sasau sekejap tadi...

notakaki : blog ni dah umpama nyawa mak dah nyah, tak boleh hidup tanpanya...addicted...

facebook connected

Views
sape tak kenal blogger siti ika atau aku selalu panggil ika...pemilik blog hidup penuh warna, aku pun dah lupa bape lama dah kami berkawan secara maya, sebab berjumpa idok lah pernah walau sekali...ni baru dunia tenet namanya kan...

aku kalau online, and then kalau si ika ni hupdate, kompem2 aku akan terjah, dan jarang sekali la aku tak tinggal komen, musti punyalah nak tinggal sisa kata orang, hakhakhak...

entah mcm mana lah kan, punyalah lama berkawan, tp tak pernah terlintas nak add fb masing2, sehinggalah satu ari ni si ika ni komen kat shoutbox aku, suh add dia...aku pun, aahla kan, nape aku tak pernah terlintas...punyalah aku searching fb dia, korang kena paham, mempunyai tenet yang laju kureng sket dari cipoot babi adalah sangat2 mengharuskan plus2 mensadiskan....sehinggalah pagi tadi, aku suh dia plak yang add aku...

dan...

tadaaaaaa....

we are now connected...kuikuikui 

notakaki : mudahler utk kami bergosip gasap pasni...ahaks...

Saturday, October 15, 2011

aku terluka, flava terluka

Views
entry tak habis2 nak stori mori pasal luka, sakit, dan seangkatan dengannya...apa kesss...

saje nak gempakkan lagi suasana yang memang dari dulu suram muram nih, ngan tajuk hentry nyer...huh...

siapa flava? siapa lagi kalau bukan kereta aku, aku buh nama flava, alasan? ntah lah labu, aku main taram jak...okay? puas hati?

baru2 nih, ngan aku yang sudah terluka, tetibe jak flava tersayang aku tu pun terluka sama...

selepas



bila mana kita diduga, kita tak mampu untuk mengatakan pada dunia kita kuat, sebab itu kadang2 kita juga bisa terjatuh

aku tak rasa sedih sangat ngan apa yang jadik kat flava sbb ada benda lain yang lebih sedih jadik kat idup aku

alang2 entry pasal flava, nak ler aku tayang gambo flava ngan mood kemerdekaan, ahaks...

sebelum

selepas dimake upkan

hehehe....first time kan ada kete sendiri, dah lama dah berangan nak letak bendera besau2...aku bangga jadik anak malaysia...

pastu ari tu, detik yang aku dah lama tunggu, menunggu meter flava mencapai angka yang sama ngan no pendaftarannya...
no sebenar terpaksa dicover atas sebab perihal peribadi

masa tuh aku ngah drive, tetibe terpandang pada meter, terus bagi signal berenti tepi jalan, haha...sanggup kau berenti...tak kuasa nyah...dah berenti tu, siap hamek2 gambo lagi, kunun2 buat kenang2an lah tuh, nan hado sungguh...

notakaki : aku sayang sama flava

perlukah aku memilih antara 2 lelaki?

Views
petang sabtu yang sungguh indah...walaupun paginya tak bape nak best...aku kena gi sekolah kot pagi tadi!! bapak ah tak best kot...auwww....tapi dah disebabkan kerja, kalau tak pegi, tak bekerja lah kau, so...gagahkan diri bangun tido, mandi ala kadar...bersiap dan gi sekolah...

setel2 pape yang patut, okeh...jom kita manjakan diri...

tgk tv2, cite dil bole hadippa!


cerita yang boleh tahan menarik jugaklah, mengisahkan rani mukkherjee, memegang watak veera, seorang gadis yang sangat sukakan bermain kriket, tetapi tidak dapat mewakili pasukan impiannya kerana status gadis, lalu menukar penampilan menjadi veer, berjaya mewakili pasukan kegemarannya bermain kriket dengan diketuai oleh rohan (shahid kapoor)...turut memaparkan beberapa adegan yang rumantis, ahaks....

sepanjang menyaksikan filem nih, entah bape kali ntah aku cakap, ouwh, hensemnya dia nih....mmmm...hensemnya...aaa....hensemnya, dan banyak lagi...tak terbilang...semuanya gara-gara mamat kat bawah nih...


aduh...mak tergoda nyah...auwww.....opss...terlebih sudah...

habis dgn heppy ending, ahaks...itu sudah semestinya...kata cite hindustan beb...

dah habis tgk cite yang sungguh membahagiakan jiwa raga ku ini, tekan tv3 plak...sekalik...

aiseh....


dhoom 2 kot...pastu jerit2 depan tv menyesali dri sendiri kerana mengabaikan cerita seperti ini...waaaaaa...rasa nak meraung pastu tenyeh2 kepala kat dinding, tp sbb tau sakit, tak jadik buat sume tuh...pujuk diri dgn ayat nasib la aku dah banyak kali tgk cite nih, tp terkilan jugak sbb tak dapat tgk awal2 dia, best kot...takpelah, layan cite ni plak...

owh...hensemnya lah hai mamat nih...


errr...dua2 mamat india nih bisa merobek hati aku, dan paling penting, membahagiakan petang sabtu aku...tapi mana satu yang paling membahagiakan aku? 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sudah semestinya dia nih, hrithik roshan, my peberet hero since i was 14 hokeh, no one can take him from my place...


be the best man win ~ dhoom 2

notakaki : sesekali layan nafsu, hahaha


yang penting, hidup nih jangan tamak nak dua2
you have to choose even though its hard to take 

Friday, October 14, 2011

buletin hupdate dari sekolah

Views
tadi pagi aku tatau la apa aku buat dalam bilik pas bangun tido tu, nak kata menyiapkan laporan PPGB (program pementoran guru baharu) idokle pula, habis tu, aku sendiri pun heran...bila mana tgk jam, adeh...dah nak kena bersiap gi sekolah dah, blog tak terhupdate2 lagik...heran2...

alih2...pas bersiap2 nak gi sekolah, aku hangkut sekalik lapatopa ngan berukband aku, huh...kot2 ler terfree even sekejap, bleh aku buat kerja atau hupdate blog...tettttt...

notakaki : dengan ini aku menghupdate dari meja sekolah...sekian...

Thursday, October 13, 2011

fisio dan fisio

Views
hari rabu lepas, aku selamat menjalani fisio kali yang kedua, kali ni, aku datang seorang diri...seperti biasa, keseorangan...nak buat mcm mana, hidup kena tabah beb, bukan sume yang kita nak kita akan dapat...

kita mintak dengan allah kita nak rama2, tapi allah bagi kita beluncas, lama2 beluncas tu hidup dalam kepompong, dan satu hari, dia berubah jadi seekor rama2 yang cantik...itu lebih manis kan?

tak sampai 10 minit menunggu, nama aku dipanggil....mungkin sebab cuaca pun tak bape nak elok, hujan yang kadang lebat, kadang reda...lagilah buat kita sedih ngan diri kita sendiri bila mana keadaan hujan mcm tu kan...okeh, sambung story...

first treatmnent kat bahagian belakang, masih menggunakan teknik haba, tapi kali ni bukan setakat bahagian upper back, whole back dihabakan...nasib tak dipanggang mak ni nyah oi...kalu tak, untung tak yah masak kau nyah, tinggal buat air asam je, cecah mak...ada selera kau nak makan aku nyah?

pas almost 15minutes dipanggang, dia suh aku rehat, baring dalam keadaan paling selesa...adeh...nurse chanteq...katil nih tak bape nak empuk, camno mak nak selesa...mak lenguh pinggang nih...

nurse chanteq seperti biasa check keadaan lelutut *kata ganda bagi lutut, maka lelutut lah ia (cikgu bm jangan marah saya) nurse chanteq cakap keadaan lutut tak banyak perkembangan, so, no need to bagi treatment...adeh...minggu lps, nurse chanteq jugak yang pesan no more heels, as flat as you can, no active movement, as slow as you can, and have lots of rest, less movement bila mana aku buat sume tuh, dia kata susah nak check condition lelutut aku, so, no need any treatment from now...hmmmm...siaplah kau, tiap2 ari aku pakai heels, tiap2 ari aku mengaktifkan diriku dengan hotlink dan bila kita jumpa lagi minggu depan, kita pakat2 menung nak buat apa kat lelututku sekalian...

notakaki : minggu depan bleh jumpe nurse chanteq lagik...suke3...

sesekali bila aku menulis

Views

bila aku

bila aku menangis
itu bukan kerana aku lemah
tetapi mencari kekuatan
untuk hayunan seterusnya

bila aku tersenyum
itu bukan kerana aku bahagia
tetapi kerana dia
aku mahu dia juga senyum

bila aku mengeluh
itu bukan kerana aku merungut
tetapi sekadar peringatan
dunia ini bukan pilihan kita

bila aku membisu
itu bukan kerana aku berkecil hati
tetapi aku berfikir
mencari perumpamaan yang sesuai

bila aku berkata
itu bukan kerana aku mahu
tetapi aku terpaksa
demi panahan mereka yang lain

bila aku bercerita
itu bukan kerana aku rela
tetapi aku mahu kau tahu
betapa kau bererti buat diriku

bila aku menyentuhmu
itu bukan kerana aku mahu merasai hangatmu
tetapi aku mahu memberikan
kasihku kepadamu

bila aku mencintaimu
itu bukan kerana aku dalam kepuraan
tetapi itulah kata hatiku
yang tulus menyayangimu

*lebih banyak lagi mainan kata-kata di sini

notakaki : hidup ini bukan sekadar apa yang kita mahu tetapi apa yang mereka di sekeliling tentukan sehingga pada suatu masa, kita lupa siapa kita, dan kita lupa apa yang kita mahu...hidup kita, apa yang kita mahu, dan semuanya tentang kita terbiar ditelan zaman...

Wednesday, October 12, 2011

Junko Furuta - true story

Views
alkisah...tadi sebok layan fb, sekalik terpandang gambar kat bawah ni dan tergerak hati utk membacanya...tersangat syahdu dan tersentuh hati ini...nauzubillah...

korang baca la sendiri, aku speechless...


Junko Furuta.
The girl who went through 44 days of torture.

DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped
Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn’t accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December10, 1989: Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: Hot wax dripped onto face
Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

DAY 40: Begged her torturers to “kill her and get it over with”

January 1, 1989: Junko greets the New Years Day alone
Body mutilated
Unable to move from the ground

DAY 44: January 4, 1989: The four boys beat her mutilated body with an iron barbell, using a loss at the game of Mah-jongg as a pretext. She is profusely bleeding from her mouth and nose. They put a candle’s flame to her face and eyes.

Then, lighter fluid was poured onto her legs, arms, face and stomach, and then lit on fire. This final torture lasted for a time of two hours.

Junko Furuta died later that day, in pain and alone. Nothing could compare 44 days of suffering she had to go through.

When her mother heard the news and details of what had happened to her daughter, she fainted. She had to undergo a psychiatric outpatient treatment . Imagine her endless pain.

Her killers are now free men. Justice was never served, not even after 20 years.
They deserve a punishment much greater than they had put upon Furuta, for putting an innocent girl through the most unbearable suffering.

This story from 1989 is true. Please spread her story around. Everyone should know about the existence of Junko Furuta’s unimaginable and incomprehensible suffering, and this is why this group has been made.

Invite your friends. Never let her story be forgotten. If this story changes the life of at least one person then it has been worth it.

Rest In Eternal Peace,
Junko Furuta
1989-Eternity

Joram



aku copy paste dari one of my friend punya fb...sedih seih...pastu tadi, aku pun google ler carik, boleh bace lebih lanjut kat wikipedia nih...klik je..

notakaki : seram...

pengalaman aku dengan pelajar pmr 2011 episod 2

Views
semalam, paper last utk pmr sesi 2011/2012 ini...paper bahasa special...bahasa arab, bahasa cina, bahasa iban, bahasa tamil dan segala jenis bahasa yang diiktiraf dalam pmr...

tak banyak aku boleh ceritakan sebab paper nih pagi, so, aku sampai2 je sekolah, bebudak dah berdoyoon nak balik...hmmm...

aku ingatkan ada ler episod 2, upenya, endingnya tak bape nak best utk dikongsi...tapi sebab sudah janji, laksanakan jua...

sekian, saya melaporkan...

Tuesday, October 11, 2011

pengalaman aku dengan pelajar pmr 2011 episod 1

Views
mmmm...tajuk entry mcm aku plak yang amek pmr kan?mmm...lantaklah...

walaupun exam pmr 2011 belum lagi melabuhkan tirai sepenuhnya, tapi kebanyakan pelajar yang ambil 7 subjek dah pun MERDEKA ari nih...wah2...

aku bukan nak cite betapa pelajar pmr kita ni memerah otak bagai eh, aku nak fokus pada suasana sekolah aku tatkala wisel penamat kertas terakhir dorang bermula...

alkisah....dumdumdum bunyik debaran sket

jam menunjukkan pukul 3.00pm, aku sebok duk menaip sesuatu kat tempat duduk aku....

sorang cikgu lelaki membuat announcement di bilik guru yang hanya ada beberapa orang guru sesi petang
cikgu2 yang free kul 3.40 diminta berada di luar bilik guru bagi memantau pergerakan pelajar yang tamat paper pmr ari ni

aku pun menjawab
perghhh...perlukah kami membawa senjata?

sorang lagi cikgu menyampuk
bawa semua kelengkapan yang ada, kita akan berjuang sebentar lagi

aku pun bantai gelak sambil menggeleng2kan kepala...mulut membebel2...
awatla sadis sangat bebudak zaman sekarang...terutamanya sekolah nih...nasib aku ada kelas, kalu tak, entah hidup entah tidak aku ni duk kat luar tgk dorang sume...kalu idup pun, cukup sifat ke tak aku nih...aih...

sorang cikgu senior menjawab
sabarlah ain, nak buat mcm mana...tawakkal je lah bebanyak...

masa aku nak masuk kelas tepat jam 3.40, aku sempat tgk bagaimana skuad pentadbiran sekolah bersiap sedia dgn rotan sebesar batang penyapu berada di lokasi masing2...punyalah berkawal beb...

masa aku nak ke kelas, aku sempat tgk bebudak kelas yang tak terlibat ngan pmr pun sebok nak terlibat sama ngan apa tah rancangan bebudak pmr nih, heran aku...dorang mcm dah berpakat, mcm ada rusuhan besar-besaran akan berlaku, seram aku nak jalan kaki sorang2 nak gi kelas *ngengade

masa aku dalam kelas, aku dengar ada satu jeritan kuat giler kot dari bawah...oh yer...kelas aku kat tingkat 3, so, selamatlah sket rasanya...tapi bebudak kelas aku pun seboklah time tu jugak nak ke tandas, bukan sorang dua, tapi 2,3 kumpulan, kompem la aku cakap kamu duduk sekarang, buat ulangkaji yang saya tulis kat papan hitam ni, jangan nak ngengade terlibat ngan pelajar kat bawah sana, nnti nama saya jugak yang terkena, dah...pegi buat kerja...ececece...aku tipu je tu, takde maknenya aku nak cakap pjg2 gitu, habis2 aku cakap, tak boleh, duduk, buat kerja...habis cite...

habis sudah satu episod pengalaman pertama aku dgn pelajar pmr, ari ni, ari last utk pelajar yang amer paper bahasa cina, satu lagi sejarah bakal terukir...

notakaki : sape cakap tugas guru itu mudah? aku sangatlah heran dgn kenyataan sebegitu

Monday, October 10, 2011

sambungan sakit tulang belakang aku

Views
ari tu aku janji nak stori mori pasal sakit tulang belakang yang aku tanggung ni kan...selasa lepas, 4hb saploh 2011, aku selamat menjalani first fisio aku...overall, akak2 fisio dia, bapak ah..cun kot...ahaks....kalu aku jadi laki, kompem terus teruk sakit aku supaya akak2 cantik itu dapat rawat aku lelama...opss...terlebih sudah...

back to the main topic please...

first2, yang pasal sakit belakang, aku diberi rawatan haba kat tempat yang sakit, sebelum tu, dia mcm urut2 sket kat bahagian belakang, dia kata ototo aku dah mula mengeras, meanings...tak bape nak bagus, tapi boleh dipulihkan cuma makan masa sketlah...masa rawatan haba tu, kiranya kalau kat kampung, bertungku lah, best kot...dengan kita meniarap, ala2 rawatan kat spa tu, hmmm..nasib la tak tertido...

pastu, rawatan kat sendi lutut, masa dia check2 tuh, dia cakap sendi lutut aku yang belah kanan lebih teruk compared ngan belah kiri, iye...itu sangatlah aku akui sbb aku selalu sakit kat bahagian kanan...dia cakap lagi, apa mende tah term yang dia guna, yang aku tahu dia cakap, yang belah kanan ni susah nak bergerak, ketat, belah kiri ketat jugak, tp boleh gerak lagi walaupun sket2...hmmmm...apo2 jo lah sis cantik, aku tak paham...

last2, dia bagi electro therapy kat bahagian lutut, sambil baring2...aku pun keluarkan la enset walaupun terang tang2 kat sebelah aku dah tulis besau2 sila matikan telefon bimbit anda, terima kasih aku dengan slumber gadaknya amek gambar sekitar2 kawasan tempat aku baring2 tuh, bosan beb...kalu ada majalah, boleh la jugak aku tgk2 gambar...errr...tgk gambar je, bukan baca...hampeh

ni lah dia pandangan dari mata aku tatkala aku ngah di perbaringan

actually, ari ni aku ada sesi terapi lagi, tapi aku tak dapat pegi sbb pagi ni aku tak dapat nak bangun seperti orang yang waras...belakang aku sangat sakit...dan aku tgh cuba sedaya upaya menahan dan membuat kerja2 seperti biasa...entry ni, aku amek masa bape puluh minit tah nak siapkan nih...

dah telefon jabatan fisioterapi nye, dan dah booking terapi seterusnya rabu ini...hope everything goes well...

notakaki : mesti masa aku tido semalam aku tak banyak bergerak sbb tu badan aku mengeras semacam je...

Sunday, October 9, 2011

entry with no title (opss...already got the title la)

Views
weih...lamanya aku tak menghupdate kan diri kat sini...rindu sama aku tak? agaga...saje nak tempek gambo sendiri kat sini khas utk tatapan kengkawan blogger yang lain...


aku tahu korang tak rindu sama aku pun, tapi takpelah...biarlah aku sorang je yang rindu2 pada kalian sume...aku merajuk ngan broadband aku nih, lembap cam cipoot babi je...marah tollah...

ari ni, aku berkesempatan utk mengonline kan diri setelah berhari2 aku mengalami beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan...

errr...aku rasa better aku stop merapu smpai kat sini dulu, bukan ape, ni entry panaskan badan, nnti dah betul2 panas kekgi, baru aku stori mori pepanjang...

notakaki : mood mau hupdate blog tetiap hari...