terlalu rindu
usianya menginjak dua tahun
maka sudah dua tahun jugalah
kita tidak bersua muka
sayang
masihkah kau ingat padaku
berkira-kira sendiri
di dalam hati kecilku
sayang
tahukah olehmu
aku terlalu rindu
pada suaramu
pada pandanganmu
dan pada sentuhanmu
terlalu rindu
saban malam
aku bermimpikan kamu
aku memelukmu dengan erat
sambil ku dengar degupan jantungmu
aku bahagia begitu
sengaja aku merendahkan kedudukan
agar dapat meletakkan kepalaku di dadamu
dan merasai kehangatanmu
seakan tidak mahu berhenti
biarlah mimpi ini berpanjangan
tidak mahu aku menyaksikan realitinya
kerana aku mahu bersamamu
sepanjang hayatku
sayang
aku masih cinta padamu
masih sayang padamu
namun tidakkan sesekali
aku menjadi mangsa bicara manismu
benarlah
lidah itu tidak bertulang
biarlah aku
membawa cinta ini bersamaku
walau ke mana kaki ini mengembara
di bumi yang fana
hanya bertemankan mimpi indah
kita berdua
notakaki : kesian sama erra fazira dan emran
Comments
Allah yang merancang.