scoliosis, PID dan kandungan

rentetan dari entry pertama tentang kesihatan diri dan kandungan itu ari, lama amek masa untuk share lagi sekali...kali ni, tambah lagi satu jenis penyakit, yakni PID...pepandai la korang gugel2 carik apa itu PID sebab aku lagi sekali sudah lupa apa itu PID, padahal dah banyak kali dengar dan bace ttg PID

okay, ari tu aku ada cerita yang doktor ortho which is doktor yang rawat sakit tulang belakang aku suggest kan aku suh jumpa ngan doktor pakar, dia siap arrange kan lagi kat aku date dan masa yang sesuai lagi...time kasih doktor ram...

sampai2 je hospital, supposed to be tunggu turn la kan, tapi rezeki la katakan...tetibe doktor ram tu keluar dari bilik dia dan dia ternampak aku yang tengah khusyuk tengok tv sambil mulut melopong lalu dia kompemkan dengan aku nama aku...errrr...dia kata, nanti doktor pakar nak jumpa, dia panggil aku...errrr lagi sekali aku dibuatnya...

bila nama dipanggil doktor ram, nurse yang bertugas dalam bilik tu pun terpinga2 sebab kalau diikutkan turn, aku dah dikira skip turn sudah....tp doktor ram bagi isyarat aku ni special punya...hehehe...terasa ada karpet merah untuk aku je masa nak masuk bilik doktor...

mengadap doktor pakar face to face...masa tu aku sorang2 je...doktor ram panggilkan encek leo suh dengar sama2....terkulat2 aku tengok doktor pakar yang penampilannya sangatlah sederhana, sampaikan kita tak nampak kepakaran dia tu, ceh...sempat lagi aku membuat andaian tak bertauliah kan...kali ni, aku dah ready mental bagai dah untuk mendengar apa jua keputusan yang perlu aku pertimbangkan...seperti biasa, ketiak aku awal2 lagi masuk bilik tuh, terus membasahkan diri dengan jayanya...

perbincangan yang memakan masa lebih dari 30 minit dari persoalan untuk menggugurkan kandungan sehinggalah kata sepakat dicapai...kata doktor,

1. first impression dia terhadap aku adalah operation tulang belakang, sebab kesukaran untuk aku berjalan di samping memerlukan bantuan untuk berjalan

2. kandungan boleh diteruskan tetapi mungkin sehingga mencapai 32 minggu sahaja, pastu baby akan dikeluarkan secara operation dan diletakkan di dalam incubator, manakala aku, akan get ready for the second operation plak, which is, operate tulang belakang...menurut doktor tu lagi, kedua2 operation ni memerlukan persetujuan kedua2 jabatan yakni jabatan orthopedic dan sakit puan...even kalau keadaan terdesak sangat, aku akan menjalani operation tulang belakang sementara baby masih dalam perut....

3. keputusan hanya akan diperhalusi lagi after aku menjalani mri, di mana, dekat lahad datu nih, takdak kemudahan itu, doktor tu kata, kalau dekat sabah nih, hanya di kk saje yang ada....aku cakapla, daripada aku terbang gi kk semata2 untuk buat mri, baik aku balik semenanjung dan buat kat sana je...doktor tu setuju...

so..selepas perbincangan yang membasahkan ketiak itu, aku terasa hilang satu beban, alhamdulillah...masih diberi peluang untuk meneruskan kandungan ini...kekadang, terasa jugak nak berdegil, nak teruskan kandungan, tapi bila fikir macam2, aku tetap tak sampai hati nak gugurkan kandungan ini...ahhh....biarlah apa nak jadi sekalipun...

keputusan perbincangan aku, doktor ram, dan doktor pakar itu...aku dinasihatkan untuk membuat mri terlebih dahulu, dan apa2 langkah seterusnya, hanya akan dibuat selepas itu...dan dilema terbaru aku kali ni adalah, adakah mri itu selamat untuk baby yang masih dalam kandungan?

notakaki : dilema itu semakin kompleks nampaknya...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati