perihal baby minggu 8 - minggu 15
lama aku tak hupdate perihal baby setiap minggu, sume sebab kekurangan dari pihak aku ngan masalah teknikal laman web yang selalu aku terjah untuk tengok pasal perkembangan baby...ntah nape, laman web tu tak leh bukak...saje je kan takmo kasik aku bace2 kat situ...
Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.
Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan
berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.
Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
* masa kandungan aku cecah 10 minggu, aku first scan...sume sebab gara2 aku mengalami senak di bahagian kiri ari2...disebabkan aku puasa penuh, risau jugak aku, takut sakit sebab aku lapar ke hape kan...bila gi check, doktor kata aku kencing kotor...aku kurang minum air, yelah...puasa kan, banyak mana la sangat yang mampu aku teguk bila sahur ngan berbuka tuh...
masa scan, doktor tu terkejut dengan baby, dia kata baby aku sangat aktif...hehehe...baby mama nak jadi pemain bola ke nanti...=) masa scan tu, tak habis2 kaki dia menendang2...tapi sayang, doktor tu just scan je, tak kasi gambar baby, kalau tak, boleh aku share kat sini....alhamdulillah, baby sihat dan mama baby pun sihat....pasni kena minum air putih bebanyak, dan amal minum air barli kosong...
Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak
normalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
minggu lepas, di mana kandungan aku cecah 14 minggu, aku sekali lagi scan...kali ni, siap ada gambarnya lagi....nanti aku tunjukkan yer...tapi kecil je gambarnya tuh...dan paling best, doktor tu cakap kandungan aku bukan 14 minggu, tapi dah masuk 16 minggu....errr...apakah...serius aku tak hengat bila last aku period, dan aku pun rasa aku salah bagi tarikh kat nurse tuh...so sekarang nih, aku kompiyus, kalau orang tanya bape bulan dah aku, aku tatau nak bagi tau 17 minggu ke 15 minggu...hihihi...so, nasihat aku kepada pasangan suami isteri yang memang plan nak ada baby, sila catat tarikh period anda...nanti tak pasal2 jadik mcm aku, naye tul lah...ahaks....
keadaan aku sekarang nih, aku betul2 cepat letih dan tak boleh buat kerja berat, satu sebab nak menjaga kesihatan diri dan tulang belakang aku, satu lagi sebab takut cepat sangat pancit...paling tak best, perot dah moncit, dan banyak dah baju2 aku yang kena say byebye to them...dah tak muat...jeans kesayangan aku, dah lama dah say byebye sebenarnya...so sekarang ni, aku lebih suka pakai skirt ataupun seluar yang jenis sesuai untuk orang pregnant tuh, sebab tak ketat kat pinggang...paling penting, untuk keselesaan diri sendiri jugak...
notakaki : misi mengumpul baju yang santek2 untuk dipakai pada hari biasa dan bekerja

Comments
selamat haru raya~
time kasih bebanyak...=) selamat hari raya jugak...dah start mengait ke pas raya ni? hehehe...ain jugak la yg belum start lagi...mood raya masih tebal....