petua kekalkan hubungan mesra antara adik beradik
layan gambo aku ngan beloved sis
aku saje je letak gamba aku ngan akak aku nih sbb bg aku, dia sangat menginspirasikan aku dalam sesetengah aspek walaupun tak dinafikan dlm a few case, dia sangat ngeng jugak sebenarnya...ahaks...tapi aku totap sayang dia...
adik beradik aku yang lain, korang jangan ingat aku tak sayang hangpa sume plak tau, aku sayang, cuma aku takdak gmbar hangpa sume dlm keadaan yang cun2, so...takmo ah letak gambar hangpa...
aku nak kongsi satu petua berkaitan cara untuk kekalkan hubungan mesra antara adik beradik seperti mana yang telah dikongsikan bersama oleh my sis di kala kami adik beradik duduk berkumpul...
masa kita kecik2, kita boleh duduk bertepuk bertampar kan, bleh gurau2, pastu gaduh2, pastu baik balik...tido sama, makan kongsi2...mcm2 aktiviti masa kecik, ada yang manis, ada yang tak bape nak manis, kira masin pahit payau2 la tuh...mesra je kan hubungan kita sume masa kecik2? tapi kenapa bila kita dah besar, dah berkahwin, ada anak2, hubungan mesra itu seolah2 tinggal kenangan je...kenapa boleh jadi mcm tu?
utk menggali merungkai sume permasalahan tu, kena buat muhasabah diri sketlah, buat renungan bersama, cari masalah utama yang mengheret kita adik beradik sehingga ke tahap tak boleh nak bertegur sapa lagi dah, jauh sama sekali bergurau senda...
my sis cakap,
"hubungan adik beradik itu akan pudar bila mana masuk orang ketiga yakni abang ipar atau kakak ipar, di mana keutamaan adik beradik itu juga akan berubah seiring dengan waktu"
sehubungan dengan itulah, kita perlu saling mengingatkan sesama sendiri, dan tidak lupa juga, ingatkan diri sendiri betapa hubungan adik beradik tidak akan diabaikan walau setinggi mana pangkat kita, secantik mana pasangan kita, atau sekaya mana harta yang kita ada...letakkan hubungan adik beradik, hubungan kekeluargaan itu di tempat yang sepatutnya....
paling penting, jangan tanam sifat tidak puas hati atau iri hati dalam hati sebab sifat yang negatif, walau sebesar kuman, boleh melarat hingga menghancurkan keluarga 7 keturunan...
bersederhanalah dalam apa jua tindakan yang kita lakukan
notakaki : aku sayang adik beradik aku sebagaimana aku sayang diri aku
Comments