sebelum buat baby, baca ni | cabaran minggu 5


perghhh...tajuk minggu 5 memang super duper best siot, bukan setakat double thumbs up, kalu buleh, ngan ibu kaki sekali aku nak angkat...betapa metafora nye aku nak cakap kat sini, aku sokong gile2 babeng ah tajuk minggu nih...

entry ni aku khaskan kepada muda mudi zaman sekarang yang menjadikan trend touch n go dalam perhubungan mereka, yang mengamalkan seks bebas, kalau tak bebas tukar2 pasangan pun, bebas dalam nak buat apa sahaja dalam perhubungan...

masa aku belajar dulu, term ringan2 dah memang selalu sangat aku dgr among kengkawan yang kapel, even ada yang sampai gaduh2 sebab pasangan takmo pegang tangan...adeh...aku ingatkan gaduh sebab takmo semayang time kuar dating...

mula2 ringan2, pastu berat2...aih...aku ni takdelah bagus mana sampaikan boleh bagi nasihat kat orang, setiap kata2 kat sini tu merupakan nasihat dan peringatan utk diri sendiri jugak...semoga kita semua terlindung dari hasutan dan godaan syaitan yang durjana itu, insyaallah...

aku sokong kempen kami prihatin yang dianjurkan oleh kerajaan, tp tataulah sejauh mana keberkesanan kempen itu...harapan aku, dapatlah meninggalkan kesan dalam jiwa kita semua...kalau tak meninggalkan kesan jugak, korang teliti setiap gambar kat bawah ni ngan penuh ketelitian dan keterperincian...

dalam lubang tandas

dalam parit kumbahan

mana pergi tangan dia?

speechless

mcm2 ade

apa perasaan korang sekarang?

aku rasa nak nangis kot tgk baby2 ni diperlakukan sebegitu...mentang2lah dorang takleh nak buat pape kat kita kan, kita tutup lubang idung dia pun dia da bleh mati korang tau, betapa lemahnya dorang ni sume....tp kita manusia yang besar, ada akal, cukup sifat sume, bleh buat dorang sume mcm tu...owh...*emo

sebelum korang terfikir nak berat2 ngan pasangan masing2, cuba korang ingat2 balik gambar baby yang kena buang tu, korang tak rasa pape ke? memangla kat kedai tu berlambak2 alat yang bleh mencegah kehamilan, tp korang sume kena ingat, yang salah tetap salah...

aku selalu terfikir, baby2 ni dibunuh ngan kejam, tangan takde, kepala penyek, urat perut terburai, sape yang buat baby tu mcm tu takkan aman hidup dia smpaila dia mati...dah mati pun belum tentu aman sebab nnti hantu2 baby ni akan kacau mak ayah dia plak...nak tido hantu baby ni datang kacau dalam mimpi, di siang2 hari...pendek kata, hidup kita akan dibayangi dosa silam...

korang tak takut ke?


aku tag kat kuzumiro ngan husna

notakaki : peringatan buat diri sendiri

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati