email yang tidak bermakna

aku ada hantar banyak email
namun sekali sahaja dibalas
pendek sahaja
aku hantar lagi
kali ini
bukan sahaja tidak berbalas
malah tidak dibaca
mana pergi janji
mana pergi semangat
seperti yang dinyatakan
kau dusta
bersama sejuta cerita
di mata ini
jelas terbukti
kau sudah lama berubah
bukan hari ini
malah sudah lama
sejak dari awal
ceritamu sudah beralih
namun kepadaku
masih jua kau lafazkan
akulah watak cerita itu
dusta lagi
dusta seribu makna
mengapa susah
menyatakan kebenaran
dari berselindung
di sebalik kata cinta
ini bukan cinta
tetapi kebodohan
yang kau beri
kepada aku
agar aku percaya
kau milik aku

aku sedar
kau sudah pergi
kepada dia
yang lebih membahagiakan
bukan aku

email itu
tinggal sekadar email
sudah tidak bermakna lagi
biarlah aku membisu

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing