orang itu

ada orang itu
dia sudah lupa
dan dia sengaja
melupakannya
hal hati
kerana dia
dengan hati yang baru
hati lama
dibuang sahaja
tanpa khabar berita

ada orang ini
saban saat
dia menunggu
akan hal hatinya
di manakah
mengapakah
namun tiada jawapan
cuba untuk menghubungi
namun tidak berjawab
kosong

ada orang itu
kalau dengan rakan sekalipun
pasti tidak sebegini
inilah lumrah kalau sudah berjanji
apa sahaja boleh diukir
jika ditanya
pasti menafi
bukan orang ini tidak tahu kebenaran
ia sudah terhampar depan mata
apa yang dibuat
oleh orang itu
dengan buah hatinya

orang ini
ditinggalkan
kerana alasannya
orang ini yang tinggalkan orang itu
orang itu perlu hidup
teruskan hidup
orang ini akur
kerana dia bukan siapa-siapa
orang ini berlalu
dengan sejuta kesedihan

biarlah
duka ini
dikongsi sendiri
tidak perlu sesiapa
derita ini
hanya untuk orang ini

Comments

Bunyi macam kecewa je? Takmau sedih sedih ye? Jom bangkit! :D
therosputih said…
nadratul syazwana
kecewa kerr? ntahla...hehehe...bangkit? jom!!!
kita pi soping...wakakaka

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati