Tuesday, February 28, 2012

kesihatan aku

Views
ramai kawan2 duk tanya status kesihatan aku, dan tak sempat2 lagi aku nak cite dgn details..

isnin, 20hb2
balik keje, sebatang jari kaki aku, aku mengalami kebas2 tak rasa langsung jari tuh, aku bolh jalan dgn baik lagi, aku ingat tak teruk, so aku abaikan je lah, dengan harapan esok dah okay

selasa, 21hb2
aku mc, sebab allergic, gatal2 kat lengan, sangat teruk, jari kaki yang kebas masih tak rasa lagi, masih kebas

rabu, 22hb2
pegi keje mcm biasa, tp dah mula rasa lain, jari kaki yang kebas tu, membuatkan aku hampir2 tak rasa semua kaki kiri aku, nak hentak kaki pun ragu2 sebab aku konfius, dah hentak kaki ke belum aku nih, allergic tuh masih menghantui, aku pegi keje, lepas hbs je kelas, terus je aku mintak balik awal, aku tak tahan, badan rasa sgt lemah dan panas

malamnya, aku tak dapat rasa 3 batang jari kaki, dan tapak kaki pun rasa semacam je, terus pegi emergency, tp tak dapat apa2

khamis, 23hb2
aku dah tak boleh nak drive sendiri, tapak kaki sangat tajam, 3 jari kaki masih kebas dan tak rasa pape, pegi klinik untuk mintak surat dari doktor, tp dilayan mcm pengemis, dia suh amek darah, test for buah pinggang

balik klinik, rehat, sakit pada kaki dah rasa sampai ke lutut, sakit, tajam, mencucuk...

jumaat, 24hb2
pagi ada temujanji fisio, ahli fisio tu syak tulang belakang aku menekan saraf kaki, bila dia tekan kawasan tempat sakit tulang belakang tu, aku rasa mcm ada satu sakit memancar direct dari pinggang hingga ke hujung kaki, serta merta lutut sakit dan kebas pada seluruh kaki kiri, hampir menitis air mata tahan sakit, semua ini ujian allah untuk aku

jumpa doktor pakar, disarankan untuk menjalani mri, aku bakal pulang ke semenanjung mendapatkan rawatan di samping keluarga, tapi masih belum tahu lagi bila

sakit pada kaki masih teruk, pegi keje dengan housemate hantar, langkah makin perlahan, dan tak oleh nak berdiri lama, sakit itu mencucuk dan menyengat, masuk kelas tak dapat nak mengajar dengan baik, maaf anak murid ku sekalian, cikgu minta maaf tidak mengajar hari ni

mlm, terasa sangat sakit, 3 jari kaki masih kebas dan tidak terasa pape

sabtu, 25hb2
kena bangun pagi, ada aktiviti kat sekolah, bila bangun pagi, kaki kiri aku sangat lemah, lutut hingga ke kaki sangat sakit, dan seluruh tapak kaki sangat tajam dan sakit, jari kaki seakan ditarik dan tegang, sakit, tuhan je yang tahu, langkah makin perlahan, nak berjalan jadi sangat susah utk aku sebab kena tarik kaki kiri, tapak kaki rasa ditarik masuk ke dalam, langkah sedikit herot

ahad, 26hb2
bangun pagi, kedua2 belah kaki aku kebas dan tak rasa pape, bila aku buat exerise sedikit, kaki kanan dah mula okay, tp kaki kiri, masih teruk, sangat teruk

malam, aku pengsan, tak sedar, aku collapsed, menyebabkan badan sakit2 dan terasa sesuatu di bahagian belakang aku, rasa keras dan sakit, langkah sangat tidak berdaya, badan start dari pinggang hingga ke kaki, sangat lemah dan berat, badan rasa seram sejuk

isnin, 27hb2
langkah lemah, namun masih kuat utk teruskan aktiviti, pagi, keadaan masih kuat, namun tiba2 badan menggigil dan terasa satu perasaan lenguh yang sangat dasat, kawasan pinggang hingga ke kaki terasa sesuatu yang susah nak gambarkan, masih berdaya untuk ke sekolah, sebab sakit itu berkurangan

setibanya di sekolah, tiba2 sakit itu mencengkam lagi, badan menggigil lagi sekali dan rasa nak collapsed lagi sekali, pengetua saran balik berehat dan diberi cuti, dan diminta kemukakan surat pelepasan kerja dari hospital, terus dibawa balik ke rumah dan berehat

petang, pegi hospital tapi tak dapat jumpa doktor sebab bukan hari treatment tulang, terima kasih kawan sekerja aku sbb sanggup hantar aku balik rumah dan hantar aku pegi hospital

malam, kawan sekerja merangkap kawan aku, datang jenguk, badan aku masih lemah, tapi tangan masih seperti biasa, bebas buat kerja lain, syukur alhamdulillah, masih boleh uruskan diri sendiri

sakit belakang terutama di kawasan pinggang masih terasa, cuma tidak sentiasa sakit, sakit itu datang sekejap2, bila sakit menyerang, air mata aku tumpah, tahan sakit

selasa, 28hb2
bangun pagi, rasa sihat banyak compared dgn semalam, rasa bertenaga, tp tak boleh bediri lama, nnti jari kaki rasa mcm ditarik, keadaan jari kaki yang 3 beradik tu tak banyak berkurang, masih sakit dan tak rasa pape

hari ni pun aku dah tak pegi sekolah

petang, kawasan pinggang ke kaki sangat lemah dan keras, terasa sangat berat untuk berjalan, langkah berat sangat


itu je yang dapat aku kongsikan di sini, pada kawan2 yang bertanya khabar aku, terima kasih daun keladi aku ucapkan, terima kasih atas sokongan yang diberi, walaupun tidak mengurangkan sakit yang ada, namun ia mampu melegakan aku untuk seketika, terima kasih

notakaki : kekuatan aku semakin hari semakin luntur kerana keadaan sekeliling, mujur hati masih kuat berpegang pada janji, yakinlah ku ada

aku perlu kuat supaya mereka di sekeliling kuat

4 comments:

Cik NurulZaty said...

akak..

akak kena kuat tau..

sakit itu ujian dr allah tnda dia sayang kita..

moga akak kuat hadapi dugaan ni ok..

zaty doakan akak dari jauh jugak ok..

jaga diri tau.huhu
sedih la zaty baca..wuu. :(

therosputih said...

zaty
tak sangka kita berkenalan hanya di laman blog tp ukhwah sampai hari ni, alhamdulillah

akak bersyukur dgn nikmat yang diberikan pd akak...keep in touch ok...

Enh Ear said...

http://enhear.blogspot.com/2012/02/dear-awak-bff.html
tak sabar nak bawak ko g bersuka ria... ;)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

therosputih said...

enhear
wah...terus aku sehat mcm ni...ahaks...