Monday, October 17, 2011

10 perkara tentang perempuan yang lelaki patut tahu

Views
aku cilok ni pun dari tenet jugak, tp terlebih dahulu aku nak mintak ampun bebanyak sbb aku tak dapat nak bagi link page asal kat sini sbb aku sendiri dah lupa...aku copy paste dari tenet masa aku zaman2 pak kaduk lagi...time tu tgh gile copy paste kat word, pastu simpan bebanyak wat koleksi...

sekarang ni, aku kongsi ngan kalian sume...

1. perempuan apabila dia kata "tak ada pape" sebenarnya ada pape, dan bukan tidak mahu dikongsi, kalau anda nak tahu, anda perlu tahu cara untuk memujuknya, salah pujuk, lain yang jadik

2. perempuan memang sukakan pujian tetapi tidak tahu cara untuk bereaksi selepas menerima pujian, senang cite, mungkin sebab malu tapi mahu kot

3. jika seseorang perempuan itu sudah jatuh cinta dengan seseorang lelaki, maka hanya lelaki itu sentiasa ada di fikirannya even waktu tu dia sedang dengan lelaki lain

4. perempuan akan mencair sama seperti larutan aiskrim apabila lelaki yang dicintainya merenung tajam ke dalam matanya

5. beri masa kepada perempuan itu apabila anda menyakiti hatinya, supaya dia dapat bertenang sebelum anda meminta maaf, kalau anda terus sahaja meminta maaf kepadanya tanpa memberi sedikit ruang kepadanya, silap2 ari bulan, makin bertambah marah dia kepada anda...tapi yang ni, bergantung pada perempuan jugak, kenali perempuan yang anda cintai tu jenis yang mcm mana

6. senyuman seorang lelaki adalah sangat bernilai kepada seorang perempuan, jadi, jangan sembarangan senyum kat mana2 perempuan, takut disalah ertikan

7. apabila seorang perempuan mengadu dia dalam kesedihan tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati

8. perempuan senang meluahkan apa yang dirasanya tetapi bukan secara terang-terangan, mereka biasanya pandai meluahkan dengan cara yang berbeza sebagai contoh melalui muzik, lukisan, tulisan atau sebagainya kerana itu adalah cara yang termudah...tugas anda sebagai lelaki, merungkai kod tersembunyi di dalam hasilannya

9. ucapan "hi" atau "selamat pagi" sudah cukup membuatkan perempuan bahagia sehingga ke malam, tapi kalau anda memang tgh bergaduh dengannya, mungkin ini tidak membantu, hehehe...lagi menyakitkan hati kot

10. apabila orang yang dicintainya memberikan respons positif semasa di awal perkenalan, perempuan biasanya lebih bersikap acuh tak acuh walhal dalam hati, dah berteriak kuat2, kalau duk hostel, kompem tak sampai 5minit, satu blok dah tahu kisahnya...ini satu lagi contoh malu tapi mahu


huh...cukup 10 perkara tentang perempuan yang wajar anda sebagai lelaki ketahui...perempuan pun patut tahu gak, sambil2 baca tu, kalau senyum sorang2 tu, sahlah tu, kena batang idung...

aku kongsi 10 perkara dulu, nnti lain entry aku hupdate lagik...banyak kot stok yang aku ada...hahaha...ni nak turunkan ilmu nih namanya...ada laki nak menuntut ngan aku? agagaga

notakaki : aku pun bace entry nih sambil senyum sorang2, apa kessss...wakakaka

peringatan : ini adalah sekadar penulisan dan pendapat aku, mungkin anda rasa betul, dan mungkin juga tidak...

7 comments:

Enh Ear said...

sebab tu lelaki boleh permainan perempuan sebab dia dah tau semua tu...

therosputih said...

enhear
kau rasa lelaki tahu semuanya ker? perempuan adalah satu makhluk yang sukar dimengerti as well as lelaki...sebab allah telah jadikan makhluk dia dengan penuh keistimewaan...

Anonymous said...

ha....mmg susah kot nak paham pompuan...walaupon ada tips gni tapi xb'kesan kt sume pompuan pon....manusia kan unik....nasihat saya...make it simple...cube baiki apa yg kurang pada diri..yg lain2 2 akan dtg sendiri=) (melalui pengalaman beb)- mr H

otai87 said...

ak sokong yang no 1.. sebab da jadik kat aku... hahahahaha

therosputih said...

dear mr anony aka mr H
setuju ngan pernyataan itu...memang betul pompuan itu susah dimengerti...lagi bagus kalau seseorang perempuan tu sedar betapa susah dirinya utk difahami lalu mempermudahkan orang lain utk memahaminya...

itu pun kalau dia nak orang faham dia...kan mr H kan...

nak kenal uleh? agagaga...=P

therosputih said...

otai87
ada yang kena batang idung sendiri ke? ahaks...aku ingatkan kau nih banyak gen laki, ada jugak gen pmpuan upenya...bagush2....wakakaka

Intan Akma said...

saya tak suka kene komen bila saya masak untuk suami.suka bila kene puji masak sedap tapi tak tau nak bagi reaksi ape..msti jawab "Ye la tu.." haha...mesti dlm hati suami baik xyah puji