go green go
"Enzim ini mudah dihasilkan dan boleh disediakan sendiri oleh setiap isi rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah campurkan 10 bahagian air, satu bahagian gula dan tiga bahagian sisa dapur ke dalam bekas kedap udara.
"Bekas itu kemudian perlu ditutup ketat dan disimpan selama tiga bulan, tetapi penutupnya perlu dibuka atau dilonggarkan setiap hari untuk melepaskan gas," katanya ketika menerangkan kaedah penyediaan ekoenzim.
Sementara itu, rakan sekumpulannya, Nasrul Yusof, 19, menerangkan bahawa kaedah menjadikan ekoenzim berbau wangi adalah dengan menggunakan sisa buangan buah-buahan sitrus.
"Selain dijadikan semburan penyegar udara, ekoenzim juga boleh digunakan untuk mencuci lantai, melembutkan fabrik, baja organik serta boleh digunakan untuk membasuh baju.
"Apa yang perlu dilakukan adalah mencampurkan satu penutup botol ekoenzim dengan air, kemudian ia boleh digunakan dalam cucian," jelasnya.
nak baca selanjutnya? sila klik kosmo! online
usaha mereka yang terlibat dalam projek ekoenzim ini sangat2 harus dipuji...aku suke gile ngan usaha2 y mcm ni, bagus2...(bila la turn aku lak ni ek, nak jugak terlibat ngan aktiviti sebegini...)
Comments