Monday, April 5, 2010

kuasa seorang observer

Views
1. observer merujuk kepada orang yang hanya memerhati dan memperhati gerak geri seseorang yang dalam kes ini dipanggil mangsa

2. apabila observer cakap, "saya akan observe awak esok", maka mangsa ini secara automatiknya menjadi tidak keruan

3. dengan hanya 1 sms, observer ini sudah mampu menghuruharakan perancangan seminggu si mangsa itu tadi

4. mangsa tidak berdaya atau dengan erti kata lain tidak boleh berkata apa-apa selain menerima dengan hati yang terbuka walaupun pintu hatinya sedikit keriuk keriak gara-gara sudah lama tidak letak minyak gris kat engselnya

5. sebagai seorang mangsa, mangsa tidak ada hak untuk berkata apa-apa kepada observer apatah lagi membangkang kata-kata observer setelah observer melakukan pemantauannya terhadap si mangsa

6. dalam kes ini, aku bertindak sebagai si mangsa manakala observer merangkap lecturer atau pensyarah aku

7. kesimpulannya, aku akan diobserve esok oleh pensyarah aku

8. aku membayangkan apala nak jadi esok ni...haihhhh....

9. mangsa hanya mampu mengeluh sambil menghitung berapa banyak masa yang dia ada untuk dia bersiap sedia atau pura-pura bersiap

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

utung pensyarah tu

'ainrahimin said...

sape yang rugi?

:.peLanGi:. said...

doh guano ain???ok x???lec mana g observe???

'ainrahimin said...

lecturer major...alah...i'm not that good teacher, i deserve to get what i give...

:.peLanGi:. said...

hehe...at least..u have give the best as u can

'ainrahimin said...

i hope so....