perkembangan bayi dalam kandungan - 5 minggu

assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

entry kali nih nak berkongsi perihal baby bila mana usia kandungan mencecah 5 minggu mcm aku sekarang nih

picture taken from encek google

kemungkinan besar, itulah kot saiz baby bila mana usia cecah 5 minggu...masih kecil...tadi, duk google2, aku ada terjumpa satu laman web nih, leh klik kat sini, menceritakan info tentang perkembangan baby dari minggu 1 hingga minggu 40...kat sini, aku copy dari minggu 1 hingga minggu 5 jer...


Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan,
blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
 Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh
dengan kukuh pada endometrium.
 Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
 Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas. 

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
 Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan. 

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya
masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan
bertukar menjadi jantung.
 Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.


sekarang nih, aku ngah usha tentang pemakanan dan amalan yang sesuai untuk ibu mengandung...korang ada nak share?

pengalaman aku sehingga ke hari ini,
1. demam yang masih belum ada tanda2 nak okay
2. selesema dengan hidung yang masih tersumbat dan kerap bersin2 bila mana ada bau2 yang tetibe melintas depan idung aku, diikuti dengan hingus meleleh2...betoi2 budak hingusan daaaa
3. asthma malam2...
4. tak suka didekati oleh orang lelaki, aku rimas...kalau orang pompuan, boleh tahan lagi...suka duk sorang2...memerap...
5. tak leh minum air putih aka air masak tu, kalau minum jugak, minum dengan gaya muka takleh blah, air itu sangat kelat okah...dan pastu mesti aku muntah
6. muntah muntah muntah dan muntah...oppsss...ada lagi....dan muntah...daannnnn muntah
7. syukur alhamdulillah, kalau bab makan, aku bedal je sume...tak dak masalah, cuma makan sket je, dah rasa kenyang dan cannot go anymore...tp tak sampai 3 jam pastu, haunting for food again....

notakaki : nak makan pizza panas2



Comments

Miss Chocolate said…
tahniah ea..semoga baby yg bakal lahir ini sihat sama seperti ibunya... semoga ibu dan bayi selamat nanti..
therosputih said…
mi$$ch0c0laTe
terima kasih dear...hope baby dan mama baby selamat saje nanti...
Anonymous said…
saya tak tahu yang saya dh mengandung 5 minggu,sebelum tau saya baru memulakn pergi kegym dn ade skli pergi mandi sauna.2 ari lepasnya baru try pragnant test dan naik 2 line .ni dh masok 5 minggu 3 hari tapi saya belum pergi ke klinik untuk yang selanjut nya.

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati