sekitar sambutan hari guru peringkat sekolah 2012

semalam ada hupdate entry pasal sume nak blue2 mode, ari ni nak stori mori lebih lanjut pasal blue2 mode...

phewww...penat woo buh tagging blog, pastu tunggu upload gambar...sume sbb nak stori sama kalian sume...

majlis bermula tepat jam 7.00am...pas thumbprint, guru2 bergerak ke dewan besar...siap ada karpet merah lagi..gambar? hehehe...cukup2 lah ngan gambar2 yang ada kat bawah nih...

sebelum masuk dewan, ada tempat sign2 maa...apa lagi...harusla tinggalkan jejak sket... 

selamat hari guru dan terima kasih semua pada semua rakan sejawat yang banyak membantu diri yang serba kekurangan ini

~gayu guru gerai nyamai~

ada bungga manggar lagi, mcm pengantin

paling rasa cam pengantin, bila mana ada

kompang!!!! hohoho...besh...

gimik pelancaran majlis oleh kelab robotik sekolah

untuk makluman, kelab robotik SMK Bintulu adalah bertaraf dunia beb, tahniah pada pelajar2 dan guru2 yang terlibat

pasukan pancaragam sekolah
ada 3,4 orang pelajar peralihan aku

bangga jap ngan usaha dorang

okay, ketibaan orang besar sekolah> pengetua sekolah
  

cupcakes!!!
SELAMAT HARI GURU

TEMA hari guru tahun ni
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
in blue mode jugak

oppsss...no komen...hehehehe

*sume orang tgh khusyuk nyanyi lagu Kami Guru Malaysia
tapi aku??? hahahaha

arwah atok aku pesan, kalau nampak kamera nak amek gambar, SILA SENYUM dan ABAIKAN KERJA  YANG LAIN 
hahahahahahah

ini gambar sebelum majlis, aku suka giler gambar nih
sorang penuh bercahaya
sorang in realiti
tapi aku? berbayang2...ceh...

aku diraikan...*tears

untuk makluman rakan2 blogger sekalian, aku bakal berpindah, so, sekolah mengucapkan selamat jalan...
sobsobsob...sedih nak meninggalkan rakan2 seperjuangan, rakan2 bilik guru...

pengetua pesan
1. jaga diri bebaik di tempat orang
2. jaga kesihatan
3. jaga nama baik BINTULU HAWKS
4. teruskan gemilang BINTULU HAWKS

*tears again
  


guru bagi sesi petang 

fokus lebih sket pada aku, hahahahaha

bersama guru kanan sains dan matematik

bersama rakan2 seperjuangan yang best

i love this picture very much
tapi
manyak goyang wooo


phewww....lenguh jari jemari mulus ku menaip...agagaga...

terima kasih yang tak terhingga kepada warga kerja yang sangat best, pada rakan2 seperjuangan yang tiada dalam gambar, terutamanya kak mala, kak keroll dan kak nor, kalian memang best...takkan bisa membalas jasa anda semua...semoga hubungan yang lebih dari hubungan persahabatan ini akan kekal mekar sehingga akhir nafas ini...pada kak noreen, kak zie, dan nin....terima kasih sangat2...*speechless

kalau ikutkan ati, nak je tulis sume nama2 mereka yang banyak mempengaruhi aku sepanjang aku bertugas di SMK Bintulu, tp apakan daya...sampai ke esok pagi pun belum tentu habis baca...hehehe

notakaki : terima kasih semua...

kadang kita di atas, kadang kita di bawah...ingatlah, sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi ALLAH pada kita, dan sentiasalah redha dan senyum sokmo...nangis tu kadang2 sudahla, hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing