bila saraf mula merosot - episod 1

ari khamis minggu lepas, ada aku story2 pasal kisah tragis aku di mana hajat hati nak meneruskan pengajaran sampai waktu balik sekolah tapi tak mampu...betul2 kita hanya mampu merancang, tapi allah sajalah yang menentukannya...nak tahu lebih lanjut, jangan malu2 klik link kat atas tu eh...

kali ni, aku nak share pasal sakit aku, especially apa yang aku rasa exactly masa ari khamis tu...

picture credit to google

bermula dengan suatu perasaan yang tidak selesa di hujung jari, naik ke tapak kaki, then ke betis dan hinggalah ke kawasan pinggang...sebelum ni, perasaan yang sama juga telah aku rasa berkali2, tapi seminggu nih, kerap plak rasa nya itu...dan jika sebelum ni jugak, biasanya kaki kiri je yang rasa gitu, tapi minggu nih, dua2 kaki sama2 nak buat demonstrasi gamaknya...serius, perasaan yang sangat2 tidak selesa...

bermula dengan perasaan tidak selesa, actually, aku taktau nak describe rasa sakit tu macam mana, tapi lama kelamaan, sakit tu makin jelas, kedua-dua kaki mula rasa kebas dari pinggang hinggalah ke hujung kaki....kemuncak sakit yang aku rasa tu adalah, aku langsung tak boleh gerakkan kaki sendiri...sadis gila babeng...

sebab, aku hanya mampu pandang kedua2 kaki, tp bila cuba nak angkat, langsung takdak apa2 perubahan, even nak gerakkan hujung jari kaki pun tak dapat...tak lama lepas tu, aku mula rasa lemah pada kedua2 belah tangan, bila aku cuba genggam, aku dapat rasa genggaman aku tu tak kuat langsung....senang cite, kalau pegang gelas pun gelas boleh jatuh dek tangan terkulai layu...hehehe...dasar tak description aku? ekekekeke

aku dikejarkan ke klinik yang terdekat, doktor yang rawat aku adalah doktor yang sama yang rawat kes ibu dan anak, alah...yang aku kena pi check setiap 2 minggu sekali tuh...eh eh...minggu depan aku ada temujanji dengan dia...hmmmmm....nama doktor tu kalau aku tak silap, doktor esah....doktor esah buat check up untuk kenalpasti sejauh mana numbness yang aku alami...dia cucuk2 aku dah tak rasa sangat, adala rasa, tapi tak kuat...kalau dia cucuk kat dada aku skala dia 10, kat kaki, adalah kot dalam 2 atau 3...bukanlah hilang keupayaan untuk merasa langsung....

pastu, doktor esah pi ketuk kapla lutut aku untuk tgk kesan refleks, tobat aku rasa nak gelak guling2 je time tu sebab sangatlah kelakar la aku rasa tgk kaki aku terangkat dengan sendiri...hehehe...korang tak rasa ke tindakan refleks yang terjadi tu sangat comel? hehehe...

disebabkan kekurangan kemudahan di klinik, aku dikejarkan ke hospital besar yakni sejam setengah dari rumah...sepatutnya ke sana pakai ambulans, tp ambulans pun missing in action, terpaksala pakai pengangkutan sendiri, dan driver aku tak lain tak bukan, encek leo je lah...mana ada pemandu lain lagi dah...

disebabkan kemungkinan untuk aku ditahan wad adalah sangat tinggi, maka, aku suhla encek leo bawakkan terus baju2 dan alatan lain yang seangkatan dengannya...

bermulalah kembara kami ke hospital besar...errrr....cerita di hospital besar, nanti aku sambung dalam episod 2...hehehehe

bersambung...

notakaki : apa yang bahayanya sakit saraf ni, sakitnya boleh datang dan pergi sesuka hati dan kedatangannya memang takleh diramal langsung...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing