Friday, September 28, 2012

bila saraf mula merosot - episod 2

Views
bila saraf mula merosot - episod 1 

setibanya aku di hospital besar besar lah sangat kan, seoalah2 ketibaan aku tak disambut, takde attendance datang jemput....hakhakhak....sape nak jemput ko tu cik ain oit...ngeeee....takdelah aku mengharapkan ada karpet merah dengan kelopak bunga ditabur2 bagai...at least, adalah attendance yang bertugas tu kan...owh lupa nak mention...aku terus ke unit kecemasan...

picture credit to google

dah kedatangan tak bersambut, terpaksalah encek leo pi amek sendiri wheel chair, dan keluarkan aku dari kete dan letak atas wheel chair...nasib tak sempat nak tolak masuk daftar nama kat kaunter je...sebab...adala sorang attendance ni datang dan tolak aku masuk...encek leo plak, pi parking kete...

attendance tu tanya aku sakit untuk proses pendaftaran, aku pun taktau nak cakap sakit apa sebab dia tengok pelik je atas bawah atas bawah....bila dia tgk kad ibu dan anak, dan2 je dia buat assumption aku keguguran dan terus melangkah ke kaunter pendaftaran...nak tergelak pun ada...cepat2 aku panggil dia dan cakap aku kebas dari pinggang ke kaki....susah woo nak explain tentang keadaan aku sebab yang sakitnya adalah bahagian pinggang ke kaki, mulut nih, memang kalau dgr aku cakap dan gelak...takkan tahu punyalah aku tengah menanggung kesakitan...

tak lama menunggu di suatu sudut, doktor ram masuk...pada sape yang tak tahu, doktor ram ni adalah doktor yang rawat aku di jabatan orthopedic, aku ni special case bagi dia, dia la yang cakap...hihihi...blushing...cepat2 dia suh aku baring kat satu katil kosong nih, nak check condition...dan2 time tu ramai plak attendance, nurse dan ntah apa tah lagi pangkat dorang kerumun aku...terasa macam apa je...

picture credit to google

doktor ram tu pun buat kaedah yang sama dengan doktor esah, dan keadaan aku much better sket compared ngan masa mula2 kena tadi...dari langsung tak leh angkat kaki kanan, dah boleh gerak2 dah hujung jari kaki...tapi kaki kiri masih degil...huh...kaki aku terasa sangat2 lah berat untuk diangkat dan bila dah berat, mestila aku akan rasa sakit pinggang kalau nak angkatnya sendiri...

doktor ram kata aku akan ditahan wad, okay....malam ni, tido wad...

paling sadis masa tengah menungguh untuk dimasukkan ke wad itu adalah, aku nak terkucir sesangat....bila gitau doktor nak ke tandas, dia tak kasik aku bangun dan dia nak aku dipakaikan dengan alat kencing tuh...hah...hamek kau...aku banyak kali dengar orang cakap yang nak pakaikan benda alah tuh sedikit menyakitkan dan aku pastinya tak selesa nanti...dalam cuak tak nak dipakaikan benda alah tuh, sekalik nurse plak datang siap sedia dengan alat dia...perghhh...bertambah2 lah cuak...1cm lagi kot air mata aku nak keluar...rasa macam nak lari je...

encek leo request taknak aku dipakaikan benda alah tuh, dan nurse tu pun teragak2 la jugak nak handle mcm mana kan, dia suh pi jumpa doktor ram tu sendiri...after a few minutes, aku berjaya tarik nafas lega sebab doktor ram tu mengalah jugak, aku tak jadi dipakaikan dengan alasan aku nak solat susah nanti, hehehe....terima kasih islam...

perghhh....penat jugak mengimbas kembali apa yang terjadi sambil menaip nih....leh tak nak sambung story dalam episod 3, aku janji....ni episod last punya...

bersambung...

notakaki : bila aku cite kat mak aku detik2 bergaduh dengan doktor sebab nak kena pakaikan benda alah kencing tuh, mak aku suh aku cakap kat doktor, "doktor...saya rela kencing atas tilam ni doktor" hahahahaha

2 comments:

cik azLyzah⊙.☉ said...

Agak2 kalau kate kat doktor macam tu..Ape jawapan die...hahahahaha..tergelak bace nota kaki tu..

therosputih said...

cik azlyzah
kalu ckp gitu kat doktor, kompemla dia blacklist nama kita dah pasni, tak boleh masuk wad lagi dah, hahaha