perkembangan bayi dalam kandungan 20 minggu

sebelum aku selaku pakar tak bertauliah nih cakap lebih banyak, moh kita bukak kitab dulu, baca perkembangan baby apabila mencecah minggu ke 20

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Nota Hamil
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.


***
perot dah memang boncit, makin boncit....minggu lepas, ada sekali cikgu sekolah aku tegur dah nampak dah perot aku, aku gi sekolah pakai baju kurung je, kadang2 pakai jugak jubah besar2...saje, nak cover perot takmo kasik baby exposed sangat...

sekarang ni, baby tersangat2 lah aktif aku rasa....minggu lepas kan aku banyak berehat, so, kebanyakan pergerakan baby tuh aku boleh rasa...time aku bergerak, dia pun bergerak...time aku rest, dia gerak2 lagi...most of the time aku adalah rest, tp baby...masih dengan aktiviti dia...gerak dan gerak lagi...syukur alhamdulillah....doktor risau takut sakit aku ni akan mengganggu perkembangan baby, setakat luaran yang aku boleh rasa nih, rasanya baby takde masalah kot...sibuk dengan aktiviti akrobatik dia...

aktiviti kegemaran aku sekarang adalah, menggeletek perot aku sendiri...*baca : menggeletek baby....makin aku geletek dia, makin kuat dia bergerak...kadang2 sampai berair2 mata aku tahan geli...ada kala sampai berombak2 perot aku nih, kuat tak kuat dia bergerak...semalam, masa aku ngah baring2, baby bergerak lagi...kali nih, most of the movements tu boleh tahan kuat la jugak...beralun bagai perot mama ni baby...aku catat masa...aish...hampir2 15 minit jugak lah...dasat tol anak mama nih...tengah buat apa la gamaknya...

ada sekali aku google nak carik pasal purata jumlah pergerakan baby dalam kandungan, tp tak jumpa directly bape jumlahnya...most of apa yang dorang tulis, pergerakan baby dah mula boleh dirasai seawal kandungan cecah 18 minggu hingga 20 minggu...tp tadi pagi, terima kasih allah sebab pertemukan aku dengan satu bahan bacaan ni, katanya, biasanya baby akan menghasilkan sehingga 200 kali pergerakan, tetapi kebanyakan pergerakan itu, kita takdelah rasa sangat...kadang2 kita rasa, kadang2 jugak tak rasa...ooo...patutlah...banyak kali jugak baby nih bergerak ropanya...

berhenti bercakap pasal baby dulu...kita sentuh bab makan plak..setakat ni, selera makan...hehehe....bahaya tol kalau tak dikawal nih...aku nih memang spesis yang suka makan, so, bila dalam keadaan mcm ni, lagi lah aku beriya makan...kadang2 tu, pas makan nasi tgh hari dalam kul 12, kul 2 tuh, kalu bulih ngadap sepinggan lagi nasi, perghhh...soorga rasanya...bahay tol...takut kena diabetis je...huh...selisih malaikat patplohpat...

bila dah asik makan nih, dah kompem2 berat akan naik mencanak kan...yang ni yang kena elak...sebab, apa yang aku baca, kalau berat naik mencanak, risiko untuk mengalami stretch mark yang dasat adalah tinggi...memang tak dinafikan, stretch mark akan timbul, tp sejauh mana teruk tanda rekahan tu kita boleh kawal...dengan cara, amalkan penambahan berat badan yang stabil, dan rajin menyapu losyen pada area perot....serius...aku dah mula gatal2 balik kat area perot...itu ari, masa awal2 pregnant je rasa gatal, pastu reda jap...la nih, hamek kau...kalau dapat garu tu kan...perghhhh....meleleh jugakla ayaq liur nih...

notakaki : rasa nak skodeng baby tiap2 ari je, nak tengok baby tgh buat apa....hehehehe...melalut jer...

Comments

Anonymous said…
I do trust all the ideas you've offered for your post. They are very convincing and will definitely work. Still, the posts are very quick for newbies. May just you please prolong them a bit from subsequent time? Thanks for the post.

Here is my site; ford ranger
Anonymous said…
Wow! After all I got a blog from where I be able to in fact obtain helpful data
regarding my study and knowledge.

Also visit my weblog How to get rid of stretch marks

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing