cerita khamis yang tragis

ari rabu ari tu, aku ada cite yang khamis esoknya tu, aku ada check up untuk 20 weeks kan, overall, alhamdulillah...sume nya okay...check up kali ni, nurse tu takdakla suh aku pi jumpa doktor, mungkin sebab last check up masa 18 minggu tu dah jumpa doktor kot...andaian aku je la kan...check up kali ni, kedudukan rahim dah 18 cm, berat aku naik mencanak...hohoho...dalam tempoh 2 minggu nih, berat aku dah naik 2 kg...hamek kau...berkat air breakfast air nestum kot...ngeeeee...nasib tak kena bebel beb...

melalui pembacaan aku, bila kandungan dah masuk 20 minggu nih, berat aku sepatutnya kena naik setengah kilo je seminggu...next check up aku kalau takdak apa2 masalah, 2minggu lagi, berat aku sepatutnya kena naik 1kg je tau...takbleh lebih...

nak dijadikan cerita khamis aku lebih tragis...aku gi la sekolah, masuk kelas, masa pertama kat kelas tingkatan 1, handle pbs yang tak sudah2 lagik...nasib 1 masa je, habis masa pertama, aku masuk bilik guru, sambung kerja sket, buat rancangan mengajar sambil minum air kotak...nak dijadikan cerita, slow2 aku rasa tak selesa dari hujung kaki naik la sampai ke pinggang...aku tahan kan lagi...

nak dijadikan cerita lagi, dan2 la time tu aku rasa tak best kat area pinggang, dan2 jugak la kaki kebas...biasa kaki kiri je kan, kali ni kanan...aku masa tuh dah dalam dua dah, nak abaikan rasa tak selesa tu dan teruskan masuk kelas masa ketiga nanti ke atau maklum sama penyelia petang dan balik rehat kat umah...rasa nak masuk kelas dan habiskan pbs yang ada sama banyak ngan rasa tak larat dan nak balik rehat...

fikir 8,9 minit, aku decide nak balik dan rehat...aku roger sama encek leo, nak balik...tunggulah aku di dalam pejabat...tak larat nak duduk, aku bangun, berdiri lah aku...tak sampai 3minit aku diri...maka, bermulalah kisah khamis aku yang tragis...aku takleh gerakkan kedua2 kaki, rasa kebas dan sangat berat untuk aku gerakkan...sehingga memang tak gerak langsung...

awalnya aku nak balik rumah rehat je, tapi bila tengok keadaan aku yang tetibe je teruk, kami decide nak terus ke klinik...dahla aku masa tu kat tingkat dua...so, kena menapak turun tangga 2 kali...adalah dalam 30 anak tangga gitu...strecther plak tak ada...maka, lebih tragis la gamaknya...encek leo terpaksa dukung aku bawak turun dan ke kereta...sadis gile babeng...tuhan je yang tahu betapa
1. malunya aku bila students tengok aku gitu
2. terharu dengan encek leo sebab sudi angkat aku yang makin buyong dan makin berat nih, 
dalam ati nyesal plak tak jaga makan dan membiarkan berat naik mencanak gitu

bila encek leo angkat aku tu, aku rasa sangat2 tak berdaya dan helpless...kalau aku bulih jalan even sangat5 slow sekalipun, akan aku gagahkan jugak kaki aku nih untuk berjalan dan turun tangga tu...tak sanggup aku nak menyusahkan orang apatah lagi encek leo...

sampai di klinik, selepas doktor yang ada tu check, dia sarankan aku ke hospital, doktor tu siap tepon unit orthopedic hospital tu lagi untuk maklumkan kes aku nih...hahaha...kasik cerita lebih berperencah, doktor yang sambut panggilan tu adalah doktor yang sama treat aku, doktor ram...ngeeee....doktor ram suh aku cepat2 dihantar ke hospital, dia tunggu aku...ngeeeee sempat lagi ko nak menggedix eh....masalahnya ambulans plak missing in action...ada kerja luar...so, dengan uniform kerja, nasib nametag dah bukak siap2, aku ngan encek leo bergegas ke hospital....sampai di kecemasan, seperti yang sudah diramal, aku ditahan di dalam wad...

dari ari khamis sampaila ari ahad yakni semalam, aku menghabiskan masa di dalam wad....nanti aku story kan lagi apa yang berlaku sepanjang aku dalam wad...ala...bukan ada cite best sangat pun....aku nak share perihal sakit aku ni je....sekadar berkongsi pengalaman kepada mereka yang senasib...

notakaki : syukur alhamdulillah, baby takde apa2 masalah, makin galak adalah dia bergerak dalam perot mama dia nih...

Comments

Cik Puan said…
cik nak tanye sikit boleh tak??Therosputih ne dok mengajar kat sekolah mane ek??
therosputih said…
cik azlyzah
ngajar sekolah menengah di felda sahabat, ld...
Cik Puan said…
oooo...felda.Cik selalu pegi sana..Kenal dengan Asrah Oyung tak.Ex student kat sana.Now study kat maktab.
therosputih said…
cik azlyzah
kalau nak datang sini lagi roger2 la...boleh jumpa...=)

asrah? batch tahun?
Cik Puan said…
next year kot nak pegi sana..InsyaAllah..
tah..batch tahun 2010 kot.lupe..hihihih
therosputih said…
cik azlyzah
asrah oyung, kenal2...salah sorang students encek leo...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing