dia

hari itu
kepulanganku disambut
juraian air mata
seminggu berjauhan denganmu
terasa begitu lama
ku cium pipi mu
dan ku cium bau mu
terasa kehangatannya
sayang
kenapa sukar
perjalanan cinta kita
aku menangis
kerana terlalu rindu padamu
kau hanya bersahaja
berselindung di sebalik redupan mata
tika itu
kau sedang bermain bola
ada pertandingan besar
walau aku sering mencebik
bila mana kau meninggalkanku
dek kerana sebiji bola
sebenarnya aku amat memahamimu
menyokongmu dari jauh
mungkin aku tidak pandai
untuk menzahirkannya
tapi sayang
setiap kali kau bertanding
doaku sentiasa bersamamu
dan kali ini
kita bertemu
melepaskan rindu
di belakang gelanggang futsal
tapi aku tidak pernah sesekali mengeluh
kerana cintaku padamu
ku turutkan jua


notakaki : kepala tengah tingtong, menulis pun dalam ketingtongan jer...errr...nak tulis kisah cinta terlarang antara si pemain bola dengan buah hatinya, tapi tak bape nak jadi kan? tak bape nak puitis....ciss...kelaut jerrrr...

Comments

ayut said…
Huhu..xkisahla ain..luahan hati kita sndri ;)

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati