kerang besar bapak dan resepi sambal orang bujang

dah bace tajuk entry dan tak bape nak percaya? 

huh...tgk sendiri gambar nih, takdak edit lebih2 eh, just letak tagging tu jer

hilang terus tapak tangan aku

sebenarnya, aku takde lah tahu sangat pe ke nama benda alah nih, dia bercengkerang...sekali tgk, mcm etok yang aku suke gile kalau balik kelantan tu je, cuma kali ni, zoom 200x kot...sangat besar...

alkisah, nampak orang jual2 tepi jalan, dalam plastik cerah, hitam2 jer...berenti la tgk...tanya makcik tuh, rm2 satu plastik yang aku agak2 dalam 2kg kot, yerlah, besar mcm ni, kerang dia jer dah 1.9kg, isi 0.1kg tuh jer..

mase kat kedai tuh, tetibe je air liur mencecer2, mood mengidam dah sampai...teringin nak makan, walhal, sejujur-jujurnya, aku tak pernah masak benda alah nih, makan rasanya pernah kot mase jenjalan kat kota kinabalu ngan kengkawan aku akhir tahun lepas...tapi kali nih, taktahulah sama ke tak spesiesnya...bantai je lah labu...mood mengidam dah sampai...

terus rembat 2 plastik kau nokkk...hahahaha

dalam pale, dah berkira2 nih, mcm mana aku nak masak nih eh, kalau mak aku ada, kompem la aku takyah pikir sume nih, mesti mak aku tahu apa yang nak dilakukan...hmmmm

sampai umah, terus gosok2 kerang dia tuh, sendiri kena buat lah, takkan nak harapkan orang lain, mana ada orang lain lagi dah...aku je lah pilihan yang ada...

ni baru hasil 1 plastik
 2 plastik?
hah...bayangkan je lah...2 kali ganda daripada gambar tuh

taktau nak masak apa weih...last2, aku rebus ngan serai, pastu cecah ngan sambal...kalau dulu makan kat kk dulu, dia bakar, then makan dengan sambal...aku tak kuasa la nak membakarnya, rebus je lah senang...

aku kongsikan resepi sambalnya kat sini

bahan-bahan
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
5 biji cili padi (suka pedas? tambahlah lagi cili padinya)
2 biji cili besar
3 hiris halia
garam sedikit
(yang ini semua kasik tumbuk2 manja, nak blend pun boleh, hasilnya nnti lebih hancur compared ngan tumbuk2 ngan lesung batu nih)
sos tiram
asam jawa
minyak masak
gula, garam

cara buat
1. tumiskan bahan2 yang ditumbuk atau diblend tadi sehingga naik bau, ataupun senang cite dah nampak kekuning2an bawangnya
2. masukkan sos tiram, kacau2
3. buh air asam jawa, gula, garam...garam takmo buh pun takpe, sebab tadi dah buh sekali kan mase aktiviti tumbuk2 berjalan...senang cite, rasa lah mcm mana, cukup rasa belum
4. kalau tak cukup masam manis nya, buhlah gula, air asam jawa tu lagi...bila dah puas hati, bolehlah hidang

notakaki : disebabkan kerang itu besar bapak, maka isinya sedikit liat wooo...

Comments

adyna AB said…
memang besar btl ain
therosputih said…
kak adyna
sangat besar, sampaikan nak makan pun rasa cam geli2 je...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati