baby 6 minggu dan pengalaman ngeri bersukan

jom belajar perkembangan baby dalam kandungan dari minggu ke minggu...memandangkan aku telah kelewatan untuk menghupdate perihal baby, jadik, aku sekalikan jer terus kat sini...untuk minggu 6 dan minggu 7


Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
taken from google
 Nota  Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.
*cam comel jer tgk baby dalam gambar tuh kan? best dapat kongsi saat macam ni ngan ayahnya...=)
Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
taken from google
Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.
* moga baby dan mama baby sihat dan kuat
hmmm...minggu lepas, sekolah aku buat hari sukan, dua ari turun pagi, petang nya acara saringan, pastu dua hari bersukan...hari pertama pagi petang...hari last, iaitu kemuncak temasya sukan...sangat penat, walaupun aku tak terlibat dengan mana2 aktiviti...aduh...betapa aku rindu nak bersukan...teringat sekolah lama aku dulu, hari sukan...guru lelaki bertanding 4 x 100m, cikgu perempuan plak 8 x 50m...best je kan...sini, hanya ada acara 4 x 100m untuk cikgu lelaki, manakala cikgu perempuan lontar peluru...hmmm...
teringat masa aku form 1 dulu, aku pernah join latihan rumah sukan, untuk acara lontar peluru...tapi sayang seribu kali sayang...time ngah praktis tuh, ada la sorang akak form 2 tuh, beriya nak cuba pegang pe ke benda alah namanya tuh, peluru nya tuh, bila dia baru nak pegang, agaknya time tu baru dia realise yang peluru tuh berat, pastu terus jer dia lepaskannya ke tanah...dan nak dijadikan cerita, atas tanah tuh ada kaki kiri aku...apa lagi...
peluru tuh jatuh hempap kaki aku...nasib berkasut beb...aku tak rasa pape, cuma kebas2 jer...kawan2 yang ada kat sini terus suh aku duduk, bukakan kasut aku, dan aku nampak DARAH kat stokin...hehehe...dari tak rasa pape sebelum tuh, just kebas jer, terus aku menangis bagai nak rak...sume sebab aku nampak darah...hahahaha...bila dibukak stokin, baru aku tahu, ibu kaki aku hancur okay...hmmm...tak nampak rupa ibu kaki...pastu aku pengsan...bagus tak aku? hahahaha...sume sebab darah...
bila aku sedar, ibu kaki aku dah diletak ubat luka, tanpa sempat dibasuh, ntah sape punya keje lah, aku pun tak tau...yang pasti, sakitnya tuh, tuhan jer yang tahu...hampir 6 bulan baru ibu kaki aku pulih, tu pun, kuku tak okay2 lagi...bila dia naik je, aku boleh cabut mcm tu je kuku nya...ngeri giler...tp syukur alhamdulillah, pastu okay, jadik ibu kaki balik, bukan minced toe lagi dah...hahaha...tp yang tak bestnya, kesannya...sampai sekarang, aku akan mengaduh sakit bila nak potong kuku ibu kaki tuh, doktor cakap, ada saraf aku rosak...hmmm...sume dah berlalu...
pesan aku, hati2 ketika bersukan...sekian...
notakaki : ingatkan entry pepanjang nak citer pasal baby, upenya pasal diri sendiri...hihihi...opsss

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati