resepi nasi impit sambal kerisik

disebabkan tahap kemerapuan nak makan yang macam2, dan kemacaman yang nak dimakan itu pula sukar dan memang pupus di tempat aku tinggal sekarang nih, maka, haruslah menukarkan diri sendiri kepada suatu tahap yang memang aku takkan penah2 sangka yang aku akan masak ini sume...

percaya atau tidak, inilah 'ainrahimin yang korang kenal dulu, pada sape yang pernah kenal aku live lah...hehehe

panjang bebenor mukadimah, terus masuk isi2 penting lah...

resepi nasi impit sambal kerisik atau apa jua jenis panggilan yang korang panggil, yang penting, rupa dia macam nih

credit to google <here>


bahan-bahan
nasi impit sudah semestinya, kalau nak buat sendiri, pastikan beras 1/3 daripada plastik bagi beras jenis yang keras, 1/2 daripada plastik bagi beras jenis yang lembik
kelapa goreng
serai
bawang merah
bawang putih
halia
gula
garam

cara buat
1. blend kering sume bahan, kecuali nasi impit....kalau diblend sekali ngan nasi impit, maka berhimpit lah gamaknya sume bahan nanti
2. bantai je bape banyak sukatan bahan pun, yang penting petua dia
- jangan banyak sangat serai, nanti terasa keseraian melampau
- bawang merah sket je, 2,3 ulas je...bawang putih lagi lah, seulas dah cukup untuk skala memasak yang kecil
3. dah boleh makan...hehehehe...3 step je dah siap boleh mencekik...

notakaki : sape yang bace aku nyer resepi nih mesti mencarut, camno nak agak2 bahannya nih, ekekekeke

memasak tulus dari hati, tapi lidah mesti peka bagi memastikan rasa nya cukup dan sedap

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati