fisioterapi atau rehabilitasi

hah...tajuk dah ada kaitan ngan kesihatan jer...kompem nak cerita tentang treatment tulang belakang aku...hah..memang pun...

last jumaat, bersamaan dengan 6 julai 2012, dengan ini, terasminya aku menjalani proses rehabilitasi atau fisioterapi di bumi lahad datu....perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit dari rumah aku ke bandar benar2 mencabar minda dan kekuatan fizikal...dengan keadaan aku sendiri yang memang tak bape nak mengizinkan...hush...kusss semangat tol...

sampai2 je di hospital, terus ke tempatnya...pastu kena campak pi jabatan hasil, kasi daftar untuk proses pembayaran bagi setiap kali menerima treatment fisio...adeh...dahla badan dah tak bape nak larat, terpaksa melaratkan diri dengan jayanya...

first treatment fisio, disebabkan ini kali pertama aku kat sini, dah sah2 takde rekod aku lagi kan, habis belakang aku dibogelkan dicheck oleh ketua yang bertugas kat situ...paling tak best, ketuanya lelaki...aduh....malu giler aku...paling best, dia sangat awesome....hahahahaha

masuk jam 2, aku habis treatment jam 4.30....giler lama...sampai berair2 mata aku, dia tekan sana, tekan sini...okeh...then, kaki kiri aku kebas dan sakit...habis check belakang, check lutut plak...dengan ini, disahkan bahawa kaki kiri aku dah mula menyenget...kaki kanan okay je, cun, lurus tegak...tapi kaki kiri....hampeh...hehehe...nak tergelak pun ada ngan keadaan diri sendiri...*bengong

ketua fisio tuh, dia teragak2 nak suh aku meniarap sebab takut aku tak selesa, setakat nih, aku boleh je lagi meniarap, perut tak besar mana pun, tapi dah ada perasaan ketidakselesaan bila mana meniarap, rasa senak je kat ari2....tapi tak teruk sangatlah...

then, aku diberi rawatan therma yang panas2 suam tuh, 15minit meniarap...kalau dulu, masa kat bintulu, sempat aku bantai lena, sebab fisio di awal pagi...kat sini, fisio tengah hari...nak dijadikan cerita, aku tak sempat nak lunch lagi...mase si ketua nih tekan2 belakang aku, bleh plak ada bunyi keriukkkk dalam perut...hahahaha....kantoi lapo...ngeh3....bikin malu ajer...

dah bais treatment, aku diajar a few exercise, stretching dan pe tah namanya lagi...perghhh...yang nih menuntut ketabahan dan kekuatan menahan sakit...sangat lah meregang tulang belakang aku, sampai satu tahap aku pening2 nak muntah...tp yang nih, aku konfius, aku nih pening sebab exercise yang dia ajar ke sebab memang aku yang dalam mood pening2+muntah2 nih...hihihihi

panjang entry kali nih...aku kongsi dengan mereka yang mungkin senasib dengan aku, moga2 dapat memberi manfaat serba sedikit untuk kita semua...

notakaki : petang ni ada fisio lagi, nnti aku kongsi lagi per cerita petang nih plak

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati