Posts

Showing posts from February, 2010

kata-kata dari a utk b

wahai sayangku kau la bintang yang menyinar hidupku walaupun tau a tak serius mana waktu ucap kata-kata ni, tp takpelah...therosputih anggap ini suatu kenangan...

kontrak 3 bulan part 2

hari ni, jelas ketara kita punya masalah komunikasi kenapa mengapa bagaimana haihhh...janganlah pasni keadaan getting worse sbb aku tak sanggup nak hadapi walaupun kita kontrak 3 bulan tp hati kita dah berjanji sehingga akhir hayat aku tak tau kisah tadi dan kau pun tak tau apa y terjadi tadi sbb tu kita panggil masalah komunikasi mulai hari ini aku akan lebih berhati-hati menangani kes kontrak kita bertahanlah lagi 6 minggu lagi penyeksaan maaf atas kesusahan y kau terpaksa tanggung tadi aku tak tau pasni jangan jadi mcm ni lagi kita sama-sama ingat mengingato

hari last bulan februari

huishhh...hari ni hari terakhir bulan februari, bulan penuh makna...apa lagi, aku kena buat sesuatu supaya dapat dicatat dalam 'hari ini dalam sejarah' aku...hahahaha...aku bukan apa, hari ni datang sekali je seumur hidup, pas mati pun takde dah dtg2 lagi dah hari mcm ni, sbb tu aku kena jadikan hari ini hari bermakna dlm hidup aku.... bulan februari dah smpai hujung...bulan februari bulan bermula kisah klasik...sebelum hari ini berakhir, aku kena fikirkan apa sejarah y aku nak buat....ahaks...( kalu dpt ditulis dlm guiness book of records takpelah jugak ) idea2...idea2... * * *

lawatan sambil belajar

Image
pada suatu hari cuti yang sungguh membahagiakan, aku telah selamat berpeluh di kota melaka, semata-mata nak bawak sorg kawan aku ni pusing tapak sejarah...wahhh...tgh2 ari lak tu, time org laki sibuk berpusu2 ke masjid solat jumaat, aku menghabiskan masa di sini... i love melaka actually...ntah nape, nak kata ada someone special from melaka? hmmm...secara jujurnya aku cakap, i used to...tp sekarang habuk pun tarak... maybe sbb mase kecik, selalu tgk cite dlm tv, tgk melaka melalui tv aje, so, skrg ni, dpn mata...i am really excited spend my precious time here...really enjoyable...so, these are a few pictures y senonoh utk ku abadikan dalam therosputih sbg diari kecilku...diari besar mana bleh share2 maa...kuikuikui lawat melaka lawat malaysia kapal dan therosputih, ada maksud..boleh teka? mestilah tak boleh kapal penuh sejarah pemuzik jalanan, ada kelas tersendiri we were here, at last panas wooo...payung ijau, mcm pokok aje... mana tukang bawak nih?lembu aje tinggal.... ada khazanah l...

jari jemari

Image
macam makan tangan sendiri aje upenya dia adalah isi ketam...ceh...tertipu aje...

rupa kek cubaan pertama

Image
disebabkan fungsi kamera henset biasa, jadi blurr2 aje gmbarnya, tiada apa y nampak dgn ketara melainkan kehitaman kek itu...tp disebabkan aku beriya nak letak kat sini, aku terpaksa pejam mata kira halal lah sumenya...hehehehe overall, cubaan pertama aku not that bad lah kan, rupa je lah y tak bape nak cun, rasa okay what...hihihi...tp mana leh lawan kek aku ngan kek chocolate indulgance y kat secret recipe tuh...huh... takpe2...lain kali leh wat lagi...hehehehe

beberapa minit lagi

tengok jam dinding lagi 2 minit nak pukul 12 tgh malam aku pandang atas nampak siling kipas putar2 cak3 cicak bunyik ajak kawan dia yang lain nak serbu area dapur umah lah tu dgr sok sek sok sek bunyik plastik kuning kat tepi dinding kena tiup dek kipas lah tu haihhh....nape blues sgt jiwa mlm ni nih rindula....

ayat kencang

aku dapat ayat ni dari sorg sahabat maya, dia komen entry aku pg ni ( entry apa nama perasaan nih? ), nak share link dia sekali, tp tenet tak bape bagus, nak tulis new post pun sakeettt ajer...takleh nak upload gmbar sbb tak kuar icon tuk upload pape...sadis2... * sudah dapat share dah...jgn segan silu singgah blog b.r.u.t.a.l.s.o.l.o. ni yer...best... takpelah, ni ayat y aku nak share tu rindu mencekam jiwa sepi cukup memedihkan sayang tak kesampaian luahan tak di dengar best sgt best...tergamam aku dgn maksudnya, terima kasih pada insan yang komen ni... ayat dia simple aje, tp maksudnya...ya rabbi...menusuk2 kalbu...bak kata org lama, "sape makan cili, dia y terasa pedasnya" thanks pade b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.

apa nama perasaan nih?

dgr lagu yang punya lirik sgt best dan kencang kuasa tiga tibe2 mood berubah kenapa ni oh hati terasa sesuatu yang sukar digambarkan apa kah perasaan ini * rindu? * kehilangan? ternyata perasaan ini menyeksa jiwaku....

hari cuti

bersyukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnianya saya dapat duduk di depan lapatopa untuk menaip berpatah2 perkataan sebagai usaha melempiaskan perasaan yang terbuku di kalbu... * tukar bahasa tukar bahasa hah...ari ni ari cuti, best seh sebab aku boleh sambung tido smpai pukul berapa y aku nak (iskhh2...anak dara ke anak hantu ni)...sekali sekala bangun lambat, syiokkk jugak...wohaa... ari ni plan nak menghabiskan masa bukan di rumah...jadik, apa lagi...mari kita meronggeng naik kete ramai2...hahaha (salah penggunaan kata kerja betulla aku ni) jom3...sape nak ikut...aku da lmbat nih...blah2...

i'm late

ya allah hai, dah pukul berapa ni? tp satu keje pun masih belum siap mcm mana ni? esok nak... haihhhhhhh mati aku mati

kontrak 3 bulan

aku kau kontrak 3 bulan aje jadi sebarang masalah komunikasi y timbul diharap bawak bersabar ye sebab lepas hbs je kontrak ni kau aku berbeza aku jalan aku kau jalan kau

terasa lapar?

Image
teringat time makan steak a few days ago... bila tgk gmbar, haihhh...mcm nak menitik je air liur aku nih... bila lah lagi dapat peluang nak makan2 mcm ni....

rungutan

kekangan dalam mendapatkan perkhidmatan fotostat di sekolah telah menyebabkan pelbagai rungutan terdengar banyak soksek2 meminta sedikit ruang bernafas "kami mahukan sedikit kelonggaran" peraturan dicipta oleh manusia untuk diikuti oleh manusia peraturan yang ditetapkan manusia hendaklah selari dengan perkembangan dan permintaan manusia kerana jika peraturan itu diwujudkan semata-mata kerana ia adalah peraturan tiada manusia yang akan tunduk pada peraturan seperti itu kerana peraturan dicipta untuk membantu manusia tanpa peraturan, manusia kucar kacir dengan peraturan, manusia juga kucar kacir therosputih : aku takde kuasa apa-apa, jadi kena ikut semua peraturan tanpa sebarang objection your honour...!!

pagi tadi

berdebar2 aje menantikan cerita org jauh * * selepas seketika ~ : sume dah setel... aku : mcm mana? ~ : okay aje aku : baguslah kalau mcm tu... aku harap semuanya berjalan lancar...demi kebaikan dia... aku doakan hanya yang terbaik buat dirinya...

tetibe aje

ngah mengadap lapatopa ni, tetibe ake aku rase bedebukkk.... M.I.G.R.A.I.N. ya allah ya tuhanku...berikan aku kekuatan...

i have a really unforgettable memory

if i have a really long time without doing anything, i will write the story here, but my life getting hard right now, i need to put beside all the important unforgettable memory until a certain date... for now, let me settle down what i need to settle first... notakaki : doakan aku cepat2 hupdate yer...hehehe

nak ngadu

ke hadapan therosputih aku nak ngadu sgt2 ngan kau ni therosputih, sebab apa? huh...banyak sebab musabab ni... tika dan saat ini, "aku tak sanggup nak harungi hari2 esok" itu aje y bermain di kepala.... wahhhh.....pada siapa lagi harus ku jerit...kasihan mereka di sekeliling aku terpaksa mendengar jeritan batin ku...huhhh... aku terseksa di sini bilalah aku dapat cakap "akhirnya, habis jugak praktikal" tak tahan nak menanggung derita ( aku terseksa terseksa di sini ) haihhh... dahla cik tenet kat sini tak minum perghhhh kacep patemah...slow seslow umat, nak bukak therosputih sendiri pun menyakitkan hati sendiri y dah memang sakit sendiri nih...haiihhhh... tgk....kan aku dah tak hbs2 nak mengeluh je sekarang ni...iskhhh2...bawak mengucap lah ain banyak2...everything gonna be alright...just flow with it...huhhhh...nak flow tu y sakeeetttt ....

tidak mahu masa itu bergerak

ada nampak harry tak? harry potter? aku ada hal penting nak cakap ngan dia ni nak pinjam tongkat magik dia, nak bekukan masa kita semua supaya aku tak perlu habiskan hari ini dan mulakan hari esok dan esok tak sanggup

misi memujuk mother

Image
mother... can i bake a cake tonight please? please mother.... resipi kek coklat cubaan pertama diambil di sini fuhh...puhh kiri puhh kanan...tolongla sedap kek ini...amin...

hatiku terpaut lagi

td jalan2 ke rakan2 blog...aduh...kecur melihat hasil tangan crochet mereka...terasa kerdilnya ilmu di dada ini...akak2 blog sekalian, tolonglah ajar diri y hina ini...huhuhu bagus lah mereka2 ini kan, kagum aku...tanpa membuang masa, aku terus memasang angan2 minah jenin...nak jadi mcm mereka jugak....waaa....bila lah akan dapat peluang utk duduk bersama mereka dan belajar teknik2 terbaru dan asing bagi diri ini...

ini yang dikatakan

malang itu tidak berbau tepat dan betul dan tidak pernah salah... dalam perjalanan pulang menemui keluargaku yang terchenta (asal ayat zaman purba nih)...hmmmm aku eksiden...haih...lupa nak cakap, aku naik bus, pastu bus y aku naik tu terbabas, jatuh longkang, nasib tak jatuh gaung.... pastu tukar bus lain, bus tu rosak brek lak...tak berani nak jalan jauh n jalan laju, tukar bus lagi... satu malam, 3 bus huhu...jauh sungguh perjalananku ini...

entry khas : selamat ulang tahun

sbnrnya nak tulis entry ni lewat mlm td lagi, tp disebabkan beberapa masalah teknikal, tak dapat nak hupdate... nak wish selamat maju jaya utk hari-hari mendatang setiap hari kita diuji dan setiap hari kita belajar menghadapi dugaan setiap hari jua kita belajar mengenal diri masing-masing moga hubungan kita dirahmati dan diberkati may our love stay forever in our heart

kenapa aku?

pagi2...dah rase blues2 over there, blues2 over here, hey...what's wrong with me? am i alright or not? hurm... i'm out for a short break guys...where am i going? to somewhere yang penuh dengan kenangan... * * *

nak jumpa awak

huh...tak sabar menantikan waktu balik...tgk jam berkali2...mesti anak murid pun perasan, "asal la cikgu ni asik tgk jam dari tadi lagi, nak ke mana..." hahaha...lantak korg la budak2...saya nak balik saya nak balik...sampai saya sanggup siapkan keje, bertungkus lumus tak pandang org lain pun, menunjukkan betapa tekunnya aku menampal apa y patut...hahahaha saya tak sabar nak jumpa awak...

bajet dipotong

pagi2 ada meeting tergempar, sedang aku syiok2 menaip bahan untuk projek terbaru sekolah, dgr microfon memanggil sume cengcikgu ke bilik guru utama... hmmm...banyak benda dikemukakan...tapi y paling meng'zasssss' telinga aku adalah... tiada lagi fotostat untuk pelajar, tiada lagi pencetakan pelajar sebarang urusan berkaitan, sila rujuk pengetua terlebih dahulu huh...apa ni...mcm mana nak ngajar ari ni, sbb bahan sume nak kena dicetak, nak kena difotostat...hancussss... backup2.... pelajar kena salin apa y aku tulis kat whiteboard...muktamad...

agak2 semak tak?

skarang ni, tiap2 hari online, tiap2 hari lawat blog, tak kisahla sama ada blog aku ataupun blog org lain...y penting, aku selalu membace skrg ni...kagum lak ngan diri sendiri, study tiap2 mase, dulu mase belajar pun, aku takdelah hari2 study, takdelah hari2 ngadap laptop...haih...mengalahkan zaman belajar...sape nak tulun aku jawab masalah mcm ni...haihhh... pastu terlintas satu idea...idea ni dah lama dah terperam dalam kepala hutak, tp takde tindakan pape sbb mase tak mengizinkan... aku teringin nak buat blog khas berkaitan pendidikan, kiranya fokus kepada subjek y aku ngaja la kan...matematik dan kimia...leh tolong sape2 kat luar y mungkin skrg ni kita tak tau lagi kan, tp oneday, who knows ek...tp, kalu aku buat mcm tu, agak2 semak tak laman blog ni? hmmm oneday, aku nak buat lah, cuma skrg ni, kasi aku stabil ngan hidup huru hara ni dulu...

susah nak buat amal

penat dah aku turun naik bangunan ni mencari cikgu y berkenaan...basah ketiak dah, belum masuk kelas ngajar lagi...dah masuk kelas kekgi, basah kuyup aku ni agaknya...mana lah cikgu ni...nak bg hadiah pun byk dugaan... * * * setelah berhempas pulas, ( cehhh...ayat mcm gmpak sgt je usaha pencarian aku )...aku berjaya gak menjejaki tuan punya badan, kejap je jumpa, terus bagi, nak je cakap lebih2, tp tak reti nak cakap...takpelah, y penting niat aku ikhlas... okeh...setel dah...ada sape2 nak booties utk anak masing2? anda dialu2kan...

lelaki vs masak2

Image
perhatian kepada semua lelaki di luar sana...ini aku ada satu pengumuman... anda tahu tak anda akan nampak sgt * manis * gentlemen bila anda memasak tahukah anda? aku rase gembira tgk lelaki masak kalau dalam sebuah keluarga, bila si suami y masak , si isteri pasti rasa mcm ni "suami aku ni seorang yang sangat mengambil berat tentang aku, smpai makan pun dia jaga, tak nak bagi aku salah makan, keracunan ke ape ke, aku kena laaagi taat dengan suami aku" keadaan ini berbeza apabila si isteri yang masak, sbb apa? sbb bila isteri masak, itu mmg dah menjadi kewajipan dia menjaga makan minum suami, jadi dah tak ada keistimewaan di situ... jadi, apa lagi... LELAKI!!! Tingkatkan kemahiran memasak anda!!! notakaki : ini adalah pujian ikhlas dari tuan punya blog....

penat duk rumah

aih...duk umah je kot, penat jugak ke? hahahaha...ni penat mental ni, bukan penat fizikal...asyik mengadap lapatopa je, nak online, lawat cik tenet tak bape nak mampu, cik tenet low aje kat umah ni...sedih2...kena bg minum perhhh kacep patimah agaknya... cerita hari ini...(last update: 1622) pg td, gi pasar pagi, hooo...beshhh dpt tgk org ramai...jalan jem, sbb kat dataran sebelah pasar tu ada menteri datang, ada walkathon...gi pasar pagi tak beli hape pun y menggambarkan pasar pagi pun, beli barang y kat pasar petang ataupun pasar malam jual...takpelah kan, janji duit aku y kuar...huh...ape lagi ye nak hupdate kat sini? hmmmm...takpe ah lu, aku nak chow lu ah...da takde idea, malas nak merapu lebih2...

hadiah khas

Image
baru2 ni, ada sorang cikgu kat sekolah aku dapat baby, baby laki...pastu terdetik dlm hati aku, i want to give hom something... bukan nak menunjuk atau apa, sekadar hiburan untuk hati aku...aku pernah terbace satu blog ni, aku dah lupa dah, blog tu pun aku bace secara tak sengaja...tuan punya blog tu perempuan, aku panggil dia akak je lah ek....akak tu suke bagi present kat kawan2 ofis dia, kawan2 dia, sedara mara dia, bile ada je y dapat baby, mesti dia hadiahkan kat kawan dia sesuatu, and hasil kerja dia awesome la jugak...aku seronok dgn cara dia berbakti...bukan nak apa, sekadar kepuasan, seronok tgk org gembira kan... jadi, aku mengambil keputusan nak buat mcm dia jugak lah...buat amal sket...dah la dosa bertimbun2, pahala ciput je, dgn harapan, kalau aku berbakti mcm ni, dapattla tmbah sket akunye timbangan belah kanan ni kan... booties for baby ni lah y aku maksudkan, aku nak hadiahkan booties ni utk anak cikgu tu, disebabkan baby boy, aku decide la buat kaler biru, kalau baby g...

anda mesti lebih ringan tulang

smlm, balik je umah, hmmm...terngiang2 je lagi ayat2 dia, "anda semestinya lebih ringan tulang, lebih mesra dan lebih proaktif" aduhai...mcm mana nak buat tu, dah try, tp nmpknya masih belum diiktiraf lagi agaknya, nak aku buat apa lagi....seharian takde mood, memikirkan apa lagi y aku boleh buat utk mereka... berdasarkan pemerhatian aku, dorg tu suke makan, takkan aku nak masak? aku tak sempat, nak sapu jem kat roti pun kelam kabut dah....nak beli makanan pastu share ramai2, haih...fulus pun da bkering...kang nnti kang, cakap aku ni menyogok depa lak....haihhh...tak hbs2 nak kena fikir ttg org, tp takdepun dorg fikir ttg aku.... itulah dia masyarakat...

ingin berkongsi

Image
sepanjang berada di sini y dah nak masuk minggu ke 4, aku punya banyak kenangan sadis... utk itu, aku telah mengabadikannya di sini...

pantun spontan

pantun ni bukan aku yang buat, cuma ada satu pagi yang suram di sebuah bilik g***, c**** laki bising2 sebab duk sakat sorg kawan dia, yang juga sorg c****, yang sedang tekun menaip soalan untuk dihantar ke jabatan, aku sekadar menyaksikan sandiwara penuh muhibah ini... encik z***** mengadap komputer mengadap komputer berhari-hari betulkah encik z***** mengadap komputer? atau sekadar untuk mengaburi? aku hampir2 je nak tergelak besar dgr pantun spontan ni, rasa kelakar sgt sbb yelah...maybe sbb aku rindukan suasana usik mengusik di antara rakan2...hmmm....so nice kan....saling usik mengusik... hey guys... i miss you a lot tau ...bila nak kumpul and having fun without thinking any task to do...hmmmm...

genapkan minggu ini!!!

hiyargh...aku dgn bangganya nak genapkan minggu ini terus menjadi minggu ketiga aku praktikal, dgn itu, termaktub sudah 3 minggu, hari-hari selepas ini dikira sebagai permulaan minggu yang ke seterusnya, sekian...noktah... sebarang bantahan tidak akan dilayan...

suara itik angsa

hari ini hari y sgt dasat dalam sejarah aku...disebabkan tempoh sejarah aku hanya baru mencecah 2minggu nak masuk 3minggu, aku ttp nak panggil ia sejarah... ari ni, masuk kelas, 2masa terakhir...huh...sgt penat, kesian sama mereka y dgr aku ngajar...seksa plus seksis... masa pertama, aku masih lagi boleh bercakap dgn suara2 seksis, pastu jer...hancussss sume...dengarkanlah suara itik angsa aku ye sekalian...dengarkanlah...

mana mantera yang betul ni?

haih...ari ni ada tawaran baru...gunapakai pakej sebelum ini 2 hari dan anda akan mendapat tawaran percuma... pakej demam + selsema i need tissue here...

salah guna mantera

pagi td, aku dah berjampi serapah dah ngan diri sendiri ini supaya tak sakit, tak demam, tak sakit tekak, tak sakit sume2... nmpaknya, tak menjadi...aku salah guna mantera ni...tu yang terbalik kesannya ni... kondisi aku semakin teruk....

takde mood

dari smlm aku dah risau ngan ketidakselesaan diri.... * sakit tekak * mata berair * badan panas2 ya allah, janganlah aku diuji dengan ujian kesihatan ya allah, aku tau aku bab kesihatan, takde sape leh challenge rekod aku setakat ni, kalau org lain ada 1 je kad sepanjang tempoh setahun, aku ntah dah nak masuk 4 keping kad kot... bangun pagi ni, keperitan tekak terserlah, aduhh...mcm mana ni, dah berbotol2 air dah aku minum, tak hilang2 jugak...takleh makan makanan berminyak ni...aku kena jaga...nnti aku jugak yang haru.... haih...pagi2 dah takde mood, mcm mana nak harungi seharian hari ni...hmmmm....monday blues btol la aku ni kan...nak kena buat puja2 sket...tepi sket, aku nak wat ritual khas jap kat sini... "oh mood oh mood, datanglah sini berdampingan ngan aku, tp ingat!!..aku taknak mood yang tak sihat, dtg sini mood yang sihat, heppi, bermotivasi, bersemangat tinggi, dan berkeyakinan tinggi pada aku sekarang..." kena tunggu jadi ke tak mantera aku...