kereta atau anak patung?
aku pernah terbaca tentang satu dapatan daripada suatu kajian berkaitan pendedahan awal terhadap kanak-kanak yakni alat mainan, merupakan suatu bentuk latihan untuk melatih sifat asas mereka...errr...paham tak maksud aku apa sebenarnya?
cenggini la senang cite...
kalau anak kau lelaki, dedahkan mereka dengan alat permainan berunsurkan kelakian seperti kereta, pedang2, lawan2 agar dapat melatih sifat kelakian dan kepimpinan mereka, manakala jika anak kau perempuan, dedahkan mereka dengan alat permainan nerunsurkan keperempuanan seperti anak patung, masak2, agar dapat melatih sifat keibuan dan kelembutan dalam diri mereka...
jadi...dipendekkan cerita...kalau perempuan tu, idokler digalakkan bermain ngan mainan kereta2 nih...adeh...korang tengok ni...
baik punya parking dah ni...sume ada...kereta bomba, lori pasir, ambulans, teksi...hah....hamek kau...ni sume aku beli untuk alia, sebab apa? sebab tak tahan tengok keterujaan dan ke'excited'an dia apabila melihat alat mainan kereta...kalau masuk kedai tu, mata dia mesti tengok tak kelip2 kat mainan kereta, kalau lalu kat area anak2 patung, takdenya dia layan...selamber je buat derkkk gitu je...tu yang aku pun selamber jugakla belikan set kereta ni untuk dia...
bukan main seronok lagi dia main2...silap ari bulan, masuk mulut...miahahaha...
ni plak, penunggang motosikal tayar tiga, bukan calang2 penunggang, orang kelainan upaya ngko...masa beli ni cukup sifat der...tapi, disebabkan alia suka sangat cabut kaki tangan dia, dan suke sangat makan kaki tangan dia, maka...selamat sudah kaki tangannya masuk dalam tong sampah...huh...rasakan...mainlah kau acenggitu je ropenya...
dah penat main, masa makan la plak kan...
makan nak suap sendiri...okay...anak mama dah besar kan, dah pandai makan sendiri...alia suaplah sendiri, nanti alia suap mama plak eh...
okay mama...jangan amek picture lagi...alia malu...
notakaki : esok sabtu...yeaaa...hujung minggu yang aman...takdak sekolah ganti...
Comments