operasi mencetak bermula

memandangkan ari ni memang purata kerja aku sedikit kurang berbanding hari semalam, maka...apa tunggu lagi...terus la buat kerja, sediakan bahan pape yang patut...

                            
terima kasih sayang sebab sudi teman aku buat sume ni, tanpa dikau, macam mana la aku nak sedia sume ni kan...terima kasih...semoga allah panjangkan dan sihatkan dirimu supaya aku dapat sediakan bahan untuk pelajarku...

nah...ini baru satu kelas, dah berkeping2 dah nak kena buat, kalau 5 kelas...nah...kuasakanlah dengan 5 itu...itu belum didarab dengan berapa subtopik yang perlu dicover...owh...*mau fengsan...jangan dihitung sume tu, yang penting korang doakanlah agar dipanjangkan umur printer aku nih...besar jasanya untuk aku nih...

kalau korang nak tau, aku buat sume ni pakai kos sendiri je, printer sendiri, kertas sendiri, ink printer pun sendiri...pendek kata, sume sendiri je...aku akui, memang banyak habis duit, poket tu dah takdak rupa poket lagi dah, nak citer betapa rabaknya ia...dan aku tak pernah pun nak claim ke, mintak balik duit ke...tak pernah pun, cuma satu je aku mintak...semoga pelajar ku pandai2 sume dan menjadi orang yang berguna kelak...

dannn...andai ada di antara yang membaca entry ini terdiri dari kalangan pelajar...tahulah oleh dirimu, betapa guru anda banyak berhabis demi memastikan anak didiknya berjaya, tak perlu ucapan SELAMAT HARI GURU pada hari guru semata2, tetapi...ingat2lah jasa mereka di sebalik kejayaan yang anda kecapi itu...tadah tangan, dan doakan kesejahteraan mereka semua...

terima kasih tak terhingga pada semua guru yang pernah mengajar aku selama ini...sesungguhnya, aku tak mampu nak alas jasa cikgu2 sume...terima kasih cikgu...

notakaki : kami guru malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan memberi, muda mudi negara kita

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Cik Puan said…
In shaa Allah setiap pengorbanan yang di iringi dengan keikhlasan mesti ada balasan nye...

p/s buat anak didik ckgu ain,doakan ckgu ain murah rezki tauuuuuuuu...hihi
Unknown said…
besar pengorbanan cikgu... chaiyok2... ;)

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati